Anda di halaman 1dari 4

Perjuangan Ke

Arah
Kemerdekaan
Tanah Melayu
Semenanjung Tanah Melayu kaya
dengan dengan sumber aslinya dan
kedudukannya yang strategik, telah
mendorong beberapa kuasa Barat untuk
menguasainya. Pendudukan kuasa barat di
Tanah Melayu bermula dengan penawanan
Melaka oleh Portugis. Kemudian Melaka
telah dikuasai oleh Belanda dan British.
Sarawak pula ditadbir oleh keluarga
Brooke, manakala Sabah terletak di bawah
pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo
Utara. Campur tangan kuasa barat ini
dalam hal-ehwal di negeri-negeri melayu, Sabah dan Sarawak telah
mencetuskan tindak balas daripada masyarakat tempatan terhadap
mereka.Pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu,
pentadbiran Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah,
telah memberi kesan terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik tempatan.

Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dirintis sejak


penjajahan Portugis di Melaka pada 1511. Pengaruh
Portugis bagaimanapun, mula berkurang pada tahun
1581 apabila Belanda tiba di Timur untuk bersaing
dengannya dalam bidang perdagangan. Belanda berjaya
menakluki Melaka pada 1641. Bagaimanapun Melaka
ditakluki pula oleh British melalui perjanjian Inggeris-
Belanda 1824. Dasar campur tangan British bermula di
Perak melalui Perjanjian Pangkor yang ditandatangani
pada 1874. Seorang Residen dilantik sebagai penasihat
raja-raja Melayu bagi mengurangkan kuasa raja-raja
Melayu.Pelaksanaan dan pengenalan peraturan baru oleh pihak British telah
mencetuskan gerakan tentangan daripada penduduk tempatan. Dari segi
kepimpinan, gerakan penentangan ini boleh dibahagi kepada dua iaitu
penentangan golongan pembesar dan penentangan golongan rakyat.
Penentangan golongan pembesar berlaku di naning, Sarawak, Perak, Negeri
Sembilan, Sabah dan Pahang, sementara penentangan golongan rakyat pula
berlaku di Kelantan dan Terengganu.
Tindakan British mengambil alih tugas pungutan cukai dan menghapuskan
sistem hamba abdi yang menjadi amalan pembesar-pembesar Melayu
menyebabkan timbulnya penentangan daripada pembesar Melayu seperti Datuk
Maharaja Lela di Perak (juga membawa kepada pembunuhan J.W.W. Birch di
Pasir Salak), Datuk Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan dan Datuk
Bahaman di Pahang. Sistem pentadbiran British juga ditentang oleh pembesar-
pembesar tempatan termasuk Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu
Adam, Haji Said dan Che Sahak di Kelantan dan Abdul Rahman di Terengganu.

Daripada peristiwa-peristiwa yang


berlaku semasa penjajahan, adalah
jelas bahawa rakyat negara ini tidak
rela tanah airnya dijajah. Semganat
ini harus menjadi pegangan bagi
kita untuk terus memperjuangkan
kebebasan dan menentang
sebarang bentuk penjajahan.

Bumi ini harus terlepas dari


belenggu penjajah, itulah tekad
penduduk Tanah Melayu Apabila
bendera 'Union Jack' diturunkan
diiringi lagu God Save The Queen dan bendera Persekutuan dinaikkan,
perasaan gembira dan terharu rakyat yang berhimpun di Padang Kelab Selangor
Kuala Lumpur pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Acara
bersejarah yang menandakan berakhirnya era penjajahan di negara ini dan
lahirlah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada tanggal 31 Ogos
1957. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (pada 31 Ogos 1957)
telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 20 Februari
1956 di Padang Pahlawan,
Bandar Hilir, Melaka.

Pemimpin yang
bertanggungjawab membawa
kemerdekaan kepada negara
tidak lain Tunku yang digelar
'Bapa Kemerdekaan'.
Kemerdekaan negara
sememangnya dirintis oleh
Tunku yang memulakan
usahanya melalui rundingan
dengan kerajaan British pada
Januari 1956. Rundingan
tersebut berlangsung selama
3 minggu daripada 18 Januari
hingga 8 Februari 1956. Kemudiannya pada 9 Mei 1957 Tunku sekali lagi pergi
ke London bersama Datuk Abdul Razak Hussain, Ong Yoke Lin dan V.T.
Sambanthan untuk meneruskan rundingan. Kata sepakat dicapai dan British
bersedia memberikan kemerdekaan. Peranan Tunku, Perdana Menteri yang
pertama dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu sememangnya bukan
sedikit.

Namun sebelum kemerdekaan dicapai oleh rakyat, pelbagai rintangan dan


cabaran telah di harungi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan. Segalanya
perjuangan terakhir telah bermula setelah Jepun menyerah kalah. Selepas
British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union
dikemukakan pada Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah datang ke Tanah
Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan supaya menyerahkan kuasa
politik mereka kepada British. Pada 29 dan 30 Mac 1946 satu persidangan khas
anjuran Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur. Buat pertama
kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu, orang Melayu telah dengan lantang
mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu menentang rancangan
Malayan Union. Kongres tersebut telah berjaya menggabungkan 41 pertubuhan
Melayu pada masa itu dan kata
sepakat diambil untuk tidak
menerima cadangan Malayan
Union.

Maka pada 1 April 1946 iaitu


tarikh asal penubuhan Malayan
Union, tidak seorang pun raja
Melayu hadir di istiadat
pelantikan Gabenornya, Sir
Edward Gent. Ini menimbulkan
kesedaran kerajaan British
bahawa orang Melayu
menentang rancangan politik
tersebut dan akhirnya cadangan Malayan Union dibatalkan. Dengan pembatalan
penubuhan Malayan Union, British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu
rancangan untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan di negeri Melayu tidak
akan berjaya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan
melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1946 yang dikenali
sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam masa yang sama gerakan nasionalis semakin berkembang. Pada 11 Mei
1946 Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Johor Bahru berikutan resolusi
yang dipersetujui di Kuala Lumpur (untuk menubuhkan satu parti politik). Dalam
kongres tersebut UMNO ditubuhkan. Selain UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) juga wujud sebagai parti yang berpengaruh dalam
mendaulatkan bangsa Melayu. Pemimpin-pemimpinya termasuklah Ahmad
Boestamam, Mohtaruddin Laso, Dahari Ali dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan
Ishak Mohamad. Terdapat juga kumpulan politik bercorak lebih keislaman
dikenali sebagai Hizbul Muslimin yang bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin.
Dasar pertubuhan itu ialah menubuhkan sebuah 'Negara Islam'. Golongan ini
mengasaskan satu pertubuhan politik iaitu Parti Islam Se-Malaya atau Pas dalam
tahun 1951. UMNO diterima oleh British sebagai parti Melayu. Dalam tahun 1949
seorang pemimpin Cina, Tan Cheng Lock telah menubuhkan Persatuan Cina
Tanah Melayu (Malayan
Chinese Association) iaitu
MCA. Pada 1952 MCA
diterima oleh UMNO. MCA
dan UMNO bersetuju
bekerjasama dan
menubuhkan Perikatan.
Kemudiannya Kongres
India Tanah Melayu
(Malayan Indian
Congress) iaitu MIC
ditubuhkan dan terus
menyertai Perikatan.

Bagi Sabah dan Sarawak perkembangan politiknya agak berbeza daripada


negeri-negeri di Semenanjung. Sebelum 1841 kedua-dua negeri merupakan
jajahan takluk kerajaan Brunei. Disebabkan beberapa pertimbangan dan
keadaan politik, kerajaan Brunei telah menggadaikan Sarawak kepada James
Brooke. Dalam tahun 1946 Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada
British yang menjadi jajahan British sehingga 1963. Sabah juga digadaikan oleh
kerajaan Brunei kepada sebuah syarikat dinamakan The British North Borneo
Chartered Company. Syarikat itu memerintah Sabah dari 1881 hingga 1946
sebelum diserahkan kepada kerajaan British. Sabah dan Sarawak kemudiannya
menyertai Rancangan Malaysia pada 1963.

Anda mungkin juga menyukai