Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Penubuhan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah adalah


satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai visi Sekolah
Bebas Dadah Tahun 2017 bertepatan dengan kemahuan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang khasnya hal ehwal murid.

Sekolah tidak akan gemilang jika pengurusan pendidikan tidak berkemampuan


mengurus dengan cekap dan berkesan. Bertepatan dengan hasrat yang digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia itu dalam membanteras gejala dadah sedari pra
sekolah, Penubuhan sudut ppda 2017 merupakan salah satu cabaran bagi guru besar
baru SK Padang Sebang Puan Yusnita Binti Mohd Yusof yang baru sahaja menerajui
kepimpinan sekolah. Beliau juga telah mengambil kira teguran positif Pengarah
Pendidikan Negeri Melaka, Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari ketika lawatan JPN ke
sekolah pada bulan Februari 2017 tentang fungsi sudut bawah tangga yang dijadikan
stor oleh sekolah berkemungkinan berpotensi menjadi sudut bacaan kepada murid.

Penubuhan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah yang dirasmikan oleh Puan


Yusnita Bt Mohd Yusof pada 10 April 2017 adalah merupakan one stop learning centre
yang menyediakan sebuah ruang lengkap bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan
pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru, ibu bapa serta masyarakat
sekitarnya. Beliau telah memberikan tanggungjawab mengalas tugas sebagai Guru
Penyelaras PPDa sekolah kepada Puan Nurul Salfarina Binti Khairul Anuar. Dengan
kerjasama barisan guru dan murid, Minggu Anti Dadah 2017 telah dijalankan bermula
10 April hingga 14 April 2017 berlangsung selama seminggu yang menyajikan pelbagai
aktiviti contohnya pertandingan mewarna, melukis poster, deklamasi sajak dan
pertandingan nyanyian kumpulan. Pertandingan yang diadakan telah mendapat
penyertaan yang sangat memberangsangkan daripada warga sekolah dan murid.
Strategi KPM menggalakkan penubuhan sudut pembelajaran di sekolah-sekolah
ialah bagi memenuhi keperluan maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam
kalangan masyarakat sekolah. Sebelum ini, sekolah terpaksa bergantung kepada
maklumat dan bahan pameran yang disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan. Namun
isunya ialah ia agak terbatas kerana tidak mampu menjangkau semua populasi yang
ada di sesebuah sekolah. Ini disebabkan maklumat yang dipamerkan tersebut dibatasi
limitasi masa, bahan maklumat yang dipamerkan dan sumber tenaga yang terhad.
Seringkali berlaku agensi terlibat tidak dapat menampung permintaan sekolah
disebabkan kekangan tersebut. Sekolah yang mempunyai bilik atau sudut khas yang
disusun dengan maklumat-maklumat pendidikan pencegahan dadah akan lebih
memberi kesan dalam penyampaian mesej kepada warga sekolah dan masyarakat
sekitarnya. Warga sekolah terutamanya pelajar mudah mengakses maklumat yang
disediakan sepanjang masa. Langkah ini diyakini mampu memberikan impak dan
keuntungan jangka panjang kepada semua pihak.

Semua sekolah disarankan supaya mewujudkan pusat akses ini memandangkan


banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Ia bukan sahaja menjadi ruang
pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai tempat mereka berinteraksi dan
mengasah bakat dan kepimpinan dalam kalangan mereka.

Tanggungjawab pihak pengurusan sekolah bagi memastikan ianya direalisasikan


adalah sangat penting. Guru Besar mesti menggerakkan pasukannya bagi menjayakan
misi ini, jika tidak ia tidak mampu untuk dilaksanakan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai