Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Visi
Misi
Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa
mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan
paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan
unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.
PENGERTIAN LOGO
Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk
segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan
berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan
Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan
Johor.
Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah
dalam segala aspek pengurusan.
Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.
Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif
daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada
setiap pelanggan.
KETERANGAN LOGO
PENGENALAN:
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD
dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang
melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang
berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.
PENGERTIAN RUPA
i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program
pendidikan Negara.
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu
Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan
pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi
kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan
agama Islam sebagai agama rasmi.
PENGERTIAN WARNA
i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta
akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda
atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat
PENGERTIAN AKSARA