Anda di halaman 1dari 1

Faktor kejayaan yang mempengaruhi hubungan permuafakatan ialah melalui

hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk mencapai
matlamat atau objektif yang sama, perlu ada hubungan yang mantap dan akrab dan
gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat.
Mengikut Akta Pendidikan 1996, PIBG ditubuhkan di semua Sekolah
Kerajaan bertujuan sebagai jentera permuafakatan, pemangkin untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibubapa dan guru serta komuniti setempat untuk melahirkan
masyarakat madani dan perkongsian bijak. Ibu bapa sentiasa berkomunikasi secara
afektif dengan pihak sekolah.
Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan, menambahkan dana persatuan
dengan inisiatif pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Sumber PIBG haruslah
digunakan dengan bermanfaat dan berkesan. PIBG boleh menawarkan bantuan
perkhidmatan di sekolah.
Budaya kerja cemerlang haruslah dipupuk dan disemai. PIBG menjadi orang
tengah antara ibu bapa dan guru. Tindakan PIBG sentiasa membela nasib guru
mewujudkan rasa mesra dan mengelakkan prasangka antara ibu bapa dan guru.
Prinsip asas menjalin hubungan menggunakan pendekatan perkongsian pintar,
permuafakatan, win-win situation dan kerjasama.
PIBG adalah rakan kongsi pendidikan. Komuniti PIBG juga boleh
menyumbang bantuan melalui pembangunan pendidikan juga kaedah mendidik
emosi dan rohani anak-anak di rumah secara tidak langsung, menyediakan bahan
sokongan persekitaran pembelajaran di rumah.
PIBG menyumbang kepakaran seperti bidang kokurikulum, keceriaan, latihan
kemahiran ICT, kerjaya dan kaunseling, memperbaiki peralatan yang rosak atau
urusan kutipan derma untuk membantu hal-hal kecemasan atau pun membantu dalam
sesuatu projek sekolah. Perkara ini akan memberi pulangan yang positif terhadap
anak-anak/murid-murid di sekolah tersebut.
PIBG sama-sama membendung masalah disiplin murid. Melalui penubuhan
kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan
pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme
sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).