Anda di halaman 1dari 8

angkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam

kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan

negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan

tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut.

Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah

melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di

sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai

lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar

bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan

digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,

untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa

langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.


Langkah-langkah yang

boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.

Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon

bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media

massa memainkan peranan penting dalam membentuk

cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini

perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu

pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-

siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu

media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga

atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian


kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui

tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan

perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk

menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula

adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu

pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib

sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini

dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana

masyarakat kini lebih banyak menggunakan media

tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah

melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen

yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,

kempen kitar semula, sahabat alam dan

sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan


didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan

cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa

pembuangan supaya kurang memberi pencemaran

kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat

menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-

bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat

akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan

pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini

juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok

bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor

boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja

dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat

mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta

dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di

bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi

pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-

organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan

juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar

mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah

dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat

menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti

Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus

Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru

sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar

dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya

setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam

sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di

sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga


perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap

alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat

tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam

sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan

hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu,

sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam

diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan

teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk

mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat

penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal

dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan

efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan

minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa

meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan


menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan

aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa

pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan

bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat

mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh

pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang

dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap

kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan

kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini

akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di

sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin

hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan

pengguna. Saya berharap setiap individu dapat


mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya

menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin

tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga

dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan

dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah

memainkan peranan penting dalam memulihkan dan

memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang

berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal

alam sekitar daripada terus tercemar.

Anda mungkin juga menyukai