Anda di halaman 1dari 3

Latihan Kebakaran 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

76450, MELAKA

LATIHAN KEBAKARAN BIL.01/2016

Rasional

Latihan kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini perlu bagi
mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta
langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.
Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa
diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-
langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat
bertindak secara spontan.

Matlamat

Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan


mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul
sekiranya berlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar
dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
Tentatif Program

Tarikh : 27 April 2016

Hari : Rabu

Masa : 09.00 pagi

Tempat Berkumpul : Padang Sekolah

Aktiviti :

1. 09.00 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.

: Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul di padang

sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.

2. 09.10 - 09.15 Pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.


3. 09.15 09.20 Pagi : Taklimat kebakaran oleh En. Mohd Khairul B. Awaluddin dan

En. Hady Danny Valentino.

4. 09.20 09.35 Pagi : Ulasan Ringkas Oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan

HEM.

5. 09.35 09.40 Pagi : Murid bergerak ke kelas masing-masing