Anda di halaman 1dari 16

Sukatan Pelajaran Matematik

Sukatan Pelajaran
MATEMATIK
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia
Sukatan Pelajaran Matematik

PRAKATA
Sukatan Pelajaran Matematik ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Mathematics yang telah
disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan
pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).

Bermula tahun 2010, Kabinet telah memutuskan agar Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat setelah PPSMI
dimansuhkan. Dalam proses peralihan tersebut, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau
bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik.
Dasar MBMMBI ini juga membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti P&P
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa
Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.

Kurikulum Matematik sekolah Malaysia mengekalkan hasratnya untuk memperkembangkan ilmu


matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid.
Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan
kemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat
keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti mata pelajaran
lain dalam kurikulum sekolah menengah, kurikulum Matematik bertujuan menanam nilai murni dan
cinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang
ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

Selain daripada menekankan pengintegrasian proses matematik seperti menyelesaikan masalah,


berkomunikasi secara matematik, menaakul, membuat perwakilan dan membuat perkaitan, kurikulum
Matematik juga menekankan penggunaan teknologi. P&P Matematik yang digabungkan dengan
penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian
dinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep
matematik yang dipelajari dengan lebih bermakna. Penggunaan teknologi mengasah daya fikir kritis dan
kreatif murid apabila murid membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMK
menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaran
mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran
matematik lebih menarik dan menyeronokkan.

Kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Matematik versi terjemahan
ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

DATO IBRAHIM BIN MOHAMAD


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

i
Sukatan Pelajaran Matematik

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-
prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii
Sukatan Pelajaran Matematik

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii
Sukatan Pelajaran Matematik

PENDAHULUAN
Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam penggunaan matematik untuk
menangani cabaran hidup seharian adalah penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk
menjadi sebuah negara industri. Justeru, usaha diambil untuk memastikan masyarakat yang
mengasimilasikan matematik dalam kehidupan seharian mereka. Murid diasuh dari awal lagi
dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara matematik, untuk
membolehkan mereka membuat keputusan yang berkesan.
Matematik penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya untuk memenuhi
keperluan sebuah negara progresif. Oleh yang demikian, bidang ini mengambil peranan sebagai
tenaga penggerak kepada pelbagai perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Selari
dengan objektif negara untuk mewujudkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran
Kajian dan Pembangunan dalam matematik diasuh dan dikembangkan pada peringkat
persekolahan.
Matematik merupakan bidang pembelajaran yang melatih pemikiran logik dan sistematik dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Disiplin ini menggalakkan pembelajaran
bermakna dan mencabar fikiran, justeru menyumbang kepada perkembangan holistik
seseorang individu. Ke arah mencapai matlamat ini, strategi penyelesaian masalah digunakan
secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Perkembangan penaakulan
matematik dipercayai mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan intelek dan
kebolehan berkomunikasi murid. Oleh itu, kemahiran penaakulan matematik juga
diasimilasikan dalam aktiviti matematik supaya murid dapat mengenal, membina dan menilai
konjektur dan pernyataan matematik.
Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik menyediakan
peluang kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai
untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan matematik. Dengan pengetahuan dan
kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk mencari maklumat berkaitan serta kreatif
dalam membentuk alternatif dan penyelesaian apabila berhadapan dengan cabaran masa
depan.
Kurikulum Matematik kerap dilihat sebagai terdiri daripada bidang-bidang diskret yang
berkaitan dengan membilang, ukuran, geometri, algebra dan penyelesaian masalah. Bagi
mengelakkan daripada bidang-bidang tersebut dilihat sebagai berasingan serta konsep dan
kemahirannya dipelajari secara terpisah, matematik dikaitkan dengan kehidupan dan
pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah. Murid akan berpeluang mengaitkan
matematik dalam konteks yang berbeza dan melihat kerelevenan matematik dalam kehidupan
seharian.

1
Sukatan Pelajaran Matematik

Semasa memberi pandangan dan menyelesaikan masalah sama ada secara lisan atau penulisan,
murid dibimbing untuk menggunakan bahasa dan daftar matematik yang betul. Murid dilatih
untuk memilih maklumat yang dikemukakan dalam samada bahasa matematik ataupun bukan;
mentafsir dan mewakilkan maklumat dalam jadual, graf, rajah, persamaan atau ketaksamaan;
dan seterusnya mempersembahkan maklumat dengan jelas dan tepat, tanpa sebarang
penyimpangan daripada maksud asal.
Teknologi dalam pendidikan menyokong penguasaan dan pencapaian hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik,
contohnya kalkulator, seharusnya dianggap sebagai alat untuk memperkayakan proses
pengajaran dan pembelajaran dan bukan untuk menggantikan guru.
Kepentingan juga diletak pada penghargaan terhadap keindahan matematik. Mengenalkan
murid dengan sejarah hidup ahli matematik terkenal atau peristiwa penting, yang mana
maklumat tersebut mudah diperolehi dari Internet dan sebagainya, memberi kesan jangka
panjang dalam memotivasikan murid untuk menghargai matematik.
Nilai intrinsik matematik khususnya berfikir secara sistematik, tepat, menyeluruh, tekun dan
yakin, yang diterapkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepada
pembentukan peribadi dan penyemaian sikap positif terhadap matematik. Selain itu, nilai murni
juga diperkenalkan mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pentaksiran, dalam bentuk ujian dan peperiksaan membantu mengukur pencapaian murid.
Penggunaan data pentaksiran yang baik daripada pelbagai sumber juga menyediakan maklumat
berguna tentang perkembangan dan kemajuan murid. Petaksiran berterusan setiap hari dalam
pembelajaran membolehkan kekuatan dan kelemahan murid serta keberkesanan aktiviti
pengajaran dikenal pasti. Maklumat yang diperolehi daripada jawapan kepada soalan, hasil
kerja kumpulan dan kerja rumah membantu guru memperbaiki proses pengajaran, dan
seterusnya membolehkan penyediaan pembelajaran yang berkesan.

2
Sukatan Pelajaran Matematik

MATLAMAT
Kurikulum Matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk individu yang
berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik
dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan
perkembangan sains dan teknologi.

OBJEKTIF
Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan
Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;
3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
membuat anggaran dan penghampiran;
mengukur dan membina;
memungut dan mengendali data;
mewakilkan dan mentafsir data;
mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;
menggunakan algoritma dan perkaitan;
menyelesaikan masalah; dan
membuat keputusan.
4. Berkomunikasi secara matematik;
5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan;
6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;
7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai
kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;
8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan
dan bertanggungjawab;
9. Bersikap positif terhadap matematik; dan
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

3
Sukatan Pelajaran Matematik

ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan kurikulum ini dipersembahkan dalam tiga bidang yang saling berhubung kait iaitu,
NOMBOR, BENTUK dan RUANG, dan PERKAITAN. Dalam situasi seharian, seseorang individu
secara umumnya memerlukan yang berikut:
Pengetahuan dan kemahiran berkaitan nombor seperti membilang dan menghitung
(NOMBOR);
Pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang seperti mengenal ciri-ciri
bentuk dan membuat pengukuran (BENTUK dan RUANG);
Pengetahuan dan kemahiran berkaitan pola, peraturan, prinsip am, hukum, hubungan
dan lain-lain untuk tujuan mengenal dan memahami perkaitan yang melibatkan nombor
dan bentuk (PERKAITAN).
Pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan pemahaman konsep dan penguasaan
kemahiran dalam ketiga-tiga bidang seperti yang tersebut di atas serta penggunaan matematik
untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Oleh yang demikian, bidang berikut perlu
diberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran:
Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat langkah utama
seperti memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian,
melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian supaya murid dapat
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian secara berkesan;
Perkembangan kemahiran berfikir secara logik, sistematik dan kreatif berserta
kemahiran menaakul untuk menghasilkan individu yang boleh berfikir secara logik dan
rasional; dan
Penyemaian nilai intrinsik matematik dan nilai masyarakat Malaysia yang termasuk
bersistematik, tepat, tekun, yakin, tidak membazir, bersederhana dan bekerjasama; iaitu
semua yang menyumbang kepada pembentukan warganegara yang bertanggungjawab.

4
Sukatan Pelajaran Matematik

KANDUNGAN
Bahagian ini menggariskan unsur penting dalam setiap bidang, iaitu NOMBOR, BENTUK dan
RUANG, dan PERKAITAN diikuti dengan senarai topik yang mentakrifkan skop setiap bidang.

1) NOMBOR
Pemahaman nombor membolehkan murid membuat pengiraaan dan anggaran serta
menganalisa dan menyelesaikan masalah berkaitan. Bidang ini adalah lanjutan kepada
kurikulum Matematik sekolah rendah. Skop bidang ini adalah seperti berikut:

1.1 Nombor Bulat


(a) Nilai tempat digit dalam nombor bulat.
(b) Membundar nombor bulat.
(c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor
bulat.
1.2 Pecahan
(a) Pecahan setara.
(b) Pecahan wajar dan pecahan tak wajar.
(c) Nombor bercampur.
(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahan.

1.3 Perpuluhan
(a) Penukaran perpuluhan kepada pecahan dan begitu juga sebaliknya.
(b) Nilai tempat digit bagi perpuluhan.
(c) Membundarkan perpuluhan.
(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan perpuluhan.

1.4 Peratusan
(a) Peratusan dan simbol.
(b) Pertambahan dan pengurangan satu kuantiti tertentu dalam sebutan peratus.
(c) Kegunaan peratusan dalam perbandingan.

1.5 Nombor Negatif


(a) Tanda + dan dalam nombor.
(b) Integer.
(c) Pecahan negatif dan perpuluhan negatif.

5
Sukatan Pelajaran Matematik

(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor


negatif dan positif.

1.6 Gandaan dan Faktor


(a) Nombor perdana.
(b) Gandaan.
(c) Gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil.
(d) Faktor dan faktor perdana.
(e) Faktor sepunya dan faktor sepunya terbesar.

1.7 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Tiga
(a) Kuasa dua.
(b) Punca kuasa dua.
(c) Kuasa tiga.
(d) Punca kuasa tiga.

1.8 Bentuk Piawai


(a) Angka bererti.
(b) Nombor dalam bentuk piawai.
(c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor
dalam bentuk piawai.

1.9 Asas Nombor


(a) Nombor dalam asas 2, 5 dan 8.
(b) Nilai tempat digit dalam nombor dalam asas 2, 5 dan 8.
(c) Penukaran nombor dalam asas 2, 5, 8 dan 10 dari satu asas ke asas yang lain.

2) BENTUK dan RUANG


Bentuk dan ruang merupakan komponen penting dalam kurikulum Matematik sekolah
menengah. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini dan aplikasinya dalam topik
berkenaan adalah berguna dalam kehidupan seharian. Memperbaiki kefahaman dalam
bidang ini akan membantu murid menyelesaikan masalah geometri dengan berkesan. Pada
masa yang sama, murid akan juga memperbaiki kemahiran visual dan menghargai nilai
estetik bentuk dan ruang. Skopnya adalah seperti berikut:

6
Sukatan Pelajaran Matematik

2.1 Ukuran Asas


(a) Panjang.
(b) Jisim.
(c) Masa.

2.2 Garis dan Sudut


(a) Sudut.
(b) Unit ukuran sudut.
(c) Jenis sudut.
(d) Garis bersilang.
(e) Sifat sudut berkaitan garis bersilang.
(f) Garis selari.
(g) Sifat sudut berkaitan garis selari.

2.3 Poligon
(a) Jenis poligon.
(b) Garis simetri.
(c) Jenis segitiga.
(d) Sifat sudut berkaitan segitiga.
(e) Jenis sisiempat.
(f) Sifat sudut berkaitan sisiempat.
(g) Poligon sekata.
(h) Sifat sudut berkaitan poligon sekata.

2.4 Perimeter dan Luas


(a) Perimeter.
(b) Luas segitiga dan sisiempat.

2.5 Binaan Geometri


(a) Pembinaan tembereng garis, segitiga, pembahagi dua sama serenjang, serenjang
pada satu garis, sudut, pembahagi dua sama sudut, garis selari dan segiempat
selari.
(b) Lukisan berskala.

2.6 Lokus dalam Dua Matra


(a) Lokus pergerakan satu titik yang memenuhi satu syarat.
(b) Lokus dua matra satu titik yang memenuhi lebih daripada satu syarat.

7
Sukatan Pelajaran Matematik

2.7 Bulatan
(a) Bulatan dan bahagian-bahagiannya.
(b) Ukurlilit dan panjang lengkok.
(c) Luas bulatan dan luas sektor.
(d) Sifat sudut berkaitan bulatan dan sisiempat kitaran.
(e) Tangen kepada bulatan.
(f) Sifat sudut berkaitan tangen kepada bulatan.
(g) Tangen sepunya kepada bulatan.

2.8 Pepejal Geometri


(a) Jenis pepejal geometri.
(b) Bentangan.
(c) Luas permukaan pepejal geometri.
(d) Isipadu.

2.9 Teorem Pythagoras


(a) Teorem Pythagoras.
(b) Akas Teorem Pythagoras.

2.10 Trigonometri
(a) Ukuran sudut dalam darjah dan minit.
(b) Sinus, kosinus and tangen bagi sudut.
(c) Penyelesaian segitiga (berdasarkan kepada penyelesaian segitiga bersudut tegak).

2.11 Bearing
(a) Arah kompas.
(b) Bearing.

2.12 Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk


(a) Sudut dongakan.
(b) Sudut tunduk.

2.13 Garis dan Satah dalam Tiga Matra


(a) Normal kepada satah dan unjuran satu garis ke atas satu satah.
(b) Sudut antara garis dan satah.
(c) Sudut antara dua satah bersilang.

8
Sukatan Pelajaran Matematik

2.14 Plan dan Dongakan


(a) Unjuran ortogon.
(b) Plan pepejal.
(c) Dongakan depan dan dongakan sisi pepejal.

2.15 Bumi sebagai Sfera


(a) Longitud dan latitud.
(b) Jarak sepanjang meridian dan sepanjang selarian latitud.
(c) Jarak terpendek di atas permukaan bumi.
(d) Batu nautika dan knot.

2.16 Transformasi
(a) Jenis transformasi translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.
(b) Isometri dan kongruenan.
(c) Bentuk serupa.
(d) Gabungan transformasi.

3) PERKAITAN
Perkaitan antara beberapa kuantiti sering terdapat dalam kehidupan seharian. Justeru,
pengendalian perkaitan seperti mengenal rumus atau hukum dan membuat generalisasi
suatu situasi menjadi satu keperluan asas. Perkaitan boleh dinyatakan dalam bentuk jadual,
graf, rumus, persamaan atau ketaksamaan. Pernyataan perkaitan dalam bentuk-bentuk ini
menjadi alat yang berguna dan berkesan dalam penyelesaian masalah dan komunikasi. Skop
pembelajarannya adalah seperti berikut:

3.1 Indeks
(a) Pengenalan kepada indeks.
(b) Hukum indeks.

3.2 Ungkapan Algebra


(a) Perwakilan satu anu dengan satu huruf abjad.
(b) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan sebutan
algebra.
(c) Ungkapan algebra.
(d) Penambahan dan penolakan melibatkan ungkapan algebra.
(e) Kembangan dan pemfaktoran.
(f) Pecahan algebra.

9
Sukatan Pelajaran Matematik

(g) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahan


algebra.

3.3 Rumus Algebra


(a) Pembolehubah dan perwakilannya dengan huruf abjad.
(b) Rumus algebra.
(c) Perkara rumus.

3.4 Persamaan Linear


(a) Persamaan linear dalam satu anu.
(b) Persamaan linear serentak dalam dua anu.

3.5 Ketaksamaan Linear


(a) Simbol <, , > dan .
(b) Ketaksamaan linear dalam satu anu.
(c) Ketaksamaan linear serentak dalam satu anu.

3.6 Ungkapan dan Persamaan Kuadratik


(a) Ungkapan ax2 + bx + c.
(b) Pemfaktoran ungkapan kuadratik.
(c) Persamaan kuadratik.

3.7 Koordinat
(a) Sistem koordinat Cartes.
(b) Jarak antara dua titik.
(c) Titik tengah antara dua titik.

3.8 Garis Lurus


(a) Kecerunan garis lurus.
(b) Pintasan pada paksi-x dan paksi-y.
(c) Persamaan garis lurus y = mx + c.
(d) Garis lurus selari.

3.9 Graf Fungsi


(a) Fungsi.
(b) Graf fungsi.
(c) Penyelesaian persamaan dengan kaedah graf.

10
Sukatan Pelajaran Matematik

(d) Rantau yang mewakili satu ketaksamaan dalam dua pembolehubah.

3.10 Kecerunan dan Luas di bawah Graf


(a) Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf.
(b) Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf.

3.11 Nisbah dan Perkadaran


(a) Nisbah dua kuantiti.
(b) Nisbah tiga kuantiti.
(c) Perkadaran langsung.
(d) Kadar.

3.12 Ubahan
(a) Ubahan langsung.
(b) Ubahan songsang.
(c) Ubahan tercantum.

3.13 Matriks
(a) Pengenalan kepada matriks.
(b) Matriks sama.
(c) Penambahan, penolakan dan pendaraban melibatkan matriks.
(d) Matriks identiti 2 2.
(e) Matriks songsang 2 2.
(f) Penyelesaian persamaan linear serentak dalam dua anu dengan kaedah matriks.

3.14 Set
(a) Pengenalan kepada set.
(b) Set sama, set kosong, subset, set semesta dan pelengkap set.
(c) Operasi ke atas set.

3.15 Penaakulan Matematik


(a) Pengenalan kepada logik.
(b) Pernyataan.
(c) Pengkuantiti - semua, beberapa.
(d) Operasi ke atas pernyataan - dan, atau, bukan.
(e) Implikasi - jika, jika dan hanya jika.
(f) Hujah - syllogism, modus ponens dan modus tollens.
(g) Deduksi and aruhan.
11
Sukatan Pelajaran Matematik

3.16 Statistik
(a) Pengumpulan data.
(b) Kekerapan, jadual kekerapan dan selang kelas.
(c) Piktograf, carta palang, carta pai dan graf garis.
(d) Histogram dan poligon kekerapan.
(e) Kekerapan longgokan dan ogif.
(f) Ukuran kecenderungan memusat: mod, min dan median.
(g) Sukatan serakan: julat dan julat antara kuartil.

3.17 Kebarangkalian
(a) Ruang sampel.
(b) Peristiwa.
(c) Kebarangkalian satu peristiwa.
(d) Kebarangkalian peristiwa pelengkap.
(e) Peristiwa bergabung.
(f) Kebarangkalian peristiwa bergabung.

12

Anda mungkin juga menyukai