Anda di halaman 1dari 12

Pencapaian Course Learning Outcome 1 (CLO1) bagi Kursus Matematik

Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan


Naksa binti Ahmad
Polikenik Ibrahim Sultan
E-mail: nks_ahmad@yahoo.com

Julaila binti Sapari


Politeknik Ibrahim Sultan
E-mail: pn_laila79@yahoo.com

Abstrak
Hasil pembelajaran kursus atau course learning outcome (CLO) adalah penting bagi sesuatu kursus kerana ia
menggariskan perkara-perkara yang sepatutnya boleh dilakukan oleh pelajar setelah selesai mempelajari kursus
tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pensyarah untuk sentiasa memantau dan memperbaiki aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat peratus pencapaian CLO yang kurang memberangsangkan.
Bagi Matematik Kejuruteraan 4, terdapat 4 CLO yang perlu dicapai. Dari analisis penilaian keseluruhan kursus
Matematik Kejuruteraan 4 Sesi Jun 2014, peratus pencapaian Course Learning Outcome 1 (CLO1) bagi
beberapa program adalah kurang daripada 60% dan lebih rendah jika dibandingkan dengan CLO-CLO yang
lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memperbaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik
yang berkaitan dengan CLO1 dengan mengenalpasti punca-punca yang mempengaruhi kemerosotan pencapaian
CLO1 bagi kursus Matematik Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian merupakan kajian kuantitatif
dan tertumpu kepada pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di
Politeknik Ibrahim Sultan yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 5 pada sesi Disember 2014. Borang
soal selidik diedarkan kepada 195 orang pelajar seperti yang dicadangkan oleh Krejeie dan Morgan (1970).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat punca utama yang mempengaruhi kemerosotan pencapaian
CLO1, kursus Matematik Kejuruteraan 4 iaitu soalan peperiksaan akhir bagi topik pengembangan binomial
adalah sangat sukar, pelajar tidak mahir dalam penggunaan hukum log, soalan peperiksaan akhir bagi topik siri
kuasa adalah sangat sukar dan latihan yang diberikan bagi topik pengembangan binomial adalah tidak
mencukupi. Perbincangan dan beberapa cadangan telah diutarakan oleh pengkaji untuk menangani punca-punca
tersebut. Maklumat yang diperolehi dari kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pensyarah-pensyarah
kursus Matematik Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan bagi merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik untuk topik-topik yang berkaitan dengan CLO1 iaitu topik pengembangan
binomial dan siri kuasa dan seterusnya dapat meningkatkan peratus pencapaian CLO tersebut pada sesi yang
akan datang.

Kata kunci: Course Learning Outcome, Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Pengenalan
Matematik Kejuruteraan 4 adalah salah satu kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar diploma
kejuruteraan politeknik . Ia mengandungi topik-topik seperti pengembangan binomial, siri kuasa, vektor,
pecahan separa dan jelmaan Laplace. Kursus ini juga membincangkan mengenai conics khusus bagi pelajar-
pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Selaras dengan perkembangan pendidikan yang menuju kearah Outcome
Based Education (OBE), kurikulum kursus Matematik Kejuruteaan 4 telah digubal dengan beberapa Course
Learning Outcome (CLO) yang perlu dicapai. Setiap CLO menggariskan perkara yang pelajar sepatutnya boleh
lakukan bagi topik-topik tertentu. Spady (1994) berpendapat, hasil pembelajaran adalah kebolehan pelajar
untuk menunjukkan perkara yang telah dipelajari dan ianya boleh dipantau serta diukur melalui pengetahuan,
kemahiran dan sikap. Bagi kursus Matematik kejuruteraan 4, pencapaian bagi sesuatu CLO dinilai secara purata
melalui item-item penilaian berterusan dan penilaian akhir. Item-item penilaian berterusan adalah seperti kuiz,
ujian teori, latihan tutorial dan perbincangan kumpulan manakala item penilaian akhir adalah peperiksaan akhir
semester. Nilai CLO ini digunakan bagi mengukur pencapaian hasil pembelajaran bagi topik-topik tertentu.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan CLO bagi kursus Matematik Kejuruteraan 4, topik-topik yang
berkaitan dengan CLO tersebut dan item-item penilaian yang telah ditetapkan.

Jadual 1: Jadual CLO, Topik dan Item Penilaian Kursus Matematik Kejuruteraan 4

Bil Course Learning Outcome (CLO) Topik Item Penilaian

Pengembangan binomial Kuiz, ujian teori, latihan


Use binomial expansion and power series to
1 tutorial dan peperiksaan
find the required value Siri kuasa akhir semester

Solve related problems of vectors and partial Vektor Ujian teori, latihan
2
fractions by using suggested method Pecahan separa tutorial

Perform the solution of advanced calculus


problems using Laplace Transform and
3 Jelmaan Laplace Perbincangan kumpulan
Inverse Laplace Transform based on
appropriate theorems

Present the graphs of analytical geometry for


4 Persamaan tidak linear Perbincangan kumpulan
conics by analyzing their equation

Pencapaian bagi sesuatu CLO dijana secara automatik oleh Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik
(SPMP) selepas pensyarah memasukkan markah-markah yang diperolehi dari item-item penilaian yang telah
dijalankan. Pensyarah boleh menyemak sendiri peratus pencapaian setiap CLO bagi kursus dan kelas masing-
masing melalui paparan Analisis Course Outcome Review Report (CORR) yang terdapat di dalam SPMP.
Pensyarah juga perlu memberikan komen dan cadangan sekiranya terdapat peratus pencapaian CLO yang
kurang memberangsangkan.

2.0 Pernyataan masalah


Politeknik Ibrahim Sultan menawarkan pelbagai program diploma kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Antaranya termasuklah:

Dilpoma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) - DEP


Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) - DJK
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am) - DKM
Diploma Kejurteraan Mekanikal (Bahan) - DMB
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) - DTP
Diploma Kejuruteraan Mekatronik - DEM

Dari analisis penilaian keseluruhan kursus Matematik Kejuruteraan 4 Sesi Jun 2014, peratus
pencapaian CLO1 bagi beberapa program adalah kurang daripada 60% dan lebih rendah jika dibandingkan
dengan CLO-CLO yang lain. Program-program yang terlibat adalah DEP, DJK, dan DEM. Pencapaian CLO
kursus Matematik Kejuruteraan 4 bagi program-program tersebut boleh dilihat pada Jadual 2, Jadual 3 dan
Jadual 4 di bawah:

Jadual 2: Jadual Pencapaian CLO kursus Matematik Kejuruteraan 4 bagi program DEP Sesi Jun 2014

Jadual 3: Jadual Pencapaian CLO kursus Matematik Kejuruteraan 4 bagi program DJK Sesi Jun 2014
Jadual 4: Jadual Pencapaian CLO kursus Matematik Kejuruteraan 4 bagi program DEM Sesi Jun 2014

Dari jadual-jadual di atas, didapati bahawa pencapaian CLO1 hanya pada tahap memuaskan sahaja dan
perlu diberi lebih perhatian berbanding dengan CLO-CLO yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab pensyarah
untuk sentiasa memantau dan memperbaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya terdapat peratus
pencapaian CLO yang kurang memberangsangkan. Menurut Cruickshank (1995), aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dirancang dengan cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat
memaksimumkan pencapaian serta kepuasan guru dan juga pelajar. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan sebagai
satu cara mendapatkan maklumat dalam usaha untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lebih baik bagi topik-topik yang berkaitan dengan CLO1 dan seterusnya meningkatkan peratus pencapaian CLO
tersebut pada sesi yang akan datang.

3.0 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik-topik yang
berkaitan dengan Course Learning Outcome 1 (CLO1), kursus Matematik Kejuruteraan 4. Objektif khusus
kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca yang mempengaruhi kemerosotan pencapaian CLO1 bagi
kursus Matematik Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan.

4.0 Skop Kajian


Kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 5 pada sesi Disember
2014.

5.0 Kepentingan Kajian


Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada pensyarah-pensyarah kursus
Matematik Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan dan seterusnya dapat digunakan untuk meningkatkan
lagi pencapaian pelajar dalam topik- topik yang berkaitan dengan CLO1 iaitu topik pengembangan binomial dan
siri kuasa.
6.0 Batasan Kajian
Kajian ini terhad terhadap pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 5 pada sesi Disember
2014 sahaja. Keesahan maklumat adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran responden dalam
memberi jawapan di dalam borang soal selidik.

7.0 Kajian Literatur


Menurut Sue Otter (1995), pernyataan hasil pembelajaran membolehkan analisis terperinci dibuat
untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pembangunan diri
pelajar. Analisis juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti kaedah penilaian yang terbaik bagi pelajar
mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Kajian yang dilakukan oleh Alf Lizzio, Keithia Wilson dan Roland Simons (2002) menyatakan bahawa
pengajaran yang baik, penilaian yang bersesuaian dan dorongan supaya pelajar berusaha sendiri sangat
mempengaruhi cara pelajar belajar dan hasil pembelajaran yang mereka capai. Walaubagaimanapun, jumlah
latihan yang diberikan dan kaedah penilaian yang diamalkan perlu dikaji terlebih dahulu.

Kajian literatur di atas jelas menunjukkan hasil pembelajaran kursus atau course learning outcome
membolehkan kajian dilaksanakan untuk memperbaiki aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian literatur di
atas juga menyatakan faktor-faktor yang boleh dikaji dalam kajian ini.

8.0 Metodologi Kajian


8.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif kerana ia melibatkan angka, skor dan kekerapan. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca yang mempengaruhi
kemerosotan pencapaian CLO1 bagi kursus Matematik Kejuruteraan 4 dari sudut pandangan pelajar. Kaedah
tinjauan dipilih kerana menurut Sulaiman Masri (2003), penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan
tinjauan adalah lebih sesuai sekiranya kajian itu adalah untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi
melalui sampel atau tinjauan itu melibatkan elemen yang tidak banyak.

8.2 Populasi dan Sampel Kajian


Populasi kajian ini adalah semua pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 5 pada sesi Disember
2014. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada penglibatan mereka terhadap peratus pencapaian CLO bagi
penilaian keseluruhan kursus Matematik Kejuruteraan 4 sesi Jun 2014. Jumlah populasi kajian adalah seramai
381 orang. Sampel kajian adalah terdiri daripada 195 orang pelajar yang mana ianya melebihi bilangan yang
dicadangkan oleh Krejeie dan Morgan (1970).

8.3 Instrumen Kajian


Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kaedah soal selidik dipilih
kerana ianya merupakan kaedah kajian paling popular, mudah ditakbir setelah dibina dengan baik dan data yang
diperolehi senang diproses untuk dianalisis (Hamzah Said, 1994).

Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi
soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang responden seperti jantina,
bangsa dan jabatan. Bahagian B pula memerlukan responden untuk memberikan pandangan terhadap soalan-
soalan yang berkaitan dengan topik pengembangan binomial dan siri kuasa. Soalan-soalan di dalam bahagian B
dibina dengan menggunakan skala Likert seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 5 di bawah. Skala Likert
digunakan kerana kelebihannya dari segi mudah dijawab oleh responden dan mudah diurus (Chua, 2006).

Jadual 5: Skala Likert

PILIHAN SKOR
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Sumber: Chua (2006)

Berdasarkan kajian rintis, nilai pekali kebolehpercayaan bagi item-item soal selidik secara
keseluruhannya adalah 0.88. Menurut Mohd Najib (1999), nilai pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima
tanpa mengubah mana-mana item ialah 0.8-1.0. Ini menunjukkan item-item soal selidik yang dibina boleh
digunapakai.

8.4 Kaedah Analisis Data


Data dari borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 20. Perisian SPSS ini digunakan kerana ia lebih mudah serta dapat menjimatkan masa.
Analisa deskriptif digunakan dalam kajian ini dengan mencari peratusan frekuensi dan min. Kaedah deskriptif
digunakan kerana ia bersifat umum uang membolehkan pengkaji memahami keseluruhan masalah kajian dengan
sampel yang kecil (Mohd Najib, 1999). Nilai min kemudiannya ditafsirkan menggunakan Jadual 6 di bawah:

Jadual 6: Tahap Penerimaan Berdasarkan Skor Min

JULAT SKOR MIN TAHAP NILAI SKOR MIN


1.00 1.49 Amat rendah
1.50 2.49 Rendah
2.50 3.49 Sederhana
3.50 4.49 Tinggi
4.50 5.00 Amat tinggi

Sumber: Mohd Najib (1999)


8.5 Kerangka kerja
Kajian dilaksanakan mengikut kerangka kerja dalam Rajah 1 di bawah.

Mula

Mengenalpasti masalah

Menyatakan objektif, skop, kepentingan dan batasan kajian

Menyediakan borang kaji selidik

< 0.8
Kajian
rintis

0.8

Mengedar dan mengumpul borang kaji selidik

Analisis data secara deskriptif

Membuat perbincangan, cadangan dan kesimpulan

Tamat

Rajah 1: Kerangka Kerja Kajian


9.0 Dapatan
9.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden
9.1.1 Taburan responden mengikut jantina
Berdasarkan Rajah 2, 76.9% responden (150 orang) adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan 23.1%
responden (45 orang) adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Responden Mengikut Jantina

100.0 76.9
80.0
Peratus

60.0

40.0 23.1

20.0
0.0
Lelaki Perempuan
Jantina

Rajah 2: Peratus responden mengikut jantina

9.1.2 Taburan responden mengikut bangsa


Rajah 3 menunjukkan 89.2% responden (174 orang) adalah berbangsa Melayu, 1.0 % responden (2
orang) adalah berbangsa China, 7.7% responden (15 orang) berbangsa India dan 2.1% responden (4 orang)
adalah selain daripada Melayu, Cina dan India.

Responden Mengikut Bangsa

100.0 89.2

80.0
Peratus

60.0

40.0

20.0 7.7
1.0 2.1
0.0
Melayu Cina India Lain-lain
Bangsa

Rajah 3: Peratus responden mengikut bangsa


9.1.3 Taburan responden mengikut jabatan
Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar diploma kejuruteraan iaitu pelajar-pelajar Jabatan
Kejuruteraan Elektrik dan pelajar-pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan yang
mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 5 pada sesi Disember 2014. Majoriti responden adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan Mekanikal iaitu seramai 147 orang (75.4%) dan selebihnya iaitu
seramai 48 orang (24.6%) adalah merupakan pelajar-pelajar diploma Kejuruteraan Elektrik.

Responden Mengikut Jabatan

100.0 75.4
80.0
Peratus

60.0

40.0 24.6

20.0

0.0
Jabatan Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan
Elektrik Mekanikal
Jabatan

Rajah 4: Peratusan responden mengikut jabatan

9.2 Bahagian B: Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan pencapaian CLO1, kursus


Matematik Kejuruteraan 4
Kesemua respon bagi item-item dalam bahagian B borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS versi 20. Penganalisaan dilakukan secara deskriptif iaitu dengan mencari peratusan frekuensi dan
min. Dapatan yang diperolehi adalah seperti Jadual 7 berikut:

Jadual 7: Dapatan Borang Soal Selidik

Peratusan (%)
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS

Topik pengembangan binomial adalah topik


1 9.2 19.5 42.6 23.6 5.1 2.96 Sederhana
yang sukar

Saya kurang memahami konsep yang


2 dibincangkan dalam topik pengembangan 7.7 29.2 32.8 26.2 4.1 2.90 Sederhana
binomial

Saya tidak mahir dalam penggunaan hukum


3 6.2 22.1 37.9 28.7 5.1 3.05 Sederhana
indeks
Peratusan (%)
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS
Soalan-soalan penilaian berterusan (quiz, test,
4 tutorial exercise) bagi topik pengembangan 6.7 24.1 36.4 28.2 4.6 3.00 Sederhana
binomial adalah sangat sukar

Soalan peperiksaan akhir bagi topik


5 7.2 17.9 40.0 25.1 9.7 3.12 Sederhana
pengembangan binomial adalah sangat sukar

6 Topik siri kuasa adalah topik yang sukar 5.6 23.1 38.5 27.2 5.6 3.04 Sederhana

Saya kurang memahami konsep yang


7 5.1 25.1 39.5 25.6 4.6 2.99 Sederhana
dibincangkan dalam topik siri kuasa

Saya tidak mahir dalam penggunaan hukum


8 5.1 16.4 39.0 29.7 9.7 3.23 Sederhana
log

Soalan-soalan penilaian berterusan (quiz, test,


9 tutorial exercise) bagi topik siri kuasa adalah 3.6 25.1 37.9 26.2 7.2 3.08 Sederhana
sangat sukar

Soalan peperiksaan akhir bagi topik siri kuasa


10 6.2 19.5 36.4 28.2 9.7 3.16 Sederhana
adalah sangat sukar

Latihan yang diberikan bagi topik


11 pengembangan binomial dan siri kuasa adalah 5.6 22.1 37.9 24.6 9.7 3.11 Sederhana
tidak mencukupi

Saya tidak mahir dalam membuat


12 19 25.1 32.8 14.9 8.2 2.68 Sederhana
pengembangan matematik

10.0 Perbincangan dan Cadangan


Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat punca utama yang yang mempengaruhi
kemerosotan pencapaian CLO1, kursus Matematik Kejuruteraan 4 iaitu soalan peperiksaan akhir bagi topik
pengembangan binomial adalah sangat sukar, pelajar tidak mahir dalam penggunaan hukum log, soalan
peperiksaan akhir bagi topik siri kuasa adalah sangat sukar dan latihan yang diberikan bagi topik pengembangan
binomial adalah tidak mencukupi.

Pencapaian aras CLO1 ini adalah untuk topik pengembangan binomial dan siri kuasa. Kedua-dua topik
ini memerlukan pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah pengembangan. Jika berlaku
kesilapan semasa pengembangan, pelajar tidak akan memperolehi jawapan yang tepat. Dan jika kedua-dua
topik tidak dapat dikuasai oleh pelajar ia akan menyukarkan pelajar menjawab soalan peperiksaan akhir.

Bagi mengatasi masalah soalan peperiksaan akhir bagi topik pengembangan binomial dan siri kuasa
yang dirasakan sangat sukar bagi pelajar, pensyarah kursus perlulah memperbanyakkan lagi latihan bagi topik-
topik berkenaan. Selain itu, pensyarah kursus juga perlulah membiasakan pelajar dengan membuat soalan-
soalan peperiksaan akhir semester-semester yang lepas berulangkali. Dengan itu pelajar dapat mengetahui tahap
kesukaran soalan bagi topik-topik berkenaan dalam peperiksaan akhir dan mereka akan lebih bersedia.
Pensyarah juga boleh menggalakkan pelajar menonton video contoh-contoh penyelesaian masalah bagi topik
pengembangan binomial dan siri kuasa melalui media sosial youtube. Ini kerana ia dapat membantu pelajar
untuk lebih memahami topik-topik tersebut selain menarik minat mereka. Pensyarah juga boleh memuatnaik
video topik-topik berkenaan ke dalam aplikasi CIDOS. Dengan cara itu, pelajar akan lebih mudah untuk
menonton video tersebut.

Asas matematik yang kuat dalam indeks, log, pembezaan, pengamiran dan lakaran graf sangat
diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam Matematik Kejuruteraan 4. Bagi mengatasi masalah
pelajar tidak mahir dalam penggunaan hukum log, pensyarah perlulah mengulangkaji asas-asas hukum log
bersama pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran topik siri kuasa. Ini membolehkan pelajar mengimbas
kembali asas-asas hukum log tersebut kerana sebenarnya, pelajar-pelajar telah pun dipersiapkan dengan asas-
asas tersebut semasa mereka mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan Matematik Kejuruteraan 2. Oleh
itu, pensyarah boleh menggalakkan pelajar membawa buku-buku nota dan latihan yang berkaitan dengan hukum
log yang ada dalam simpanan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk topik siri kuasa.

Berkaitan dengan masalah latihan bagi topik pengembangan binomial adalah tidak mencukupi,
kemungkinan pelajar hanya membuat latihan yang terdapat di dalam buku latihan sahaja. Dengan itu pensyarah
perlulah memberikan lebih banyak latihan dan mempelbagaikan bentuk latihan tersebut bagi menguji keupayaan
pelajar dalam menyelesaikan persoalan atau permasalahan yang diberikan. Selain itu, pensyarah boleh
membentuk pelajar kepada beberapa kumpulan dan memberikan latihan mengikut tahap kesukaran dari mudah
ke sukar bagi soalan pengembangan binomial. Ini kerana menggalakkan pelajar belajar dan membuat latihan
secara berkumpulan membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan memberikan kesan
yang lebih efektif.

Sehubungan itu, sebagai pensyarah perlulah sentiasa menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa
pembelajaran dijalankan kerana ia akan memberikan impak maksima dalam merealisasikan sasaran untuk
mendorong pelajar mencapai prestasi yang cemerlang dalam kursus Matematik Kejuruteraan 4 ini.

11.0 Kesimpulan
Para pensyarah bertanggungjawab untuk memastikan setiap pelajar memahami sepenuhnya topik yang
diajar dengan berkesan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai. Keadaaan ini juga sangat penting dalam
memastikan setiap pelajar dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan di samping mengelakkan daripada
berlakunya kesilapan konsep asas Matematik. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslah
dijalankan secara lebih bermakna dengan memberi perhatian kepada gaya, masalah dan keperluan pelajar.
Matematik akan dihayati sebagai satu subjek yang mudah dan menyeronokkan jika pelajar didedahkan dengan
gaya pengajaran dan pembelajaran yang terkini, menarik dan diberi peluang terlibat secara aktif dalam aktiviti
yang membina kefahaman, sikap dan kreativiti mereka.
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pensyarah-pensyarah kursus
Matematik Kejuruteraan 4 di Politeknik Ibrahim Sultan bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lebih baik untuk topik-topik yang berkaitan dengan CLO1 iaitu topik pengembangan binomial dan siri
kuasa dan seterusnya dapat meningkatkan peratus pencapaian CLO tersebut pada sesi yang akan datang.

Rujukan
Spady, W.G. (1994). Outcome-based education: Critical issues and answers. Arlington, VA: American
Association of School Administrators. [online] Available at:
<http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED380910.pdf> [Accessed 21 January 2015]

Sue Otter (1992). Learning Outcomes in Higher Education. Further Education Unit, London. [online]
Available at: <http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED354397.pdf> [Accessed 08 April 2015]

Alf Lizzio, Keithia Wilson dan Roland Simons (2002). University Students Perceptions of the Learning
Environment and Academic Outcomes: implications for theory and practice. Studies in Higher Education,
27. Carfax Publishing. [online] Available at:
<http://reforma.fen.uchile.cl/Papers/Learning%20Environment%20and%20Academic%20Outcomes%20-
%20Lizzio%20Wilson%20Simons.pdf> [Accessed 08 April 2015]

Cruickshank, Donald R. (1995). The Art of Teaching. New York: Mcgrow-Hill.

Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan: Penulisan (Esei, Proposal, Tesis). Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Krejeie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and
Psychological Measurement, 1970, 30, 607-610

Hamzah Said (1994). Kepuasan Kerja Guru dan Pesnyarah Sains Pertanian di Semenanjung Malaysia. Fakulti
Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.

Mohd Najib (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor. UTM

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill