PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di
negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada
zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini
diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan
permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai
perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya
dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan
strategi dalam permainan bola sepak.
SEJARAH PERMAINAN
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum
kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan
Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada
Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga
permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil
ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ
berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola
baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba
mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah
permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya.
Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang
lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-
rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara
Denmark.
Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya
telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan
gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan
bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri
daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di
kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz
kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya
dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun,
disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di
peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah
dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang bola
sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah
ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini
memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling,
menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini
dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah
ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936,
sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan
Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan
satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu
arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak
menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah
dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan
dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular
berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh
dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan
lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam
dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin
berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh
popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada
tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi
salah satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di
Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling bermula di
Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit
Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga
telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah
memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh
Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan
Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara
sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985,
buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri
Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan
tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang,
Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa
kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab
Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi
Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi
dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah
dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha
Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama
Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola
Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball
Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei
2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah
Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji
Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di
peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk
negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.
5.2.1 Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang permainan
bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua
kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang
lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon
keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di belakang garisan gol. Tiang gol
(rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m
panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang
dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan
setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan
balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan
gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di
hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6)
untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari
kawasan garisan tepi.
(a)
asa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30
minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi
peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala
bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk
kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,
perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan
adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa
masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang
ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi.
Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5
kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
(b)
syarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat
juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa.
Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus
disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau
melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.
Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya
apabila salah satu pasukan memintatime-outdan bilakah masanya permainan dimulakan semula,
berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada
waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka
balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan
percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati
bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan
perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel
ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa
kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.
BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat.
Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau
berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-
60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit
bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk
perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk
pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang
mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan
berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola
simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh
ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling
(a) Pasukan
setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan
selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol
pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan
sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya
hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan
semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan
sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab
terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga
skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa
perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara iniberlaku, pengadil akan terus memberi balingan
percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat
pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat
kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain.
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu
memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya
mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk
pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out).
Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada
permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan
percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya
pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum
waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda.
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
(c) Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan
dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan
harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga
gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan
10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan
warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas.
Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa
objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara
barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin,
rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota
badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut
tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum
berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.
Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling
PENJAGA GOL
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol.
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka
dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut
telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang
bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.
KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan
kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan
terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang
pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki
kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan.
Rajah 5.14: Kawasan Gol
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan
seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
-melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang
KESALAHAN PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai
bola.
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.
JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan
penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia
dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring
menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira
sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan
gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri.
Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan
pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar.
Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa
menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga
akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika
bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan
belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk
pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat,
pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan
gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah
menyentuh pemain lain.
BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan
lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan
memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan
tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di
mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan,
pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di
mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel
daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh
pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter
kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7
meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7
meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun
melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu
dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu
dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan
tersebut dilakukan.
Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan
penalti(sumber??)
BALINGAN PENGADIL
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang
pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala
pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai
atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.
-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
-dibatalkan penyertaan
Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal
bola
Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat
Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga
meter
http://www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling (16/7)