Anda di halaman 1dari 33

Kampus Tengku Ampuan Afzan

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PROPOSAL
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK: MENGATASI MASALAH RUTIN
HARIAN DI PRASEKOLAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI
DAN KAEDAH PENGULANGAN

NAMA : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308
UNIT : PISMP PRASEKOLAH 1
SEMESTER 7 2011
PENSYARAH : ENCIK KAMARRUL ARIFIN BIN ABDUL RAHMAN
TARIKH SERAHAN : 11 MARCH 2011
HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan

kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu program ijazah

sarjana muda pendidikan ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang banyak

memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan

ini. Input input yang bernas dan berguna daripada beliau banyak membantu saya

sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ahli keluarga atas

bantuan kewangan dan sokongan moral dalam menyiapkan tugasan ini. Dorongan

daripada ahli keluarga banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan buat teman teman sekelas yang

banyak membantu dan mencurah idea dalam menyiapkan tugasan ini dengan

sepenuhnya. Terima kasih buat semua..

Wassalam
HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA

SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP

SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR

TARIKH : 11 MARCH 2011


ARAHAN TUGASAN
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka

Surat

Refleksi

ISL

Draf

Borang kolaborasi
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, saya

berjaya menyiapkan tugasan PRA 3113 Penyelidikan Tindakan 1 Pendidikan

Prasekolah (kaedah). Secara ringkasnya, tugasan yang diberikan memerlukan saya untuk

membina portfolio penyelidikan tindakan dan cadangan penyelidikan tindakan.

Objektif tugasan yang diberikan adalah untuk membolehkan saya mengenal pasti

fokus kajian tindakan, menghuraikan konteks masalah, menganalisis literatur berkaitan,

menyenaraikan tujuan dan persoalan, melaksanakan tinjauan awal masalah serta

mengembangkan satu pelan atau cadangan kajian tindakan.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia mendefinisikan kajian tindakan sebagai

satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan

yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah

amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran

sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk

memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, ia adalah belajar

daripada apa yang dibuat. (learning by doing).

Menurutnya lagi, Kajian Tindakan bertujuan untuk melibatkan guru dalam

proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya.

Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

i. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat

refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa

pembaharuan dan kemajuan.


ii. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam

kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan

keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat

keputusan dalam bilik darjahnya.

Sebagai salah seorang guru yang turut menggunakan pendekatan ini, saya berasa

bertuah kerana berpeluang untuk melaksanakan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan

Teh, Jerantut, Pahang. Meskipun tidak banyak ilmu berkaitan cara-cara menjalankan

kajian tindakan, namun, sumber-sumber serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah

dan rakan-rakan ternyata berguna sehingga saya mampu menyiapkan tugasan ini.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi

membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan

lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk tingkah laku positif sebagai

persedian untuk masuk ke sekolah rendah.

Rutin harian adalah aktiviti yang wajib dilakukan setiap hari sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran dari mula murid-murid prasekolah datang hingga pulang.

Melakukan rutin harian di prasekolah oleh kanak-kanak prasekolah adalah sesuatu yang

wajib dilakukan setiap hari oleh murid-murid prasekolah. Rutin harian berkait rapat

dengan tingkah laku yang berdisiplin bagi kanak-kanak tersebut sepanjang di

prasekolah.
Di antara rutin harian yang wajib dilakukan setiap hari oleh murid-murid

prasekolah di prasekolah ialah menyusun kasut dengan kemas di atas rak kasut, beratur

diluar kelas sebelum dan selepas melakukan sesuatu aktiviti di luar kelas atau makan,

menyanyikan lagu Negaraku sebelum dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran,

beratur untuk membasuh tangan serta semasa mengambil makanan. Kegagalan murid-

murid untuk melakukan rutin harian diprasekolah menyebabkan mereka menjadi tidak

berdisiplin dan tingkah laku itu akan terbawa-bawa di rumah dan juga di Tahun 1 nanti.

Sehubungan dengan itu, satu kajian akan dijalankan bagi mengetahui

keberkesanan kaedah demonstrasi dan pengulangan dalam mengatasi masalah

melakukan rutin harian di prasekolah murid-murid prasekolah di Prasekolah Baiduri

Sekolah Kebangsaan Teh, Jerantut, Pahang. Dalam membantu mengatasi masalah

melakukan rutin harian di prasekolah ini, kaedah demonstrasi dan pengulangan

digunakan, dimana kaedah demonstrasi yang digunakan diulang-ulang setiap hari agar

murid sentiasa melihat kaedah demonstrasi tersebut.

Dalam kajian ini, saya akan mengajar dan menunjukkan kepada murid cara

melakukan rutin harian di prasekolah dengan betul melalui kaedah demonstrasi dan

kaedah pengulangan. Saya akan membuat demonstrasi cara-cara melakukan rutin harian

diprasekolah dengan cara dan teknik yang betul secara berulang-ulang shingga beberapa

kali. Semua perubahan akan diperhatikan dan dicatat setiap kali demonstrasi dijalankan.
Pada pandangan saya, kajian yang saya fokuskan ini adalah sesuai dengan pada

masa ini dan banyak membantu guru prasekolah pada masa yang akan datang. Ini kerana

pendidikan prasekolah pada masa ini menekankan disiplin murid-murid dan juga tingkah

laku yang berdisiplin.

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Prasekolah. Pendidikan prasekolah

bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,

menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

sekolah rendah.

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan

pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di

rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan

sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang

luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan

kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-

aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat

membantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan. Kanak-kanak prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta

tabiat yang telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru harulah pandai dan kreatif

dalam mengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada dalam bilik darjah.
Oleh demikian, sebagai guru yang berpotensi menyediakan perkhidmatan guru

yang berkualiti, perlulah mengambil usaha-usaha untuk melatih dan mendisiplinkan

murid-murid prasekolah dengan melatih murid-murid berdisiplin melalui rutin harian di

prasekolah . Guru tidak boleh lagi membiarkan murid dengan rutin harian yang salah

dan ini boleh menyebabkan mereka tidak berdiplin sehingga naik ke Tahun 1.

Cara tradisional yang lama dipraktikan oleh guru prasekolah di prasekolah

sejak dahulu lagi adalah menggunakan teknik demonstrasi dan pengulangan. Teknik

demonstrasi adalah teknik yang paling banyak digunakan dalam sisitem pendidikan dan

juga merupakan teknik yang paling berkesan.

Definisi pengurusan kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa itali

maneggiare iaitu menangani dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan latin

manus (tangan). Perkataan bahasa perancis mesnagement telah banyak

mempengaruhi perkembangan maksudperkataan bahasa inggeris management pada

abad-abad ke 17 dan 18.

Daripada praktikum yang telah dijalankan pada fasa 3, saya mendapati beberapa

orang murid di Prasekolah Baiduri, Sekolah Kebangsaan Teh tidak dapat melakukan

rutin harian di prasekolah dengan betul dan bersistematik. Hal ini menyebabkan mereka

tidak dapat menguasai rutin harian di prasekolah dengan lancar. Kajian tindakan ini

dijalankan untuk membantu murid-murid prasekolah yang masih tidak dapat melakukan

rutin harian di prasekolah dengan kaedah pengulangan.


Tajuk yang dipilih oleh saya adalah tentang prinsip Teori Modifikasi Tingkah Laku.

Selama 3 fasa menjalani praktikum, masalah rutin harian di prasekolah adalah masalah

yang sering dihadapi oleh kanak-kanak terutama di awal sesi persekolahan.

Melalui kajian yang dijalankan, saya berharap kaedah demonstrasi dan kaedah

pengulanagan yang diketengahkan oleh saya mampu menangani masalah ini. Merujuk

kepada prinsip Teori Pelaziman Watson, kaedah saya mengetengahkan prinsip di mana

apabila kanak-kanak melakukan latihan secara kerap dan tempoh masanya lebih lama,

kebarangkalian kanak-kanak untuk menguasai kemahiran tersebut adalah lebih besar.

Di dalam penyediaan kajian tindakan, saya perlu merancang beberapa aspek seperti

pengenalan kajian, fokus kajian atau isi yang dikaji, tinjauan literatur yang berkenaan,

objektif kajian, persoalan kajian, pelan tindakan, kaedah pengumpulan data serta kaedah

penganalisisan data. Sepanjang proses menyiapkan aspek-aspek tersebut, banyak perkara

baru yang saya temui dan ketahui antaranya peringkat perancangan kajian tindakan iaitu

merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Menurut Kamus Dewan (2004), kaedah adalah cara atau peraturan membuat

sesuatu terutamanya yang bersistem atau yang biasa seperti mengajar iaitu cara mengajar

berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.

Menurut Kamus Dewan (2004), demonstrasi ialah penerangan, peragaan, dan

lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dan lain-lain. Mendemonstrasikan

pula bermaksud menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu seperti

mesin, alat solek, dan lain-lain atau cara-cara melakukan sesuatu perkara.
Menurut Kamus Dewan (2004), pengulangan atau mengulang adalah

melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi apa yang telah dan juga mempelajari

kembali apa-apa yang telah diajarkan juga menghafal pelajaran atau sesuatu supaya

mengingatinya sentiasa.

Menurut Kamus Dewan (2004), rutin adalah pekerjaan atau cara melakukan

sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah atau sesuatu yang sudah

menjadi kebiasaan atau kelaziman

Menurut Kamus Dewan (2004), disiplin adalah latihan pemikiran dan kelakuan

supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib dan juga peraturan yang

ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Berdisiplin pula adalah

kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Berdisiplin juga patuh dan taat pada

praturan dan lain-lain.

Merujuk Falsafah Pendidikan Negara (1988), Pendidikan di Malaysia adalah

satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.


Menurut Mok Soon Sang (2010), rakyat Malaysia yang bertanggungjawab iaitu

rakyat Malaysia yang menyedari tugas dan tanggungjawab mesti dilaksanakan dengan

sempurna.

Menurut Mok Soon Sang (2010), guru memainkan peranan yang pnting dalam

membimbing murid di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat

pnyesuaian peribadi, emosi, social, dan akademik dengan persekitaran sekolah,

peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya.

Menurut Mok Soon Sang (2010), masalah disiplin di sekolah semakin bertambah

ke tahap di mana guru biasa kurang mampu menanganinya dengan berkesan. Punca

timbulnya masalah disiplin bukan sahaja masalah pemblajaran tetapi juga faktor

psikososial.

Suppiah Nachiappan (2009), dalam sub tajuknya Kepentingan Ilmu Kecerdasan

Pelbagai dalam Membantu Guru Mengenali Bakat Pelajar menjelaskan bahawa Teori

Kecerdasan Pelbagai telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Teori

beliau ini telah dibina berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai lapisan masyarakat

yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri termasuklah kanak-kanak biasa dan kanak-

kanak istimewa. Menurut Gardner, kecerdasan bukanlah diwarisi semata-mata. Ia

dipengaruhi oleh budaya, penyesuaian individu kepada persekitaran, peluang

pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan pelbagai faktor lagi.


Kecerdasan verbal-linguistik merupakan kebolehan menggunakan bahasa dan

kata-kata untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada secara lisan atau

penulisan. Individu atau pelajar yang memiliki kecerdasan ini mampu memahami bahasa

yang kompleks dan lebih sensitif serta peka terhadap sesuatu perkataan. Mereka selesa

dengan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti membaca, menulis karangan,

membuat puisi, menyusun kata-kata, bercerita, berjenaka, mendengar, bertutur dan

sangat mudah menghafal lirik lagu atau ayat pendek. Hal ini menjadikan mereka lebih

mudah untuk menerima proses pembelajaran secara mendengar dan verbalisasi.

Menurut Sprenger (2002), Setiap proses pembelajaran haruslah mempunyai

aspek pergerakan. Pergerakan tersebut diulang beberapa kali sehingga menjadi kekal

dalam memori. Pembelajaran yang berlaku seiring dengan pergerakan tersebut akan

menjadi kekal dalam memori.

Murid dan Alam Belajar (2008), proses pembelajaran merupakan proses yang

penting dalam kehidupan khasnya dalam bidang pendidikan. Pemahaman terhadap

proses pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan lagi kecekapan mengajar yang

penting sekali. Untuk mendapatkan hasil yang berkesan daripada pembelajaran, guru

harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip pembelajaran yang berlandaskan kajian

dan teorinya, iaitu :-


1. Pembelajaran pelaziman boleh menghasilkan perubahan tingkah laku yang lebih

kekal. Oleh itu, latihan berulang-ulang dapat meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

2. Aktiviti pengukuhan dapat mengekalkan perubahan tingkah laku yang dihasilkan

daripada pembelajaran.

3. Memberi peneguhan yang positif kepada pelajar akan menghasilkan respons dan

perubahan tingkah laku yang diingini, dan seterusnya mengekalkan perubahan

tingkah laku tersebut.

4. Pembelajaran boleh berlaku melalui peniruan tingkah laku orang lain, misalnya

demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.

5. Keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung pada pemeringkatan

isi pelajaran secara sistematik serta kaedah dan teknik mengajar yang mengikut

prinsip-prinsip pembelajaran.

Menurut Halliday (1975;1979), terdapat tujuh fungsi bahasa iaitu, alatan

(instrumental), penerbit (regulatory), interaksi atau perhubungan (interactional), peribadi

(personal), penemuan(heuristic), khayalan(imaginative), dan penyataan

(representational). Ketujuh fungsi ini sangat penting dalam aktiviti seharian kita kerana

kita menggunakan bahasa sebagai bahan perantara walaupun bagi tujuan bermonolog.

Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya ada empat kemahiran yang

dipentingkan, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan

kemahiran menulis. (Mackey, 1974:261).


Berdasarkan prinsip Teori Pelaziman Watson yang ingin saya gunakan, teori ini

dapat memberi implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. J.B Watson menjelaskan,

dalam mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-latihan hendaklah

dijalankan secara kerap (Mok Soon Sang, 2010). Jenis pembelajaran yang dapat berlaku

dengan jayanya adalah berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu;

Prinsip Kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap

rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama

akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak.

Prinsip Tempoh Kebaruan yang menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru

kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin

lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap

rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.

Berdasarkan kedua-dua prinsip tersebut, prinsip kekerapan membawa implikasi

bahawa pelajar perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata

pelajaran dengan kerap. Ini akan menjamin kebolehan pelajar untuk mengingat kembali

konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Bagi prinsip kebaruan pula, setiap pelajar perlu

membuat ulangkaji pelajaran dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan.

Kesimpulannya, minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan. Guru yang mengajar

dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat

menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.


Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (2008), menjelaskan

terdapat empat implikasi Teori Pembelajaran Watson dalam Pengajaran dan

Pembelajaran iaitu :-

1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman. Tingkah

laku positif boleh diajarkan dengan rangsangan yang sesuai.

2. Untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, pelajar hendaklah

belajar perhubungan gerak-gerak balas secara sistematik.

3. Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan, latihan-

latihan hendaklah dijalankan secara kerap kali.

4. Dalam proses pengajaran, guru hendaklah menggunakan rangsangan

yang boleh memotivasikan murid supaya berminat belajar, dan

mengelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif.

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah tiada kecacatan, iaitu sekolah yang

tidak mengalami masalah dari segi pencapaian akademik, persekitaran sekolah,

mahupun disiplin pelajar telah lama diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998).

Usaha ke arah memupuk dan meningkatkan disiplin sekolah ini bertujuan untuk

menjamin keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002).

Ini kerana selain menjadi unsur penting dalam proses sosialisasi dan

pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga merupakan sistem kawalan yang

membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan (Docking dalam Azizah, 2002).


Menurut Suradi (1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam sistem

pendidikan yang boleh menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak

lengkap, dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka.

Teori modifikasi tingkah laku membuat andaian bahawa masalah mental dan

emosi biasanya mengandungi pelaziman respons mala adaptif atau salah suai. Terapi

teori ini mendapat inspirasi daripada penyelidikan-penyelidikan separa Ivan Parlov

(1849-1939), John Watson (1878-1958), dan B.F Skinner (1904-1990). Kajian merka

memfokuskan kepada pelaziman respondan dan operan, penghapusan dan pemulihan

tingkah laku manusia.

Menurut Howard Gardner (1953), sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau

pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu

sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid

mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.

Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan

penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.

Menurut Crow & Crow (1983), bimbingan di bawah konteks pendidikan,

merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid

yang berkenaan.
Menurut Gagne ( 1985 ), pembelajaran adalah perubahan tingkahlaku murid

hasil daripada proses dalaman yang melibatkan sistem saraf bertindakbalas terhadap

pengalaman, latihan atau interaksi individu dengan persekitarannya. Melalui proses

pembelajaran murid dapat menguasai pengetahuan meningkatkan kefahaman ,

membentuk sikap dan nilai-nilai yang diingini oleh masayarakat.

John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk

mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak

kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk

melatih kecerdasan melalui seni. Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik

dan seni pergerakan.

Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,

sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan

mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran

yang disediakan oleh guru.

Menurut Meichenbaum (1977),modifikasi tingkah laku pengubahsuaian kognitif,

mengikut Meichenbaum, merujuk kepada sesuatu kaedah yang digunakan konsep arahan

sendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pmikiran dan percakapan kendiri.

Menurut James A.F Stoner & Charles Wienkel, pengurusan adalah proses

merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi

dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat

organisasi yang ditetapkan


Menurut http://tip.psychology.org/theories.html, teknik atau kaedah demonstrasi

atau juga dikenali sebagai simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan

hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah,

isu atau tugasan semula.melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran

belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu

tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi

pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan

peranan yang dipertanggungjawabkan.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, pengurusan terdiri daripada

pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih

orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut

untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber sumber manusia,

kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk

kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan

Menurut Wan Azmi Ramli, pengurusan adalah aktiviti perancangan dan

pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan

segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas

kakitangannya itu .

Menurut Mohammad Fauzi(2008), secara umumnya pengurusan boleh

ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan

dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.


Menurut Saayah Abu (2008), tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru

memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang

tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik

darjah daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah

tidak memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas.

Lee Canter (1976), dimana perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik

darjah dinyatakan, peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan di

dalam bilik darjah. Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru

menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan.

Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri

murid dan menjadikan guru pengurus teknikal. Bukan setakat itu sahaja, malah ia

menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak

membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Model disiplin tegas gagal memastikan

sebab berlakunya tingkah laku mengganggu.

Jones & Jones (1990) melaporkan, sesetengah sekolah yang mengamalkan

program disiplin tegas tidak lagi mengamalkannya kerana ramai guru kecewa kerana

murid bermasalah kurnag berkait dengan prosedur itu, murid yang tidak memerlukan

kaedah disiplin tegas merasa aib ataupun bimbang, guru yang sering melaungkan,

Duduk!, Diam!, Keluar! semasa di bilik darjah gagal memenuhi keperluan asas

akademik murid. Guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas bagi mengelakkan

tingkah laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajaran


Menurut Lee Center (1976) iaitu melalui model disiplin tegar. Model ini adalah

sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-

kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru

memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu

direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar

dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan.

Menurut Kurt Lewin (1952), perubahan adalah perlu, dan ianya perlu

dirancang. Kurt Lewin telah mengetengahkan satu model perubahan yang terancang.

Melalui penyelidikan yang berfokus pada faktor-faktor yang mempengaruhi orang

untuk berubah, dan tiga tahap yang diperlukan untuk melakukan perubahan yang

berjaya. Teorinya itu sangat berguna sehingga hari ini dan amat signifikan untuk

dikaitkan dengan pelbagai bidang sosial dan pengurusan terutamanya yang menjurus

kepada tingkahlaku organisasi sosial. Menurut teorinya itu, ada tiga tahap perubahan

yang biasa disebut sebagai mencairkan (unfreezing), ubah (change) dan membeku

(freeze or freezout).

Saya juga mengenal beberapa jenis model kajian tindakan seperti Model Stephen

Kemmis, Model John Elliott, Model Dave Ebbutt, Model Jack Whitehead, Model Jean

Mc Niff dan Model Kurt Lewis. Model Stephen Kemmis adalah antara model yang saya

aplikasikan di dalam kajian tindakan saya.


Dalam menentukan kaedah pengumpulan data pula, saya menggunakan kaedah temu

bual bersama guru untuk memperoleh maklumat-maklumat berkaitan masalah kanak-

kanak. Semasa menyiapkan kajian tindakan ini, saya menyedari bahawa temu bual

terbahagi kepada 3 iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa struktur dan temu bual

tidak berstruktur. Ia juga antara pengetahuan baru yang saya peroleh.

Sebelum menjalani praktikum juga, saya berpeluang menghadirkan diri dalam

Taklimat Kajian Tindakan yang dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Profesionalisme Keguruan.

Walaupun tidak dapat menghadirkan diri sepenuhnya, namun saya sempat

mendengar slot yang disampaikan oleh Dr. Khairuddin tentang membuat refleksi kajian

tindakan. Beliau menerangkan tentang fokus refleksi, hasil refleksi dan teknik yang

digunakan semasa membuat refleksi.

Meskipun pada semester ini tiada refleksi yang perlu dirancang pada kajian tindakan,

namun maklumat tersebut sangat berguna kepada saya pada semester akan datang.

Keseluruhannya, saya gembira kerana diberi peluang untuk mempelajari cara-cara

merancang kajian tindakan. Tidak dinafikan betapa tertekannya saya semasa ingin

menyiapkan tugasan ini, namun lama-kelamaan, saya berasa teruja untuk melihat hasil

kajian ini sama ada ia berjaya mengatasi masalah yang dikaji mahupun tidak.
Seperti yang saya baca di internet, walaupun telah menjadi guru di sekolah, mereka

tidak terlepas peluang untuk menyediakan satu kajian tindakan tentang prasekolah

mereka. Jadi, saya juga tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Sekiranya saya

belajar bermula daripada sekarang, pasti saya akan lebih mahir apabila menjadi seorang

guru kelak.

Saya percaya, pendekatan kajian tindakan memberikan kesan positif kepada semua

pihak sama ada sekolah, guru dan kanak-kanak. Ini kerana, kajian yang dihasilkan dapat

dijadikan panduan kepada pihak-pihak lain dalam mengatasi masalah yang dialami

mereka. Kesimpulannya, kajian tindakan bukan sekadar bersifat seperti Habis Madu

Sepah Dibuang yang mana habis kajian dijalankan, ia tidak memberikan apa-apa

makna. Sebaliknya, kajian tindakan adalah satu proses yang berterusan dan akan terus

berguna pada masa-masa akan datang.


DRAF
ISL
BORANG
KOLABO
-RASI
BIL PERKARA YANG TARIKH CATATAN / TANDATANGAN,
DIBINCANGKAN KOMEN NAMA DAN COP
RASMI PIHAK
YANG DITEMUI
1.

2.

3.

4.
5.

6.

7.

8.
9..

10.

11.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai