Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

PENGKALAN CHEPA
16100 KOTA BHARU
KELANTAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

NAMA PROGRAM /
ELECTRICAL TECHNOLOGY
PROGRAMS NAME

TAHAP / LEVEL 2 (TWO)

KOD DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / ETE 2022 : SINGLE PHASE ELECTRICAL APPLIANCES
COMPETENCY UNIT MAINTENANCE
CODE AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRICAL APPLIANCES


MAINTENANCE REQUIREMENT,
SPECIFICATION AND MANUALS.
NO. DAN PENYATAAN 2. PREPARE SINGLE PHASE ELECTRICAL
AKTIVITI KERJA / APPLIANCES MAINTENANCE TOOLS,
WORK ACTIVITIES NO. EQUIPMENT AND MATERIALS
AND STATEMENT 3. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES
INSPECTION
4. CARRY OUT ELECTRICAL APPLIANCES
MAINTENANCE

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1


ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

TAJUK : PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan mengenai jenis-jenis penyelenggaraan dan


kerosakan pepasangan elektrik satu fasa serta kaedah mengesan dan membaikinya mengikut
prosedur serta cara-cara untuk menguji dan mengesahkannya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 3
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

PENERANGAN :

1. Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa

1.1. Definasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara,


menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan, kelengkapan,
perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi
piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta
selamat digunakan.

1.2. Tujuan Penyelenggaraan

i. Selamat dan boleh digunakan. (dari segi ketahanan dan kesihatan)


ii. Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory
requirement) yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta
447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenagadan sebagainya)
iii. Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan.
iv. Mencapai tahap bolehguna yang diterima.
v. Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond
economic repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan.
vi. Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan dan
kelengkapan dan servis.
vii. Mengekalkan kecantikan dan keselesaan.

1.3. Jenis Penyelenggaraan

1.3.1. Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance).


Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan
perancangan yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh
hayat premis dan pemeriksaan berkala

1.3.2. Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance)


Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan
pelanggan atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau
dengan kata lain kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.

1.4. Kategori Kerosakan

1.4.1. Cemas (Emergency)


Kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau
terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh
menjejaskan perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor,
paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak

1.4.2. Segera (Urgent)


Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta
boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan kepada kumpulan pengguna
(misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi, paip buangan
tersumbat).
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 4
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

1.4.3. Biasa (Normal)


Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan
ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.

1.5. Operasi Penyelenggaraan

i. Servis (servicing)
ii. Pembersihan / Pencucian Bangunan (routine cleaning)
iii. Pembaikan (rectification, repair)
iv. Penggantian (replacement)
v. Penyambungan (extension)
vi. Pengubahsuaian (renovation)
vii. Naiktaraf (upgrading)

2. Kerosakan Pendawaian Elektrik Satu Fasa

Setiap pemasangan elektrik pasti akan mengalami kerosakan. Diantaranya ialah


pemasangan yang sudah lama, kesalahan pemasangan, angkara makhluk perosak
seperti gigitan tikus dan mungkin disebabkan oleh terhimpit, terpotong dan sebagainya.

Kerosakan yang sering berlaku pada pendawaian elektrik boleh dibahagikan kepada
berikut :

i. Litar pintas
ii. Litar bocor kebumi
iii. Litar buka
iv. Kerosakan alat-alat pelindung arus lebihan

2.1 Litar Pintas

Litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral.

Rajah 1: Litar pintas


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 5
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Kerosakan litar pintas dapat dikenalpasti melalui MCB atau fius yang sering
terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga apabila kerosakan
itu berlaku pada papan suis utama ( PSU ), maka fius utama akan didapati sering
terputus bekalan apabila di ON kan.

Di antara punca-punca berlakunya litar pintas adalah:

a. Penebat kabel terkoyak.


b. Penebat kabel cair.
c. Benda asing seperti cicak,tikus,air dan kepingan logam yang menyentuh
pengalir
elektrik.
d. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor
elektrik yang pecah pemisahnya,soket yang pecah menyebabkan persentuhan
antara pengalir elektrik dan sebagainya.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut:

a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk mengelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b. OFFkan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak dapat diOFFkan kerana
bekalan sedang digunakan,penguji hanya perlu OFFkan MCB untuk litar yang
rosak sahaja.
d. Gunakan alat uji Rintangan Penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar pintas ini.
e. Asingkan beban seperti lampu dan perkakas elektrik dari litar sebelum diuji
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di OFF
kan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian
dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik.
f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya (fasa
dengan fasa dan neutral).
g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm,maka
litar tersebut telah berlaku litar pintas (lihat jadual 71A Peraturan IEE Edisi-16).
h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.
i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang lebih dari satu litar yang rosak
sehingga punca kerosakan dapat dikenalpasti.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 6
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Jadual 1: Nilai minima rintangan penebat

Rintangan
Voltan
Penebat
Voltan Litar Terendah - Volt AT -
Minima -
Volt
MegaOhm

Litar bervoltan lebih rendah apabila


litar dibekalkan dari suatu transformer
penebat keselamatan ( Peraturan 250 0.25
411-02-04 item (I) dan juga
memenuhi kehendak Peraturan
411-02-04 )
Hingga ke dan termasuk 500V 0.5
500
dengan pengecualian kes-kes di atas
Melepasi 500 V hingga 1000 V 1000 1.0
Antara litar SELV dan litar LV yang
berkaitan dengan tambahan tahan
ujian di mana dikehendaki 500 5.0
Contoh : U 240V r.m.s. A.T. untuk
60s

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki
atau ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak, benda
asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh
dibaiki tanpa menukar baru pemasangan pendawaian itu. Kabel yang terkoyak boleh
diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC,andainya
bahagian yang koyak itu sedikit sudah memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing
seperti tikus,cicak,air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh
diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh
diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

ii. Litar Bocor Ke Bumi

Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada
pemasangan pendawaian yang membawa arus elektrik (sama ada dari sebelah fasa-
fasa atau neutral) ke bumi.Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat
elektrik yang membawa arus elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel
bumi sendiri.

Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenalpasti apabila PBLK sering terpelantik
terputus apabila di ONkan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 7
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Diantara punca-punca berlakukan litar bocor kebumi adalah:-

a. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.
b. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel
bumi atau bahagian logam berbumi.
c. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh
antara pengalir-pengalir arus elektrik dan bumi.
d. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor,lampu,soket alur
keluar yang menyebabkan bersentuhan dengan bumi.
e. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi
atau tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi.

Kaedah mengesan kerosakan

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti
berikut :
a. Matikan bekalan elektrik pada suis utama (main switch) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.
b. OFFkan PBLK dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.
c. Sekiranya suis utama,PBLK dan semua MCB tidak diOFFkan kerana bekalan
elektrik sedang digunakan,penguji perlu OFFkan MCB untuk litar yang rosak
sahaja.
d. Gunakan alat penguji rintangan penebat (Insulation Resistance Tester) untuk
mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
e. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu, motor elektrik dan alat-alat
elektrik dari litar sebelum diuji (sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban
tersebut suisnya perlu diOFFkan). Ini adalah untuk menggelakkan daripada
salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakan alat-alat elektrik
disebabkan voltan dari alat uji tersebut.
f. Lakukan ujian pada setiap litar satu persatu di antara pengalir-pengalirnya
dengan bumi (fasa fasa, neutral dan bumi)
g. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm, maka
litar tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (lihat Jadual 71A Peraturan IEE-
Edisi 16)
h. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak
i. Tumpukan ujian pada satu persatu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari
satu litar yang rosak sehingga dapat mengenalpasti punca kerosakan.

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka perlu dibaiki atau
ditukar baru mengikut kesesuaian. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit),benda
asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh
dibaiki tanpa menukar baru tempat yang koyak tersebut dengan pita PVC, andainya
bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja. Benda asing
seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan juga boleh
diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair (disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 8
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

iii. Litar Buka

Litar buka bermaksud tiada sambungan litar daripada bekalan sehingga sampai
kepada beban. Ini menyebabkan alat-alat elektrik yang dipasang pada litar itu tidak
dapat beroperasi kerana tidak mendapat bekalan elektrik.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila peralatan elektrik tidak dapat
beroperasi walaupun telah diONkan semua suis untuk alat tersebut beroperasi.

Diantara punca-punca berlakunya litar buka adalah:-


a. Kabel putus.
b. Sambungan pada terminal tertanggal.
c. Litar pada motor elektrik atau mesin elektrik terputus.
d. Kerosakan seperti suis,soket alir keluar,suis utama,PBLK,MCB,fius pengasing
dan penghidup motor elektrik.

Kaedah Mengesan Kerosakan

Ujian untuk kerosakan jenis ini lebih mudah dilakukan dalam litar hidup tetapi sekiranya
sangat merbahaya jika dilakukan dalam litar hidup,maka boleh juga dilakukan dalam
litar mati.

a. Kesan kerosakan dalam litar mati :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.


ii. Matikan bekalan elektrik untuk seluruh pepasangan itu (OFFkan suis
utama,PBLK dan semua MCB ) atau untuk litar yang hendak dikesan
sahaja.
iii. Gunakan multitester dengan bidang ohm untuk membuat ujian ini.
iv. Pintaskan pada hujung litar kecil akhir umpama S.A.K. dan pengasing
pada bahagian pengalirnya (fasa-fasa dan neutral sahaja ) pada litar
yang hendak diuji.ONkan semua suis yang memgawal litar yang
hendak diuji itu.
v. Uji setiap fasa dan neutralnya pada papan suis utama,sekiranya
multitester menunjukkan bacaan 0 ohm,maka litar tersebut tidak buka
dan sebaliknya jika tidak menunjukkan bacaan 0 ohm.
vi. Teruskan mengesan kerosakan sehingga dapat mengenalpasti punca
kerosakan.

b. Kesan kerosakan dalam litar hidup :

i. Kenalpasti litar yang rosak daripada maklumat pengguna.


ii. ONkan semua suis untuk litar yang rosak tersebut sehingga sepatutnya
ia mendapat bekalan sama ada satu fasa atau tiga fasa.
iii. Gunakan multimeter dengan bidang voltan(1000V untuk tiga fasa dan
240V untuk satu fasa).
iv. Uji voltan yang sampai pada setiap penghujung litar kecil akhir ( antara
fasa 415V dan fasa dan neutral 240V ) untuk satu fasa seperti
pengasing, penghidup motor elektrik dan soket alirkeluar sama ada
voltan yang sampai mengikut kadaran yang sepatutnya. Sekiranya tiada
kerosakan litar buka voltan akan sampai mengikut kadaran yang
sepatutnya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 9
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

v. Sekiranya tiada litar buka sehingga ke hujung litar kecil akhir ujian
peralatan seperti cerek elektrik ,motor elektrik dan mesin elektrik
hendaklah dibuat.
vi. Jika didapati alat elektrik seperti cerek elektrik,motor elektrik dan mesin
elektrik tersebut yang rosak,maka perlulah dimatikan bekalan
kepadanya dan dibaiki alat itu.

Penyelesaian

Setelah dikenalpasti punca kerosakannya maka baikinya jika boleh atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

Kerosakan litar buka pada suis lampu, suis soket alirkeluar, pengasing dan penghidup
motor elektrik boleh diatasi dengan membaiki sesentuhnya atau diganti dengan yang
baru. Litar buka yang disebabkan oleh tertanggal sambungan pada terminal
suis,terminal motor elektrik boleh diatasi dengan menyambungkan kembali kabel yang
tertanggal.

Manakala kabel elektrik yang membawa bekalan elektrik kepada beban yang terputus
sebelum sampai ke beban disebabkan oleh terpotong,terhimpit dan sebagainya
hendaklah dibuat pendawaian semula. Kerosakan beban-beban elektrik seperti lampu
yang terputus filamennya dan pemanas air yang juga terputus elemennya hendaklah
dibaiki atau diganti dengan yang baru.

JADUAL 1

PEMERIKSAAN DAN PENYENGGARAAN


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 10
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Perkara Pemeriksaan Harian Bulanan Tahunan


& Penyelenggaraan

BUTIRAN 1. Voltan O

2. Arus dan O
komponen

3. Suhu O
bilik/sekeliling

4. Suhu lilitan stator O

5. Getaran O

6. Suhu alas O

7. Bunyi luarbiasa O

8. Kerosakan lain- O
lain

9. Masukkan gris jika O


perlu

10.Rintangan O
penebatan

11.Penjajaran
penjodoh O
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 11
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Kerosakan Alat Perlindungan

Kerosakan alat-alat perlindungan bermaksud alat perlindungan seperti suis utama,


PBLK, fius dan MCB tidak dapat menjalankan fungsinya apabila berlaku arus bocor ke
bumi dan arus lebih dalam litar.

Kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilapurkan oleh pengguna seperti suis
utama tidak boleh diOFFkan, PBLK tidak terpelantik walaupun terdapat arus bocor ke
bumi dan MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya sehingga
merosakkan kabel yang dikawal oleh MCB tersebut.

Diantara punca-punca yang menyebabkan MCB tidak berfungsi adalah:-

i. Sesentuh suis utama melekat di antara satu sama lain.


ii. MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya.
iii. PBLK yang hilang kepekaan.
iv. Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya.

Kaedah mengesan kerosakan dan penyelesaiannya iaitu

a) Sesentuh suis utama melekat

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan multimeter bidang voltan.
iii. Uji bahagian keluaran suis utama dan OFFkannya.Sekiranya suis
utama masih memberikan bacaan voltan (415V untuk tiga fasa dan
240V untuk satu fasa) maka itu menunjukkan sesentuhnya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku sepatutnya suis utama itu ditukarkan dengan yang baru
kerana mungkin sesentuhnya telah cair dan melekat.

b) MCB tidak terpelantik walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan clamp tester bidang arus.
iii. Uji bahagian keluaran MCB (tiga kutub atau satu kutub) dan operasikan
bebannya seperti mesin elektrik sekiranya arus yang melalui MCB itu
lebih daripada kadarannya dan MCB masih tidak terpelantik,maka itu
menunjukkan ianya telah rosak.

Sekiranya ini berlaku MCB itu perlu ditukar dengan yang baru kerana kepekaannya
telah hilang atau bahagian sesentuhnya telah melekat kerana telah lama digunakan.

c) PBLK hilang kepekaan

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Gunakan RCCB Tester atau lampu uji.
iii. Uji kepekaan PBLK,sekiranya PBLK tidak terpelantik itu menunjukkan
ianya telah hilang kepekaan.

PBLK tersebut perlu digantikan dengan yang baru kerana ianya telah rosak dan boleh
menyebabkan pengguna terkena renjatan elektrik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 12
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

d) Fius tidak putus walaupun arus berlebihan melaluinya

i. Kenalpasti kerosakan daripada maklumat pengguna.


ii. Sebenarnya masalah ini adalah disebabkan pemasangan atau
penukaran fius yang tidak mengikut kadaran yang betul.

Kaedah mengesannya ialah dengan menanggalkan fius tersebut dari tempatnya,


melihat kadaran fius pada badannya ( fius HRC ) dan menyukat saiz dawai
fius ( fius dawai semula ) untuk menentukan sama ada kadarannya adalah betul.

Sekiranya kadaran fius lebih besar daripada sepatutnya ianya perlu ditukarkan
dengan yang betul kadarannya kerana kadaran yang tidak betul boleh merosakkan
beban yang ditanggungnya disamping merbahayakan pengguna .
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 13
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

BORANG 1 LAPORAN PENGUJIAN

Nama : .
No. K.P : .
Tarikh : .

PERKARA KEPUTUSAN

1.Laporan Secara Pemerhatian

2.Laporan Kaedah Litar


Pendawaian

3.Laporan Pengujian:
i. Ujian Keterusan

ii. Ujian Kefungsian

iii. Ujian Kekutuban

iv. Ujian Penebatan

4.Langkah-Langkah
Keselamatan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 14
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

JADUAL 2
KEPUTUSAN UJIAN PEPASANGAN
PENDAWAIAN DOMESTIK

Nama : Sukatan Suis Utama:


Amp
No. K.P : .. Kadaran Fius:
Amp
Sukatan PLBK : .Amp
Jenis Kendalian PLBK :

UJIAN-UJIAN MENURUT PERATURAN PIHAK BERKUASA


BEKALAN 7(2)
BIL. (1)
BUTIR-BUTIR/ BIL. (2) (3)
SOKET BIL. RINTANGAN (4)
BILANGAN MATA RINTANGAN KEKUTUPAN
ALIR KUASA PENEBAT KESELANJARA
LITAR/RADAS LAMPU PENEBAT SUIS DAN
KELUAR ANTARA N BUMI
ANTARA SOKET ALIR
PENGALIR DIPERIKSA
PENGALIR KELUAR
DAN BUMI

KESELURUHAN
PEPASANGAN

Keupayaan arus terus sebanyak 500V telah digunakan untuk menentukan rintangan
penebatan yang dicatitkan di atas

.
..
Tandatangan Penguji Tandatangan Penyelia

Tarikh : .. Tarikh :

ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 15
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

3. Peralatan tangan.

Kerja-kerja penyelengaraan peralatan elektrik memerlukan beberapa alatan tangan


khas disamping perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas
yang betul dan sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan
pantas.Di antara perkakas kerja yang perlu ada pada setiap penyelenggaraan adalah
seperti berikut:

1) Pemutar skru
2) Playar gabung
3) Playar pemotong sisi
4) Pisau kecil
5) Meter pelbagai(Multimeter)
6) Pena ujian(Test pen)
7) Playar muncung tirus
8) Penjerut Kabel(Wire Stripper)

A. Kegunaan peralatan tangan dan teknik penggunaan yang betul.

Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan,perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.

Pemutar Skru

Playar Lazimnya digunakan untuk memegang alatan


dan membengkok wayar dan juga untuk memegang
nat kecil serta washer.Player tambahan daripada
jenis pemotong sisi dan muncung panjang juga
diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah
Playar gabung mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
Playar Pemotong Sisi wayar pengalir.

Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 16
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya


tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau

Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus dan


juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)

Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)

Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)


ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 17
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

4. Kabel

4.1 Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan
keselamatan.

4.2 Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar lembar tunggal,
wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.

a) Wayar kuprum berenamel


b) Wayar teras tunggal
c) Wayar teras kembar
d) Wayar teras tiga

a) Wayar kuprum berenamel

i. Untuk membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer.


ii. Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

b) Wayar lembar tunggal

i. Digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah seperti radio dan
komponen elektronik.

c) Wayar terus tunggal

i. Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu:

Lembar wayar halus - boleh dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar
elektrik seperti di radio dan pembesar suara.
Lembar wayar kasar - biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik
domestik.

d) Wayar teras kembar

i. Terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.


ii. Digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

e) Wayar tiga teras

i. terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu:

Wayar tiga teras berpenebat PVC digunakan pada perkakas elektrik yang tidak
menghasilkan haba seperti kipas angin, komputer, dan mesin basuh.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 18
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula digunakan pada perkakas
elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik, dan
pembakar roti.

5. PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI SENGGARAAN

Bahagian IV Penyenggaraan Pepasangan

Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan
berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk
mencegah bahaya

110 (2) Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,


pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan

110 (3) Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah


diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun

110 (4) Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun

110 (5) Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan
orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan

3.1 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 (KAWALAN KOMPETEN)

Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau dibawah
kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa
perakuan sebagaimana ditetapkan

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit dan, jika
pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit bagi tiap-
tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan selepas
sabitan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 19
ETE 2022
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 18

SOALAN:

1. Nyatakan empat kerosakan yang sering berlaku di dalam pemasangan domestik


satu fasa.

2. Nyatakan maksud litar pintas dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan


serta penyelesaiannya.

3. Nyatakan maksud litar bocor ke bumi dan terang sebab kerosakan,kaedah


mengesan serta penyelesaiannya.

4. Nyatakan maksud litar buka dan terang sebab kerosakan,kaedah mengesan serta
penyelesaiannya.

5. Nyatakan maksud kerosakan alat perlindungan dan terang sebab


kerosakan,kaedah mengesan serta penyelesaiannya.

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI


BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

Anda mungkin juga menyukai