Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS KOTA BHARU

Perkhemahan Unit Beruniform IPGKKB telah diadakan di Pantai Merang, Terengganu


yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan ini merupakan suatu perkhemahan
yang diwajibkan oleh guru pelatih IPGM sem 3 di bawah pengelolaan Unit Kokurikulum
IPGKKB. Perkhemahan ini juga termasuk di dalam aktiviti akhir kursus pengajian MPU3062
Unit Beruniform. Aktiviti mendirikan khemah juga telah dijalankan di tapak perkhemahan untuk
dijadikan tempat tinggal guru pelatih seramai 104 orang. Fokus utama perkhemahan ini
diadakan adalah untuk melahirkan para guru yang serba boleh dan dapat menyesuaikan diri
di tempat yang serba kekurangan. Contohnya, semasa di tapak perkhemahan, para guru
pelatih juga perlu berjimat cermat menggunakan air ekoran daripada kekurangan sumber
bekalan air boring.

Kuliah sebelum ini juga telah mendedahkan para guru pelatih dengan jenis-jenis
perkhemahan yang dapat diadakan. Antaranya, perkhemahan ringkas, berkumpulan dan
besar-besaran. Perkhemahan ringkas dapat dijelaskan sebagai perkhemahan kecil yang
terhad kepada 3 hingga 4 orang yang menyertai perkhemahan. Perkhemahan secara
berkumpulan pula lebih kepada ahli majlis atau sekumpulan unit yang sama. Perkhemahan
jenis ini selalunya dijalankan selama 2 hingga 3 hari. Perkhemahan secara besar-besaran
pula dianjurkan oleh Maljis peringkat daerah, negara atau dunia. Ia dikenali juga sebagai
jambori dan diadakan 4 tahun sekali. Perkhemahan ini biasanya mengambil masa 3 sehingga
7 hari.

Organisasi yang mantap dan cekap amatlah dititikberatkan semasa perancangan


perkhemahan Unit Beruniform ini. Oleh itu, suatu jawatankuasa telah dibuat dan dipilih dari
kalangan guru pelatih. Mohd Fadhlie Hafiz bin Jaffar daripada unit beruniform Pengakap telah
dipilih sebagai Presiden untuk mengetuai jawatankuasa ini. Pemilihan ini juga dibuat atas
persetujuan dan bulat suara di antara guru pelatih sem 3 IPGKKB. Dengan terbinanya sebuah
organisasi dan jawatankuasa, kerja merangka rancangan perkhemahan dapat dibuat dengan
lebih teratur dan efisien. Seterusnya, surat kebenaran yang dibuat oleh ahli jawatankuasa
juga telah disediakan bagi meminta kebenaran daripada pihak di tempat perkhemahan Pantai
Meran secara formal bagi menempah lokasi perkhemahan.

Selepas itu, belanjawan dirangka dan aspek ini diuruskan oleh bendahari
perkhemahan. Bendahari juga memutuskan berapa jumlah yuran yang perlu dibayar oleh
setiap peserta beserta sumbangan yang diperlukan. Jawatankuasa alatan memainkan
peranan bagi menyediakan alatan yang mencukupi sebelum menjalankan aktivti di kawasan
perkhemahan.
Semasa aktiviti perkhemahan dijalankan, terdapat beberapa aspek yang dipandang
serius oleh kami, antaranya ialah peraturan dan keselamatan, aktiviti yang sesuai dijalankan
mengikut keadaan geografi sekeliling, lokasi kawasan perkhemahan dan susunan tempat
perkhemahan. Aspek peraturan dan keselamatan juga dititikberatkan semasa perkhemahan
di mana peraturan larangan keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran, larangan lelaki
memasuki kawasan khemah perempuan dan kawalan sentri diadakan oleh setiap unit secara
bergilir. Tandas perempuan juga merupakan satu tempat yang dilarang untuk didekati oleh
peserta lelaki. Seterusnya, pada hari pertama, aktiviti mendirikan khemah, ice breaking, ujian
ikatan dan simpulan telah dijalankan. Pada hari kedua pula, kembara lasak, ujian kawad, ujian
kain anduh dan balutan diiukuti dengan ujian masakan rimba, pembuatan gajet dan malam
kebudayaan pada hari ketiga. Pada hari terakhir, Majlis Pentauliahan KRS telah berlangsung
dan dirasmi oleh Pengarah IPG Kampus Kota Bharu, Tuan Haji Hashim bin Deraman.

Lokasi perkhemahan kami berada di kawasan yang luas dan sesuai dengan jumlah
guru pelatih seramai 104 orang. Perkhemahan ini diadakan dekat dengan kawasan pantai
tetapi tidak berada di kawasan pantai. Lokasi yang strategik amatlah penting bagi
memudahkan kami mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti air bersih, elektrik dan
pengangkutan sekiranya berlakunya kecemasan atau perkara yang tak diingini. Sususan
khemah juga dititikberatkan dengan mengambil langkah iaitu meletakkan parameter yang
bersesuaian dengan jumlah peserta, khemah lelaki juga mempunyai jarak yang bersesuaian
dengan khemah peserta perempuan. Setiap pagi juga, pemeriksaan peserta perkhemahan
juga dijalankan bagi memastikan jumlah peserta mencukupi.

Aktiviti selepas perkhemahan seperti mengutip sampah sarap yang berada di tapak
perkhemahan juga dijalankan. Khemah dan groundsheet yang basah dikeringkan dan dijemur
sebelum dihantar. Tugas ini diselia oleh kuarter master dan dijalankan dengan baik. Ini dapat
dilihat apabila jumalah dan keadaan peralatan yang dibawa sebelum dan selepas
perkhemahan adalah dalam keadaan baik.
Kekuatan yang paling ketara serta dapat dilihat daripada guru pelatih ialah kerjasama
yang dicurahkan semasa aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Perkara ini dapat dilihat semasa
sejurus sahaja selepas guru pelatih sampai di tapak perkhemahan, kesemua peserta
membanting tulang untuk memunggah barang-barang dari bas untuk dikumpulkan di dewan
terbuka. Pengurusan yang cekap dan efisien juga telah membantu perkhemahan ini berjalan
dengan lancar. Sebaliknya, kelemahan yang dilihat ialah pengajuran aktiviti yang kurang
mencabar dan kurang variasi. Sekiranya aktivit flying fox, water confidence dapat dijalankan,
nescaya perkhemahan ini akan lebih seronok dan mencabar.

Disediakan oleh,

________________________________

Raimi Syazwan bin Ruzaidi