Anda di halaman 1dari 10

5.

4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum dan


Kewangan Sekolah

5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

1. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau


pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran
tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan
manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang
besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus
sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

2. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran


adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah
proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam
bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan
sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses
merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell
pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi
membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk

mencapai matlamat.

3. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu


masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep
tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai
warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan

individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

4. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public


Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan
mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal
mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem
yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

5. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk
Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan
ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi
matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

6. Definisi lain ialah:

Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain.

Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para


pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.

7. Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia


dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang
ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.

8. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah
atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi
peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga
universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang

lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk
memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan
struktur organisasi.

9. Dalam organisasi konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan
saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses
mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah
pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberatkan kepada perkhidmatan dan
bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan
tiada bezanya.

10. Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah :

Pengendalian

Matlamat

Kualiti/mutu

Keberkesanan

Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

5.4.2. Tugas Pentadbiran Sekolah


1. Proses Pentadbiran Sekolah

1.1. Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan
serta memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan proses kawalan untuk
mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti-aktiviti .Pusingan ini
dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.

Merancang

Membuat keputusan

Komunikasi

Mengawal

Menilai

1.2. Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:

Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.

Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat bimbingan.

Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan cadangan alternatif.

Merancang dan melaksanakan perancangan.

Menilai kemakmuran.

1.3. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi


pentadbir pendidikan, iaitu membuat keputusan tentang apa yang
hendak dilaksanakan, membentuk perancangan menurut
matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan
sumber manusia dan kewangan, mengadakan faktor-faktor
motivasi yang boleh mendorong kakitangan, mengadakan kerja
berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat
penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang
diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

5.4.3 Tugas Pengurusan Sekolah

1. Peranan Guru Besar

Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah


organisasi pendidikan ialah:
memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara
yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika

melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan
itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya
bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-


cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat
dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita


dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan
tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua
pihak yang berkenaan.

2. Peranan Guru

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di
bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai
aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri
mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam


proses pembelajaran.

Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap
positif, kreatif dan inovatif.

Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan


serta bersistematik.

Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan


pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi


dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap


pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang


peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat
penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam
satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap
persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional
berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri


(self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-


bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan
yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

5.4.4. Kurikulum Sekolah

1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid


secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya,
kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan
penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum
juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

2. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan


pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap
murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran,


penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-
aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-

bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di
peringkat sekolah.

4. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat.

5. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan


dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-
perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-
bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat
ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan

dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.

6. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai
pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah
tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran
juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan
seseorang murid.
7. Panitia Mata Pelajaran

Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan
pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan
kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan
semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga

mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah


ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan
kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga
boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan
akademik yang ditubuhkan di sekolah.

5.4.5. Kokurikulum

1. Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus


ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga
rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga
bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana
masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu.

2. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:

menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-


murid.

memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid.

mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah


dan di antara sekolah-sekolah.

membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.

membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan
menggembirakan.

membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah
dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

5.4.6. Kewangan Sekolah


Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar.
Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini
termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan
penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul
dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah.

Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar


untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat
menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang

sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada
sekolah amnya.

5.4.7 Pejabat sekolah

Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini
letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian
memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan
pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak
berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir
menyelesaikan masalah-masalahyang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah
pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih


dan indah.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan


pembelajaran.

Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan
perlakuan merosakkan harta benda sekolah.

Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah danmasyarakat


setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan
keindahan.

Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-sekolah

Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar
tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru
dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru,
murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program
keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan
akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap,
kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan
taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup
kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan
pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya
dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan
dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman
Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum
matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai
kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah

diutamakan.

Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga
diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru,
para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu
murid-murid yang tidak berkemampuan.

5.4.8 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat


bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick
Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management(1911).
Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth.

Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun
1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat
profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar
sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai
banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari
buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan

2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan


tidak.

3. Gaji seimbang dengan kerja

4. Perlu memotivasikan pekerja.

5. Masa yang standard bagi semua pekerja.

6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.

7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.

8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.

9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada


pekerja.

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan


amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk
mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya
memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab
untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-
ciri kepimpinan demokratik. Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan
hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.

RUJUKAN

a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan


Publication & Distributors Sdn.Bhd

b. Mohd Salleh Lebar (2000), Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia,


Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd.

c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
d. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.

e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd