Anda di halaman 1dari 8

2.

0 Pengenalan

Etnik Rohingya merupakan satu kumpulan etnik yang menganuti agama Islam dan menetap
di Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Mengikut catatan sejarah lampau umat Islam
di Rohingya merupakan penduduk asal di Negeri Rakhine. Hal ini telah menyebabkan
terbentuknya satu gugusan besar Arakan yang terletak berdekatan dengan sempadan
Bangladesh pada masa kini menerusi pelbagai kajian sejarah dan bahan-bahan ilmiah yang
dibuat. Menurut catatan sejarah lagi masyarakat Rohingya ini dikatakan wujud sejak awal
kurun ke-7 lagi di Negeri Arakan yang ketika itu dijadikan sebagai penempatan pedagang-
pedagang Arab yang beragama Islam. Namun begitu, bukti yang menyatakan dan
menjelaskan sejarah ini adalah terlalu sedikit sehingga menyebabkan masyarakat dunia diluar
sana berasa ragu-ragu dengan bukti sejarah tersebut. Secara majoritinya masyarakat
Rohingya ini hanya tertumpu kepada dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dahulu dikenali
sebagai Arakan) sahaja di Myanmar ini.

Orang Rohingya ini sebenarnya memiliki persamaan samada dari segi bentuk fizikal, bahasa
malah dari segi budaya sendiri dengan orang di Asia Selatan, terutamanya orang Benggali itu
sendiri. Selain itu sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan juga merupakan
keturunan orang Arab, Parsi dan orang Pashtun. Hal ini berlaku kerana, pada suatu ketika
dahulu terdapat golongan pedagang-pedagang yang berasal daripada Arab, Parsi dan
Pashtun telah berhijrah ke Arakan semasa zaman pemerintahan Empayar Munghal ketika itu.
Berdasarkan catatan sejarah, Sultan Mahmood merupakan salah seorang masyarakat
Rohingya yang kaya serta berpengaruh dan beliau juga telah menyandang jawatan
setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kesihatan
disana. Manakala masyarakat Islam Rohingya yang lain pula menjawat jawatan sebagai
setiausaha parlimen dalam kerajaan U Nu yang terdiri daripada Sultan Ahmed dan Abdul
Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abdul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan
Nasiruddin (UPho Khine) juga merupakan ahli-ahli parlimen dalam cabinet U Nu di Myanmar
ketika itu.

Sejak dari tahun 1983 lagi tragedi kemanusiaan yang membabitkan penghapusan etnik ini
sudah dialami sendiri oleh umat Islam di Rohingya. Pada ketika itu dilaporkan sebanyak
30,000 orang yang menganut agama Islam telah di bunuh pada peristiwa 26 Julai 1983 di
Myanmar. Tragedi yang sama turut berlaku kepada umat Islam iaitu pada tahun 1942, 1968,
1992 dan 2002 yang melibatkan umat Islam itu sendiri.

Sejak akhir-akhir ini dunia seringkali digemparkan dan diuar-uarkan dengan isu-isu yang
berkaitan dengan penghapusan etnik. Isu ini telahpun wujud sejak dari dahulu lagi iaitu
sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang melibatkan masyarakat Melayu
Champa dengan masyarakat Dai Viet yang berasal dari selatan China (faktor yang melahirkan
bangsa Vietnam). Selain itu kita juga pernah digemparkan dengan berita yang berkaitan
dengan konflik yang sama berlaku di Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu. Konflik yang
berlaku di Serbia ini disebabkan oleh pemerintah Bosnia-Herzegovina itu sendiri yang ingin
menghapuskan umat-umat Islam di Bosnia-Herzegovina. Akibatnya, banyak pertubuhan
Islam seperti Printing House yang mencetak dan menerbitkan buku-buku berunsur Islam di
Yugoslavia ditutup pada tahun 1964 (Kaliammal Shumugam, 2006). Namun begitu, konflik ini
juga turut berlaku pada masa sekarang iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar.
Mereka ini adalah terdiri daripada masyarakat Islam yang terdiri daripada etnik Rohingya itu
sendiri dan penindasan ini disebabkan oleh pihak kerajaan Junta daripada Burma.

Masalah ini juga turut berlaku di negara-negara Timur Tengah seperti di Libya, Mesir dan
Israel. Isu ini juga bukan sahaja melibatkan perbalahan politik sahaja malah mereka juga
mempunyai agenda yang tersendiri dan tersembunyi untuk mencapai matlamat mereka.
Secara kebiasaannya isu perbalahan ini seringkali melibatkan antara dua agama iaitu agama
Islam dengan agama-agama lain. Namun begitu masalah paling serius yang berlaku kini
adalah penghapusan etnik Rohingya di Myanmar selain masalah yang berlaku di Palestin dan
Israel iaitu antara orang Islam dan Orang Yahudi. Secara sedar atau tidak sedar isu
penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan
ramai dalam kalangan mereka telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi
Myanmar ini. Masyarakat Rohingya ini telah ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak
kemanusiaan dan sebagainya. Di samping itu bantuan-bantuan yang diberikan oleh
masyarakat dunia kepada masyarakat Rohingya ini sebahagian besarnya tidak sampai
kepada orang-orang Rohingya itu sendiri.

Telah difahamkan bahawa setiap hari orang-orang Rohingya ini akan berhijrah untuk mencari
tempat-tempat yang lebih selamat sebagai tempat tinggal dan perlindungan mereka daripada
orang-orang Buddha di Myanmar yang memburu mereka setiap hari. Kerajaan Myanmar
mendakwa pelarian Rohingya merupakan pendatang haram oleh sebab mereka tidak
mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang sah (Abu Talib Ahmad, 2008). Masalah ini
sentiasa tidak mendapat perhatian dan telah diabaikan oleh masyarakat dunia sejak dari
dahulu lagi. Lebih menyedihkan lagi wanita-wanita disana turut dijadikan hamba seks oleh
orang-orang Buddha di Myanmar termasuklah tentera-tentera Junta itu sendiri. Walaupun
sudah bertahun-tahun isu ini wujud namun tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk
melindungi dan mempertahankan masyarakat Rohingya ini daripada mangsa penindasan
tentera Junta di Myanmar.

Sehinggakan ke hari ini isu ini semakin hari semakin hangat diperkatakan samada di media
massa mahupun di dada-dada akhbar itu sendiri. Mengikut perkiraan semasa seramai 1 juta
umat Islam di Rohingya ini yang menjadi mangsa kepada isu keganasan dan penghapusan
etnik Rohingya ini telah menjadi pelarian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Manakala
seramai 2 juta umat Islam di Rohingya pula masih berada di Arakan untuk meneruskan hidup
mereka dan memperjuangkan hak-hak mereka di Myanmar.

2.1 Definisi etnik Rohingya

Orang Rohingya ini dikatakan wujud pada awal kurun ke-7 dan perkataan Rohingya ini berasal
daripada bahasa Burma itu sendiri. Orang Rohingya ini secara majoritinya adalah terdiri
daripada kumpulan etnik yang menganuti agama Islam. Jumlah penduduknya adalah
beranggaran sebanyak 3 juta dan bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa Burma dan
bahasa Rohingya.

Masyarakat Rohingya ini adalah masyarakat Islam yang tinggal di kawasan Arakan di barat
Myanmar. Semasa tahun 2012 penduduk Rohingya ini mencecah 800,000 yang tinggal di
Myanmar.
Perkataan Rohingya ini adalah berasal daripada Bahasa Arab iaitu Rahma yang membawa
maksud rahmat. Menurut sejarah, selepas kapal Arab yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Arab ini telah merosakkan berhampiran dengan Ramree Pulau, pedagang Arab
tersebut telah diperintahkan supaya disempurnakan oleh raja Arakanese. Seterusnya mereka
telah besepakat untuk menjerit dalam bahasa mereka iaitu Rahma. Melalui daripada
peristiwa itu, orang-orang ini telah digelar sebagai Rahma dan kemudiannya perkataan
tersebut berubah sedikit demi sedikit daripada Raham kepada Rhohang dan akhirnya menjadi
Rohingya.

Dalam kalangan penduduk Islam di Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese Kingdom)
telah diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini dipanggil Rohingya (Prof.
Datuk Abdul Halim Sidek, Dr. Yohan Kurniawan, Prof. Dr. Hishamuddin Bin Md, 2012)

3.0 Faktor-faktor konflik etnik Rohingya di Myanmar

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penindasan dan keganasan etnik yang sedang
berlaku di Arakan, Myanmar ketika ini. Antaranya ialah etnik Rohingya sebenarnya
merupakan satu bangsa yang kewarganegaraan mereka tidak diakui oleh penduduk Myanmar
sendiri. Selain itu sejarawan Burma juga telah menafikan sendiri kewujudan etnik Rohingya
di bumi Myanmar dengan menyangkal segala pernyataan yang mengatakan etnik ini telah
wujud sejak dari dahulu lagi. Kemudian. penindasan ini juga melibatkan diskriminasi agama
dalam kalangan penduduk Myanmar sendiri. Kewujudan undang-undang Citizenship Law
(1982) juga telah menjadi punca kepada penindasan dan penghapusan etnik Rohingya di
Myanmar serta sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan kesengsaraan
yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri.

Berdasarkan faktor di atas, faktor yang pertama tercetusnya penindasan dan penghapusan
etnik Rohingya di Myanmar ialah penduduk Myanmar itu sendiri yang tidak mengakui dan
mengiktiraf kedudukan etnik Rohingya di negara tersebut. Etnik Rohingya berasal daripada
keturunan Bengali dan memasuki Myanmar pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Pada ketika itu etnik Rohingya yang memasuki Myanmar telah diakui warganegaranya dan
kerakyatannya. Namun begitu, menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali
dan anak mereka yang masuk dan tinggal di Myanmar sebelum kemerdekaan yang diberikan
oleh Britain pada 1948 sahaja dianggap sebagai warganegara Myanmar. Oleh itu, warga
Bengali yang tinggal di Myanmar selepas kemerdekaan dengan secara rasminya dianggap
sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.

Faktor yang kedua ialah sejarawan Burma itu sendiri telah menafikan kewujudan etnik
Rohingya dalam sejarah Myanmar itu sendiri. Tindakan ini telah dilakukan oleh ahli-ahli
sejarawan Burma itu sendiri dengan menyatakan bahawa suku etnik Rohingya ini belum
pernah dan tidak sama sekali wujud dalam sejarah Burma. Perkara ini telah menyebabkan
penduduk Myanmar yang lahir selepas merdeka berasa tidak puas hati terhadap etnik
Rohingya kerana mereka menganggap etnik Rohingya ini sebagai orang asing yang
membawa ancaman kepada mereka. Selain itu, ahli-ahli sejarawan Burma juga telah
berperanan memadamkan sejarah sebenar kedatangan etnik Rohingya di Myanmar pada
kurun ke-19 dengan menyatakan bahawa etnik Rohingya ini hanya wujud di bumi Myanmar
setelah tahun 1950 dan belum pernah wujud sebelum ini. Oleh sebab itu, pemerintah Burma
telah menolak kewarganegaraan etnik Rohingya ini di negara Myanmar. State Law and Order
Restoration Council (SLORC) telah bertindak dengan menyisihkan orang-orang Rohingya
kerana secara majoritinya orang-orang Rohingnya adalah beragama Islam dan ketika itu
pegangan agama Buddha di Burma sangat kuat. Hal ini telah menyebabkan berlakunya
diskriminasi terhadap orang-orang Islam di negara Burma.

Faktor seterusnya ialah ialah diskriminasi agama Islam oleh penganut agama Buddha itu
sendiri dalam kalangan penduduk di Myanmar. Perkara ini dapat dilihat apabila masjid-masjid
di barat Myanmar tidak pernah diambil perhatian dan tidak diperbaiki. Mereka tidak pernah
ambil peduli tentang nasib kelompok minoriti lain beragama Buddha mahupun Kristian yang
ditekan kerajaan pusat yang sentiasa didominasi kelompok Burman (Moshe Yegar, 1978).
Kedudukan tempat beribadat bagi umat Islam di sana sangatlah rendah sehinggakan masjid-
masjid disana boleh sewenang-wenangnya digantikan dengan pagoda Buddha. Segala aktiviti
perkahwinan dan pergerakan umat Islam disana telah dihadkan. Umat Islam disana juga
dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut agama Buddha. Sangat menyedihkan
lagi ialah wanita-wanita Islam disana tidak dibenarkan sama sekali memakai hijab dan ramai
wanita-wanita Islam disana juga turut ditindas, didiskriminasi, dirogol dengan sesuka hati dan
sebagainya. Hal ini menunjukan bahawa hak asasi kaum wanita Islam disana tidak dijaga dan
boleh dilakukan dengan sesuka hati serta dianggap sebagai hamba. Umat Islam Rohingya
merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah
penduduk yang menganut agama Buddha. Negara Myanmar mempunyai kapasiti penduduk
seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik disana. Masyarakat Rohingya yang
beragama Islam merupakan masyarakat kedua terbesar di Myanmar selepas agama Buddha.

Faktor yang keempat pula ialah melalui pengenalan undang-undang Citizenship Law di
Myanmar. Melalui undang-undang ini ia telah membawa kepada penyisihan etnik terutamanya
etnik Rohingya. Semasa tahun 1982 pemerintah Junta ketika itu telah memperkenalkan
undang-undang yang dikenali sebagai Citizenship Law (1982). Undang-undang ini
berperanan besar dalam menafikan segala hak asasi dan hak kewarganegaraan terhadap
etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar. Dalam undang-undang ini ia telah menyatakan
bahawa hanya sebanyak 135 etnik sahaja diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai
warganegara disana. Undang-undang ini telah dilaksanakan di Myanmar selama 50 tahun
sejak dari tahun 1962 lagi khususnya di bawah pemerintahan Junta sendiri. Kesannya tentera
Rohingya telah disisihkan dan dipulaukan serta tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan
Myanmar itu sendiri. Mereka juga sering dikenakan tindakan-tindakan yang langsung tidak
berperikemanusiaan dan tidak masuk akal oleh kerajaan Myanmar sendiri.

Faktor yang kelima ialah sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan
kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri. Ini kerana
keganasan memerlukan media sebagai saluran maklumat yang mahu disampaikan pada
khalayak sasaran (Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad , 2013).
Negara jiran seperti Bangladesh bertindak menolak semula kemasukan pelarian Rohingya
dalam negara mereka. Tindakan yang dilakukan oleh Bangladesh ini tidak wajar kerana
sebahagian daripada penduduk etnik Rohingya ini merupakan bekas warganegara
Bangladesh itu sendiri suatu ketika dahulu sebelum mereka berhijrah ke Myanmar yang
disebabkan oleh kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Bangladesh. Di samping itu,
mereka juga tidak mengakui bahawa penduduk Rohingya ini merupakan bangsa serumpun
dengan mereka dan ini merupakan pemulauan yang sangat kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Dasar Bangladesh ini telah mendapat kecaman daripada masyarakat
antarabangsa terutamanya masyarakat Malaysia sendiri yang menganggap penduduk
Bangladesh ini sebagai mudah lupa daratan serta asal-usul mereka. Negara Bangladesh turut
bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Rohingya dengan
menghantar semula pelarian Rohingya tersebut pulang ke Myanmar. Hal ini telah
menyebabkan kesukaran kepada pelarian-pelarian Rohingya itu sendiri kerana mereka akan
terus ditindas semula oleh junta Burma di Myanmar. Tindakan Bangladesh ini juga tidak
disokong dan ditentang oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana dianggap
sebagai tidak berperikemanusian.
4.0 Kesan-kesan konflik etnik Rohingya di Myanmar

Isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar bukan sahaja
memberikan kesan kepada negara Myanmar malah Malaysia juga turut terkena segala kesan
yang berlaku. Kesan ini berlaku tidak kira samada melibatkan masyarakat mahupun negara
kita sendiri. Walaupun isu ini tidak berlaku di negara ini namun kesannya amat besar kepada
masyarakat dan negara Malaysia. Kesan-kesannya melibatkan bidang ekonomi, sosial,
pendidikan dan politik di negara kita ini.

4.1 Terhadap politik

Kesan pertama yang berlaku melibatkan sistem politik di Malaysia ialah hubungan kerajaan
Malaysia dengan negara-negara ASEAN akan bertambah kukuh dan erat. Hal ini berlaku
kerana semasa isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ini berlaku,
kerajaan Malaysia akan kerap menyertai persidangan antara negara-negara ASEAN untuk
membahaskan segala cadangan-cadangan untuk menangani dan seterusnya menghentikan
isu daripada terus berlaku. Melalui persidangan-persidangan yang disertai oleh menteri-
menteri daripada kerajaan Malaysia dengan secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan
lagi jalinan hubungan dengan menteri-menteri dari negara ASEAN yang lain dan seterusnya
akan membawa kepada kestabilan negara Malaysia.

Kesan yang kedua ialah sistem politik dan undang-undang yang dikenakan terhadap warga
asing akan berubah. Hal ini berlaku kerana di Malaysia telah berlakunya kebanjiran pelarian
etnik Rohingya di samping kebanjiran pendatang-pendatang asing daripada negara-negara
lain seperti Indonesia, Bangladesh dan lain-lain lagi. Golongan Rohingya telah berada di
Malaysia melebihi 15 tahun sekiranya mengambil kira akhir tahun 1980-an sebagai jangka
waktu terawal bagi Rohingya tiba di Malaysia (Tan Pok Suan, 2006). Masyarakat Rohingya
mengaggap bahawa negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat bagi mereka untuk
mencari perlindungan, tempat tinggal, sumber makanan dan keselamatan untuk meneruskan
kehidupan. Para pelarian ini akan menggunakan kad pelarian UNCHR untuk mereka
menjalani kehidupan di Malaysia ini. Dengan adanya kad pelarian UNCHR ini mereka
dibenarkan untuk bekerja di negara ini dan pihak majikan telah mengambil kesempatan ini
untuk mengambil mereka kerana kos pembayaran gaji bagi warga asing adalah lebih murah
daripada warga tempatan. Namun begitu terdapat juga laporan daripada media massa
mengatakan bahawa kebanyakan pelarian-pelarian Rohingya di Malaysia ini lebih cenderung
untuk menjadi pengemis di jalanan berbanding bekerja dalam sektor buruh.

Seterusnya, melalui isu ini juga akan wujudnya kekeruhan hubungan antara dua agama iaitu
agama Islam dan agama Buddha. Hal ini akan menjejaskan sistem politik di Malaysia ini
kerana penduduk di Malaysia ini secara majorotinya menganut agama Islam dan diikuti oleh
agama Buddha. Kekejaman penganut agama Buddha di Myanmar berkemungkinan besar
akan memberikan tanggapan yang negatif kepada umat Islam di Malaysia ini. Keganasan dan
peperangan yang berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha di Myanmar
menyebabkan sebahagian besar orang Islam di Myanmar kehilangan tempat tinggal mereka.
Perkara ini akan mendatangkan tanggapan yang negatif kepada penganut agama Buddha.
Walaupun berbeza kaum, namun atas nama agama Islam, umat Islam telah mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim. Melalui
tindakan ini ia juga akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kaum Melayu yang
majoritinya beragama Islam dan kaum Cina yang majoritinya beragama Buddha. Tidak
mustahil jika pergaduhan dan perbalahan antara orang Melayu dengan orang Cina berlaku
disebabkan atas dasar keagamaan.

4.2 Terhadap pendidikan

Kesan pertama ialah tidak mustahil jika suatu hari nanti tajuk yang berkaitan dengan isu
keganasan dan penghapusan etnik Rohingya ini akan wujud dalam sistem pendidikan di
Malaysia terutamanya dalam subjek sejarah. Tajuk ini mungkin akan diwujudkan kerana untuk
memberikan pengajaran dan iktibar kepada murid-murid tentang pentingnya persefahaman
masyarakat yang berbeza agama dalam sesebuah negara. Murid-murid juga akan
didedahkan dengan kekejaman yang berlaku di sana dan murid-murid pada ketika itu akan
mengeluarkan pandangan dan persepsi masing-masing terhadap isu yang berlaku tersebut.
Guru-guru pula akan menerapkan perasaan bantu-membantu dalam diri murid-murid.

Kesan yang kedua ialah para pelajar akan didedahkan dan dikaitkan dengan isu keganasan
dan penghapusan etnik dalam sistem pembelajaran mereka pada masa kini. Perkara ini boleh
diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui sistem pembelajaran yang diamalkan kini. Hal
ini juga dapat menimbulkan rasa empti dalam diri murid itu sendiri serta nilai-nilai
kemanusiaan yang dapat mewujudkan perasaan kasih sayang. Hal ini ia akan menggalakkan
mereka untuk menderma dan memberi sunbangan kepada mangsa-mangsa di Rohingya

Anda mungkin juga menyukai