Anda di halaman 1dari 6

SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SG. RAWANG


MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL. 2 /TAHUN 2014

Tarikh : 28 Disember 2014

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : En. Mohd Amin b Jani

Kehadiran : 44 orang

Nama Yang Hadir :


1. Pn. Nor Diana binti Ibrahim ( PK Pentadbiran )
2. Pn. Hjh. Ahminah binti Wagiman ( PK Hal Ehwal Murid )
3. En. Razali bin Misban ( PK Kokurikulum )
4. Pn. Noorliza binti Othman ( GKMP Sains dan Matematik )
5. Pn. Mazni binti Mohd Radzi ( GKMP Sains Kemasyarakatan )
6. Pn. Rohana binti Said ( GKMP Teknik dan Vokasional)
7. En. Zulkifli bin Md Dolkabol ( Kaunselor )
8. Pn. Ranizah binti Mindar ( Kaunselor )
9. Pn. Aziyana binti Che Azib ( KP Perdagangan )
10. Pn. Fuaziah binti Faat ( Menjalankan tugas GKMP Bahasa )
11. Pn Rosnah binti Omar ( SU Kurikulum)
12. Pn. Mahani binti H A Kadir ( KP Bahasa Melayu )
13. Pn. Nor Aini binti Zainol Abidin ( KP PAV )
14. Pn. Hjh. Raiha binti Alias ( KP Bahasa Inggeris )
15. Pn. Sellam a/p Pereyasamy ( KP Geografi/S/U PMR)
16. Pn. Sim Bi Eng ( KP Matematik)
17. Pn. Suhillah binti Harun ( KP ERT)
18. Pn. Salasiah binti Mahmood ( KP Pend. Sivik & Kewarganegaraan)
19. Pn. Noor Idariawati binti Ismail ( KP ICT )
20. En. Saravanan a/l Palanisamy ( S/U Peperiksaan Dalaman )
21. Cik Shahida binti Shaari ( KP Sains Tulen/Penyelaras Panitia Fizik )
22. Pn. Norsyazwani binti Azmi ( KP Tasawwur Islam )
23. Pn. Siti Jamilah binti Abdul Rahman ( S/U Peperiksaan Dalaman )
24. Pn. Suwaiya Hani binti Hamzah ( KP Sains )
25. Pn. Suliati binti Mohd. Sutin ( KP Prinsip Perakaunan)
26. Pn. Marini binti Subari ( Penyelaras Panitia Biologi)
27. Pn. Salbiah binti Sanusi ( KP Pendidikan Seni Visual)
28. Pn. Aisah binti Mohamed Azmi ( Guru Media )
29. Pn. Sujatha a/p Muthusamy ( KP Pendidikan Moral)
30. En. Marln bin Wagiman ( KP PJK )
31. Pn. Selvanayagi a/p Thannimalai
32. En. Mazni bin Saien
33. En. Mohd Hapizul bin Mohd Fauzi
34. En. Selvarajoo a/l Vayapury
35. En. Ramli bin Osman
36. En. Basri bin Mesran
37. En. Abdul Rashid bin S.A Mohamad
38. Pn. Rohaya binti Razak
39. En. Rosnin bin Ngadio
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 MAC 2013 00
SPSK PK 07/3

40. Pn Dahlia binti Mohamad Najib


41. Pn Nur Shuhada binti Abd Razak
42. Pn. Salbiah binti Mohamad Hasim
43. En. Hisamudin Ariff bin Salleh

Nama Yang Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn. Hjh. Khairun Bahariah binti Abd. Ghani


2. Cik Nor Hafidatulhusna Hilmi binti Miskam ( KP Sains ) Mesyuarat Penyelarasan
Tempatan Kedua
3. Pn. Haslinawati binti Kambali (KP Pendidikan Islam) Mesyuarat
Penyelarasan Tempatan Kedua
4. Pn. Samsiah binti Said ( S/U Peperiksaan SPM)

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. En Mohd Amin bin Jani, selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat jawatankuasa PBS kali
pertama tahun 2014.

Tindakan: Makluman semua guru

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. En. Saravanan mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 4/2013
disahkan dan disokong oleh En. Selvarajoo tanpa pindaan.
Tindakan : Setiausaha

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Taklimat Setiausaha Jawatankuasa PBS 2014
3.1.1 Pembentukan A.J.K PBS bagi sesi 2014.

Pengerusi : En Mohd Amin bin Jani (Pengetua)


Timb. Penegrusi : Pn Nordiana bt Ibrahim (PK1)
Ketua Bahagian Pentaksiran Pusat &
Pentaksiran Sekolah (Ps & Pp)
N. Pengerusi 1 : Pn. Ahminah bt Wagiman (PKHEM)
Ketua Bahagian Psikometrik &
Pembudayaan PBS
N. Pengerusi 2 : En. Razali bin Misban(PKOKO)
Ketua Bahagian PAJSK

Setiausaha PBS : En. Saravanan a/l Palanisamy


(Kes Khas)

Ahli Jawatankuasa;

LADAP
Pn. Dahlia binti MohamadNajib (SU Ladap)

PENYELARASAN SKOR
Pn Fuaziah bt Faat (GKMP Bahasa)
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 MAC 2013 00
SPSK PK 07/3

PEMENTORAN
Pn. Mazni bt Md Radzi (GKMP Kemanusiaan)

PENGESANAN
Pn. Rohana bt Said (GKMP Teknik & Vok)

PEMANTAUAN
Pn Noorliza bt Othman (GKMP Sains & Mate)

PENTASKIRAN PUSAT (Pp) & PENTAKSIRAN SEKOLAH (Ps)


Pn Nor Azamima (SU PT3)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (Psi)


En Zulkifli b Md Dolkabul( Kaunselor Sekolah)

PENTAKSIRAN PAJSK
En. Marlin b Wagiman (KP PJK)

PEMBUDAYAAN
Pn Ranizah bt Mindar (Kaunselor Sekolah)

.
Tindakan : Makluman Semua guru

3.2 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


(P.B.S) & PROGRAM PEMBUDAYAAN P.B.S
Pengesanan
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
Objektif Pengesanan PBS adalah;
a. Mengenalpasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
digunakan.
b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran
instrumen pentaksiran.
c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran
dalam pelaksanaan PBS.

Pementoran
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudahcara dan membimbing guru
untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan. Objektif
pementoran adalah;Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai
pelaksanaan dan pengurusan PBS dan SPPBS.
a. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan dan pentaksiran dalam kalangan
guru yang dibimbing.
b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing /
dimenti
c. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanan PBS
d. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan
guru yang dibimbing/menti
Penyelarasan
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Stanbdard
Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik (deskriptor) sesuatu tugasan.
Objektif penyelarasan adalah seperti berikut;
a. Menyeragamkan skor pentaksiran yang diberikan oleh guru berdasarkan
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 MAC 2013 00
SPSK PK 07/3

pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard


prestasi.
b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru
berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.
c. Memastikan kesahan dan kebolhpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS
oleh guru di sekolah.
d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid
e. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.
f. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid

Pemantauan
Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosdur dan
garis panduan yang ditetatapkan.
Diantara objektif pemantauan PBS ialah;
a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh
b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru
d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

Pembudayaan & Sudut PBS


- Sudut PBS akan diperbaharui dan dikemaskini dalam bulan Januari. Mohon guru
yang ada masa lapang membantu menceriakan papan maklumat PBS.
- Pembudayaan PBS boleh ditingkatkan dnegan membuat program sekolah dan
menjemput ibu bapa memberi markah seperti pertandingan melukis dan
sebagainya. Juga merupakan salah satu program Sarana Ibu Bapa.

Tindakan : AJK PBS Sekolah

3.3 Pengurusan Kes-Kes Khas


Setiausaha akan meminta maklumat murid-murid seperti;
- Tidak hadir dalam jangka masa laman
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Sakit
- Lambat Pendaftaran
- Pulang daripada luar Negara
- Atlet yang memerlukan latihan luar ang lama
- Bertukar sekolah

Daripada guru kelas. Bagi murid bertukar, setiap guru matapelajaran perlu
menyertakan borang tansit dan memasukkan skor dalam SPPBS online dan
menyerahkan kepada Setiausah untuk dihantar ke sekolah baru (Fail Perkembangan)

Tindakan : SU PBS / Guru Tingkatan

4. PERKARA-PERKARA BARU :
4.1 Maklumat Mata Pelajaran Tingkatan 3 Yang Memerlukan Pentaksiran;
Semua matapelajaran tingkatan adalah mengikut DSK baru.Guru guru yang
menghadiri penataran subjek tingkatan 3 perlu membuat in house training kepada
guru guru lain mengikut subjek masing masing.

Tindakan : Guru Matapelajaran / KP Matapelajaran


No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 MAC 2013 00
SPSK PK 07/3

4.2 Petaksiran Baru Murid Tingkatan 3 dari Bidang Psikometrik dan PAJSK 2014.
i. Pentaskiran Psikometrik (Ppsi)
Jawatankuasa PBS menetapkan bahawa diadakan dua kali setahun iatu penggal
pertama dan penggal kedua di mana soalan akan diberikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia dan ditadbir secara Pentaksiran Sekolah. Pentaksiran
Psikometrik dinilai daripada segi Aptitud dan Personaliti.
- Penilaia akan dijalankan di mana , pihak berkenaan akan mengumpulkan murid,
edar kertas soalan dan jawapan, menerangkan tujuan ujian dijalankan dan murid
menjawab seterusnya skornya akan dinilaikan.
Tindakan : Kaunselor Sekolah

ii. Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (Pp & Ps)


Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa Setiausaha belum lagi ditaklimatkan
perkara ini namun apa yang difahami daripada pengetahuannya bahawa
Pentaksiran Pusat adalah berbentuk kajian lapangan, folio, amali dan sebagainya
dan dijalankan di sekolah. Soalan atau tugasan akan dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tindakan : SU PT3 / SU PBS

iii. Pentaksiran Amali Jasmani Sukan & Ko-Kurikulum (PAJSK)


Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa GPK Ko-Ko sudah ditaklimatkan tentang
perkara ini dan dari pengetahuannya bahawa Pentaksiran PAJSK di nilai daripada
segi Amali Jasmani (SEGAK & BMI), Sukan dan Aktiviti Ko-Kurikulum &
Ekstra Ko-Kurikulum.

Tindakan : KP PJK / Guru Matapelajaran PJK

4.3 Pengurusan Fail & Prekodan (Borang Transit)


Semua guru yang terlibat dengan Tingkatan 1, 2 & 3 masih menggunakan fail
perkembangan dan fail showcase. Sila isi evidens dan boring transit. Jangan
bertangguh kerja memasukkan ke dalam online. Deskriptor tertinggi bagi setiap
band ditinggalkan dalam fail perkembangan.

Murid tingkatan 3 boleh guna fail perkembangan untuk menunjukkan


perkembangan pembelajaran dariapda tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan evidens
boleh dilihat pada buku @ hasil kerja murid ataupun pada murid itu sendiri. Guru
dikehendaki merekodkan pentaksiran di dalam borang yang telah dibekalkan
semasa berkursus. Kesemua maklumat ini akan dikumpulkan dan dimasukkan
dalam satu fail perkembangan untuk memudahkan penilaian apabila ibu bapa
hadir.

Tindakan : Guru Matapelajaran

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru dimaklumkan bahawa SPPBS akan beroperasi di bawah SPS dan
akan mula beroperasi mulai 1 April 2014. Bagi guru yang masih tidak
memasukkan skor murid tahun 2013 boleh berbuat demikian di awal bulan April
2014.
5.2 Pengerusi mencadangkan agar setiap guru peka dan segera menyiapkan kerja
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan
02 01 MAC 2013 00
SPSK PK 07/3

terbengkalai
Tindakan : Guru Matapelajaran

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru.
6.2 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan tasbih kafarah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ................................
( EN SARAVANAN PALANISAMY ) ( EN MOHD AMIN BIN JANI )
( Setiausaha ) ( Pengerusi )

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan


02 01 MAC 2013 00

Anda mungkin juga menyukai