Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran
secara efektif dengan adanya dan tanpa kehadiran seorang guru.
Antara konsep kemahiran belajar termasuklah penghafalan, pelajar akan menggunakan kaedah
penghafalan dalam teknik pembelajaran. Selanjutnya, belajar juga memerlukan pelaksanaan latih tubi
yang berterusan agar dapat membantu ingatan seseorang. Belajar juga merupakan hasil pengumpulan
maklumat dan membuat rujukan kerana dengan proses pembelajaran banyak input dan fakta baru
serta maklumat boleh diperoleh.
Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi Ke-3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian
manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu
dengan adanya rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria, pemikiran
makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan
mengamalkan situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.
Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama
guru atau tanpa guru.Kemahiran belajar juga mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek
seserang individu.
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang
yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea
secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang
terarah dan sewajarnya.
Proses Berfikir.
Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i.Operasi Kognitif
- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,
membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii.Operasi metakognitif
- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu
memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen
berfikir.
Refleksi
Saya telah mencari maklumat mengenai definisi kemahiran belajar, ciri-cirinya dan juga kemahiran
berfikir. Dengan ini, saya lebih memahami konsep dan ciri-ciri mengenai subjek ini.