Anda di halaman 1dari 13

Unit 7 Penderia

PENDERIA

Pengenalan
Penderia merupakan alat yang menukarkan satu bentuk tenaga/isyarat kepada
satu bentuk tenaga/isyarat yang lain. Contohnya menukarkan dari tenaga/isyarat

tekanan kepada tenaga elektrik. Antara jenis-jenis penderia yang biasa

digunakan terdiri dari jenis cahaya, suhu, tekanan dan bunyi.

Contoh :

Tekanan penderia elektrik

Tekanan piezoelektrik elektrik

Elektrik motor pusingan sudut

Penderia terbahagi kepada dua iaitu :

1. Penderia aktif - tidak memerlukan sumber tenaga dari luar untuk berkendali.

2. Penderia pasif - memerlukan sumber tenaga dari luar untuk berkendali.

Jenis-Jenis Penderia
1. Cahaya – LDR (Light Dependent Resistor), Phototransistor, Photodiode
2. Suhu – Thermocouple, RTD (Resistance Temperature Detector)
3. Bunyi – Ultrasonic
4. Tekanan – Strain Gauge, Piezoelectric
5. Kelembapan - Humidity

74
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Penderia cahaya

1. LDR (Light Dependent Resistor)


Satu elemen dimana kendaliannya bergantung kepada gelombang cahaya. LDR boleh
dianggap sebagai perintang yang mana nilai rintangannya dikawal oleh keamatan
cahaya. Bila keamatan cahaya tinggi rintangan adalah rendah. Bila keamatan cahaya
rendah rintangan adalah tinggi.

R
Rintangan gelap

Rintangan cerah

Cahaya

Ciri-Ciri Rintangan Melawan Cahaya Bagi LDR

75
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Penggunaan LDR
Sebagai suis kawalan cahaya

+V
geganti
C
R
lampu
L
B
E
D
R

-V

• Lampu akan menyala/padam secara automatik bergantung kepada keamatan


cayaha yang terkena kepada LDR

• Pada waktu malam (gelap), rintangan LDR hádala lebih tinggi, voltan pada tapak
(B) transistor menjadi tinggi. Transistor ON dan geganti tertutup, lampu menyala.

• Pada siang hari (terang), rintangan LDR menjadi rendah, voltan yang dikenakan
pada tapak (B) transistor menjadi rendah. Transistor OFF maka geganti terbuka
dan seterusnya lampu akan terpadam.

2. Diod Foto (Photo Diode)

• Asasnya penderia photo diode ialah sebuah diode seperti rajah di bawah

• Permukaan Permukaan katodnya disaluti dengan bahan-bahan seperti


‘cesium antimony’ atau ‘potasium oksida’ yang sangat peka kepada cahaya.

76
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

• Apabila pancaran cahaya dikenakan ke atas permukaan katod, ianya akan


mengeluarkan elektron dan mengalirkan arus. Arus yang mengalir ini boleh
diukur dengan ammeter yang ditentukur dengan menggunakan unit ‘lumen’
iaitu unit untuk cahaya.

• Jenis kaca pada tiub akan menentukan kepekaan penderia tersebut kepada
panjang gelombang cahaya. Pada amnya tiub kaca akan memotong sinaran
pancaran dalam julat ultra-violet.

• Ciri arus-voltan bagi foto diod ini digambarkan oleh lengkung ciri arus-
voltannya, apabila voltan mencukupi dikenakan di antara anod dan katod, arus
yang mengalir bergantung lepada jumlah cahaya yang dipancarkan.

• Ciri arus-cahaya digambarkan oleh lengkung arus-cahayanya. Arus yang


mengalir melalui diod foto ini adalah berkadaran dengan keamatan cahaya
yang terkena pada katod diod ini (boleh ditentukur secara linear)

Lengkung ciri arus-voltan bagi diod foto

77
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Lengkung ciri arus melawan cahaya pada foto diod

Contoh penggunaan photodiode

3. Transistor Foto
Penderia jenis ini adalah lebih peka terhadap cahaya daripada jenis diod. Apabila ‘kaki
tapak’ terkena pancaran cahaya, ianya akan menghasikan pengaliran arus pada ‘kaki
tapak’ dan mengalirkan arus pada ‘kaki pemungut’. Daripada gambarajah di bawah,
apabila persimpangan Je dikenakan pincang hadapan dan simpang Jc dikenakan
pincang balikan arus (Ib) adalah kecil dan transistor tidak dapat berfungsi. Tetapi apabila
cahaya mengenai transistor, khususnya pada simpang Jc, elektron akan dihasilkan
dengan banyaknya. Bila ini berlaku Ic akan mengalir dengan nilai yang tinggi dan
oenderia berfungsi. Pertambahan Ic ini bergantung kepada keamatan cahaya.

78
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Penderia Suhu

1. Thermocouple
• Dibina daripada sepasang logam yang berlainan jenis

• Pasangan logam ini disambungkan pada satu hujung (cantuman panas) dan
terbuka pada hujung satu lagi (cantuman sejuk) Hujung terbuka dikekalkan pada
satu nilai suhu yang tetap.
• Apabila terdapat perbezaan suhu diantara cantuman sejuk dan panas, daya gerak
elektrik (d.g.e) akan dihasilkan dan ini akan menyebabkan arus mengalir didalam
litar.
• Apabila disambungkan satu meter pada cantuman sejuk yang terbuka itu, nilai
arus yang mengalir dapat diukur.
• Arus adalah berkadaran terus dengan perbesaan suhu diantara cantuman panas
dan sejuk. Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung kepada logam dawai dan
juga perbezaan suhu di antara cantuman panas dan cantuman sejuk.

79
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

• Kesan termo-elektrik yang disebabkan oleh keupayaan sesentuh pada cantuman


dikenali sebagai “Kesan Seeback”.
• Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung lepada jenis logam pada dawai dan
juga perbezaan suhu di antara cantuman.

Cantuman panas

bahan G meter

Tiub T Cantuman sejuk

Binaan Thermocouple
Voltan keluaran
termokumel

Suhu x 102 °C

Graf keluaran termokupel melawan suhu untuk beberapa jenis logam

80
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Kerintangan ( Ωcm )

Suhu °C

Ciri rintangan suhu

2. Resistor Temperature Detector (RTD)


• RTD yang biasa digunakan adalah Termistor (Thermal resistor). Termistor
merupakan komponen separa pengalir yang boleh dianggap sebagai perintang
yang mempunyai angkali suhu rintangan negatif. Ini bererti bahawa rintangannya
akan berkurangan apabila suhunya bertambah.
• Rintangan termistor pada suhu bilik boleh susut sebanyak 6% untuk satu darjah
centigrade kenaikan suhu. Kepekaan yang tinggi pada perubahan suhu ini
membuat termistor sangat sesuai untuk ukuran suhu dengan tepat sekali dan juga
sebagai alat kawalan dan pemanasan. Julat suhu kegunaannya ialah di antara –
100°C hingga 300°C.
• Termistor dibuat dari campuran bersinar logam oksida iaitu manganese, nikel,
kobalt, tembaga, besi dan uranium.
• Julat rintangan termistor adalah dari 0.5 ohm hingga 75 Mohm dan didapati dalam
berbagai bentuk dan saiz.

Penderia Bunyi
Ultrasonic Sensor

• Ultrasonik merupakan penderia yang digunakan untuk mengesan frekuensi bunyi.


• Ia menggunakan satu pemancar yang akan mengeluarkan satu gelombang bunyi
yang telah disetkan pada satu julat tertentu.

81
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

• Pancaran gelombang tersebut akan di kesan oleh satu alat penerima yang mana
akan berkeadaan positif sekiranya terdapat satu gangguan atau halangan bagi
laluan gelombang yang sepatutnya diterima oleh alat penerima tersebut.

Penderia Tekanan
1. Strain Guage
• Strain Gauge tergolong dalam penderia pasif di mana rintangan Strain Gauge
akan berubah apabila daya mekanikal dikenakan ke atasnya. Ianya terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
i. Jenis terikat (bounded)
ii. Jenis tidak terikat (unbounded)

• Strain Gauge jenis terikat terdiri daripada satu kepingan logam nipis dan
diperketatkan pada satu bahan penyokong seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah:

Bahan
penyokong

Logam nipis

Strain Gauge jenis terikat

• Strain Gauge jenis tidak terikat terdiri daripada satu dawai halus yang dibentukkan
pada penyokong-penyokongnya dan dikenali juga sebagai ‘Wire Strain Gauge’

82
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

penyokong

Dawai
halus
Wire Strain Gauge

• Apabila Strain Gauge dikenakan tegasan dari luar, rintangan dawai akan berubah
disebabkan oleh perubahan panjang dawai akibat dari pemanjangan atau
mampatan. Perubahan rintangan pada Strain Gauge adalah berkadaran dengan
terikan pada bahan dan diukur dengan mengunakan litar Tetimbang Wheatstone.

• Kepekaan suatu strain gaufe di beri dalam sebutan Faktor Tolok iaitu nisbah
perubahan rintangan per unit (∆R/R) dengan perubahan panjang per unit (∆l/l)

FAKTOR TOLOK, K = ∆ R / R
∆l/l

Di mana K = Faktor Tolok


R = rintangan asal Strain Gauge
∆R = perubahan rintangan Strain Gauge
l = panjang bahan diukur
∆ l = perubahan panjang
83
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

2. Piezoelectric

• Piezoelektrik merupakan bahan aktif yang berupaya mengeluarkan voltan dan


arus sendiri apabila dirangsang oleh satu tenaga yang berbentuk fizikal. Bahan
yang biasa digunakan didalam penderia ini ialah kuartza. Walaubagaimana pun
‘piezoelektrik synthetic’ yang mengandungi bahan titanate seramik adalah terdiri
daripada serbuk-serbuk halus dibawah tekanan yang menjadikannya satu bahan
yang mempunyai medan elektrik arus terus yang kuat.

• Manakala piezoelektrik hablur digunakan sebagai satu cara untuk mengukur


tenaga.

Tekanan masukan

Plet daya
(diafram)

keluaran
tapak

Rajah 17.6 Piezoelektrik

Prinsip Kendalian
Bahan binaan piezoelektrik terdiri daripada bahan yang menghasilkan cas-cas elektrik
apabila terkena daya atau tekanan. Beban hablur atau kristal akan mengeluarkan daya
gerak elektrik. Kristal ini akan diapit di antara tapak dan plet yang mengalami sejumlah
daya bila tekanan dari bahagian atas kristal dan ianya akan tertekan dan mengeluarkan
daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2. Pengeluaran daya gerak elektrik pada
punca Keluaran 1 dan 2 adalah berkadar terus dengan kekuatan tekanan.

84
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Kegunaan
Piezoektrik digunakan untuk mengukur perubahan tekanan, getaran dan bunyi. Juga
sebagai meter pecutan frekuensi tinggi kerana ia mempunyai tindakbalas frekuensi yang
baik. Biasanya ia digunakan didalam system penguat.

Pengesan Kelembapan
Humidity Sensor

Humidity sensor atau penderia kelembapan terbentuk daripada lapisan polimer


thermoset, elektrod platinum serta cip silicon voltan bersepadu untuk keluaran isyarat
seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

Habuk, kotoran & minyak tidak


akan memeberi kesan kepada
sensor

Penderia Kelembapan

Cara Operasi

Kandungan air pada lapisan dielektrik akan bertindak balas dengan gas di sekelilingnya.
Bagi penderia, lapisan platinum poros akan mengenalpasti tindak balas luar dielektrik
manakala lapisan polimer akan menyediakan pertahanan nekanikal untuk lapisan
platinum daripada habuk, kekotoran serta minyak.

Sekiranya lapisan kekotoran terlalu tebal, maka ini akan menyebabkan masa bertindak
balas bagi deria akan menjadi semakin perlahan kerana kelembapan air akan lambat
bertindak balas dengan penderia

85
Instrumentasi 1/2010
Unit 7 Penderia

Latihan:

1. Nyatakan takrifan bagi penderia dan berikan dua contoh penderia yang sering
digunakan.

2. Dengan bantuan gambarajah, terangkan contoh penggunaan penderia jenis cahaya


iaitu LDR

3. Lukiskan binaan bagi sebuah termokupel

4. Terangkan kesan termo elektrik (seeback) di dalam penderia termokupel

5. Nyatakan dua jenis penderia tekanan (strain gauge) dan lukiskan gambarajahnya

6. Berikan tekrifan Faktor Tolok

7. Dengan bantuan gambarajah, terangkan kendalian bagi Piezoelektrik

8. Berikan keterangan ringkas mengenai ‘penderia kelembapan’ seperti yang terdapat


dalam unit ini.

9. Apakah dia ‘penderia ultrasonik’, terangkan

86
Instrumentasi 1/2010

Anda mungkin juga menyukai