Anda di halaman 1dari 9

e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

PENGGUNAAN KAEDAH LADDER DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MENGIRA OPERASI MENOLAK TERHADAP PELAJAR TAHUN EMPAT.
Shivaraj Subramaniam

ABSTRAK

Mata pelajaran matematik merupakan satu ilmu saintifik yang berstruktur. Walau bagaimanapun,
kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami konsep dan kaedah penyelesaian
sesuatu operasi pengiraan terutama operasi menolak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat
hubungan antara kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan penolakan dengan
menggunakan kaedah 'ladder'. Sebanyak 30 orang pelajar dari sekolah-sekolah rendah sekitar
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dipilih sebagai responden kajian dan kajian tindakan
merupakan reka bentuk bagi kajian ini. Di mana, dua set ujian pra dan pasca telah dijalankan untuk
mengenal pasti kefahaman pelajar dalam mengira soalan-soalan penolakan dengan menggunakan
kaedah 'ladder'. Kefahaman pelajar dilihat menerusi markah yang diperoleh oleh para responden.
Hasil kajian didapati, min bagi ujian pra dan pasca adalah masing-masing 46.2% dan 90.73%.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kaedah 'ladder' sangat berkesan dalam membantu para
pelajar untuk menyelesaikan soalan-soalan penolakan. Maka, penggunaan kaedah 'ladder' perlu
digunakan oleh semua guru matematik supaya boleh memastikan para pelajarnya menguasai ilmu
matematik dengan berkesan.

PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki. Kini, penggunaannya telah
bertambah luas dalam semua lapisan masyarakat kerana ia meliputi pelbagai jenis aktiviti seperti
pemprosesan dan simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Justeru, memahami konsep
matematik merupakan perkara penting dalam pembelajaran subjek matematik.

Menurut Duffin dan Simpson (2000), pemahaman terhadap sesuatu konsep merupakan
kemampuan seseorang individu untuk menjelaskan semula konsep tersebut di mana, mereka dapat
menjelaskan kembali apa yang telah dikomunikasi kepada mereka. Para pelajar yang tidak dapat
menguasai sesuatu konsep dalam sesuatu mata pelajaran, dianggap sebagai sukar terutamanya
dalam subjek matematik. Ramai pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
terdapat dalam mata pelajaran ini atas sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar dan
berlakunya kesalahfahaman terhadap konsep tersebut.

Hal ini berikutan dengan masalah penolakan yang turut menjadi isu yang rumit dalam
kalangan murid, kerana operasi tolak adalah lebih keliru berbanding dengan operasi tambah Anita
(2005). Di mana, murid-murid seringkali mencampuradukkan atau keliru dengan operasi tolak dan
operasi tambah. Justeru, boleh dikatakan bahawa murid-murid kurang memahami masalah operasi
nombor dengan mengumpul semula Van de Walle (2004). Murid-murid yang pencapaian rendah

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
209
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

akan menghadapi masalah apabila melibatkan penambahan dengan penggunaan kaedah


mengumpul semula.

Sementara itu, Muhammad Sofwan (2010) mengutarakan bahawa murid-murid mendapat


pencapaian rendah dalam matematik tidak mahir dalam penambahan dengan mengumpul semula.
Terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan oleh para pelajar dalam operasi menolak
nombor dengan mengumpul semula. Menurut Douglas (2004), antara kesilapan umum yang
dilakukan oleh murid adalah dalam menyelesaikan masalah matematik iaitu tidak mengumpul
semula, kiraan yang salah dan susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat. Oleh hal
yang demikian, isu ini dapat ditangani apabila guru memainkan peranan dalam mengenal pasti
kelemahan ini pada peringkat awal dan seterusnya membaiki kelemahan tersebut dalam diri pelajar.
Maka, dengan berbuat demikian, para pelajar akan berasa yakin terhadap mata pelajaran matematik
ini.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kemahiran murid-murid tahun empat dalam
menyelesaikan soalan penolakan antara nombor lima digit dengan nombor lima digit serta
penggunaan kaedah Ladder dalam menyelesaikan soalan penolakan.

Kerangka Konsep Kajian

Terdapat banyak teori dan model telah dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu dalam
menerangkan masalah dalam kemahiran operasi menolak. James (2008) dan Anita (2005)
menyatakan bahawa, operasi menolak merupakan satu perkara yang susah dan sukar untuk
difahami oleh pelajar. Maka, pembentukan kerangka konsep bagi kajian ini adalah berdasarkan
kenyataan ini berdasarkan penyesuaian beberapa konstruk dalam gabungan model dan penemuan
kajian-kajian lepas.

Justeru, beberapa aspek penting seperti kekeliruan pelajar ketika diberikan soalan berkaitan
operasi menolak, membuat langkah penyelesaian yang banyak untuk mendapatkan jawapan dan
kurangnya keyakinan terhadap jawapan telah dijadikan sebagai masalah utama kajian. Maka,
sebagai bahan penyelesaian, kaedah ladder telah dijadikan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar
dan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan soalan berkaitan penolakan dijadikan sebagai
pemboleh ubah bersandar. Kerangka konsep bagi kajian ini adalah seperti di rajah 1.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
210
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

Pemboleh Ubah
bebas Pemboleh Ubah
Bersandar
Masalah Dengan Pengunaan Penigkatan Dalam
Langkah Pinjam Kaedah Ladder Kemahiran Operasi
Dari Digit Sebelah Dalam Operasi Tolak
Penolakan

Rajah 1: Kerangka konsep kajian

Berdasarkan rajah 1, kerangka konsep bagi kajian ini telah menjelaskan kemahiran
responden dalam operasi menolak yang mempunyai pengaruh ke atas penggunaan kaedah ladder.
Pemboleh ubah tersebut telah dihuraikan melalui peningkatan pencapaian responden ataupun
sebaliknya ketika menjawab soalan. Oleh itu, kerangka konsep yang dibentuk bagi kajian ini secara
jelas mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar
kajian dan akan membantu dalam menyelesaikan masalah kajian ini dengan sempurna.

TINJAUAN LITERATUR

Kaedah Ladder

Kaedah ladder merupakan salah satu kaedah yang terdapat dalam mata pelajaran matematik, yang
lazimnya digunakan dalam operasi-operasi asas matematik. Menurut Fuson (2009) murid-murid
yang menghadapi masalah dalam penambahan dan penolakan sesuatu nilai yang melibatkan proses
kumpul semula, adalah disebabkan oleh ketidakupayaan mereka untuk melihat konsep
pengumpulan semula sebagai penggabungan unit. Maka, kaedah ladder merupakan kaedah
penyelesaian yang sesuai dalam isu ini.

Perbezaan Kaedah Ladder Dengan Kaedah Tradisi

Secara umumnya, dalam kaedah tradisi, kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam
pengiraan operasi menolak adalah dalam kaedah kumpul semula. Maka, penggunaan kaedah
ladder telah memberi beberapa keistimewaan seperti tidak melibatkan kumpul semula, tidak
mempunyai langkah yang banyak dan tidak melibatkan nilai tempat. Jadual 1 dapat menerangkan
secara jelas perbezaan ini.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
211
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

Jadual 1: Perbezaan Antara Kaedah Kumpul Semula Biasa dan Kaedah Ladder

Kaedah kumpul semula biasa Kaedah Ladder


9
4 10 4 9
5 0 15 5 0 15
- 1 7 8 - 1 7 8
3 2 7 32 7

Langkah : Langkah :

a) 8 tidak boleh ditolak dari 5 maka, a) 8 tidak boleh ditolak dari 5 maka semua
meminjam dari nombor sebelah. nombor di sebelah kirinya dipotong dan
b) Nombor sebelah tidak mencukupi nilai, ditolak dengan satu.
maka ia dipinjam dari nombor b) 5 menjadi 15 dan 8 ditolak darinya.
sebelahnya.
c) Nombor sebelah itu menjadi kurang
satu.
d) 5 menjadi 15 dan 8 ditolak darinya.

Ada kumpul semula Tidak perlu kumpul semula

4 langkah untuk mencari jawapan 1 langkah untuk mencari jawapan

Berdasarkan jadual 1, para pelajar dapat menjawab soalan dengan tepat setelah
menggunakan kaedah ladder dalam operasi menolak. Manakala, dalam kaedah tradisi para pelajar
sering melakukan kesalahan kerana keliru dengan langkah pinjaman (lend) serta penukaran nombor
dari satu nilai tempat ke nilai tempat yang lain. Apabila kaedah tradisi digantikan dengan kaedah
ladder, pelajar tidak menghadapi masalah dalam kumpul semula dan nilai tempat. Jadual 2
menerangkan langkahlangkah untuk menyelesaikan soalan-soalan penolakan dengan menggunakan
kaedah ladder.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
212
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

Rajah 2: Langkah-langkah menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tolak dengan


menggunakan kaedah ladder.

Langkah 1:
43 320
- 23 451
Digit 0 tidak boleh menolak
1 maka, semua nombor di
sebelah kiri 0 telah dipotong
Langkah 2:
dan di kurangkan 1
43 31
43 32 10
- 23 45 1

Ulangi langkah 1sehingga


mendapat jawapan
Langkah 3:
3
4 12
4 3 12
4 3 3 11
4 3 3 2 10
- 2 3 4 5 1
1 9 8 6 9 Jawapan : 19 869

METODOLOGI

Kajian yang dijalankan merupakan berbentuk kajian tindakan. Tujuan kajian tindakan ini adalah
untuk melihat peningkatan dalam kemahiran setelah menggunakan kaedah ladder dalam
menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan permasalahan menolak. Oleh hal yang demikian,
populasi kajian bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dari Bandar Seri
Jempol, Negeri Sembilan. Manakala, sampel bagi kajian ini adalah seramai 30 orang murid tahun
empat. Sementara itu, instrumen kajian yang digunakan dala kajian ini menerusi set soalan ujian pra
dan set ujian pasca dalam mengukur tahap penguasaan kaedah ladder di mana, pengkaji akan
menjalankan ujian pra dahulu dan seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan kaedah ladder. Setelah itu, ujian pasca telah dijalankan untuk melihat perbezaan skor
pelajar. Dapatan bagi kajian ini telah dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
213
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden Kajian

Jadual 2: Profil Responden Kajian

Profil Bilangan Pelajar Peratusan (%)


Jantina Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
Bangsa India 29 96
Muslim 1 4
Gred C 27 94.6
D 3 5.4

Berdasarkan jadual 2, responden bagi kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri
daripada pelajar lelaki dan perempuan. Responden kajian terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki
(50%) dan 15 orang pelajar perempuan (50%). Mereka adalah pelajar yang belajar dalam kelas yang
sama dan berlainan tahap penguasaan. Seramai 29 orang pelajar terdiri daripada bangsa India
manakala hanya seorang pelajar lagi berbangsa Muslim. Sebanyak 94.6% pelajar memperoleh gred C
dalam mata pelajaran matematik ketika peperiksaan akhir tahun 3, manakala 5.4% yang lain
memperoleh gred D dalam peperiksaan tersebut.

Kemahiran Penguasaan Operasi Menolak Sebelum dan Selepas Penggunaan Kaedah 'Ladder'

Jadual 3: Jumlah Markah Dan Taburan Min Markah Ujian Pra dan Pasca Responden

Jenis Ujian Pra Pasca


Jumlah Markah 1386 2722
Taburan Min 46.20 90.73

Berdasarkan jadual 3, jumlah markah yang diperoleh oleh responden dalam ujian pra operasi
menolak adalah 1386 dan puratanya 46.20% di mana, kaedah yang digunakan oleh pelajar adalah
kaedah tradisional dalam mengira operasi menolak. Sementara itu, dalam ujian pasca, markah
responden telah melonjak tinggi iaitu 2722 dan puratanya 90.73%. Keadaan ini jelas menunjukkan
bahawa para pelajar lebih memahami menyelesaikan masalah operasi menolak menerusi kaedah
'ladder' seperti dapatan-dapatan kajian Syafiq (2004), Nadia (2002), Aniza (2003) dan Nur (2003).

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
214
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan kaedah 'ladder' dapat membantu murid-murid yang kurang menguasai
operasi menolak dengan betul. Justeru, dengan menggunakan kaedah ini, murid tidak perlu lagi
menukar susunan matematik. Keadaan ini menunjukkan bahawa, penolakan merupakan salah satu
topik yang perlu diakui oleh pelajar yang menghadapi masalah di peringkat antarabangsa. Walau
bagaimanapun, kajian seumpama ini terutamanya yang membincangkan hubungan pencapaian
responden dalam ujian dan penguasaan kemahiran penolakan dengan menggunakan kaedah
'ladder'. Oleh hal yang demikian, jelas kelihatan bahawa kaedah 'ladder' mampu meningkatkan
kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam mata pelajaran matematik.
Justeru, keadaan ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Keadaan ini hanya dapat direalisasikan apabila semua guru matematik bermula menggunakan
kaedah 'ladder' dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memastikan para
pelajarnya menguasai ilmu matematik tersebut.

RUJUKAN

Cheang Chooi Yoong, Khaw Phoay Eng dan Yong Kien Cheng (2003). Intergrated Curriculum
For Secondary School Mathematics Form 2, Volume 2. Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn
Bhd.

Nik Aziz (2005). Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Di perolehi pada tarikh akses 22/10/2007
daripada http:www.ppp.upsi.edu.my/eWacana/GayaPembelajaran. Htm.240k.html

Duffin & Simpson (2000). Teori Pembelajaran Sosial dan Kemanusia. Modul Psikologi Pendidikan.
Falkulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Mohd. Sapiyan Baba dan Thanaletchumi Darmalingam(2003) Komputer Dalam Pendidikan. Di


perolehi pada 22/10/2007 daripada http:www.josie653.tripod.com/kdp.htm.html

Nadia Fasha (2010). Penggunaan Bahan Manipulative Straws & Board Bagi
Membantu Murid Tahun 2 Yang Berpencapaian Rendah Dalam Mempelajari Tajuk
Penolakan. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu.

SuydamM.N (1985). Alternative Courses For Secondary School


Mathematics. National Council of Teachers of Mathematics. United States.

Chieng Leh Hui. (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua
Menyelesaikan Operasi Tolak Yang Melibatkan Pengumpulan Semula (ms 150).
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Hadhri M.N (2010). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menolak Dengan


Mengumpul Semula Menggunakan Ladder Step Dalam Kalangan Murid Tahun
3 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menolak Dengan Mengumpul Semula
Menggunakan Ladder Step Dalam Kalangan Murid Tahun 3. IPG Kampus Dato Razali
Ismail.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
215
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

Abdul Majid, K. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Bonni Gourneau. (tidak dinyatakan). Five Attitudes of Effective Teachers : Implications for
Teacher Training.

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua. Malaysia: Mc Graw Hill.

Chow Fook Meng PhD. Jaizah Mhamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor. 72-75

Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Tin Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizon Sdn. Bhd

Fuson, K.C., Briars, D.J. (1990). Using a Base-Ten Blocks Learning/Teaching Approach for First-
and Second Grade Place-Value and Multidigit Addition and Subtraction. "Journal for
Research in Mathematics Education", 21(3), 180-206.

George Booker. (2005). Thinking mathematically making sense and solving problems.

Harman Harun. (2011, Februari 13). Kongsi Cerita, Ilmu dan Pengalaman. Didapatkan
Februari 15, 2012, daripada Blogpsot:
http://harmanharun.blogspot.com/2011/02/apakah-matematik-dan-kenapa-kita-
perlu.html

Jon M.Engelhadrt, Virginia Usnick. (tidak dinyatakan). When Should We Teach


Regrouping in Addition and Subtraction.

Leornard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-isu Teoririka Dan
Analisis Praktik Kuala Lumpur : Arenabaku Sdn. Bhd. Massashusetts : Allin and Bacon.

Mohd. Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). Pengenalan Kepada Analisa Data Berkomputer:
SPSS 11.0 for Windows. Kuala Lumpur: Venton.

Mroczkowski, C. (2006). Using Stand Alone Programs to Enhance Students Basic Math Fact
Skills. Retrieved February 21, 2012, daripada
www.msu.edu/~mroczko3/portfolio/final_cathie_mroczkowski2.doc.

NCTM. (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The
1980s. New York.

Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
216
e-Proceeding of the Social Sciences Research (ICSSR 2016)

Romberg, T.A., Collis, K.F., & Grouws, D.A., (1987). Learning to Add and Subtract. Journal
for Research in Mathematics Education, 2, i-178.

Rosinah Edinin.( 2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Ed. ke-2. Kuala
Lumpur: freemind horizons.

Susan OConnel, John SanGiovanni. (2011). Mastering the Basic Math Facts in
Addition and Subtraction. Publishers Design and Production Services, Inc :
United States.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. (1997). Matematik KBSM: Harapan dan Realiti. Didapatkan
Februari 17, 2012, daripada tripod: http://mujahid.tripod.com/math1.html

Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, Abdul Razak Habib. (2009). Pengetahuan
pedagogi isi kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan: kajian kes di sekolah
rendah. Jurnal pendidikan malaysia 34(1), 131-153.

e-Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2016 (e-ISBN 978-967-0792-09-5).


18 - 19 July 2016, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://worldconferences.net/home
217