Anda di halaman 1dari 10

SULIT 011

BAHAGIAN A

Soalan 1-20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.

A di
B pada
C ke
D dari

2. Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok


rambutan yang berdekatan dengan rumahnya. Kata Samad kepada adiknya.

A sebatang
B sebilah
C sebuah
D sekeping

3 Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah


disiapkan tadi, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.

A kalian
B kamu
C anda
D kita

011 SULIT
SULIT 011

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

4. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada


ditanduk oleh kerbau.

A perlahan
B pantas
C cepat
D laju

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
5. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih menyanyi sambil __________alat muzik
untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

A bermain
B permainan
C memainkan
D memeti
2
011 SULIT
SULIT 011

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
6. Pemandu
lori itu
memecut
lorinya
dengan laju untuk _______________
bas yang ada di hadapannya.

A melanggar
B menyelit
C memotong
D menyusup

7. Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana


dikejar oleh anjing.

A sambil
B dengan
C seraya
D dan

8. Saya _______________ membeli sepasang baju kurung,kata Melati kepada Puteri.

A harus
B dapat
C boleh
D hendak

011 SULIT
SULIT 011

9. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi


nilainya.

A amat
B benar
C nian
D agak

10 Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang
tidur.

Perkataan seerti bagi kesempatan ialah

A peluang
B peranan
C kehendak
D kesanggupan

11 Siput babi makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut.


Perkataan berlawan bagi lembut ialah

A rapuh
B keras
C kenyal
D lembik

12 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Saya tidak dengarlah.


B Saya tidak boleh bercakap.
C Saya bercakap dengan kamu tadi.
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

4
011 SULIT
SULIT 011

Soalan 13
Pilih ayat yang betul.

I Perdana Menteri akan melawat ke Kuala Lipis. Beliau dijangka tiba pada pukul 10.00
pagi.

II Ahmad murid yang pintar . Namun demikian, beliau tetap belajar bersungguh-
sungguh.

III Puan Zahalina mengajar di SK Lubok Kulit. Beliau telah berkhidmat di sana selama
dua tahun.

IV Pengemis itu menyelongkar tong sampah kerana beliau kelaparan.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

14 Suhaila berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat


di rumah seorang diri.

A jauh hati
B berat hati
C besar hati
D berkat hati

15 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Saya tidak dengarlah.


B Saya tidak boleh bercakap.
C Saya bercakap dengan kamu tadi.
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

5
011 SULIT
SULIT 011

Soalan 16- 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan secara
besar-besaran. Temasya sukan tahunan ini sungguh meriah kerana dihadiri oleh para
jemputan khas yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan Pegawai
Pelajaran Daerah.

Acara bermula tepat pada pukul dua petang. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang
telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan tahunan sekolah
saya.

Beberapa acara padang seperti lontar peluru,lompat jauh, dan lompat tinggi telah
diadakan sebelum hari sukan . Manakala acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 4 X 100
meter, dan 4 X 200 meter telah diadakan pada hari sukan .

Pasukan beruniform seperti pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah
menjalankan tugas dengan baik. Mereka membantu menyediakan peralatan sukan dan
memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang mendapat kecederaan.

Temasya sukan tahunan pada kali ini berjalan dengan lancar. Olahragawan pada tahun
ini disandang oleh Hakim bin Bakar daripada rumah Gunung Ledang, manakala
olahragawati pula disandang oleh Mashitah Mohamad daripada rumah Gunung Benom.
Rumah Gunung Tahan diumumkan sebagai juara keseluruhan sukan tahun ini.

Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau


menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara tamat pada 6.35 petang. Semua murid
gembira dan berpuas hati .

16 Siapakah yang merasmikan temasya sukan tahunan?

A Guru Besar
B Pegawai Pelajaran Daerah
C Tuan Pengarah Pelajaran Daerah
D Tuan Pengarah Pelajaran Negeri

6
011 SULIT
SULIT 011

17 Pada hari sukan beberapa acara sukan telah dipertandingkan .


Antaranya adalah seperti berikut.

A acara balapan
B acara padang
C acara balapan dan sukaneka
D acara padang dan balapan

18 Johan keseluruhan sukan dimenangi oleh rumah .

A Rumah Gunung Ledang


B Rumah Gunung Benom
C Rumah Gunung Tahan
D Rumah Gunung Kinabalu

19 Berapa lamakah temasya sukan ini berlangsung.

A 3 jam 25 minit
B 4 jam 25 minit
C 4 jam 35 minit
D 5 jam 35 minit

20 Kata disempurnakan dalam petikan bermaksud

A dijalankan
B dilancarkan
C diselesaikan
D dilakukan

7
011 SULIT
SULIT 011

BAHAGIAN B

21.Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai

Semenjak yang bahawa sambil untuk atau

A _______________________ menyertai program motivasi minggu lepas, murid-murid


kelas 5 Delima semakin focus dalam pembelajaran.

B Hujan lebat ______________ turun sejak pagi tadi telah menyebabkan beberapa buah
rumah di kawasan tersebut dimasuki air.

C Encik Zainal menyatakan ____________ beliau baru sahaja meminang cahaya mata yang
sulung.

D Leesa sedang membaca novel ______________ berbaring di atas katil.

E Nenek menganyam daun kelapa ______________ dibuat ketupat.

F Kamu gemar menonton rancangan tempatan ______________ rancangan luar Negara?

22.Isikan tempat kosong dengan imbuhan apitan yang disediakan.

A Shila berasa rimas apabila _____________ (dikerumi,dilihat) orang ramai.

B Ayah _______________(kehujanan,dibasahi) sewaktu pulang dari tempat kerja petang


tadi.

C Gadis misteri itu dilanda _________(murung,kemurungan) setelah dirinya disisihkan oleh


kawan-kawannya.

D Badrul _____________(mengagak,mengesyaki) sesuatu yang buruk akan berlaku kerana


lelaki itu asyik mengekorinya.

E Dalbir menangis______________(kegelian,ketakutan)selepas mendengar dentuman petir


yang sangat kuat.

F Kita tidak boleh ___________(berharap,mengharapkan) semua orang sependapat dengan


kita.

8
011 SULIT
SULIT 011

23. Suaikan ayat dengan kata tanya yang betul.

A ___________kah yang Bagaimana


mendalangi kegiatan tersebut?

B ____________kah pelancaran Siapa


roket itu?

C ____________kah yang
dimaksudkan dengan Mengapakah
penyulingan?

D ____________kah letaknya
gunung yang tertinggi di dunia? Bila

E ____________kah kamu akan


menduduki ujian memandu? Di mana

F _____________kah harimau
digelar Raja Rimba? Apa

24 Garisi jawapan yang pling sesuai:

a Ular sawa itu masuk ke (dalam/atas) lubang apabila dipukul oleh ayah.

b Kakak meletakkan buku kegemarannya di (hadapan/atas) meja.

c Di (hujung/belakang) rumah Encik Yusof terdapat banyak semak-samun.

d Rumah Zaleha terletak di (sekeliling/ antara) rumah Mei Ling dan rumah Prakash.

e Nenek berdiri di (belakang/hadapan) rumah untuk menyambut kedatangan kami.

f Pekerja asing itu sedang giat menggali (puncak/dasar) sungai.

9
011 SULIT
SULIT 011

25 Bubuh tanda baca dan huruf besar pada tempat yang sesuai.

a emak membeli novel yang bertajuk gemersik kalbu tulisan fauziah ashari.

b bila kamu akan melangsaikan segala hutang Tanya bahrin kepada megat

c cikgu sheela akan berpindah ke kuala terengganu kerana mengikut suaminya yang bekerja
dengan petronas

d pergi kau dari sini aku tak mahu tengok muka kau lagi jerit natrah

e encik adam membeli beberapa keeping tiket untuk menyaksikan konsert new kids on the
block

f dua tahun lepas saya pergi ke pasarraya sogo bersama-sama liza dan hanim

KERTAS SOALAN TAMAT

10

011 SULIT

Anda mungkin juga menyukai