Anda di halaman 1dari 5

FORUM 2

Bincangkan Bagaimana Keperluan Setiap Pelajar Untuk Mencapai Potensi Maksimum Dapat Dipenuhi?

Misi utama pendidikan di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik

dan mampu bersaing diperingkat dunia untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang

tinggi bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara seperti yang disarankan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan [ FPK].

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FPK menyarankan supaya memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan

bersepadu dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani. Oleh itu, seluruh usaha dan langkah yang diambil

dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap pelajar. Dengan ini dapat

melahirkan sumber manusia yang berkemampuan tinggi bagi mengisi keperluan pembangunan negara.

Selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) / (KSSM) yang

menggantikan kurikulum lama sekolah menengah tugas seorang ppendidik bukan hanya menyampaikan

fakta dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah malah harus menekankan aspek

lain seperti perkembangan potensi dan bakat individu secara menyeluruh.


Antara usaha yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan setiap pelajar ialah amalan

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner ( 1983 ). Teori ini menyatakan

bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai

kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semula jadi. Oleh itu, teori ini perlu

diaplikasikan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan supaya keperluan dan potensi setiap pelajar dapat

dikenalpasti serta dipenuhi. Lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti ialah visual linguistik, logik-

matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Gardner dalam

bukunya Frames of Mind-The Theory ). Kecerdasan boleh diperkembangkan menerusi pendidikan,

pengalaman dan persekitaran. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan

tidak saling bergantung, seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang

dalam bidang kecerdasan yang lain.

Dalam dunia pendidikan abad ke-21 ini, penerapan unsur kemahiran berfikir sangat penting

untuk pelajar menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Kemahiran berfikir ialah kemahiran

mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam pelbagai situasi untuk membuat keputusan yang

efisien. Kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

(KBKK). Unsur KBKK ini merupakan penerapan baru dalam sistem pendidikan negara kita secara beransur-

ansur sejak tahun 1994. Dalam era digital ini, pelajar harus didedahkan dengan KBKK agar mereka dapat

menganalisis segala maklumat sebelum mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, kaedah dan strategi pengajaran guru di sekolah juga merupakan satu usaha kearah

memaksimumkan pencapaian keperluan setiap pelajar. Kaedah dan strategi pengajaran guru harus

bersesuaian dengan tahap pemahaman dan penerimaan pelajar. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan

pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi,

kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui
tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Soalan-soalan yang dikemukakan untuk membuat penilaian

harus merangkumi pelbagai aras seperti pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan

memulakan set induksi dengan menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya.

Secara langsung ia dapat menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan meningkatkan motivasi

untuk belajar.

Guru juga digalakkan untuk menggunakan pelbagai alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dan

menarik dalam menyampaikan pengajaran. Contohnya transperansi (LCD), Laman web, Carta, I-Thinkdan

sebagainya. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang

tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik

darjah juga salah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda pelajar untuk berfikir.

Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan

yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang

lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Dengan

ini keperluan setiap pelajar dapat dipenuhi.

Dalam usaha memenuhi keperluan setiap pelajar guru digalakkan mempunyai pengetahuan

psikologi untuk diamalkan dalam proses penmbelajaran dan pemudahcaraan. Contohnya peneguhan

positif terhadap pelajar mampu mengubahkan tingkah laku pelajar kearah positif. Pelajar juga akan berasa

mereka dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan

bagus, syabas apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas.

Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid

kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.
Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah pembelajaran yang berkesan dalam usaha membantu

pelajar yang lemah serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Aktiviti pembelajaran

ini mendorong murid cerdas membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh

membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan

menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap

kumpulan bersaing satu sama lain. Kaedah pembelajaran ini menggunakan idea perancah (scaffolding)

dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar lemah di

dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan

daripada guru kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

Di samping itu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu didedahkan kepada

pelajar supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan

perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi maklumat

serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.

Contohnya amalan FROG-VLE di sekolah .

Pembelajaran Konstruktivisme dalam pembelajaran dapat melahirkan murid yang berkeupayaan

tinggi untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu serta mereka sendiri berdasarkan

pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi serta mahir dalam

pelbagai bidang.

Pembelajaran konteksual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran yang berkesan berhasil

apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati

kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.


Kesimpulannya, setiap pelajar adalah unik dan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan

pendidikan. Oleh itu, keperluan setiap pelajar dalam pendidikan harus dititikberatkan agar sumber

manusia masa depan negara lebih terjamin dalam bidang pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai