Anda di halaman 1dari 6

2.1 Fungsi Pemerhati.

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan media massa bertugas sebagai pemerhati
yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media
akan melaporkan kepada khalayak melalui berita atau maklumat tetapi tidak semua perkara yang
berlaku akan dilaporkan kerana media hanya memilih peristiwa yang siginifikan dan memberikan kesan
yang mendalam kepada masyarakat disekelilingnya.

Bagaimanapun fungsi media sebagai pemerhati terbahagi kepada dua iaitu amaran dan instrumental.

2.1.1 Amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan disekelilingnya seperti ancaman bahaya,
perubahan cuaca, ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yang kemudiannya memberi amaran
kepada khalayak agar bersiap sedia secara fzikal dan spiritual.

Sebagai contoh, laporan muka depan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai ancaman selesema
babi atau influenza A H1N1. Biar pun pada ketika itu, Malaysia belum merasai serangan wabak tersebut
tetapi akhbar ini telah memberikan amaran awal kepada khalayak bahawa ia akan tiba di negara ini pada
bila-bila masa dengan memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyufatkan
penyakit tersebut sebagai pandemic iaitu mencapai tahap tertinggi, fasa enam amaran terhadap
anacaman berkenaan. Amaran tersebut terbukti apabila pada 12 Jun, akhbar yang sama di muka
depannya melaporkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan wabak
tersebut semakin serius di negara ini biar pun sebelum itu kerajaan mengeluarkan kenyataan supaya
orang ramai tidak perlu panik.

Jika dilihat pada satu aspek laporan media itu mempunyai kebaikannya kerana ia memberi amaran lebih
awal kepada khalayak supaya bersedia untuk menghadapi wabak berkenaan pada bila-bila masa. Justeru
itu, khalayak boleh melakukan persedian dengan mendapatkan maklumat tambahan mengenai
selesema babi dan langka-langkah pencegahan bagi mengelakkan mereka dijangkiti. Khalayak tidak
perlu lagi ke sana sini untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit terbabit kerana di akhbar
tersebut juga disediakan maklumat tentang langkah-langkah untuk membuat persediaan bagi
menghadapi ancaman tersebut.

Tetapi sekiranya khalayak tidak meniliti dengan mendalam laporan terbabit dan tidak mendapat
maklumat sebenar situasi selesema babi di negara ini, fungsi sebagai pemberi amaran tersebut akan
membawa kepada keburukan yang serius. Ini kerana keadaan itu mungkin akan menimbulkan keadaan
kelam kabut pada tahap awal, contohnya, orang ramai tidak berani keluar dari rumah untuk bekerja.
Sekiranya tidak dibendung ia akan menyebabkan ekonomi negara terjejas dan keadaan negara menjadi
tidak stabil sehingga menyebabkan pelabur bimbang untuk datang ke sini.

2.1.2 Instrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat. memperoleh maklumat

seperti harga di bursa saham, produk baru, idea fesyen, resepi dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya
dikhususkan kepada media berbentuk berita, penerbitan-penerbitan ringkas dan kandungan media
bertujuan menghibur seperti majalah teknikal juga menjalankan peranan mengawasi.

Contoh yang paling mudah ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyiarkan berita
mengenai komentar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan rakyat
Malaysia termasuk pelajar yang belajar di sebarang laut untuk memahami konsep dan prinsip 1Malaysia.

Komentar tersebut bertepatan dengan fungsi sebagai pemerhati instrumental. Kebaikannya ialah
Konsep yang menjadi gagasan baru yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak yang mahukan rakyat rakyat di negara ini bersatu padu di bawah konsep terssebut menuju ke
arah pembentukan satu negara dan bangsa.

Bagaimanapun keburukkannya apabila ia dilihat dari perspektif yang lain terutama dari sudut politik
kerana ia akan dilihat sebagai satu modal politik untuk menghadapi persaingan dengan parti-parti politik
yang lain sedangkan ia jelas menunjukkan bahawa gagasan itu amat baik bagi mewujudkan perpaduan
dikalangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

2.2 Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat
tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.

Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati. Gatekeepers media akan
menentukan mana berita yang penting yang akan disebarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.
Bukan semua berita yang diterima akan disebarkan di televisyen atau radio. Selain dari menyiarkan
berita, media juga menyediakan ruang untuk komentar pembacanya. Artikel yang membincangkan
implikasi sesuatu polisi, kritikan, karikatur juga membentuk interpretasi khalayak.

Berdasarkan bahan yang dipaparkan ini, khalayak memperoleh berbagai pandangan yang boleh dinilai
sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial surat khabar.
Interpretasi, komen dan pendapat disediakan supaya pembaca memperoleh perspektif mendalam
mengenai sesuatu pemberitaan.

Fungsi ini juga dapat dilihat dalam rencana yang menganalisis peristiwa-peristiwa semasa atau polisi
kerajaan. Kenaikan harga gas dan impak kepada harga makanan juga termasuk dalam kategori ini.

Sebagai contoh stesyen televisyen TV9 mengadakan program Hujah untuk menjelaskan isu-isu semasa di
negara ini dengan melibatkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr.
Mohammad Agus Yusoff.

Umpamanya dalam satu siri mengenai krisis di Perak yang disiarkan pada 31 Mac lalu, forum tersebut
tiga ahli panel telah dijemput iaitu Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM, Prof. Shad Saleem al Faruqi,
Peguam Kanan Datuk Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. Kesemua
mereka adalah pakar dalam bidang undang-undang yang dijemput khas untuk memberikan pandangan
mengenai kekusutan yang berlaku di Perak selepas tiga adun dari pakatan pembangkang keluar dari
parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
bebas.

Melalui program tersebut khalayak dapat menilai dan memahami perkara yang dibincangkan tersebut
dengan bantuan tafsiran ahli panel berkenaan. Sekali gus ia dapat membentuk khalayak yang berilmu
walaupun secara jelas hujah ketiga-tiga panel terbabit tidak memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Pun begitu ia sedikit sebanyak membantu
khalayak memahami dengan jelas proses perundangan yang berlaku dalam krisis berkenaan dan
menyedarkan khalayak bahawa terdapat grey area dalam perlembagaan dan perundangan di Perak.
Bagaimanapun keburukannya mungkin percanggahan pendapat di antara ahli panel terbabit
menyebabkan khalayak terutama mereka yang berpendidikan rendah bertambah keliru dan sukar untuk
menilai serta membuat keputusan pendapat yang mana boleh diterima pakai. Perlu diingat sebagai
manusia biar pun berpendidikan setinggi mana sekali pun mereka tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan. Oleh itu, sebarang maklumat yang kurang tepat atau silap mungkin diketengahkan dalam
perbincangan mereka. Akibatnya khalayak mungkin terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat
yang lazimnya bergerak sama pantas.

2.3 Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya,
pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Pengundi
mengumpul maklumat berkenaan wakil rakyat melalui surat khabar, televisyen, radio dan laman web.
Menerusi rancangan yang disiarkan di media elektronik atau di akhbar, derma untuk kanak-kanak yang
sakit dan mangsa peperangan dan bencana alam yang memerlukan bantuan ini.

Fungsi menyampaikan mesej kepada khalayak merupakan peranan yang dilakukan oleh media. Ia boleh
menjadi penghubung masyarakat yang terpisah sama ada individu dengan individu, masyarakat dengan
masyarakat, peristiwa dengan masyarakat mahu pun sejarah silam dan budaya dengan masyarakat
semasa.

Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat fungsi ini dapat dilihat dengan jelas. Maklumat melalui
apa yang dipanggil sebagai media baru ini (internet) berada dihujung jari khalayak. Segala apa yang
dimahukan boleh diakses dengan secepat mungkin.

Pelbagai laman web, seperti ensklopidia elektronik wikipedia, blog, laman berita maya (Utusan Online,
Bernama), laman sosial seperti facebook dan friendster memudahkan masyrakat berhubung dan
mendapatkan pelbagai maklumat walaupun ia berlaku pada masa lampau.

Ia menyediakan wahana dan platform untuk berhubungan antara dua atau ramai orang atau
membentuk komuniti maya. Kemudahan yang disediakan seperti laman web menghubungkan pelbagai
komuniti untuk berkongsi pendapat dan pengalaman hidup mereka dengan orang lain yang setara
permasalahannya.
Kadang kala media Internet juga mencipta perhubungan dan menyatukan kumpulan sosial yang dulunya
tidak menyedari bahawa mereka mempunyai minat yang serupa. Fungsi menghubungkan ini juga
memperlihatkan kemampuan media menyediakan akses kepada masyarakat untuk menyuarakan
kepentingan mereka.

Fungsi menghubung ini walau bagaimanapun ada kelemahannya. Ia mungkin memberi

peluang kepada kumpulan tertentu untuk memprotes sehingga membawa kepada berlakunya
pemberontakan. Ini boleh membawa bahaya kepada masyarakat.

2.4 Penghibur

Kebanyakan pihak melihat peranan media untuk menghibur khalayak sebagai fungsi yang paling
dominan. Fungsi komunikasi massa yang paling adalah untuk menghibur. Filem, muzik , berita sukan,
rancangan hiburan, sitkom dan kartun yang disiarkan di media memainkan fungsi hiburan kepada
khalayak dengan kos yang rendah dan murah.

Kebanyakan program di televisyen bertujuan memberi hiburan kepada khalayak. Khalayak


menggunakan wang dan masa mereka menonton wayang, mendengar muzik, menyewa video, melihat
rancangan komedi di televisyen dan melayar internet.

Fungsi ini boleh didefinasikan sebagai media massa bertugas sebagai penghibur kepada masyarakat
melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahu pun sekadar hiburan semata-mata
untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

Bagi organisasi media penyiaran program hiburan adalah memenuhi kehendak khalayak dan terpulang
kepada khalayak untuk memanfaatkannya.

Sebagai contoh Festival Filem Malaysia ke 22 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada
8 Ogos lalu. Stesyen televisyen Astro Ria menyiarkan laporan terperinci festival tersebut bermula dari
langkah awal artis masuk memasuki dewan tersebut melalui rancangan Karpet Merah. Ia seolah-olah
pertunjukkan fesyen dikalangan pembikin filem di negara yang pastinya selepas ini akan menjadi ikutan
khalayak di negara ini.
Di karpet merah tersebut pembikin filem akan ditahan untuk diwawancara dan ditanya mengenai
perkembangan semasa mereka seperti aktiviti terbaru dan sebagainya. Ia memberikan laporan terkini
kepada khalayak bagi mengetahui perkembangan semasa di mana ada diantaranya mungkin sedang
terlibat dalam pembikinan filem terbaru.

Ini semua disebabkan mereka mengetahui melalui fungsi ini ia membawa pulangan yang lumayan
kerana setiap gerak geri artis akan menjadi ikutan disebabkan pengaruh mereka yang terlalu kuat. Maka
tidak hairanlah pihak industri berebut-rebut untuk mendapatkan artis terkenal sebagai duta produk
mereka.

Pun begitu, fungsi ini sebenarnya turut membawa keburukan kepada khalayak. Ketaksuban khalayak
terhadap artis akan menyebabkan khalayak akan meniru secara membuta tuli sedangkan ada di antara
artis membawa budaya yang amat bertentangan dengan nilai-nilai serta kehendak agama Islam.

Disebabkan keterujaan itu juga kadang kala media massa menyiarkan terlalu banyak hiburan yang
mengandungi keseronokan melampau sehingga mengabaikan peranannya yang lain untuk mendidik
masyarakat menerima maklumat.