Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2

Kamu dan keluarga kamu mengisi percutian hujung minggu di sebuah taman tema air yang
terdapat di negara kita. Tulis catatan harian tentang pengalaman kamu bersama-sama keluarga
ketika melalui percutian hujung minggu itu.
Tulis catatan kamu itu selengkapnya.

BAHAGIAN C (2) KARANGAN JENIS UCAPAN (KERANGKA)

Format gembira, lawat taman tema air siapkan segala keperluan mula perjalanan
Idea 1 asyik melihat pemandangan taman tema air Shah Alam ramai pengunjung
Idea 2 beratur beli tiket menukar pakaian yang sesuai berendam dan bermain air
Idea 3 cuaca semakin panas menaiki kapal gergasi terasa gayat, tetapi gembira
Idea 4 bersihkan diri, solat bersiar-siar, beriadah ambil gambar, lokasi menarik
Penutup meninjau-ninjau cenderamata beli, buah tangan bertolak balik, gembira

PENGALAMAN BERCUTI DI TAMAN TEMA AIR

Sabtu, 20 Ogos 2016


8:00 pagi
Hatiku melonjak kegirangan kerana ayah hendak membawa kami sekeluarga ke taman tema air
yang terletak di Shah Alam. Kami menyiapkan segala keperluan. Sejurus selepas itu, ayah pun
memulakan perjalanan menuju destinasi. Ayah memandu kereta Perdana meninggalkan
perkarangan rumah kami.
10:00 pagi
Aku begitu asyik melihat pemandangan di sepanjang perjalanan yang kami lalui. Aku tidak
sedar kereta yang ayah pandu sudah tiba di halaman utama taman tema air Shah Alam. Pada
ketika itu, aku dapat melihat banyak pengunjung sudah mula memenuhi perkarangan pintu
depan taman tema air tersebut.
10:30 pagi
Hampir lima belas minit beratur untuk membeli tiket, kami sekeluarga memasuki taman tema air
setelah gelang keselamatan terlekat rapi di tangan. Mengkagumkan dan teruja, itulah ungkapan
pertama yang terpacul dari mulutku. Setelah menukar pakaian aku dan adik terus menuju ke
kolam air yang cetek untuk berendam dan bermain papan gelongsor sepuas-puasnya.
12:00 tengah hari
Apabila cuaca semakin panas, kami mencuba permainan lain seperti menaiki buaian gergasi
dan kapal gergasi. Walaupun terasa gayat, aku berasa gembira kerana berjaya melalui
pengalaman tersebut.
2:00 petang
Setelah membersihkan diri dan bersolat, kami sekeluarga bersiar-siar mengelilingi sekitar
taman tema air. Kami merakamkan kenang-kenangan di lokasi menarik menggunakan kamera
yang kami bawa.
4:30 petang
Setelah meninjau-ninjau cenderamata yang dipamerkan, aku membeli beberapa jenis pemegang
kunci untuk dijadikan buah tangan kepada kawan-kawan. Selepas itu, kami bertolak balik
dengan perasaan gembira dan kami juga berharap akan dapat datang semula ke taman tema air
ini suatu hari nanti.