Anda di halaman 1dari 14

KANDUNGAN

1. DEFINISI

2.INDIKASI

3.ALATAN

4.PERHATIAN UTAMA

5.UBATAN

6.TATACARA

7.KOMPLIKASI
DEFINISI

Intubasi adalah prosedur yag memasukkan tiub samada melalui mulut atau

melalui hidung, tujuan utamanya adalah bagi menghubungkan udara luar(oksigen)

dengan kedua paru-paru. Jelasnya ,intubasi Endotrakhea adalah tindakan memasukkan

tiub endotrakeal sehingga laluan pernafasan lancar bebas dari segala hadangan.

INDIKASI

Antara indikasi intubasi endotrakhea adalah untuk membersihkan saluran

tracheobronchial itu sendiri dari sputum,tumor,bendasing ataupun spasm larink yang

menyebabkan laluan pernafasan menjadi sempit. Dalam pada itu mengekalkan

kedudukan agar tetap paten, mencegah aspirasi, serta mempermudah pemberian

ventilasi dan oksigenasi bagi memudahkan operasi. Slain itu, intubasi dilakukan bagi
pesakit yang apnea seperti kegagalan pernafasan akut, penyakit neuromuskular,

penyakit pulmonari & kecederaan dinding dada

Pada dasarnya intubasi endotrakeal tiub adalah bagi:

a. Mempermudahkan pemberian anestesia.

c. Mencegah kemungkinan akan terjadinya aspirasi isi gaster (pada keadaan tidak

sedar)

d. Mempermudah suction sekresi pada trakheobronchial.

e. Pemakaian ventilasi dan bag valve mask

f. Mengatasi obstruksi atau sekatan pada laring.


ALATAN UNTUK INTUBASI

Antara alatan yang digunakan bagi memenuhi prosedur intubasi adalah seperti berikut:

A. Laringoskop

-alat yang digunakan untuk melihat laring.

-terdapat dua jenis laringoskop iaitu :

i. Blade lengkung (Macintosh)


- Biasa digunakan pada laringoskop dewasa.

ii.Blade lurus
- Laringoskop dengan blade lurus (misalnya blade Magill) mempunyai
teknik yang berbeza.
- Biasanya digunakan pada bayi dan kanak-kanak,
B.Tiub Endotrakeal

Tiub endotrakeal diperbuat daripada plastic dimana kurangnya risiko untuk dapat iritasi

pada dinding mukosa. Tiub endotrakeal biasanya akan disertakan dengan stylet bagi

memudahkan kemasukan tiub ke ruang trakea.

Ciri-ciri :

Mempunyai Saiz tiub (diameter) berbeza

Dewasa ~ 2.5 mm, 3.0mm, 4.0mm, ~ 7.0mm, 7.5mm, 8.0mm, 9.0mm

Ukuran panjang 20-23 cm

LANGKAH MENGUJI TIUB ENDOTRAKEA


1. Kembangkan kuff (mengelakkan kuff bocor)

Isikan udara dlm siring

Jika tiub sukar ditarik bermakna kuff tiada kebocoran

C. PELINCIR

PELINCIR

Antara pelincir yang digunakan adalah gel lignocaine.Ini adalah bertujuan:

Melancarkan kemasukan tiub

Memudahkan menarik keluar stilet

Mengurangkan sakit / kurangkan resisten pesakit


PERHATIAN UTAMA

1. Pergerakkan dada

Pada paras mata ~ simetrikel

Jika tiada / tidak sama ~ ETT tidak masuk dgn betul

2. Auskultasi

Kemasukan udara di kedua belah paru-paru adalah sama

*Jika terdapat masalah ~ keluarkan Endotrakeal tiub dan intubasi dilakukan semula
UBAT-UBATAN

Berikut ini adalah Ubat-ubatan yang biasa dipakai dalam prosedur intubasi
Tiub Endotrakheal iaitu :

a. Suxamethonim (Succinil Choline),

-short acting muscle relaxant merupakan ubat

yang biasa digunakan untuk intubasi yang cepat dan mudah

-dos 20 100 mg,

-diberikan setelah pesakit diberi anesthesia

f. Halotane (Fluothane),

-agent ini secara cepat memberi kesan pada otot-otot faring dan

laring dan dapat dipakai tanpa relaksan untuk intubasi.

g. Analgesi lokal dapat dipakai cara-cara sebagai berikut :

- Menghisap lozenges analgesik.

- Spray mulut, faring, cord.

- Blokade bilateral saraf-saraf laringeal superior.

- Suntikan trans tracheal.

Cara-cara tersebut dapat dikombinasikan dengan I.V valium supaya pesakit akan
lebih tenang. Dengan sendirinya pada keadaan-keadaan emergency. Intubasi

dapat dilakukan tanpa anestesia.

TATACARA

Bil Langkah Tatacara Rasional

1 Pasang set laringoskop Siap sedia untuk

digunakan

2 Masukkan bateri Supaya mentol menyala

3 Beri ventilasi dengan bag ambu kepada mangsa Membekal oksigen ke

seluruh tisu

4 Pilih saiz tiub endotrakeal yang sesuai Supaya mudah masuk ke

dalam trakea

5 Uju kuf dengan memasukan udara Mengelakkna tiub

daripada tertanggal dari

trakea kerana cuff yang

bocor

6 Masukkna introducer ke dalam tiub endotrakea Memudahkan kemasukan

tiub ke dalam trakea


7 Sapu atau spray pelicin di tiub endotrakeal Memudahkan

kemasukkan tiub ke

dalam trakea

8 Posisi kepala pesakit dengan betul Supaya vocal cords

mudah kelihatan

9 Berdiri belakang mangsa Supaya senang untuk

memasukkan blade

laringoskop.

10 Gunakan tangan kiri, masukkan laringoskop ke

dalam tekak dan angkat 45 darjah ke arah atas

menghala keluar.

11 Gunakan tangan kanan masukkan tiun

endotrakeal ke dalam trakea melalui glotis

12 tarik keluar laringoskop dan pegang tiub agar

tidak tertanggal

13 Tarik keluar introducer


14 Kembangkan kuf dengan memasukkan udara Memastikan supaya tiub

menggunakan syring tidak teranggal dari

trakea. Kunatiti udara

bergantung kepada jenis

tiub yang digunakan.

15 Pasang bag ambu dan pam udara Membekalkan oksigen

keseluruh tisu badan

Bil Langkah Tatacara Rasional

16 Ambil stetoskop dan dengar kemasukkan udara Memastikan tiub berada

dalam paru-paru agar seimbang kiri dan kanan. dalam trakea dan bukan

dalam esofagus.

17 Plaster tiub endotrakea Supaya tiub tidak

tertanggal

18 Jika gagal, kempiskan cuff dengan menarik keluar Supaya tiub dapat

udara denga syring dikeluarkan dari

trakeadengan mudah

tanpa kecederaan.
19 Tarik keluar tiub endotrakeal.

20 Beri bantuan pernafasan dengan bag ambu.

21 Cuba sekali lagi mengikut langkah 10 17.

22 Bila berjaya kemaskan unit.


KOMPLIKASI

Komplikasi segera

Trauma pada bibir dan gigi, dislokasi rahang dan aritenoid, kerosakkan pada laring .

Pada intubasi nasal dapat terjadinya epistaksis, trauma dinding faring. Trauma laring

dapat mengakibatkan postoperative croup, bronkospasme, laringospasme terutama

pada anak-anak.

Komplikasi lambat

Biasanya terjadi pada intubasi jangka lama. Stenosis trakeal jarang terjadi, yang sering

adalah kerusakan mokosa trakea. Trauma pita suara akan berakibat terjadinya ulserasi

atau granulomata. Kejadian akan makin sering apabila ada infeksi saluran nafas atas.

Komplikasi semasa prosedur

-Bruises, abrasi dan laserasi mulut, faring, laring dan kadang-kadang pada esofagus
-Bibir dapat mengalami trauma oleh kerana tekanan yang terjadi, antara blade

laringoskop dengan gigi. Hal ini jelas akan memberi gangguan setelah operasi.

-Kerosakkan pada gigi, gusi ataupun gigi palsu dapat terjadi:

- Gigi mengalami kepatahan

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai