Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: MEMBINCANGKAN PENGLIBATAN NEGARA DALAM ORGANISASI ANTARABANGSA:

SOUTH EAST ASIA TREATY ORGANISATION (SEATO).

PENGENALAN

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) merupakan sebuah organisasi


pertahanan serantau yang ditubuhkan melalui Perjanjian Kolektif Pertahanan Asia Tenggara (
The Southest Asia Collective Defence Treaty) atau Manila Pact yang ditandatangani di Manila
pada 8 September 1954 oleh wakil Australia, Perancis, New Zealand, Pakistan, Filipina,
Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Perjanjian itu berkuat kuasa pada 19
Februaru 1955. Pakistan menarik diri pada tahun 1968 dan Perancis digantung sokongan
kewangannya pada tahun 1975. Organisasi telah mengadakan latihan terakhir pada 20
Februari 1976 dan secara rasmi berakhir pada 30 Jun 1977.

PENGLIBATAN FILIPINA DALAM SEATO

Pada bulan 8 September 1954, Amerika Syarikat, Perancis, Britain, New Zealand,
Australia, Filipina, Thailand dan Pakistan membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara
atau SEATO. Filipina merupakan salah sebuah negara yang menjadi penaja utama kepada
penubuhan SEATO.

Terdapat beberapa sebab penglibatan Filipina dalam SEATO:

Penglibatan Filipina di dalam SEATO lebih berdasarkan hubungannya yang baik


dengan Amerika Syarikat yang pernah menjajah negara mereka.
Sokongan Filipina ke atas SEATO juga merupakan satu peluang kepada kerajaan
Filipina yang merdeka untuk mendapatkan bantuan ekonomi dan kewangan kepada
negara Filipina yang baru merdeka.
Filipna mempunyai matlamat yang sama dengan Amerika Syarikat dan sekutunya
untuk menghalang merebaknya ideologi komunis.
Tindak balas kepada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi
daripada perluasan pengaruh komunis.
Malah, perjanjian ini telah ditambah oleh Piagam Pasifik, yang mengesahkan hak
orang Asia dan Pasifik untuk kesaksamaan dan penentuan nasib sendiri dan
menetapkan matlamat kerjasama politik, ekonomi, sosial dan budaya di antara
negara-negara anggota.
PENGLIBATAN THAILAND DALAM SEATO

Pada tahun 1954, Thailand telah menganggotai SEATO dan Bangkok menjadi ibu
pejabat bagi Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO). Nai Pote Sarasin menjadi
Setiausaha Agong SEATO yang pertama. Penglibatan Thailand dalam SEATO didorong oleh
keperluan untuk melindungi wilayahnya yang bersempadan dengan kawasan
bergolak di IndoChina serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di
Thailand.

1. Politik:
- Phibun Songkhram merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa Thailand
menyertai SEATO dan memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang
Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.
- Penglibatan Thailand disebabkan tujuan keselamatan kerana mahu melindungi
wilayahnya yang bersempadanan dengan kawasan bergolek di IndoChina.
- Thailand mengeratkan hubungan dengan Amerika Syarikat pada tahun 1948
untuk melindungi wilayahnya daripada pengaruh komunis yang berpusat di Laos
dan tersebar luas di Asia Tenggara.
- Manakala, dari segi ketenteraan, Thailand telah membenarkan Amerika Syarikat
menggunakan pangkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di
IndoChina. SEATO merupakan satu pakatan ketenteraan yang diketuai oleh
Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama ketenteraan.
- Thailand sebagai tuan rumah dan diketuai oleh Amerika Syarikat sering
mengadakan latihan ketenteraan dengan negara anggota SEATO lain pada setiap
tahun.
2. Ekonomi:
- Mendapat bantuan kewangan sebanyak AS$ 24 juta pada tahun 1957.
- Mendapat bantuan kewangan melalui Perjanjian Tabung Pembangunan dengan
Amerika Syarikat pada tahun 1958.
- Bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk mengukuhkan asas-asas
ekonomi dan meningkatkan taraf hidup Asia Tenggara supaya tidak terpengaruh
dengan ideologi komunis.
3. Sosial:
- Menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah
di rantau Asia Tenggara.
- Nai Pote Sarasin yang pernah menjadi Setiausaha Agong SEATO telah
menubuhkan SEATO Graduate School of Engineering di Thailand yang
memberikan latihan kejuruteraan.
- Penajaan SEATO dalam Pusat Pembangunan Guru di Bangkok serta Sekolah
Latihan Ketenteraan Teknikal Thailand.
- SEATO mengadakan Projek Pekerja Mahir di Thailand.

Walaubagaimanapun, terdapat keburukan penglibatan Filipina dan Thailand dalam


SEATO. Ini disebabkan;

Peranan utama SEATO adalah untuk membenarkan kehadiran Amerika Syarikat di


Vietnam walaupun Perancis dan Pakistan tidak menyokong.
SEATO ditubuhkan di bawah naungan Barat selepas pengunduran Perancis dari
IndoChina dan bertujuan untuk menentang ideologi komunis di Asia Tenggara.
Filipina tidak mempunyai peranan yang besar dalam SEATO.
Malah, pertubuhan tersebut gagal berfungsi sebagai peranan asal yang ditetapkan
kerana semua perkara ditetapkan oleh Amerika Syarikat.
SEATO tidak mempunyai mekanisme bebas untuk mendapatkan angkatan tentera
seperti NATO.
SEATO dianggap satu bentuk penjajahan baharu oleh pihak Barat yang diketuai oleh
Amerika Syarikat.
Masalah bahasa dan budaya dalam kalangan negara anggota juga menyebabkan
SEATO sukar mencapai matlamatnya.

Oleh itu, Pakatan yang longgar ini serta tidak sepakat antara negara anggota telah
membawa kepada pembubaran SEATO pada tahun 1977. Hal ini kerana, kegagalan Amerika
Syarikat dalam perang Vietnam menjadi bukti kegagalan SEATO untuk menghalang wujudnya
sebuah megara republik Komunis di Vietnam.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, ia dapat dilihat bahawa matlamat penglibatan Filipina dan


Thailand SEATO adalah untuk menghalang perkembangan dan pengaruh ideologi komunis
daripada menyusup ke kawasan Asia Tenggara. Sepanjang penglibatan Filipna dan Thailand
dalam SEATO terdapat manfaat yang diperoleh sama ada dari segi keselamatan, politik dan
ekonomi. Namun begitu, pakatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat ini ternyata gagal
mencapai matlamatnya disebabkan kegagalan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam
sehingga membawa kepada pembubaran SEATO pada tahun 1977.