Anda di halaman 1dari 10

3 Idea Simple Kerja Dari

Rumah Secara Online


Untuk Surirumah
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara 2017 Zamri Nanyan
www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Artikel di bawah ini merupakan sebahagian daripada kandungan


Formula Income Seumur Hidup (FI$H) untuk dipraktikan. Ianya
disediakan dalam format yang ringkas dan mudah dibaca supaya
sesiapa sahaja dapat memahami ilmu yang hendak disampaikan.

Anda juga dibenarkan untuk menyebarkan artikel di dalam format PDF ini kepada
kenalan anda, berikannya secara PERCUMA kepada subscriber anda, jadikannya sebagai
bonus untuk produk yang anda jual di internet dan kongsikannya melalui Whatsapp,
Facebook atau media-media sosial lain.

Saya halalkan ilmu yang saya kongsikan ini kepada anda dan kepada mereka yang
bakal anda sampaikan ilmu ini di kemudian hari juga. Semoga ilmu yang bakal saya dan
anda kongsikan ini juga menjadi bekalan kita apabila kita meninggal dunia nanti.

Untuk mendapat lebih manfaat daripada FI$H, anda juga amat digalakkan untuk
menjadi pelanggan FI$H dengan mendapatkan produk digital ini di:

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

Akhir sekali, enjoy ilmu yang saya kongsikan di bawah dan jangan lupa sebarkan
PDF ini kepada orang lain pula.

ikhlas,
Zamri Nanyan
Founder Formula Income Seumur Hidup
www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
3 Idea Simple Kerja Dari Rumah Secara
Online Untuk Surirumah
oleh Zamri Nanyan

Di dalam ekonomi yang tidak menentu ini, bukan suami sahaja yang berusaha
untuk menambah pendapatan keluarga tetapi ramai juga si isteri yang menghulurkan
tangan untuk membantu si suami di dalam mencari rezeki.

Baguslah sekiranya kedua-dua suami-isteri berganding bahu untuk meningkatkan


ekonomi keluarga. Semoga kehidupan berumah tangga menjadi lebih selesa.

Sebenarnya, memang ada banyak peluang kerja dari rumah untuk surirumah
tangga ini. Ada yang memberikan pulangan yang ala kadar dan ada yang dapat
memberikan pulangan yang amat lumayan, mengalahkan gaji orang bekerja sepenuh
masa.

Walaubagaimanapun, kerja atau bisnes bagaimanakah yang bersesuaian untuk


surirumah ceburi untuk membantu si suami?

Disebabkan surirumah sudah pun sibuk dengan aktiviti harian di rumah, adalah
lebih bijak sekiranya kerja/bisnes dari rumah yang dilakukan ini adalah kerja/bisnes yang
tak memerlukan surirumah ini keluar dari rumah, mungkin boleh dilakukan sambil
mengemas dan menghias rumah atau pun sambil memasak.

Jadi, fokus kita pada kali ini adalah lebih kepada peluang kerja dari rumah secara
online untuk surirumah.

Berikut adalah 3 idea untuk surirumah melakukan bisnes atau kerja dari rumah
secara online:

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Menjadi Agen Dropship

Maksud "dropship" di sini ialah anda menjual barangan orang lain sebagai agen
jualan mengikut harga yang anda tetapkan dan barangan tersebut dihantar oleh syarikat
"dropship" tersebut bagi pihak anda.

Contohnya, anda adalah agen "dropship" jubah dari Mesir. Harga jubah untuk
agen jualan ialah RM150 dan harga pasaran yang boleh anda jual adalah RM200.

Anda iklankan jubah dari Mesir ini di laman sosial seperti FB dan instagram pada
harga RM200. Apabila ada pembeli berminat untuk mendapatkan jubah ini, mereka akan
melakukan pembayaran RM200 kepada anda. Anda pula bayar RM150 kepada syarikat
"dropship" dan syarikat akan poskan jubah tersebut kepada pembeli anda.

Untung anda ialah RM50 bagi setiap helai jubah yang dijual dan anda tak perlu
simpan stok, hantar jubah kepada pelanggan dan semestinya tak perlu keluar rumah untuk
melakukan bisnes atau kerja dari rumah sebegini.

Ilustrasi di bawah mungkin dapat membantu anda memahami dengan lebih lanjut
konsep dropship yang saya maksudkan.

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Menawarkan Perkhidmatan atau Servis

Saya pernah menggunakan servis terjemahan dan penulisan artikel untuk bisnes
internet saya, jadi saya tahu yang ini merupakan satu lagi peluang untuk surirumah
bekerja dari rumah.

Contohnya, ebook yang saya jual di www.rahsiamlm.com asalnya adalah dari


Bahasa Inggeris. Selepas mendapat kebenaran menerbitkan ebook ini di dalam Bahasa
Malaysia, saya upah penterjemah untuk mengalih bahasa. Siap ebook saya tanpa saya
mengarang satu ayat pun.

Jadi, sekiranya menulis adalah minat anda, anda boleh jadikannya sebagai sumber
pendapatan. Kerjanya mudah sahaja. Anda cuma perlu war-warkan servis terjemahan
atau penulisan anda ini di internet dan mula menjana pendapatan sampingan daripadanya.

Pada permulaannya, anda boleh tawarkan servis menulis 1 atau 2 artikel secara
percuma kepada pelanggan anda dahulu dan minta mereka berikan testimoni kepada
anda. Daripada testimoni ini, kembangkan tawaran perkhidmatan anda kepada lebih
ramai pelanggan. Disebabkan anda sudah ada testimoni, maka lebih mudahlah anda
mendapat kerja yang boleh dilakukan di rumah sebegini.

Lakukan ini secara sambilan dahulu dan kemudian anda sendiri pun boleh
kumpulkan beberapa orang surirumah lain untuk dijadikan "team" menulis dan
menterjemahkan artikel (atau buku). Semuanya boleh lakukan kerja ini dari rumah
sahaja.

Sekiranya anda berminat dengan pasaran antarabangsa, lawati www.Fiverr.com


dan kaji bagaimana mereka menawarkan servis yang mudah di internet melalui laman
web ini dan mungkin anda sendiri pun boleh menjadi sebahagian daripada ahlinya. Untuk
pembeli Formula Income Seumur Hidup pula, lihat video pendedahan di dalam ruangan
ahli FI$H di mana saya bongkarkan rahsia bagaimana saya bayar tak sampai RM100 pun
untuk servis yang biasanya dikenakan caj di sehingga RM3,000 untuk siapkan kerja yang
saya upah tersebut.

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Menjadi Agen Affiliate

"Affiliate" juga adalah agen jualan. Beza affiliate dengan "dropship" ialah affiliate
tidak mengambil bayaran daripada pembeli dan mereka cuma mempromosikan link
laman web produk yang dijual.

Untuk memudahkan anda memahami konsep affiliate ini, saya berikan anda
contoh produk digital saya sendiri, "Formula Income Seumur Hidup" (FI$H) di
www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

Anda boleh menyertai program affiliate FI$H secara percuma sahaja dan selepas
daftar sebagai affiliate, anda akan diberikan link unik untuk anda promosikan di mana-
mana sahaja di internet. Sekiranya ada pembelian melalui link unik anda tersebut, anda
akan menerima komisyen jualan RM100 bagi setiap unit jualan.

Mudah kan? Cuma kongsikan link affiliate anda dan anda boleh menjana
pendapatan yang lumayan melaluinya, tak perlu keluar dari rumah pun untuk melakukan
kerja promosi di internet ini.

Untuk mendaftar sebagai affiliate FI$H, anda boleh layari


www.FormulaIncomeSeumurHidup.com/jv

Sekiranya anda tidak berminat dengan program affiliate daripada FI$H, ada
banyak lagi syarikat yang menawarkan program affiliate ini.

Contohnya, Lazada juga ada program affiliate mereka tersendiri. Daftar sahaja
sebagai affiliate dan mula promosi link ke produk-produk yang terdapat di dalam Lazada.

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
abcdefghijklmnopqrstuvwxyzABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.:,;-
_!"'#+~*@$%&/\`^|()=?[]1234567890
abcdefghijklmnopqrstuvwxyzABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXY
Z.:,;-_!"'#+~*@$%&/\`^|()=?[]1234567890

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Secara ringkasnya, 3 idea di atas bolehlah anda ambil sebagai panduan untuk anda
melakukan bisnes atau kerja dari rumah tanpa meninggalkan "profession" anda sebagai
surirumah.

Sekiranya kena caranya, anda mungkin dapat menjana pendapatan ribuan ringgit
setiap bulan tanpa perlu keluar dari rumah.

Boleh faham dengan apa yang saya sampaikan? Jom semua surirumah buat kerja
dari rumah secara online.

Jangan lupa juga kongsikan artikel ini kepada surirumah-surirumah yang lain.
Manalah tahu ada surirumah yang anda kongsikan artikel ini berminat pula bekerjasama
dengan anda di dalam menjayakan salah satu daripada idea di atas. Kan?

Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003.
Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah
ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau
berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana
pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di
www.FormulaIncomeSeumurHidup.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih
dekat.

nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau
laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan
mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah
link "Formula Income Seumur Hidup" kepada link affiliate anda untuk menjana
pendapatan sampingan daripada artikel ini.

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Sumber Rujukan Tambahan

Siapa Lagi Nak Tahu 3 Langkah Simple Untuk Cipta Income PASIF Secara Online, Buat
Sekali Dapat $$$ Berkali-kali Seumur Hidup Anda
www.FormulaIncomeSeumurHidup.com

eMail Marketing + Residual Recurring Monthly Income = TrafficWave


www.trafficwave.net

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com
Agen Affiliate Formula Income Seumur Hidup Menjana Income Daripada Penyebaran PDF ini.
Klik link di bawah untuk info lanjut:

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com/viralreport

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com