Anda di halaman 1dari 1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DI KALANGAN MURID

PRASEKOLAH DENGAN BELAJAR MELALUI BERMAIN


BERMAIN DAN BERCERITA - CERITA SI ULAR HIJAU
Farhana binti Sukimin
Guru Prasekolah Sk Nuri
farhanasukimin@yahoo.com
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu sesi pengajaran guru supaya murid dapat
menguasai kemahiran membina ayat mudah dengan cara yang betul. 9 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Satu ujian pra telah diberikan kepada 9 orang murid
prasekolah. Hasil daripada ujian pra ini, hanya seorang murid dikenalpasti yang dapat
membina ayat mudah dengan cara yang betul berdasarkan gambar. Murid berasa
lebih yakin dan kreatif untuk membina ayat mudah setelah dapat melihat struktur ayat
dengan lebih jelas. Murid lebih faham tentang struktur ayat bahawa dua perkataan
sudah mencukupi untuk membina satu ayat mudah. Murid lebih kreatif untuk membina
ayat dengan adanya pilihan perkataan yang pelbagai. Murid diberi peluang untuk
bermain dengan pilihan gambar dan perkataan yang disediakan. Tiada perkataan
yang salah dipilih oleh murid untuk membina ayat cuma perlu bersesuaian gambar
yang dipilih. Murid lebih jelas apabila melihat setiap batang paip yang digunakan
mewakili satu ayat dimana dalam soalan LINUS konstrak 12, murid perlu membina
sekurang-kurangnya empat ayat untuk mendapat markah penuh. Oleh yang demikian,
selepas murid menggunakan bahan inovasi ini, murid pasti sudah dapat menjawab
soalan konstruk 12 tersebut ketika berada di tahun 1 kelak. Selepas membina ayat,
murid perlu menulis ayat-ayat tersebut di dalam buku latihan. Latihan ini juga dapat
membiasakan murid untuk menulis dengan cara yang betul dan kemas. Boneka ular
hijau dipilih kerana bersesuaian dengan fizikal seekor ular yang dapat melilit pada
batang paip. Disamping itu,ia dapat menarik perhatian murid untuk bermain dengan
perkataan seterusnya membaca semula ayat menggunakan boneka ular.
Kajian tindakan ini telah dijalankan selama empat minggu bermula dengan ujian pra
sehingga ujian pasca. Murid diberikan bermain dengan bahan inovasi ini secara kelas,
kumpulan dan individu. Murid berasa seronok, teruja dan bersemangat setiap kali
menggunakan bahan inovasi ini. Hasil yang diperolehi setelah ujian pasca dibuat
sangat memberangsangkan dimana seramai 7 orang daripada 9 orang murid telah
berjaya menguasai kemahiran membina ayat mudah berbanding hanya seorang pada
ujian pra. Bahan inovasi ini juga boleh digunakan untuk tunjang kemahiran yang lain
seperti Komunikasi Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Awal Matematik.

Anda mungkin juga menyukai