Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan kesedaran anda sebagai seorang pendidik tentang kepentingan memerangi

rasuah , buat satu penilaian terhadap kempen kerajaan dalam melaksanakan Pelan Integriti
Nasional . Penilaian anda itu perlu memfokuskan kepada tingkah laku guru yang tidak
berintegriti seperti melakukan kesalahan rasuah, ponteng kerja serta kelakuan yang tidak
melambangkan sifat sebagai seorang pendidik yang berakhlak mulia.

PELAN INTEGRITI NASIONAL

PENGENALAN

Integriti membawa maksud jujur, telus dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah merupakan satu pelan atau rancangan yang dirancangkan
di oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika
dan integrity segenap lapisan masyarakat Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat
penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program
serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Pelan ini membolehkan Kerajaan
merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti
masyarakat. Skop dan konsep yang dibawa oleh (PIN) kelihatannya lebih menyeluruh dan
holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat bagi membudayakan
integriti. Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat
Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang mantap nilai moral dan
etikanya, serta warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang jitu , dan
ditunjangi oleh budi pekerti dan akhlak yang luhur.

PENILAIAN

Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk merealisasikan Pelan Intergiti Nasional dalam
segenap sector. Namun malangnya didapati usaha-usaha ini tidak menyeluruh dan menemui
kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor termasuk sektor
perguruan. Hal Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu,
kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau disiplin serta budaya masyarakat
itu sendiri dalam melaksanakan tugasan mereka. Sebagai seorang pendidik amat sinonim bagi
mereka mempunyai integriti yang unggul dalam menjalankan tugas . Gejala negative perlu
dihindari dan diperangi seperti rasuah. Dalam sektor pergururan ini gejala rasuah amatlah
terdedah kepada mereka. Contohnya,

Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudya : Penerima rasuah dan pemberi rasuah akan masuk ke dalam neraka.

Berdasarkan hadith di atas dapat kita renungi bahawa amalan rasuah ini amatlah menjejaskan
imej seseorang lebih-lebih lagi bagi seorang pendidik yang kita sedia maklum tugasannya
adalah untuk menjadi wasilah bagi menyampaikan ilmu. Di samping itu, amalan ponteng kerja
bagi seorang guru tidak melambangkan sifat amanah dalam diri mereka dan amat bercanggah
dengan konsep Pelan Integriti Nasional. Perkara ini sering diamalkan, contohnya guru yang
ingin ponteng kerja dengan mengambil surat cuti daripada doctor tanpa alasan yang sahih dan
kukuh hanya sekadar untuk merehatkan diri di rumah.

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat :58

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang


yang berhak menerimanya

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas , amanah itu adalah perkara yang amat berat untuk
dipikul. Oleh itu hanya orang yang berhak sahaja yang boleh menerimanya dan tidak khianat
atas amanah yang diberikan. Tegasnya , seorang guru itu telah diamanahkan untuk mendidik
dan khianatnya seorang guru dalam tugasnya akan menyebabkan terbentuknya masyarakat
yang tidak mempunyai jati diri dan integrity yang baik.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Anfal ayat: 27


Maksudnya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan
Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)

Masyarakat memandang seorang guru itu sebagai qudwah yang harus diikuti untuk membing
mereka ke arah kebaikan. Hari ini tidak hairanlah masyarakat diaduni dengan sikap yang
negative seperti rasuah dan tidak amanah. Hal ini berpunca daripada sikap seorang guru yang
turut memberikan contoh ikutan yang tidak baik , persis kata pepatah bagaikan ketam
mengajar anaknya berjalan lurus . Dan hal ini bukannya disebabkan oleh Pelan Integriti
Nasional yang kurang memberangsangkan tetapi akibat sikap individu itu sendiri yang tidak
mengamalkan integrity dan kejujuran dalam menjalankan tugas mereka.

Selain itu, integrity seorang guru juga dapat dilihat ketika mereka mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Terdapat segelintir guru yang tidak
amanah dan mengambil mudah dalam proses tersebut. Contohnya, mereka hanya
memberikan tugasan supaya murid membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing
tanpa tunjuk ajar dan pengawasan daripada guru. Walaupun hari ini proses pembelajaran abad
ke-21 memfokuskan guru sebagai pemudah cara dan murid yang akan menentukan bentuk
pembelajaran mereka namun begitu seorang guru tidak boleh mengambil kesempatan dengan
menyerahkan bulat-bulat tugasan kepada anak murid mereka. Guru juga tidak jujur dalam
menulis laporan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan melaporkan sesuatu perkara
yang pada hakikatnya mereka tidak lakukan. Kita dapat menilai bahawa perbuatan khianat ini
tidak menepati matlamat Pelan Integriti Nasional yang mengutamakan kejujuran dalam
pekerjaan.

Sabda Rasulullah S.A.W

PENUTUP
Kesimpulannya , Pelan Integriti Nasional adalah merupakan satu usaha yang baik yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi menyemai sikap integrity, kejujuran dan amanah dalam diri
setiap individu tidak kira dalam sektor pekerjaan apa sekalipun.Namun begitu, usaha yang
dijalankan ini akan mendatangkan natijah yang tidak diingini akibat daripada sikap individu itu
sendiri seperti rasuah , menipu , khianat ponteng kerja serta kelakuan yang tidak
melambangkan sifat sebagai seorang insan yang berakhlak mulia. Sudah terang lagi bersuluh,
demi melahirkan negara yang aman dan sejahtera serta stabil tanpa korupsi semua pihak perlu
berganding bahu sama ada secara langsung atau tidak untuk menjayakan Pelan Integriti
Nasional ini.

Bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah ayat :

Maksudnya :