Anda di halaman 1dari 9

1(a) Gambar dibawah menunjukkan perbualan antara beberapa orang pekerja Syarikat

Ladang Tani .

Tahun ini ladang kita


ada masalah tenaga
buruh yang tidak
Bagaimanakah
cukup.
kita nak tanam cili
dan jagung jika
tak cukup buruh.

Jelaskan bagaimana Syarikat Ladang Tani menyelesaikan masalah ekonomi tersebut.


(4 markah)

(b).Gambar di bawah menunjukkan contoh barang

SELAMAT DATANG KE TAMAN


TEMA MELAKA.

BAYARAN MASUK RM 50 @+++

(i) Apakah jenis barang tersebut (1markah)


(ii) Jelaskan tiga ciri barang tersebut. (3markah)

(c.) Huraikan sumber-sumber ekonomi dalam proses pengeluaran (6 markah)


(d) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi Syarikat Labu Sdn Bhd

Syarikat Labu Sdn Bhd berhasrat mengeluarkan kasut dan stoking di


kawasan Shah Alam

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut.

(6 markah )

(e) Gambar di bawah berkaitan dengan jenis barang dalam ekonomi

AIR MINERAL
AIR HUJAN

(a) Bezakan ciri-ciri barang tersebut dari segi ekonomi. [6 markah]

(i) pengeluar
(ii) pembayaran
(iii) kos lepas

2. (a) Berikut adalah maklumat mengenai Puan Lily.

Puan Lily ialah seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia dan
berasal dari Tangkak, Johor. Beliau telah bekerja sebagai pengurus
pemasaran di Syarikat ABC, Johor Bahru dengan gaji bulanan sebanyak
RM2800. Kini, Puan Lily telah bertukar kerja sebagai pegawai kewangan
di sebuah syarikat yang beroperasi di Tangkak dengan gaji sebanyak
RM2650 sebulan

(i) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan Puan Lily bertukar kerja. [6 markah]
(b) Berikut adalah perbualan Encik Lim dengan pengurus syarikat tempat beliau bertugas.

Pengurus : Tahniah, Encik Lim. Anda telah memenangi hadiah wang


tunai sebanyak RM50 000 dalam pertandingan mencipta
slogan untuk syarikat kita.

Encik Lim : Terima kasih tuan. Saya pun tak sangka slogan yang saya
hantar itu dapat menarik perhatian para juri pertandingan

(i) Terangkan tiga cara bagaimana Encik Lim boleh menggunakan wang tersebut untuk
menambahkan pendapatannya. [6 markah]

(ii) Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis pendapatan.

Situasi 1
Syarikat SAL Berhad mengeluarkan karipap segera sebanyak
8000 bungkus. Harga sebungkus ialah RM1.25 . Kos pengeluaran
yang perlu ditanggung ialah RM4 000

Situasi 2
Puan Sal mempunyai akaun simpanan tetap sebanyak RM45 000 di
bank perdagangan. Tempoh simpanannya bermula dari 1 Mac 2012
hingga 31 Oktober 2012. Bank menawarkan kadar faedah 4.5%
setahun.

(i) Nyatakan jenis pendapatan dalam situasi 1 . [1 markah]


(ii) Hitung pendapatan yang diterima dalam situasi 1 dan situasi 2. [6 markah]

(d) Jadual menunjukkan maklumat berkaitan dengan sumber pendapatan Encik Ahmad bagi
tempoh satu bulan

SEWA RUMAH 400


FAEDAH SIMPANAN 100
PENCEN 1200
BANTUAN KERAJAAN BR1M 500
(i) Huraikan dua sumber pendapatan Encik Ahmad selain daripada yang dinyatakan di
atas.

[ 6 markah ]
3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep isi rumah. [ 4 markah ]

(b) Jadual dibawah ini berkaitan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi
barang x.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)


5 45
10 35
15 25
20 15

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan bagi barang tersebut.
[gunakan skala 2 cm =Rm 5 pada paksi harga dan 2 cm = 5 unit pada paksi kuantiti.
[ 4 markah]
(ii) Pada kertas graf yang sama di 1(b)I, lukis keluk permintaan yang baru jika kuantiti
yang diminta bagi barang x telah berkurang 5 unit pada setiap tingkat harga
[ 3 markah]
(iii) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan perubahan permintaan bagi barang
tersebut
[ 6 markah]

( c) Jadual di bawah ini berkaitan dengan tiga jenis barang iaitu barang X, barang Y
dan Barang Z

Jenis barang Peratus perubahan Kuantiti Peratus perubahan


Diminta (%) Harga (%)
X 15 10
Y 12 30
Z 9 9

(i ) Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang. [ 3markah]

(ii) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan pada i (c) i [4 markah]


4. (a) Jadual 2 menunjukkan kuantiti diminta kuantiti diminta bagi barang M di pasaran

Kuantiti diminta Kuantiti diminta


Harga (RM)
En. Jaafar Puan Lily
5 8 7
10 6 5
15 3 3
20 2 1
Jadual 2

(i) Hitungkan permintaan pasaran bagi setiap harga yang dinyatakan


[4 markah]

(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan pembentukan kelum permintaan


pasaran . [Gunakan skala 2cm : RM5 pada paksi harga dan 2cm : 3 unit pada
paksi kuantiti
[8 markah]
(iii) Terangkan pembentukan keluk permintaan pasaran tersebut.
[3 markah]

(b) Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran Firma P dan rajah 3 menunjukkan


keluk penawaran Firma Q.

Firma P Firma Q
Harga(RM) Harga (RM)

Sp
Sq
40
40
30
30

20 20
Sp Sq

10 0 1 2 3 4 Kuantiti
10 0 2 4 6 8 Kuantiti
(unit)
(unit)
Rajah 2 Rajah 3
(i) Dengan menggunakan skala 2cm: 2 unit pada paksi-kuantiti dan skala 2 cm:
RM10
pada paksi-harga, lukiskan keluk penawaran pasaran.

[ 5 markah]

(ii) Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran yang anda lukis di (b)
(i).
[ 6 markah ]

(c ) Rajah 4 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buruh.

Upah (RM)

A D

500

30

S B

0 10 15 35 40 Kuantiti buruh.

Rajah 4

Terangkan keadaan pasaran buruh di:

(i)A [ 3 markah]

(ii)B [ 3 markah]
5. (a) Gambar menunjukkan perbualan tentang keadaan ekonomi semasa.

Hee pening kepala aku, nak raya ni Yelah harga ayam naik.
harga barang tak habis-habis naik.
Harga pakaian naik. Tambang
pengangkutan pun naik .

Huraikan dua cara bank pusat menyelesaikanmasalah tersebut.


[6 markah]

(b) Terangkan dua kesan pergantungan ekonomi pada sektor utama dari segi

Guna tenaga.
[4 markah]

(c) Terangkan tiga jenis cukai tak langsung.


[6 markah]

(d) Maklumat di bawah berkaitan dengan dua komponen dalam perbelanjaan

Mengurus kerajaan.

X Membina sekolah di kawasan felda

Y Membina jambatan di Kuala Rompin


(i) Kenal pasti komponen perbelanjaan X dan perbelanjaan Y.
[2 markah]

(ii) Mengapakah kerajaan perlu membuat perbelanjaan tersebut.


[3 markah]

(e) Terangkan dua kelebihan kerajaan meminjam daripada sumber dalam


negeri. [4 markah]
Bahagian B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab

6. Cik Sofia yang menetap di Klang Selangor telah ditawarkan dua jawatan berdasarkan
iklan di bawah:

Syarikat Senibong Sdn Bhd. Syarikat Lubuk emas Sdn Bhd


Jawatan : Pegawai Kewangan Jawatan : Pegawai pentadbiran
Gaji: RM 2 500 sebulan Gaji : RM 1 800 sebulan
Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda
Pengalaman: Minima 3 bulan Pengalaman: Tidak perlu
Lokasi : Johor Bharu Lokasi : Bandar Melaka
Cuti tahunan : 25 hari Cuti tahunan : 20 hari
Perubatan percuma Perubatan percuma
Penginapan disediakan Peluang kenaikkan pangkat

Atas dorongan keluarganya, Cik Sofia telah memilih untuk bekerja sebagai
pegawai pentadbiran di Melaka. Dia juga meneruskan kerja sampingan sebagai guru
tuisyen seperti sebelumnya.
Selepas lima tahun bekerja, Syarikat Lubuk emas menawarkan kenaikan
pangkat dan bonus lima bulan gaji kepada Cik Sofia. Namun begitu dia membuat
keputusan untuk berhenti bekerja bagi mengusahakan pusat tuisyennya sendiri.
Pada peringkat awal Pusat Tuisyen Sofia kurang mendapat sambutan. Oleh itu
dia menjalankan promosi secara besar-besaran dan Berjaya meningkatkan jumlah
pelajar di pusat tuisyennya. Sambutan yang mengalakkan ini mendorong beberapa
pusat tuisyen baru dibuka di Bandar tersebut. Pusat tuisyen Sofia masih mengekalkan
yuran asal walaupun pusat-pusat tuisyen baru mengenakan yuran yang tinggi.
Cik Sofia menguruskan sendiri semua urusan pentadbiran di pusat tuisyennya.
Ini menyebabkan dia kesuntukkan masa untuk menjelaskan pembayaran bil air, bil
elektrik dan sewa bangunan tepat pada masa yang ditetapkan. Dia berasa tertekan
setelah menerima notis permotongan bagi bil-bil yang tertunggak dan surat amaran
daripada pemilik bangunan.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Adakah anda setuju dengan keputusan pemilihan pekerjaan Cik Sofia?
Beri empat alasan [5 markah]
(b) Mengapakah Cik sofia membuat keputusan untuk berhenti kerja. [5 markah]
(c) Terangkan dua faktor yang menyebabkan perubahan permintaan terhadap
perkhidmatan Pusat Tuisyen Sofia. [4 markah]
(d) Jelaskan kesan pembukaan pusat tuisyen baru terhadap masyarakat setempat.
[2 markah]
(e) Wajarkah startegi Cik sofia mengekalkan yuran pusat tuisyennya?
Berikan dua alasan [3 markah]
(f) Terangkan tiga kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan
untuk menyelesaikan masalah-masalah pembayaran bil-bil cik sofia
[6 markah]

Anda mungkin juga menyukai