Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM PERTANIAN PEMBANGUNAN EKONOMI PADA

TRANSFORMASI NASIONAL TN50 BAGI MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI


SEMBILAN DAN MELAKA.

1. TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk mengemukan cadangan perlaksanaan program


PERTANIAN PEMBANGUNAN EKONOMI bagi Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan
dan Melaka untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan
Orang Asli Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepentingan dalam menceburkan diri
dalam sektor pertanian kalangan belia beliawanis Masyarakat Orang Asli ini bagi
Transformasi Nasional 2050 (TN50).

yang direalisasikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin
Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, untuk membentuk masa
depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 iaitu dari sebuah negara maju
dan menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi,
kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri.
3. OBJEKTIF

Sektor pertanian memainkan peranan yang semakin penting di dalam ekonomi negara
melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport juga
mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat orang asli. Sektor ini adalah
pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan pertanian.

Memperkasakan budaya penglibatan kalangan belia beliawanis masyarakat orang asli


dengan kerjasama MOA dan MOHE bagi melahirkan sekelompok usahawan tani yang
berdaya saing & berkaliber dikalangan belia beliawanis Masyarakat Orang Asli dalam
bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian terutama agromakanan.
Melahirkan generasi usahawan belia beliawanis Masyarakat Orang Asli tani moden
kreatif yang mengamalkan pelbagai kaedah teknologi moden untuk mencapai
berpendapatan tinggi dibidang perniagaan tani ia dapat membentuk komuniti usahawan
beliawanis Masyarakat Orang Asli komersial yang lebih dinamik.

Meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian selaras untuk


memenuhi keperluan makanan rakyat dinegara ini yang kian meningkat berasaskan
konsep penggantian import dan berorentasikan eksport. Selain itu, Meningkatkan daya
saing negara berbanding negara maju dalam bidang pengeluaran dan pemasaran
pertanian berasaskan output berkualiti serta berprestasi tinggi melalui kecekapan
amalan keusahawanan, kompentensi tenaga kerja, mengoptimum penggunaan sumber,
inovasi, penyelidikan, teknologi, dan pengurusan modal.

Menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan belia beliawanis masyarakat orang asli
agar mereka akan terus berusaha dengan lebih tekun dan menggunakan dengan
sebaik mungkin segala bantuan dan dana yang disalurkan oleh kerajaan dalam usaha
untuk meningkatkan taraf hidup. Justeru, membangunkan pertanian sebagai satu
industri yang unggul dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi Negara.

Seterusnya, ia dapat memupuk minat kepada pertanian di kalangan belia beliawanis


masyarakat orang asli juga memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli
tentang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama mereka bagi meningkatkan
keusahawanan pertanian kepada masyarakat orang asli.

4. CADANGAN PERLAKSANAAN

Program ini dicadangkan di Kompleks Sukan Negeri, Paroi Seremban.

Tarikh/hari : 25 september 2017 (sempena bulan kemerdekaan)


Seramai 800 orang belia beliawanis akan menyertai program ini.

5. JABATAN DAN AGENSI YANG TERLIBAT


JAKOA Negeri/ Ibupejabat:
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Jabatan Pertanian
Jabatan Hidupan Liar
FAMA
MARA

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Kos penganjuran ini melibatkan perbelanjaan sejumlah RM 100,00.00 seperti di
lampiran B yang merangkumi makan minum, hadiah, peralatan, sewaan kompleks
sukan, sewaan kenderaan, bayaran jemputan atlet Malaysia serta barang-barang
keperluan yang lain.

7. SYOR
Adalah diharapkan program ini mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak
supaya objektif yang digariskan akan tercapai demi memenuhi tugas dan
tanggungjawab yang mulia demi pembangunan Masyarakat Orang Asli.

Dikemukan kertas cadangan ini untuk pertimbangan dan kelulusan agar program yang
dirancang dapat dilaksanakan
8. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM) JUMLAH (RM)


1. SEWA DEWAN SUKAN

2.
3. SARAPAN PAGI 800 ORANG 4.00 3,200.00
4. MAKAN TENGAH HARI 800 ORANG 9.00 7,200.00
5. MINUM PETANG 800 ORANG 4.00 3,200.00
6. BAJU-TSHIRT 800 ORANG 15.00 12,000.00
7. CENDERAHATI 100 100.00 10,000.00
8. PENGANGKUTAN LUMPSUM 25,000.00 25,000.00
i. Kuala Pilah/Tampin
ii. Seremban/Rembau/Port-
Dickson
iii. Jelebu
iv. Jempol
v. Alor Gajah/Jasin Melaka
9. SEWAAN PA SYSTEM LUMPSUM 4,500.00 4,500.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

Anda mungkin juga menyukai