Anda di halaman 1dari 9

SK KAMPONG

PADANG KUANTAN

LAPORAN
PROGRAM CERAMAH ANTI DENGGI TAHUN 2017

TARIKH & HARI :


ISNIN , 6 MARCH 2017

ANJURAN :

UNIT KESIHATAN
HAL EHWAL MURID SKKP

0
1.0 PENGENALAN
Unit Kesihatan SKKP telah menganjurkan Ceramah Anti Denggi 2017 bermula pada 6 Mac 2017. Ia ini
diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan warga sekolah tentang kepentingan menjaga
persekitaran sekolah dan rumah daripada pembiakan nyamuk aedes. Kempen ini juga menyajikan banyak informasi
tentang bahaya nyamuk aedes yang dapat membawa penyakit demam denggi.

Kempen ini bermula kira-kira pada pukul 8.30 pagi di Dewan Al Ghazali .Pada hari itu juga diadakan
Ceramah dan Pameran Anti Denggi oleh Pegawai Kesihatan yang dijemput khas daripada Pejabat Kesihatan
Kuantan . Pameran tersebut telah diadakan Di Dataran Murni

2.0 KEKUATAN

2.1 Aktiviti Menarik

Ceramah yang dijalankan dihadiri oleh semua warga SKKP . Ia juga disediakan bersama fakta
tentang kes Denggi yang berlaku dikawasan sekitar. Murid-murid juga dilihat menumpukan perhatian
semasa ceramah tersebut .

2.2 Kreativiti dan Kerjasama

Antara aktiviti yang amat diminati murid-murid ialah pameran nyamuk Aedes dan replika serta
banner yang berkaitan. Murid mencatat nota dan bertanya kepada pegawai kesihatan tersebut .

2.3 Bahan Pameran

Impak melalui bahan-bahan peta minda yang diberikan juga membuatkan murid-murid rasa teruja
untuk membaca dan memahaminya. Bahan-bahan tersebut turut mudah diingati kerana merupakan satu
pendedahan tentang maklumat pencegahan Denggi kepada murid-murid.

4.0 PENAMBAHBAIKKAN

4.1 Tempoh Dipanjangkan

1
Tempoh Program Sekolah Bebas Denggi perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya satu minggu.
Oleh yang demikian, lebih banyak aktiviti dapat dilakukan serta pameran dapat diadakan. Murid-murid dan
warga sekolah juga akan dapat didedahkan maklumat pencegahan Denggi dengan lebih penghayatan serta
pemahaman.

4.2 Cara Penyampaian Ceramah

Cara penyampaian ceramah oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah kurang menarik. Oleh yang
demikian, pada masa akan datang, penyelaras program perlu memastikan penceramah yang datang boleh
menyampaikan dengan menarik dan sesuai dengan tahap murid-murid.

5.0 KESIMPULAN
Ceramah Anti Denggi Tahun 2017 ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan kepada
murid-murid seperti murid-murid mulai sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri dan kawasan
persekitaran. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza dan lebih
menarik kerana bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah mampu
memberi impak pencegahan penularan penyakit Denggi bawaan nyamuk Aedes yang semakin meningkat
di negara kita.

Disediakan oleh :

...................................................................
(PN. SARIFAH NAHA BINTI MOHAMAD)

Setiausaha Unit Kesihatan


SK Kampong Padang

2
GAMBAR PROGRAM

3
4
Penceramah dari Klinik Kesihatan Pameran berkaitan Nyamuk Aedes

Maklumat tentang cara mengatasi masalah Denggi Murid-murid tekun mendengar ceramah yang
disampaikan

5
Model nyamuk yang dipamerkan oleh Pejabat Kesihatan Suasana di dalam Dewan Al Ghazali bersama pegawai
Daerah kesihatan yang hadir

6
Murid-murid mendengar penerangan dari Peqawai Kesihatan

7
8

Anda mungkin juga menyukai