Anda di halaman 1dari 10

SULIT 3757/1

ARAHAN : Jawab semua soalan berikut.

1. Ilmu ekonomi mengkaji tentang...


A. sumber dan kehendak terhad.
B. sumber dan kehendak tidak terhad.
C. sumber terhad tetapi kehendak tidak terhad.
D. sumber yang tidak terhad tetapi kehendak terhad.

2. Gambar di bawah menunjukkan kekurangan yang dihadapi oleh satu unit ekonomi.

Buruh Mesin

Matlamat unit ekonomi tersebut membuat pilihan adalah untuk memaksimumkan....


A. keuntungan
B. kebajikan
C. kepuasan
D. keluaran

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri-ciri sumber ekonomi.

Sumber ekonomi Ciri-ciri


X Penawaran terhad
Y Sanggup menanggung risiko
Pasangan manakah yang benar?

X Y
A. Buruh Tanah
B. Tanah Modal
C. Usahawan Buruh
D. Tanah Usahawan

4. Penyataan yang berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.

Barang yang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan


akibat memilih barang yang memaksimumkan kepuasan.

Unit ekonomi manakah yang menghadapi masalah kos lepas itu?


A. Pemilik restoran Emen
B. Keluarga Encik Ting Feng
C. Perbadanan Nasional Berhad
D. Kementerian Pertanian Malaysia
5. Gambar di bawah ini menunjukkan satu contoh kumpulan barang dalam ekonomi.

1
SULIT 3757/1

Manakah yang berkaitan dengan ciri kumpulan barang tersebut?


A. kos lepas sifar
B. dikenakan bayaran
C. penawaran tidak terhad
D. dikeluarkan oleh kerajaan

6. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Syarikat Sinaran Sendirian Berhad yang dimiliki oleh
Cik Xiu Mun.

Syarikat tersebut mengeluarkan 500 buah komputer


seminggu dengan menggunakan teknologi Jepun.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syarikat tersebut?
I Apakah barang yang hendak dikeluarkan
II Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
III Bagaimanakah barang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapakah barang dikeluarkan
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

7. Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu ciri sistem ekonomi.


Pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi.
Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang.

Apakah sistem ekonomi tersebut?


A. Islam
B. Sosialis
C. Kapitalis
D. Campuran

2
SULIT 3757/1

8. Pilih pasangan yang benar tentang cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh dua sistem
ekonomi.
Penyelesaian Masalah Sistem Ekonomi
Asas Ekonomi Kapitalis Campuran
A. Apa yang hendak Ditentukan oleh Ditentukan oleh kuasa
dikeluarkan permintaan pasaran sahaja
B. Berapa yang hendak Ditentukan oleh Ditentukan oleh
dikeluarkan kerajaan permintaan
C. Bagaimana hendak Intensif buruh untuk Intensif modal untuk
dikeluarkan memaksimumkan meminimumkan kos
kebajikan pengeluaran
masyarakat
D. Untuk siapa Bergantung kepada Mengawal pasaran
dikeluarkan kuasa beli melalui cukai dan
masyarakat subsidi

9. Antara yang berikut, manakah yang tergolong dalam sektor ketiga?


I pengusaha ladang kelapa sawit
II pengusaha salon rambut
III perunding kewangan
IV pegawai pertanian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

10. Antara yang berikut, manakah yang merupakan faedah sampingan?


I Cuti bersalin
II Suasana tempat kerja
III Galakan keluarga
IV Komisen jualan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11. Manakah yang menerangkan maksud bayaran pindahan dengan tepat?


A. Bayaran kerana membantu ibu bapa berniaga
B. Bayaran kerana memindahkan pendapatan ke bank
C. Bayaran yang diperoleh daripada penjualan barang dan perkhidmatan
D. Bayaran yang diterima tanpa menyumbang apa-apa terhadap proses pengeluaran

3
SULIT 3757/1

12. Jadual di bawah ini menunjukkan pendapatan Puan Ain pada tahun 2014.

Pendapatan Jumlah
(RM)
Pencen 5 000
Sewa 2 500
Untung pelaburan 2 000
Dividen ASN 600
Pampasan insurans 1 500

Berapakah pendapatan daripada faktor pengeluaran yang diterima oleh Puan Ain?
A. RM5 100
B. RM6 000
C. RM6 600
D. RM11 600

13. Rumus yang berikut berkaitan dengan pengiraan suatu pendapatan.

Jumlah Pendapatan Potongan wajib = X

Apakah X?
A. Pendapatan benar
B. Pendapatan individu
C. Pendapatan boleh guna
D. Pendapatan boleh cukai

14. Encik Shahrul mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih
bersekolah. Pendapatan beliau ialah RM19 000 setahun. Daripada pendapatannya 11%
dicarumkan kepada KWSP, RM300 untuk bayaran zakat, RM200 untuk bayaran premium
insurans. Hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Shahrul?
A. RM 710
B. RM 1 100
C. RM 1 410
D. RM 1 710

15. Maklumat yang berikut berkaitan dengan kadar cukai pendapatan perseorangan.
Kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan perseorangan.

Apakah kesan tindakan tersebut?


I. pendapatan boleh guna meningkat
II. pendapatan boleh guna menurun
III. tabungan meningkat
IV. tabungan menurun
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
16. Yang berikut merupakan tujuan individu menabung, kecuali...

4
SULIT 3757/1

A. melanjutkan pelajaran.
B. membeli barang harian.
C. membayar pendahuluan kereta.
D. Perbelanjaan kecemasan dan awasan.

17. Hukum permintaan menyatakan bahawa


A. semakin rendah harga sesuatu barang itu, semakin kurang kuantiti yang diminta.
B. semakin tinggi harga sesuatu barang itu, semakin kurang kuantiti yang diminta.
C. semakin tinggi harga sesuatu barang itu, semakin banyak kuantiti barang yang diminta.
D. semakin rendah harga sesuatu barang itu, semakin tinggi kuantiti barang yang ditawarkan.

18. Objektif penggunaan barang-barang dan perkhidmatan oleh isi rumah ialah....
A. untuk mencapai utiliti maksimum
B. untuk mencapai taraf hidup maksimum
C. untuk mencapai keuntungan paling maksimum
D. untuk memenuhi keperluan dan kehenfdak maksimum

19. Maklumat yang berikut merupakan penentu permintaan, kecuali...


A. musim.
B. cita rasa.
C. pendapatan.
D. tingkat teknologi.

20. Kenaikan permintaan untuk satu barang disebabkan oleh...


I kenaikan harga untuk barang penggantinya
II penurunan untuk barang penggantinya
III kenaikan harga untuk barang penggenapnya
IV penurunan harga untuk barang penggenapnya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

21. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan kuantiti diminta berlaku di atas keluk permintaan.
A. Musim
B. Dasar kerajaan
C. Perubahan harga barang itu
D. Perubahan dalam pendapatan pengguna

22. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.
Harga (RM)

D1 D0

5
SULIT 3757/1

D1 D0
Kuantiti
0 D1 D0 (unit)
Pernyataan manakah yang menunjukkan perubahan permintaan dari D0D0 ke D1D1?
A. Harga barang penggenap turun
B. Pendapatan individu meningkat.
C. Kadar cukai pendapatan meningkat.
D. Harga barang itu dijangka naik pada masa depan.

23. Maklumat berikut berkaitan dengan jenis keanjalan harga penawaran bagi Barangan X Barangan Y, dan
Barangan Z.

Barang X Peratus perubahan harga sama dengan peratus


perubahan kuantiti
Barang Y Peratus perubahan harga yang kecil mengakibatkan
peratus perubahan kuantiti yang besar
Barang Z Peratus perubahan harga yang besar mengakibatkan
peratus perubahan kuantiti yang kecil.

Tentukan jenis keanjalan harga penawaran bagi setiap barang tersebut.

Tidak Anjal Anjal Satu Anjal


A. Barang Z Barang X BarangY
B. Barang Y Barang X Barang Z
C. Barang X Barang Z Barang Y
D. Barang Z Barang Y Barang X

24. Kenaikan harga teh sebanyak 8% telah menyebabkan kuantiti permintaan jatuh sebanyak 12%.
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan teh?
A. 0.67
B. 1.5
C. 6.7
D. 15

25. Firma ialah organisasi yang ...


A. merancang untuk memperoleh untung maksimum
B. menawarkan barang dan perkhidmatan

6
SULIT 3757/1

C. merancang untuk memenuhi segala kehendak pengguna


D. merancang penggunaan sumber ekonomi untuk menghasilkan barang
26. Jangka masa pendek ialah keadaan apabila...
I hanya terdapat input berubah.
II hanya terdapat input tetap
III terdapat input tetap dan input berubah.
IV hanya terdapat input tetap pada keluaran sifar.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

27. Jadual di bawah menerangkan perbezaan antara kos tetap dan kos berubah.

Kos tetap Kos berubah


I Bayaran atas penggunaan input Bayaran atas penggunaan input
tetap berubah
II Wujud dalam jangka pendek Wujud dalam jangka pendek dan
sahaja jangka panjang
III Berubah mengikut tingkat keluaran Tidak berubah mengikut tingkat
keluaran
IV Contoh, bayaran upah kepada Contoh, bayaran bil elektrik dan
buruh kos pengiklanan Pilih
padanan yang benar bagi perbezaan tersebut.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

28. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk penawaran bagi suatu barang.

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan tersebut?


A. penurunan kos pengeluaran
B. peningkatan harga barang itu
C. peningkatan tingkat teknologi
D. penurunan harga barang pengganti

29. Antara yang berikut, manakah yang akan berubah jika tingkat keluaran berubah?
I kos pengiklanan
II upah pekerja
III kos tanah
IV kos bahan mentah
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7
SULIT 3757/1

30. Jadual di bawah ini menunjukkan keluaran sut bagi sebuah firma.

Faktor Berubah Keluaran Sut


(Unit) (unit)
1 5
2 8
3 14
4 17

Berapakah jumlah keluaran bagi 4 unit faktor berubah?


A. 13 unit
B. 17 unit
C. 31 unit
D. 44 unit

31. Untuk mengeluarkan 50 unit output, kos purata sebuah firma adalah RM3. Hitungkan kos
berubah firma itu jika kos tetap adalah RM20.
A. RM80
B. RM100
C. RM110
D. RM130

32. Penawaran kain batik bertambah daripada 200 unit kepada 320 unit apabila harga seunit
meningkat daripada RM90 kepada RM150. Apakah pekali keanjalan harga penawaran bagi
kain batik tersebut?
A. 0.23
B. 0.90
C. 0.94
D. 4.40

33. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan konsep pasaran?


I Ada penjual dan pembeli
II Tingkat hatga yang dipersetujui bersama
III Ada barangan untuk diniagakan
IV Pembeli dan penjual mesti bertemu
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

34. Lebihan permintaan wujud dalam pasaran kerana...


A. harga pasaran melebihi harga keseimbangan pasaran
B. harga pasaran sama dengan harga keseimbangan pasaran
C. harga pasaran kurang daripada harga keseimbangan pasaran
D. penawaran melebihi permintaan

35. Jadual di bawah ini menunjukkan penawaran barang X oleh tiga buah firma di pasaran.

Harga (RM) Kuantiti Yang Ditawarkan (KG)


Firma Hawa Firma Jie Ling Firma Thivya

8
SULIT 3757/1

12 10 18 22
11 6 15 15
10 4 9 11
Pilih pernyataan yang benar.
A. Pada tingkat harga RM12, penawaran pasaran bagi barang X ialah 32 kg
B. Pada tingkat harga RM10, penawaran pasaran bagi barang X ialah 34 kg
C. Penawaran barang X di pasaran berkurang sebanyak 18 kg apabila harga barang turun
daripada RM12 kepada RM11
D. Penawaran barang X bertambah sebanyak 12 kg apabila harga barang naik daripada RM10
kepada RM11

36. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi suatu barang.
Harga (RM)

D S

10

S D

0 Kuantiti
50 (unit)

Apakah yang akan berlaku apabila harga jatuh lebih rendah daripada RM10?
A. Tingkat harga cenderung jatuh lagi.
B. Berlaku lebihan penawaran pasaran.
C. Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran.
D. Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran.

37. Antara faktor berikut, yang manakah tidak diurusniagakan dalam pasaran faktor?
A. Tanah
B. Usahawan
C. Buruh
D. Modal

38. Rajah di bawah ini menunjukkan suatu keadaan di pasaran buruh.

Harga (RM)
D W S
80

9
SULIT 3757/1

50 E
X
20
D
S Kuantiti (orang)
0 40 50 60
Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan rajah tersebut?
A. Pada titik X, penawaran buruh adalah seramai 60 orang.
B. Lebihan penawaran buruh adalah seramai 60 orang pada titik W.
C. Pada titik W, penawaran buruh melebihi permintaan buruh sebanyak 20 orang.
D. Upah cenderung turun pada titik X untuk mencapai keseimbangan.

39. Rajah di bawah menunjukkan aliran fizikal dan aliran wang dalam ekonomi dua sektor.

Antara aliran yang berikut, manakah yang mewakili aliran perbelanjaan oleh sektor isi rumah?
A. Aliran IV
B. Aliran III
C. Aliran II
D. Aliran I

40. Manakah yang berikut termasuk dalam aliran wang?


I Penjaja yang menjual makanan di pasar malam
II Faedah yang dibayar oleh bank kepada penyimpan
III Sewa rumah yang dibayar kepada tuan rumah
IV Penanam sayur yang menjual hasil tanamannya di pasar
A. I dan II
B. II dn III
C. III dan IV
D. I dan IV

--------------------------------------------- SOALAN TAMAT------- ---------------------------------------

10

Anda mungkin juga menyukai