Anda di halaman 1dari 15

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus Pelajar


Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat,
daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat
keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh
sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu
tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain.
Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal
disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda
hidup dan benda bukan hidup yang lain.

Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan


individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin,
1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada perubahan akibat perkembangan
seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan pembelajaran,
Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu :

1) Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku.

2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.

3) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku
sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu
pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat
yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998)
yang mengatakan, .. learning occurs when experience causes a relatively
permanent change in an individuals knowledge or behavior. The change may be
deliberate or unintentional, for better or for worse. Crow dan Crow (1983) pula
menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan
sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada
situasi baru.
Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan
tingkahlaku yang melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan
penguasaan intelek. Sebagai rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya
perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses pembelajaran, perubahan
tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru, latihan,
pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau
tidak disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang
hayat.

Konsep komuniti pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran


yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan
berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama,
bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat
dan sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori
ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana
fokus utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar
dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-
kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam
perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di
mana seseorang individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu
persekitaran yang paling hampir dengan individu. Situasi ini termasuklah
bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau kawasan setaman
atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang
langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain.
Bagi Bronfenbrenner, pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada
pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi
timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina
seting tersebut.

Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro. Contohnya,
menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di
sekolah; antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama
rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi
pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya, seorang pelajar yang
merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah
menjalin hubungan yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah
keadaan di mana pengalaman dalam sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif)
mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks yang langsung.
Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu
daerah (sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks
Malaysia).

Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah,


taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka
dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-
pelajar di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang
lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam
masyarakat. Contohnya, ada budaya (seperti budaya Islam di Mesir dan Iran)
sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti
di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat
diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan
peranan lelaki atau lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya
tersebut.

Di Amerika Syarikat, di sekolah-sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan


tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan. Sistem Krono Sistem
krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar.
Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama
dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman
asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh
pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih
elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru
media, generasi post-sexual-revolution dan generasi yang dibesarkan dalam
kawasan perbandaran yang tersebar (dispersed, deconcentrated cities)

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell


Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

1. Pada masa kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah
sistem pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar.

2. Walaupun terdapat banyak penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan
sekolah mencadangkan kepada kita tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya
menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah
sekolah pada satu-satu masa tidak lagi membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan
banyak masalah.

3. Mengulangi semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak
membantu dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah.

4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang dipinjam daripada tempat lain dan ditambah
dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk
lama.

5. Terdapat banyak reformasi yang diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun
kesannya hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status
sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.

6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah
sekolah menjadi lebih baik?

7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu singkat sedangkan sesebuah
organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk memahami kehendak-kehendak
reformasi dan bertindak balas.

8. Selain itu reformasi pendidikan juga gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'.

9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk
pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti (capacity building) dalam institusi pendidikan.

10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti (capacity building)adalah satu pendekatan konsep
pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang
mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada masa
yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi dapat
diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan.

11. Ini secara tidak langsung akan membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan.

12. Pembinaan kapasiti dapat dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja
bersama-sama untuk membangunkan amalan pengajaran yang berkesan.

13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta
mampu membangunkan profesionalisme mereka sendiri.

14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi pelajar
terhadap bidang pengajaran mereka.

15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah
yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar
,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan
terhadap perkara yang telah mereka pelajari.

16. Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional
yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan
pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka.

17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi
mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan nilai-nilai teras asas.

18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama lain, komuniti
pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang menggalakkan
kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli-ahli sama ada
secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya.

19. Mereka bekerjasama dengan andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea
orang lain, tetapi seorang intelektual yang melakukan kerja-kerja keilmuan.

20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini meletakkan keistimewaan teori seiring
dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan
pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka menyediakan peluang untuk pembinaan
secara kolektif perkongsian pengetahuan baru.

21. Konsep komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan
pembelajaran pelajar.

22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan menyelesaikan masalah amalan
pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama dalam meningkatkan pembelajaran
dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah.

23. Terdapat beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling
menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan
yang dikongsi bersama.

24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sesebuah
sekolah.

25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya mampu menyediakan pelbagai
kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan mencabar idea masing-masing secara
berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka.

26. Di samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya
juga merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar.

27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa
peningkatan kualiti guru dan pengajarannya.

28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang keperluan dan
masalah pelajar.

29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC dalam institusi sekolah.

a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan perbincangan. Pencatat dan
penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga dilakukan tinjauan tentang
matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini berlangsung selama lebih kurang 3
minit.

b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang tentang kedudukan status semasa berdasarkan
data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh
dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan
berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini berlangsung selama 10 sehingga15 minit.

c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua
peserta memberikan pendapat dan cadangan masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan
diterima dan dicatat untuk pertimbangan selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga
15 minit.
d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap
semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai.
Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada agihan
tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan dan
tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam lingkungan
10 minit.

e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada Pengetua, Penolong
Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan memberi komen secara
keseluruhan tentang perbincangan tersebut.

30. Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti
bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk
menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan.

31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan
untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek
pengajarannya.

32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi pendidikan
yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi menghadapi masa depan
yang semakin mencabar.

Komuniti Pembelajaran Profesional

Category: Kurikulum
Administrator
Tuesday, 09 September 2014 09:52
Hits: 732
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

(Professional Learning Community-PLC)

Pn Hjh Halijah binti Ariffin

Pensyarah kanan IAB,

Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti


instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran
pengajaran guru melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community
(PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang
terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing
untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah.
Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada
pencapaian matlamat PPPM 2013 2025.

[Petikan Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor


Operasi Pendidikan), YB Dato Haji Sufaat bin Tumin dalam Buku Panduan
Melindungi Masa Instruksional (2013)

DEFINISI PLC

Sebahagian daripada pembaca mungkin sudah mengetahuinya tetapi bagi yang


masih menjadi tanda tanya, teruskan membaca. Artikel ini akan membentang
konsep PLC secara ringkas yang dipetik daripada DuFour, R. (2004) dan Hord, S.M
(1997) iaitu penyelidik yang menemui dan mempopularkan PLC.

Professional Learning Community (PLC) atau dalam Bahasa Melayu dikenali


dengan Komuniti Pembelajaran Profesional, namun di Malaysia, istilah PLC lebih
popular dan kerap digunakan. Pada tahun 1990, Peter Senge telah membuat
kajian ke atas organisasi korporat yang berjaya dan mendapati organisasi yang
berjaya adalah organisasi yang mengamalkan pembentukan visi secara bersama
dengan semua warga, berlaku perkongsian visi dan nilai, menyokong
pembelajaran dan penyelesaian masalah secara bersama dengan ahli-ahli
organisasi. Peter Senge (1990) akhirnya menamakannya sebagai Learning
Organisation.

Dalam dunia pendidikan pula, ramai penyelidik mencari formula yang tepat
bagaimana sesebuah sekolah itu boleh berjaya. Hord (1997) yang pada masa itu
terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational Development Laboratory
(SEDL) telah mendapati sekolah yang Berjaya mempunyai ciri-ciri seiring dengan
learning organisation seperti yang diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian
ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai
Professional Learning Communities.

Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali
sebagai Professional Learning Communities. PLC adalah kolaborasi antara guru,
pemimpin, ibu bapa dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk
mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk meningkatkan prestasi murid. Sekolah
yang mempunyai PLC memberi fokus kepada apa yang murid belajar bukannya
apa yang guru mengajar (DuFour, 2004).

PLC adalah sekumpulan guru 6-12 orang yang sentiasa berhubung dan
mengadakan perbincangan tentang pengajaran mereka. Kumpulan PLC berjumpa
secara kerap, mengadakan dialog tentang pembelajaran murid mengikut protokol
dengan penerimaan kritikan adalah bukan peribadi tetapi untuk meningkatkan
pencapaian murid (Yendol, D. 2010).

Pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional menyediakan perkakasan kepada


guru untuk membentuk wawasan kaedah pengajaran mereka melalui maklum
balas pelajar dan rakan guru. Apabila guru memberikan fokus kepada waktu
instruksional yang berkualiti, kaedah bertanya yang berkesan, pengurusan bilik
darjah yang baik dan berbincang kesukaran pelajar menerima apa yang diajar
bersama rakan, satu bentuk kaedah pengajaran yang berkesan akan dapat
dihasilkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada
pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa
yang dipelajari oleh murid. Peralihan fokus ini membawa kepada situasi di mana
guru-guru sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan murid dapat
menerima pelajaran yang disampaikan.

Penghayatan slogan atau misi seperti pembelajaran untuk semua menjadikan


semua guru atau warga sekolah berusaha memastikan pembelajaran diterima
oleh semua murid. Sekiranya ada murid yang ketinggalan, guru akan berusaha
membantu memberikan bimbingan dan kelas tambahan sehingga murid
berkenaan menguasai pembelajaran yang diharapkan.

Perkara kedua dalam PLC ialah budaya kolaborasi yang kukuh dalam kalangan
guru-guru. Secara tradisionalnya, guru-guru bekerja secara solo atau bersendirian.
Guru merancang rancangan pengajaran, membina alat bantu mengajar dan
membuat soalan secara bersendirian. Keadaan ini tidak wujud dalam sekolah
yang mengamalkan PLC.
Guru yang membudayakan PLC akan bekerjasama dalam merancang pengajaran,
membina modul pengajaran dan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk
memastikan pembelajaran berlaku. Selain itu, mengajar bukan lagi secara
bersendirian, rakan guru secara sukarela membantu atau mengikuti pengajaran
guru. Kelas terbuka kepada rakan guru untuk membantu dan memantau
pengajaran. Perbincangan dan kritikan secara terbuka sentiasa berlaku dan
hasilnya satu kaedah pengajaran terbaik tercipta.

Mengutamakan pembelajaran dan kejelekitan sesama guru menyebabkan tiada


guru menerima kritikan secara peribadi.

3 Perkara utama dalam PLC

Fokus kepada pembelajaran

Fokus kepada keputusan

Kolaborasi

Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus kepada
pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa
yang dipelajari oleh murid ` Warga sekolah yang digelar PLC memberi fokus
kepada pencapaian. Bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian murid menjadi
perkara rutin kepada semua warga di sekolah.

Pencapaian murid bukan lagi tanggungjawab seorang guru tetapi menjadi


tanggungjawab semua. Dalam konteks ini, data pencapaian murid menjadi bahan
utama perbincangan dan guru-guru lain sentiasa bersedia membantu dalam
pencambahan idea, bahan-bahan dan kaedah pengajaran serta juga memberi
bimbingan kepada murid yang rendah pencapaian. Hasilnya pencapaian murid
meningkat dan bilangan murid yang ketinggalan semakin berkurangan hari demi
hari. Selain itu, stress dalam kalangan guru-guru berkurangan ataupun mungkin
tidak wujud kerana bebanan telah dikongsi bersama rakan guru lain.

Perkongsian nilai dan visi sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua
warga dalam membina visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam
membuat keputusan terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Perkongsian kepimpinan kepimpinan dan keputusan dibuat bersama dengan


warga sekolah. Pengetua sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang
mereka bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat
perubahan dan keputusan tetapi di bawah batasan dan kuasa yang dimiliki.

Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada keputusan dan


tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan Perkongsian kreativiti setiap
warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog
bersama rakan guru yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada
penemuan baru yang dikongsi bersama.

Perkongsian amalan terbaik PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi,


hormat menghormati serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran
guru terbuka kepada rakan yang lain untuk dilihat dan dikongsi bersama.

CIRI-CIRI PLC
Perkongsian Nilai & Visi
Perkongsian
Kepimpinan Perkongsian
Amalan Perkongsian
Kreativi

Struktur yang menyokong PLC

Struktur yang menyokong struktur yang menyokong dilihat daripada sokongan


daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada
pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur
bangunan, masa, struktur komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa.
Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang besar menyukarkan guru-guru
berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi untuk
pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk
pembentukan PLC.

Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah
menerima kritikan, memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul
pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih suka kepada pengajaran secara
solo menyukarkan pelaksanaan PLC.

APAKAH STRATEGI UNTUK MEMBENTUK PLC DI SEKOLAH ?

Di bawah digariskan beberapa strategi secara ringkas untuk membentuk PLC di


sekolah.
1. Perjumpaan bulanan untuk membincangkan artikel dan ilmu baru dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran
2. Book Clubs sekumpulan guru mengadakan perbincangan dan perkongsian
mengenai buku atau artikel yang dibaca, dicadangkan secara bulanan.
3. Study Group sekumpulan guru mengadakan perbincangan tentang sesuatu
topik dengan mengabungkan pelbagai latar belakang dan jurusan akademik
guru.
4. Video critiques of teaching moments melihat dan menganalisa teknik
pengajaran guru yang telah divideokan.
5. Learning walks berjalan disepanjang kelas dengan tujuan memerhati guru
mengajar dan diikuti dengan perbincangan kekuatan dan kelemahan
pengajaran.
6. Peer coaching/ instructional coaches membimbing guru setelah
menyaksikan pengajaran yang berlaku di dalam kelas
7. Lesson study sekumpulan guru bersama-sama membina rancangan
mengajar, seorang guru mengajar manakala guru-guru lain memerhati. Akhir
pengajaran, guru-guru tersebut berbincang dan membuat penambahbaikan
kepada rancangan mengajar atau modul pengajaran.
8. Data analysis guru secara berkumpulan berbincang pencapaian murid dan
membantu mencari penyelesaian dan bersama-sama membimbing murid yang
masih belum menguasai sesuatu pembelajaran.
9. New teacher induction/mentoring guru pakar dan guru senior membimbing
dan memberi sokongan kepada guru baru.
10. Vision activity sekumpulan guru membina matlamat dan pelunjuran
pencapaian murid dan merancang aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut.

RUMUSAN

Pelancaran Akta No child Left Behind pada tahun 2001 oleh Amerika Syarikat
telah mengalakkan model PLC dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara Barat.
PLC dikatakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan hasrat pendidikan
untuk semua tercapai. Di Malaysia, PLC telah diperkenalkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru melalui pendekatan lesson study kepada 289 buah sekolah
pada tahun 2011.
Gerakan ini telah disokong oleh Institut Aminuddin Baki yang telah memberikan
pendedahan kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan PLC di sekolah.
Pada tahun 2013 pula, PLC telah disarankan dalam usaha melindungi masa
instruksional dan menjadi satu kaedah utama pembangunan profesional guru.
Oleh itu adalah langkah bijak sekiranya kita sama-sama memahami konsep PLC
dan menjadi pengerak PLC di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai