Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
Dalam Hierarki Keperluan Maslow, kasih sayang merupakan salah satu keperluan yang
paling asas dalam kehidupan individu dan perlu dipenuhi kerana ia mempengaruhi proses
perkembangan dan kehidupannya . Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi maka proses
perkembangan seterusnya akan terbantut. Oleh itu, konsep amalan Guru Penyayang penting
diamalkan di setiap sekolah kerana ia sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik
menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketerampilan, terpuji di
samping melahirkan insan yang intelektual.
Objektif
Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk
membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Hal ini
demikian kerana menurut al-Ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar seperti
mutiara dan lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai (Yatimah & Tajuddin,
2008). Sekiranya dia dilatih dengan perangai yang baik, nescaya dia akan menjadi seorang
yang baik, dan begitulah sebaliknya. Sehubungan itu, konsep amalan guru penyayang
bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah
laku.
Antara objektif penilaian ini dijalankan adalah bagi :-
1. Mengenal pasti perbezaan layanan guru terhadap murid-murid sebelum dan selepas
program.
2. Mengenal pasti reaksi murid terhadap amalan guru penyayang.
Objektif penilaian
Persoalan penilaian
Tujuan penilaian
Kepentingan/manfaat penilaian
Bidang Kajian
Kesejahteraan Mental
Dalam program guru penyayang terdapat tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran murid,
pelaksanaan program mentor mentee dan memberi penghargaan kepada murid. Menurut
model kirkpatrik, terdapat empat tahap iaitu tahap reaksi, tahap pembelajaran, tahap
tingkahlaku dan tahap hasilan. Daripada program mentor mentee ini, kita dapat melihat
tingkah laku murid yang dapat membantu murid dalam meningkatkan sahsiah murid.
Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi
cara seseorang itu berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya
(Ee Ah Meng ,1999). Dengan adanya program mentor mentee kita dapat melihat perubahan
tingkah laku murid kepada yang positif.
Skop
Metodologi
Reka bentuk
Program ini berbentuk kuantitatif. Data informasi yang dikumpul berupa simbol angka atau
bilangan. Contohnya, kami dapat respons daripada murid melalui borang soal selidik yang
kami sediakan untuk program ini. Daripada borang soal selidik tersebut, kami dapat
menganalisis data yang berbentuk kuantitatif.
Instrumen penilaian
Persampelan
Dalam menjalankan program ini, kami telah memilih semua murid SJK(T) Ladang Kulai
Besar. Menurut Borg, Gall dan Gall (1975) mencadangkan saiz sampel yang besar
diperlukan sekiranya terdapat banyak variable dalam satu kajian. Dengan memilih semua
murid, kami dapat memperoleh data yang berbeza melalui instrumen yang digunakan. Kami
dapat menilai respons daripada murid selepas menjalankan program ini.
reka bentuk
Instrumen penilaian
Persampelan
Analisis data
Rujukan
Azlina Ahmad, Khairuddin Mohammad, Maridah Hj Alias, Rashinawati Abdul Rashid dan
Wong Kiet Wah. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti. Sdn.Bhd.
Mohd Tajuddin Ninggal dan Yatimah Sarmani. (2008). Teori Kaunseling Al-Ghazali.
Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.