Anda di halaman 1dari 2

Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.


Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan
sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah.
Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan
surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita
boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini
juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit,
melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan bacaan di
perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau
buku cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter'
kerana ia terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja sekolah yang belum siap di
perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah
perpustakaan dengan sebaik mungkin.