Anda di halaman 1dari 5

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat.

Mereka
perlu diberi perhatian dan layanan yang sewajarnya. Mereka mempunyai kesaksamaan hak
dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan
berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar perlu digunakan bagi
menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) pada tahun 2008, definisi orang kurang upaya
adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat."

Saya bersetuju bahawa rakyat di negara kita masih belum peka dengan undang-undang yang
berkait dengan dengan Public rights-of-way bagi golongan OKU. Memang benar negara kita
telah banyak menyediakan kemudahan dan keistimewaan kepada golongan OKU. Kebajikan
OKU tidak dipandang rendah oleh kerajaan, Pelbagai usaha dilakukan bagi memenuhi
keperluan OKU ini, Namun pelaksanaan Public right of way di Malaysia masih kurang
berbanding dengan negara lain. Berbeza dengan negara maju yang lain.

Pada masa kini, semua pihak telah mewujudkan pelbagai kemudahan akses di semua tempat
awam. Tetapi, kemudahan akses ini masih perlu dipertingkatkan lagi. Walaupun kemudahan
telah disediakan oleh kerajaan untuk golongan OKU, namun masih lagi terhad dan ditahap
yang rendah. Banyak kemudahan yang disediakan tidak mengikut spesifikasi yang
ditetapkan serta tidak mesra OKU.

Sebagai contoh, golongan OKU ini masih lagi sukar untuk mendapatkan kemudahan di
tempat awam. Mereka sukar untuk mendapatkan kemudahan seperti tempat letak kereta,
tandas dan sebagainya. Tidak semua bangunan ada menyediakan kemudahan yang diperlukan
oleh golongan OKU.

Begitu juga dengan kemudahan di pusat pengajian tinggi yang masih lagi kurang. Antaranya
tiada laluan atau ramp untuk kerusi roda, laluan bertanda untuk golongan bermasalah
penglihatan, papan tanda khas, tangga yang tidak mempunyai railing, tempat melintas khas
bagi OKU, ketiadaan lif di setengah bangunan, lif yang sering rosak dan tandas yang tidak
mesra OKU. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekeliling kampus tidak menepati
Undang-undang Kecil Bangunan Boleh Akses.

Selain itu, golongan OKU ini juga masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor
fizikal mereka. Ini disebabkan kerana sesetengah majikan masih belum terbuka dan belum
bersedia dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Antara faktornya ialah
pekerja OKU memerlukan cuti sakit, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja
terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa
dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja OKU. Jadi, ini akan
melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka bekerja. Faktor usia,
jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada alasan yang
menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada permohonan
pekerjaan (Utusan Malaysia, 2007). Justeru, golongan OKU kurang mendapat peluang.

Memang benar adanya akta dan undang-undang berkenaan OKU. Seperti yang termaktub
dalam Akta Orang Kurang Upaya yang ada memperuntukkan kemudahan kepada golongan
OKU, namun pelaksanaannya tidak dijalankan secara meluas.

Dari segi pengangkutan awam, masih banyak kekurangan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa ada usaha daripada syarikat yang menyediakan kemudahan kenderaan awam dalam
memastikan perkhidmatan mereka mesra OKU. Namun pelaksanaannya belum
sempurna.Masalah golongan OKU di tempat beli-belah. Mereka kurang mendapat
kemudahan di tempat tersebut seperti laluan yang sesuai untuk berkerusi roda , lif khas
dengan reka bentuk yang sesuai dan sebagainya.Walaupun sesetengah tempat menyediakan
kemudahan mesra OKU, tetapi ia tidak dapat dicapai oleh warga OKU.

Kesimpulannya, masalah OKU mesti ditangani secara bersama, bersepadu dan profesional.
Kerajaan memperuntukan dana yang banyak untuk meningkatkan taraf hidup OKU dan pihak
swasta juga perlu menghulurkan baantuan. Walau bagaimanapun, usaha tersebut turut
memerlukan kerjasama yang bersepadu daripada masyarakat.

Rujukan

Karim Sulaiman. Kurang kemudahan halangan utama OKU sertai kegiatan bermasyarakat.
Berita harian ONLINE (22/05/2010).www.bharian.com.my/article/kurang kemudahan
halangan utama OKU sertai kegiatan kemasyarakat/ article assessed on 26 November 2012

Dr.Hajah Sarimah Ismail. Halangan orang kurang upaya (pendengaran di Malaysia mendapat
pekerjaan)medc.com.my/medc/seminar_medc (ONLINE) 3 Disember 2012

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST
PROFESIONAL

kesedaran kepada keperluan OKU masih rendah di negara kita. Ini terbukti dengan adanya
kekurangan dari segi pengangkutan awam mahupun infrastruktur pada bangunan awam.

Pendekatan berasaskan hak atau Public rights-of-way dan perlindungan wajar digunakan bagi
menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organisation), Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan 15 peratus daripada jumlah penduduk di
dunia ini. Ini jelas menunjukkan bahawa OKU bukanlah sekadar minoriti sesebuah Negara justeru
perincian dan langkah wajar perlu diambil bagi membolehkan mereka terlibat dalam pelbagaias asek
pembangunan Negara.

Aksesibiliti

Ramp

S e m u a r a m p mesti dihubungkan dengan la l u a n golongan Orang Kurang Upaya dan


berterusan tanpa halangan.

Kecerunan maksimum 1:15 dengan kelebaran minimum 1800 mm.

Permukaan ramp rata dan tidak licin

Saya bersetuju dengan cikgu Shahril, bahawa negara kita telah banyak menyediakan
kemudahan dan keistimewaan kepada golongan OKU. Ini bermakna negara kita peka dengan
undang-undang yang berhubungkait dengan Public rights of way. Tetapi pelaksanaan
Public right of way di Malaysia masih kurang berbanding dengan negara lain. Berbeza
dengan negara maju yang lain, hak OKU di Malaysia masih berlandaskan kebajikan.
Contohnya dari segi kemudahan fasiliti, menurut Nor Rima (2002), penyediaan fasiliti bagi
OKU di Malaysia tidak menepati Kod Standard Amalan Malaysia dimana hanya sesetengah
fasiliti sahaja yang mematuhi keperluan minimum. Berbanding dengan di luar Negara,
sekolah-sekolah bagi golongan OKU diletakkan di bawah American Disabilities Act 1990
dimana semua sekolah yang mempunyai pelajar OKU hendaklah memenuhi reka bentuk yang
telah di tetapkan. Kerajaan sebenarnya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan untuk OKU melalui agensi-agensinya .Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz4K2o604kT Namun begitu perlaksanaanya masih lagi
terhad sedangkan kerajaan telah mem peruntukan sejumlah wang bagi menyediakan
kemudahan untuk golongan OKU ini.
Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST
PROFESIONAL

Norasmah Othman & Safari Bari. Keusahawanan dan Kerjaya kepada Golongan
Berkeperluan Khas : 354-362

Saya bersetuju dengan cikgu Mohd Zamri. Walaupun kemudahan telah disediakan oleh
kerajaan untuk golongan OKU namun masih lagi terhad dan ditahap yang rendah. Kerajaan
sepatutnya lebih perihatin dalam penyediaan kemudahan kepada golongan OKU.

Contohnya kemudahan untuk golongan OKU di pusat pengajian tinggi masih lagi kurang.
Antaranya tiada laluan atau ramp untuk kerusi roda, laluan bertanda untuk golongan
bermasalah penglihatan, papan tanda khas, tangga yang tidak mempunyai railing, tempat
melintas khas bagi OKU, ketiadaan lif di setengah bangunan, lif yang sering rosak dan tandas
yang tidak mesra OKU. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekeliling kampus tidak
menepati Undang-undang Kecil Bangunan Boleh Akses.

Golongan ini berpeluang untuk meningkatkan ilmu, memperkembangkan kemahiran sosial,


namun Reindal (1995) menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kurang upaya
fizikal dan sensori menghadapi cabaran yang hebat di pusat-pusat pengajian tinggi
menyebabkan keupayaan mereka untuk belajar pun turut terjejas.

Saya bersetuju bahawa negara kita masih lagi kurang peka dengan 'Undang-undang yang
berhubung kait dengan "Public rights-of-way" yang melibatkan golongan OKU.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan masih kurang. Selain itu, golongan OKU ini juga
masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor fizikal mereka. Ini disebabkan
kerana sesetengah majikan masih belum terbuka dan belum bersedia dalam memberi peluang
pekerjaan kepada golongan OKU. Antara faktornya ialah pekerja OKU memerlukan cuti
sakit, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja terganggu, memerlukan
kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa dilakukan di tempat kerja bagi
menjamin keselamatan pekerja OKU. Jadi, ini akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika
majikan mengambil mereka bekerja. (Zinida Ariffin (2009). Sikap majikan yang begini
menyebabkan golongan OKU diskriminasikan.
Saya bersetuju dengan cikgu faezah tentang kemudahan dan keistimewaan telah disediakan oleh

http://eprints.utm.my/24987/2/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010CHAP1.pdf

https://www.academia.edu/8361787/Peranan_dan_Tanggungjawab_Sosial_Terhadap_Golongan_Or
ang_Kelainan_Upaya_OKU_?auto=download