Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Stres adalah cara tubuh kita bertindak balas terhadap ketegangan, kegelisahan dan
tugas tugas berat yang harus dihadapi sehari hari. Sewaktu tekanan terhadap
tubuh semakin besar, kadang kadang kita akan jatuh sakit dan merasa terganggu.
Itu adalah kesan buruk yang menimpa disebabkan stres. Istilah stres ini merujuk
kepada keadaan tubuh yang menjadi tegang apabila kita berusaha untuk
menyesuaikan diri dengan aktiviti harian yang berat. Ketika seserang menghadapi
tekanan, baik dari segi fizikal mahupun psikologi, tubuh akan menerima rangsangan
berlebihan dan cuba untuk mencegah daripada terjadinya keletihan. Dalam pada
masa yang sama, badan kita akan belajar untuk mengoptimakan respons terhadap
peningkatan aktiviti. Adaptasi ini dikenali sebagai stres baik yang bermanfaat untuk
kehidupan. Pendek kata, stres seperti ini adalah penting untuk perkembangan
psikologi dan adaptasi. Tetapi apabila tekanan terhadap fikiran atau badan yang
berlebihan, berlangsung dalam jangka masa yang lama serta melebihi dari had yang
biasa diterima oleh badan, badan akan menjadi tertekan dan berpotensi tinggi
mencetuskan stres jahat. Ketika badan kita mengalami situasi seperti ini, badan kita
akan mudah menjadi sakit (Budi et al. 2009).

Pada umumnya, tekanan dalam pendidikan berlaku dari atas hingga ke


bawah. Bermaksud, tekanan daripada pihak kementerian kepada pihak pelaksana
amat ketara dan sukar dielakkan. Jika kita melihat dalam dunia pendidikan di
Malaysia, pelbagai perubahan telah berlaku. Pendidikan di Negara ini sungguh
dinamik. Daripada era Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang bermula
pada tahun 1955 hingga 1982 berubah ke Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1988. Sungguhpun begitu, KBSM masih dilihat mempunyai
kelemahan (Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008). Oleh sebab itu, kementerian telah
membuat semakan semula dan pada hari ini wujudlah Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) untuk tahun 2014 2025. Sistem pendidikan yang berubah
ubah ini menyaksikan pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh warga guru
disebabkan cara penyampaian dan penaksirannya berubah sama sekali.

1
Para guru harus mengadaptasi perubahan ini. Jika dilihat dari sudut positif,
tekanan seperti ini telah menghasilkan satu perubahan yang baik dimana
penambahbaikan dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti. Stres
baik akan mewujudkan peningkatan dalam pekerjaan. Stres juga akan
menggalakkan sesuatu isu itu di selesaikan seperti isu sistem pendidikan yang
ditambahbaik dengan perubahan sistem yang lebih relevan mengikut perubahan
semasa (Fitz Maurice, 2013).

Oleh yang demikian, diharap prestasi kerja guru guru akan dapat
dipertingkatkan dan seterusnya prestasi pendidikan di Negara ini akan dapat
ditinggikan lagi dengan pelaksanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
menyaksikan perubahan KBSM kepada KSSM. Perubahan yang besar ini
memberikan impak yang tinggi kepada seluruh warga pendidik dari segi tahap stres,
punca stres, kualiti kerja dan kepuasan kerja. Sungguhpun begitu, masih terdapat
banyak faktor lain yang mendorong kepada stres dalam kalangan guru atau
berkemungkinan juga perubahan sistem pendidikan ini telah membangkitkan faktor
stres yang lain.

1.2 Pernyataan Masalah

Masa kini, terdapat pelbagai isu yang timbul dalam organisasi pendidikan yang mana
berkaitan tentang stres guru misalnya dalam kajian yang dilaksanakan oleh Azizi dan
Mazeni (2007) yang mengetengahkan mengenai faktor faktor yang mempengaruhi
stress di kalangan guru sekolah menengah di Malaysia. Para guru menyatakan
bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang
sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres
guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara faktor faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seorang
guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.

Dapatan kajian yang dibuat Azizi dan Mazeni (2007) disokong lagi dengan
dapatan kajian yang dibuat oleh Tajulashikin Jumahat et al. (2013) yang mendapati
bahawa tahap tekanan yang dialami oleh guru adalah pada tahap sederhana. Selain
itu juga, Tajulashikin Jumahat et al. (2013) mengatakan, kajian yang telah dibuat
oleh Dick dan Wagner, 2001 mendapati bahawa faktor bebanan kerja merupakan
penyumbang utama terhadap stres guru. Kajian mereka ini menunjukkan bahawa
stres yang dialami oleh guru akan memberikan kesan negatif bukan sahaj dari segi

2
fisiologi seperti tekanan darah tinggi, malahan ianya juga turut memberikan kesan
terhadap tingkah laku guru itu sendiri. Selain itu juga, dapatan kajian yang dijalankan
oleh Boyer mendapati stres pada tahap yang tinggi berlaku bagi faktor hubungan
dengan ibu bapa pelajar (Boyer, 2009).

Isu stres juga seringkali dibangkitkan dalam media massa. Ini dibuktikan
melalui artikel yang ditulis oleh Noor Hamizah Abu Bakar yang bertajuk Guru Lebih
Stres. Beliau menyatakan bahawa guru berada pada tangga keempat tertinggi
pekerjaan yang mendatangkan stres. Kedudukan warga pendidik yang menduduki
tangga keempat dalam masalah stres ini amat mengejutkan (Noor Hamizah, 2012).
Dalam artikel berasingan, yang mana dipaparkan pada akhbar Berita Harian yang
bertajuk Seksa Menjadi Cikgu mengulas perkara yang sama. Keadaan guru yang
stres telah menyebabkan guru terseksa. Perkara ini telah mendesak Kementerian
Pendidikan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru
(Khairul Azran, 2010). Selain itu, melalui media massa juga, para guru dikatakan
terdedah kepada risiko tinggi mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada
penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan
kemurungan. Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan lebih kurang
22,000 orang pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital
berkenaan. Kira kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru
(Siti, 2009).

Berdasarkan kajian kajian lepas, terdapat banyak faktor yang menyebabkan


timbulnya isu yang menyebabkan stres. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji
faktor stres iaitu bebanan tugas, ketidakadilan penilaian prestasi, opsyen,
infrastruktur, lokasi sekolah, tekanan ibu bapa atau penjaga, perubahan sistem
pendidikan dan kepimpinan yang menjadi faktor stres guru.

1.3 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap dan punca stress
dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Dalat. Secara spesifiknya, tujuan
kajian ini adalah seperti berikut :

3
a. Menyelidik tahap stres dalam kalangan guru sekolah menengah di Daerah
Dalat.
b. Meninjau punca stres dalam kalangan guru sekolah menengah di Daerah
Dalat.
c. Mengenalpasti perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru
berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar.

1.4 Persoalan Kajian

a. Apakah tahap stres dalam kalangan guru sekolah menengah Daerah Dalat?
b. Adakah punca stres dalam kalangan guru sekolah menengah Daerah Dalat?
c. Adakah terdapat perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru di
sekolah menengah Daerah Dalat berdasarkan jantina, umur dan pengalaman
mengajar?

1.5 Definisi

i. Tahap Stres

Tahap stress adalah berkaitan dengan tekanan sama ada tinggi atau rendahnya
faktor stress yang dialami. Dalam kajian ini, tahap stress dibahagikan kepada lima
tahap iaitu normal, ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Tahap stress ini
adalah berdasarkan kepada instrumen kajian Deppression Anxiety and Stress Scale
(DASS). Maka berdasarkan skala likert yang diberikan dan konteks kajian ini, dapat
dirumuskan pada tahap normal, responden sangat jarang atau hampir tidak ada
marah disebabkan perkara perkara kecil, bertindak aggresif dalam sesuatu
keadaan, merasa kesal, cemas, hilang kesabaran, mudah sensitif, gementar, hilang
kerasionalan dan gelisah. Tahap ringan bermaksud jarang marah, disebabkan
perkara perkara yang kecil, bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan, merasa
kesal, cemas, hilang sabar, mudah sensitif, gementar, hilang kerasionalan dan
gelisah. Tahap sederhana pula bermaksud kadang kadang marah disebabkan
perkara perkara kecil, bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan, merasa kesal,
cemas, mudah sensitif, gementar, hilang kerasionalan dan gelisah. Tahap teruk pula

4
bermaksud kerap marah disebabkan perkara perkara kecil, bertindak keterlaluan
dalam sesuatu keadaan, merasa kesal, cemas, hilang sabar, mudah sensitif,
gementar, hilang kerasionalan dan gelisah. Tahap sangat teruk adalah sangat kerap
marah disebabkan perkara perkara kecil, bertindak keterlaluan dalam sesuatu
keadaan, merasa kesal, cemas, hilang sabar, mudah sensitif, gementar, hilang
kerasionalan dan gelisah. (Lovibond, & Lovibond, 1995 dan Australia, Psycology
Foundation, 2007).

ii. Punca Stres

Punca Stres ini merujuk kepada alasan atau sebab yang menjadi asas kepada
stress. Melalui kajian ini, pengkaji akan mengkaji punca stres guru dari aspek
bebanan tugas, ketidakadilan penilaian prestasi, opsyen, infrastruktur atau
kemudahan sekolah, tekanan ibu bapa atau penjaga, lokasi sekolah, perubahan
sistem pendidikan dan kepimpinan yang diambil dari Jaafar Muhamad (2001), dan
dari dapatan kajian Girishkumar (2013). Punca stress bebanan tugas adalah tentang
tugas mengajar yang banyak, tugas pengkeranian yang banyak, tugas di luar waktu
pembelajaran dan pengajaran yang banyak dan tugas pada waktu cuti yang banyak.
Punca stress ketidakadilan penilaian prestasi adalah berdasarkan markah yang
diberi tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan, dikritik oleh penilai walaupun telah
melaksanakan kerja dengan bersungguh, penilai yang pilih kasih, dan penilai yang
hanya menilai tanpa membuat pemerhatian dan penyemakan dokumen. Punca
stress opsyen pula bermaksud agihan subjek yang diajar tidak menepati osyen,
agihan aktiviti kokurikulum tidak menepati opsyen, kursus yang dihadiri tidak dengan
opsyen dan tugas yang diberikan tidak mencapai tahap memuaskan kerana tidak
mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diberikan. Punca stress infrastruktur
atau kemudahan adalah berdasarkan kemudahan internet yang tidak berfungsi
dengan elok sehingga menyebabkan pembaziran masa, kemudahan komputer tidak
dapat dimanfaatkan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran, bilik kelas ayng
tidak begitu kondusif dan kemudahan infrastruktur lain yang kurang mengganggu
aktiviti pembelajaran. Punca stress tekanan ibu bapa atau penjaga pula adalah
berkaitan dengan keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan anak anak
sehingga mengganggu kehidupan, ibu bapa yang tidak memantau kerja anak anak,
ibu bapa yang memarahi guru sekiranya anak mereka diberi hukuman dan sikap ibu
bapa yang tidak mahu memberikan kerjasama apabila anak anak mereka

5
bermasalah. Punca stress lokasi sekolah pula adalah berdasarkan masa yang
diambil untuk sampai ke sekolah, risiko dalam perjalanan ke sekolah, berjauhan
dengan keluarga dan masalah pengangkutan yang membazir masa responden.
Punca stress perubahan sistem pendidikan adalah berdasarkan rasa tertekan
dengan pelaksanaan KSSM, pentaksiran PT3 yang memerlukan rekod yang sangat
banyak, dan tidak memahami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Punca
stress kepimpinan pula adalah berdasarkan peranan Pengetua yang menggunakan
kuasa veto dalam menentukan keputusan, Pengetua yang sentiasa mengharapkan
hasil kerja yang tinggi, Pengetua yang sentiasa memerhati dan memantau staf
dengan rapat dan Pengetua yang tidak mengambil tahu kebajikan staf.

1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah terbatas kepada beberapa perkara. Kajian ini
adalah lanjutan daripada hasil kajian kajian yang lepas mengenai tahap dan punca
stres dalam kalangan guru. Selain itu, kajian ini dijalankan di sekolah sekolah
menengah di Daerah Dalat dan tidak boleh digeneralisasikan ke daerah lain kerana
sampel yang kecil dan tentunya dapatan kajian ini tidak mewakili keseluruhan
populasi guru di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik yang
menghadkan hasil kajian berdasarkan pemahaman dan persepsi responden semata
mata. Selain itu, dapatan kajian juga hanya terhad kepada maklumat dalam soal
selidik semata mata dan tidak mencakupi kesemua aspek yang terperinci. Bagi
tahap kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik adalah berdasarkan andaian awal
penyelidik dan jawapan soalan soal selidik.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah mahupun di
peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Kajian ini dapat dijadikan panduan dan
maklumat terutama kepada para guru tentang cara menangani stres dengan
berkesan mengikut persekitaran yang dhadapi. Para guru boleh mengambil langkah
yang sewajarnya jika mendapati tahap stres yang mereka hadapi dirasakan berada

6
pada tahap sederhana dan tinggi. Para guru juga dapat merancang hidup seharian
dan juga tugas dengn mengetahui faktor yang boleh membawa kepada stres.

Melalui kajian ini juga, pihak pentadbiran dapat merujuk untuk dijadikan
panduan dalam membuat pertimbangan sewaktu merancang pengagihan tugas.
Pihak sekolah juga dapat merancang aktiviti yang hendak dijalankan dengan lebih
baik untuk mengelakkan berlakunya stres. Selain itu, pihak sekolah juga mampu
untuk mengenalpasti guru yang mengalami masalah ini untuk diambil tindakan yang
sewajarnya.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) juga boleh


menggunakan maklumat melalui kajian ini bagi membantu guru guru yang
mengalami stres. Sebagai contoh mereka boleh menggunakan dapatan kajian ini
untuk membuat pengagihan tempat bertugas guru.

Anda mungkin juga menyukai