Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Lukisan keratan adalah satu teknik memotong bahagian objek dan melihat pandangan keratan
rentas untuk memeperlihatkan atau mendedahkan perincian sebenar objek.Selain daripada itu,
dapat menampakkan binaan dalam sesebuah objek,lukisan keratan juga tidak memerlukan kita
melukis garisan -garisan putus untuk menunjukkan perincian tersembunyi.Pandangan-pandangan
unjuran lazim yang menggunakan garisan -garisan tersembunyi mungkin tidak dapat
menampakkan perincian sebenar sesebuah objek dengan berkesan.Sekiranya garisan tersembunyi
terlalu banyak dilukis dalam sesebuah lukisan sudah tentulah akan mngelirukan dan susah untuk
memahami binaan objek itu.Lukisan keratan juga mengurangkan bilangan pandangan yang perlu
dilukis untuk memberi gambaran lengkap sesuatu objek.Lukisan keratan sesebuah mekanisme
misalnya dapat menunjukkan degan mudah bagaimana mekanisme itu bekerja.

A. Jenis-jenis lukisan keratan


Terdapat beberapa jenis lukisan keratan, antaranya adalah seperti berikut:
A. Keratan penuh (full section)
B. Keratan separuh (half Section)
C. Keratan ofset/melencong (offset section)
D. Keratan pecah (brokenout section)
E. Keratan pusing (revolved section)
F. Keratan alih (removed section)
G. Keratan jajaran/simetri (aligned @;ection)
H. Keratan halus (thin section)
I. Keratan pecahan lazim (conventional breaks,intersection)

1
A. Keratan Terputar

Dengan menggunakan keratan terputar ini,bentuk pandangan kertan rentas sesebuah bar
atau batang,lengan,jejari atau objek memanjang boleh ditunukkan dalam pandangan
membujur.Keratan ini dibuat seolah-olah satah tegakan kepada garis tengah atau paksi bar
ata objek-objek lain diputar sudut 90 darjah melalui garis tengah pada sudut tepat paksi.Lihat
Rajah 5.21 dan 5.22
Rajah 5.21

Langkah 1:Paksi putaran di tunjukkan ada pandangan hadapan.

Langkah 2:Keratan tengah di pandangan atas di putar supaya keratan dapat


di lihat dalam saiz sebenar di pandangan hadapan.Garis objek tidak si lukis melintasi keratan.

2
Rajah 5.22 :Keratan terputar dapat menerangkan dengan lebih berkesan ciri keretan rentas kedua-dua
bahagaian ini dari pandangan ortografik.

Contoh gambar rajah keratan terputar yang l

3
B. Keratan Pembuangan
Keratan pembuangan ialah keratan terputar yang telah dialihkan dari pandangan ia
diputarkan.Garisan tengah digunakan sebagai paksi putaran untuk menunjukkan dari mana
keratan ini diambil.Keratan pembuangan ini biasanya juga seperti keratan bahagian.Ia biasanya
dilukis ke skala yang dibesarkan untuk menunjukkan nyahlelurusan yang terang akan beberapa
perincian kecil dan untuk menyediakan ruang yang cukup untuk mendimensi.Keratan
pembuangan tidak perlu diletakan sebaris dalam unjuran dengan pandangan-pandangan lain.atau
di sepanjang paksi putaran bersebelah dengan keratan ia diambil.Lihat Rajah 5.23,5.24,5.25 dan
5.26.

Rajah 5.23 Keratan pembuangan

Rajah 5.24 Keratan pembuangan serupa dengan keratan putaran,hanya ia dialaih atau
dibuang di luar objek di sepanjang paksi putaran

4
Rajah 5.25 Keratan pembuangan digunakan apabila ruang untuk membuat keratan
putaran tidak begitu mengizinkan atau tidak berkesan.

Rajah 5.26 Keratan diberi huruf di setiap hujung satah keratan seperti A-A.Keratan
pembuangan ini boleh diletak di mana- mana pada lukisan dan dikenali dengan keratan A-A.

5
6