Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING 1

JALAN WAN SENDARI, SRI PETALING


57000 KUALA LUMPUR
Tel / Faks : 03- 90570814
E-mel : wba0043@moe.edu.my

_________________________________________________________________________________________________________
___
Rujukan kami : SKBBSP1 800-2/2/1(3)
Tarikh : 13 SEPTEMBER 2017

Pengurus
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Cawangan Seputeh,
57000 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON KELENGKAPAN KHEMAH SEMPENA KEJOHANAN BALAPAN


DAN PADANG BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1 akan
mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang bagi tahun 2017 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu)


Masa : 7.45 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SKBBSP (1)

3. Oleh yang demikian, kami bercadang ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menggunakan perkhidmatan khemah sebanyak 4 buah bagi tujuan tersebut. Selain itu, kami
juga memohon kerjasama daripada pihak tuan agar dapat mendirikan khemah-khemah tersebut
di padang sekolah pada tarikh 11 Oktober 2017 iaitu hari Rabu bagi tujuan persiapan khemah
dan tempat.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati agar tuan dapat memberikan
kelengkapan khemah bagi Kejohanan Balapan dan Padang SKBBSP1 untuk tahun 2017.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(ROSMAWATI BINTI MD ALI)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1,

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERI PETALING 1
JALAN WAN SENDARI, SRI PETALING
57000 KUALA LUMPUR
Tel / Faks : 03- 90570814
E-mel : wba0043@moe.edu.my

_________________________________________________________________________________________________________
___
Jalan Wan Sendari, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Anda mungkin juga menyukai