Anda di halaman 1dari 19

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

YANG DIPERTUA

YANG BERBAHAGIA DATO Sr (surveyor) Hj Rozali bin Hj Mohamud

ALAMAT MPSP
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tel : 04 - 5497555
Faks : 04 - 5389700
MPSPSMS Info : 012 - 4100300
Emel : webmaster@mpsp.gov.my
Facebook MPSP : Facebook MPSP
Twitter MPSP : Twitter MPSP

KEMUDAHAN MPSP

Sewa Kemudahan Sukan Dan Dewan


Sewa Dewan Orang Ramai
Bayaran Untuk Kemudahan MPSP
Kemudahan Kebudayaan Dan Kesenian
Lampu Jalan
Rumah Pam

MOTO
KEMAMPANAN KOMITMEN KAMI

VISI

Seberang Perai yang lebih bersih, indah dan selesa didiami,bekerja serta menjadi tarikan pelaburan dan pelancongan
menjelang 2018.
MISI

Menyediakan pengurusan perbandaran yang lebih selamat, lebih bersih, lebih hijau dan lebih sihat yang responsif kepada
komuniti Seberang Perai.

OBJEKTIF

Keunggulan organisasi

Kepimpinan dan urustadbir cemerlang

Kualiti kehidupan

Penyertaan dan kepuasan hati pelanggan

Fokus pelaburan

DASAR SISTEM PENGURUSAN KUALITI DAN INOVASI MPSP

SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001 : 2008 (QMS)

MPSP Komited Untuk Mempertingkatkan Keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti Secara Berterusan Melalui
Perkhidmatan Yang Cemerlang Kepada Pelanggan.

SISTEM PENGURUSAN ALAM ALAM SEKITAR - ISO 14001 : 2004 (EMS)

MPSP Komited Untuk Mengawal Pembangunan Dan Mencegah Pencemaran Mengikut Undang-Undang Dan Keperluan-
Keperluan Lain Dan Menambahbaik Program Alam Sekitar Secara Berterusan.

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN OHSAS 18001 : 2007 (OSHMS)

MPSP Komited Untuk :-

a) Menyediakan serta memastikan persekitaran kerja, kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang selamat dan sihat
kepada semua pekerja, kontraktor, pelanggan, pelawat dan pihak yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak
langsung dengan aktiviti MPSP.

b) Mematuhi setakat yang praktik semua peruntukan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
semasa, tata amalan industri, piawai dan keperluan lain yang releven serta menambahbaik secara berterusan keperluan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MPSP.

SISTEM PENGURUSAN TENAGA - ISO 50001:2011 (EnMS)

MPSP komited untuk melaksanakan kecekapan penggunaan tenaga melalui penambahbaikan yang berterusan dengan
kaedah-kaedah seperti berikut :-

a)Meningkatkan prestasi tenaga secara berterusan dengan mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan tenaga
yang berkesan.
b)Menyokong perolehan produk dan perkhidmatan cekap tenaga serta reka bentuk untuk peningkatan prestasi tenaga.

c)Memastikan pematuhan kepada keperluan undang-undang yang digunapakai dan keperluan lain yang berkaitan dengan
kegunaan, penggunaan dan kecekapan tenaga.

d)Memastikan maklumat dan sumber sumber yang berkaitan adalah mencukupi bagi mencapai objektif dan sasaran.

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT ISO 27001:2013

MPSP komited untuk menjamin dan mempertingkatkan keselamatan maklumat mengikut peraturan dan undang-undang
yang berkaitan dengan kerahsiaan (Confidentiality - C), Ketepatan dan Kelengkapan Maklumat ( Integrity - I) Dan
Ketersediaan Maklumat ( Availability - A) Bagi Menjaga Kepentingan Kakitangan Dan Stakeholders.

DASAR INOVASI

MPSP komited untuk menghasilkan inovasi melalui cetusan idea-idea kreatif bagi menambahbaik dan meningkatkan
kecekapan serta keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan.

FOKUS MPSP 2017


Tarikh Kemaskini Pada Khamis, 06 April 2017 15:54
FOKUS 1 KEBERSIHAN
FOKUS 2 KESELAMATAN & LALULINTAS
FOKUS 3 PENGUATKUASAAN
FOKUS 4 KAWALAN BANJIR
FOKUS 5 PENGINDAHAN, KEHIJAUAN DAN KEMUDAHAN AWAM
FOKUS 6 PENGLIBATAN KOMUNITI
FOKUS 7 PEMBINAAN KAPASITI
FOKUS 8 PENGUKUHAN FISKAL
FOKUS 9 KECEKAPAN PROSES KERJA

AKTIVITI MPSP

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau


20 September 2017
09.00 pagi - 04.30 petang
SJKC Kg Valdor, SJKC Chong Kuang, SJKC Kg Jawi, SK Nibong Tebal, SJKT Ladang
Transkrian
Penyampaian Hadiah Kitar Semula F&N
21 September 2017
09.30 pagi - 12.00 t/hari
Auditorium, MPSP

Ceramah Kitar Semula


21 September 2017
01.00 petang - 02.00 petang
Jabatan Pendaftaran Negera, Sg Jawi

Bengkel Kitar Semula


22 September 2017
08.30 pagi - 12.00 t/hari
Kg Bagan Nyior Juru

Perasmian Pemulihan Laluan Bukit Juru


23 September 2017
08.00 pagi - 10.30 pagi
Pusat Sumber Alam Sekitar Taman Puteri Gunung

Lontar Bebola Tanah Oleh SIG & ATM


23 September 2017
09.00 pagi - 10.00 pagi
Taman Tunku, Seberang Jaya
Senamrobik Bersama MPSP
24 September 2017
07.30 pagi
Taman Berjaya, Nibong Tebal

Ceramah Kitar Semula


24 September 2017
09.00 pagi - 11.00 pagi
Dewan Bagan Jermal, Butterworth

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau


25 September 2017
09.00 pagi - 04.30 petang
SK Saujana Indah, SJKC Yok Eng, SJKT Ladang Juru, SK Kebun Sireh

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau


26 September 2017
09.00 pagi - 04.30 petang
SJKT Mak Mandin, SJKC Mak Mandin, SJKC Aik Keow Penaga, SJKC Kuang Yu, SJKC Nung
Min

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau


27 September 2017
09.00 pagi - 04.30 petang
SK Seberang Jaya, SJKC Seng Keow,SJKC Perkampongan Berapit, SJKC True Light, SK
Stowell
Penilaian Anugerah Sekolah Hijau
28 September 2017
09.00 pagi - 04.30 petang
SJKC Chung Hwa 3, SK Pokok Sena, SJKC Lee Chee & SJKC Mah Hua

Ceramah Kitar Semula


29 September 2017
07.00 malam - 08.30 malam
Desa Vila, Sg Puyu

Membuat Bebola Tanah


30 September 2017
09.00 pagi - 11.30 pagi
SJKC Keng Koon, Bukit Tambun

Bengkel Membuat Kompos


30 September 2017
09.30 pagi - 12.00 t/hari
Kg Tebai Tahir, Butterworth

Pameran Kitar Semula


30 September 2017
10.00 pagi - 05.00 petang
Aeron, Alma
Pameran Kitar Semula
30 September 2017
05.00 petang - 10.00 malam
Pusat Perniagaan Utama, Bukit Mertajam

Kempen Kitar Semula


01 Oktober 2017
09.00 pagi - 12.00 t/hari
Taman Perkaka, Butterworth

SENARAI JAWATANKUASA
Tarikh Kemaskini Pada Isnin, 16 Januari 2017 08:05

JAWATANKUASA PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Menimbang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas semua perkara di bawah bidang tugas
seperti berikut:-

i) Menggubal dasar-dasar berkaitan pentadbiran dan kewangan.

ii) Menggubal Kaedah dan Peraturan Undang-undang berkaitan kewangan dan pentadbiran.

iii) Bajet Tahunan dan Bajet Tambahan.

iv) Penyata kira-kira tahunan dan pemerhatian Juruaudit Negara.

v) Kadar,cukai dan bayaran

vi) Mengkaji semula cukai-cukai.

vii) Pengecualian dan Pengurangan bangunan-bangunan daripada Cukai Taksiran.

viii) Cukai-cukai Taksiran ke atas bangunan dan tanah.

ix) Menghapuskira tunggakan Cukai Taksiran.

x) Lain-lain perkara yang ada hubungan dengan Jawatankuasa ini.

AHLI - AHLI JAWATANKUASA


1. YBhg. Dato' Yang Dipertua (Pengerusi)
2. Encik Mohamad Shaipol Bin Ismail
3. Encik H'ng Mooi Lye
4. Encik Tan Chee Teong
5. Encik Tan Cheong Heng
6. Encik Kumar A/L Kanapathy
7. Encik David Marshel A/L Pakianathan
8. Puan Heng Yeh Shiuan
9. Encik Zulkifli Bin Ibrahim
10. Encik Mohd Sharmizan Bin Haji Mohamad Nor
11. Encik Zaini Bin Awang
12. Encik Anuar Bin Yusoff
13. Encik Ong Jing Cheng
14. Puan Shuhada Binti ABdul Rahim
15. Encik Zulkiply Bin Ishak
16. Professor Madya Dr. Tiun Ling Ta
17. Encik Wong Chee Keet

JAWATANKUASA PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN

Menimbang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas semua perkara di bawah bidang tugas
seperti berikut:-

i) Menggubal dasar dan garis panduan Pelesenan MPSP.

ii) Menggubal dasar dan garis panduan Pengurusan Ruang Niaga MPSP ( Pasar Awam dan
Kompleks Makanan).

iii) Menggubal dasar dan garis panduan penguatkuasaan.

iv) Menggubal Kaedah dan Peraturan Undang-undang berkaitan dasar pelesenan dan
penguatkuasaan.

v) Mengesahkan keputusan Jawatankuasa Temuduga Ruang Niaga Majlis dan Jawatankuasa


Siasatan Ruang Niaga MPSP.

vi) Membincang dan memperakukan isu-isu berkaitan Lesen, Permit Perniagaan dan Peniaga
Kecil.

vii) Lain-lain perkara yang ada hubungkait dengan Jawatankuasa ini.

AHLI - AHLI JAWATANKUASa

1. YBhg. Dato' Yang Dipertua (Pengerusi)


2. Encik Mohamad Shaipol Bin Ismail
3. Encik H'ng Mooi Lye
4. Encik Tan Chee Teong
5. Encik Tan Cheong Heng
6. Encik Kumar A/L Kanapathy
7. Encik Satees A/L Muniandy
8. Encik Zulkifli Bin Ibrahim
9. Encik Mohd Sharmizan Bin Haji Mohamad Nor
10. Encik Zaini Bin Awang
11. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah
12. Puan Shuhada Binti ABdul Rahim
13. Dr. Seow Kweng Tian
14. Professor Madya Dr. Tiun Ling Ta
15. Encik Zulkiply Bin Ishak

JAWATANKUASA LALULINTAS DAN INFRASTRUKTUR

Menimbang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas semua perkara di bawah bidang tugas
seperti berikut:-

i) Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan lalulintas dan infrastruktur.

ii) Menggubal Kaedah dan Peraturan Undang-undang berkaitan lalulintas dan infrastruktur.

iii) Cadangan Pengurusan Sistem Lalulintas.

iv) Menasihatkan peraturan dan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Tahun 1987.

v) Kajian keperluan tempat meletak kereta awam, serta peraturan dan pengurusannya.

vi) Permohonan lampu-lampu jalan.

vii) Lain-lain perkara yang ada hubungkait dengan Jawatankuasa ini.

AHLI - AHLI JAWATANKUASA


1. YBhg. Dato' Yang Dipertua (Pengerusi)
2. Encik Tan Chee Teong
3. Encik David Marshel A/L Pakianathan
4. Encik Satees A/L Muniandy
5. Encik Joshua Woo Sze Zeng
6. Encik Thomas Loh Wei Pheng
7. Puan Heng Yeh Shiuan
8. Encik Zaini Bin Awang
9. Encik Anuar Bin Yusoff
10. Puan Shuhada Binti ABdul Rahim
11. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah
12. Encik Ong Jing Cheng
13. Encik Wong Chee Keet
14. Professor Madya Dr. Tiun Ling Ta
15. Encik Zulkiply Bin Ishak
16. Encik Fadzil Bin Haji Abdullah

JAWATANKUASA PERANCANGAN, PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN

Menimbang dan membuat perakuan kepada Majlis Penuh atas semua perkara di bawah bidang tugas
seperti berikut::-

i) Draf Rancangan Struktur dan Draf Rancangan Tempatan di bawah Akta Perancang Bandar
dan Desa 1976 untuk memandu perancangan dan pembangunan.
ii) Menggubal dasar dan garis panduan yang berkaitan dengan perancangan, kebersihan dan
pengindahan.

iii) Menggubal Kaedah dan Peraturan Undang-undang berkaitan perancangan dan pengindahan.

iv) Perancangan untuk program pengindahan termasuk tanah-tanah lapang, taman rekreasi dan
taman kanak-kanak.

v) Penyelenggaraan Zon Perindustrian Bebas.

vi) Cadangan-cadangan projek khas MPSP.

vii) Kajian dan merancang projek-projek yang memberi manfaat di atas tanah MPSP.

viii) Lain-lain perkara yang ada hubungkait dengan Jawatankuasa ini.

AHLI - AHLI JAWATANKUASa


1. YBhg. Dato' Yang Dipertua (Pengerusi)
2. Encik H'ng Mooi Lye
3. Encik Tan Cheong Heng
4. Encik Kumar A/L Kanapathy
5. Encik David Marshel A/L Pakianathan
6. Encik Satees A/L Muniandy
7. Encik Joshua Woo Sze Zeng
8. Encik Thomas Loh Wei Pheng
9. Encik Zulkifli Bin Ibrahim
10. Encik Mohd Sharmizan Bin Haji Mohamad Nor
11. Encik Anuar Bin Yusoff
12. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah
13. Encik Ong Jing Cheng
14. Dr. Seow Kweng Tian
15. Puan Hamizah Binti Abdul Manab
16. Professor Madya Dr. Tiun Ling Ta
17. Encik Wong Chee Keet
18. Encik Fadzil Bin Haji Abdullah

JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

i) Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan


bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.

ii) Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan perihal tanah
berhubung cadangan pemajuan di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara.
iii) Menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan- permohonan lain yang
diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Setempat.

AHLI - AHLI JAWATANKUASA


1. YBhg. Dato' Yang Dipertua
2. Encik H'ng Mooi Lye
3. Encik Tan Cheong Heng
4. Encik Zulkifli Bin Ibrahim
5. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah

Pemerhati :

1. Encik Wong Chee Keet


2. Encik Fadzil Bin Haji Abdullah

CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN
MPSP adalah ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua
eksekutif dan 24 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi tempoh
setahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan
Negeri.

Badan pengurusan ini adalah diurusetiakan oleh 15 jabatan yang diketuai oleh Setiausaha
Perbandaran selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing yang
digelar sebagai Pengarah Jabatan. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua
dengan dibantu oleh Setiausaha Perbandaran yang seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas
ketua jabatan.

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan
Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah
menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi dalam mesyuarat
jawatankuasa supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 24 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang
Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.
SEJARAH RINGKAS MPSP

Tahun 1800

Pentadbiran Seberang Perai berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan
bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang.

Tahun 1850

Penerokaan bermula, Seberang Perai bertukar wajah dari kawasan hutan dan belukar kepada
sebuah kawasan pertanian.

Tahun 1913

Ordinan baru dikeluarkan, Kerajaan Negeri kemudiannya menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis
Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara, Tengah dan Selatan telah
ditubuhkan.

30 Jun 1974
Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh
negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan
Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan, Seberang Perai.

15 Dis 1976

Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Seberang Perai
dikenali sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai dan mendapat taraf Majlis Perbandaran.

Permulaan Kami...

Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British pada tahun 1800.
Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang.

Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu
orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian
apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.

Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah
menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat
perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam.

Keluasan Seberang Perai walaubagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi
kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri
membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913, satu ordinan
baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan
Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar
Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.

Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah satu
kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta
Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh
negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan
Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan, Seberang Perai.

Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus
Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.

LOGO

Logo ini secara rasmi mula digunakan mulai 1hb Februari 1983. Pada keseluruhannya, logo ini berbentuk perisai digan
kanan.
Warna-warna di logo MPSP memberikan maksud berikut :-
Keberanian Keindahan

Islam sebagai Agama Rasmi Kemakmuran

Aman Damai
BUNGA RASMI MPSP

Cassia Biflora

Pada tahun 1985, Majlis telah menerima bunga Cassia Biflora atau Kembang Seberang untuk
dijadikan bunga rasmi bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Ianya merupakan sejenis pokok renek dan dipercayai berasal dari Amerika Utara dan Hindia Timur.
Ianya hidup dengan baik dalam cuaca panas dan mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

KEPENDUDUKAN
=

BILANGAN PELANGGAN KAMI

Penduduk Seberang Perai terdiri daripada pelbagai kaum dimana berdasarkan banci yang dijalankan
pada tahun 2000, jumlah penduduk Seberang Perai adalah berjumlah 736,306 orang, iaitu,
merupakan 55% daripada jumlah penduduk keseluruhan Negeri Pulau Pinang iaitu berjumlah
1,350,671 orang.

Unjuran penduduk Seberang Perai mengikut statistik adalah seperti berikut ;

SPU SPT SPS JUMLAH

KELUASAN 26,161 hektar 23,799 hektar 24,019 hektar 73979 hektar

261.12km 237.55km 239.74 km 738.41 km


Kadar Pertambahan Penduduk Seberang Perai adalah sebanyak 2.2 % setahun

Sumber :

i. Laporan Penduduk Daerah dan Pentadbiran, Jabatan Perangkaan Malaysia, 1991

ii. Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000

iii. Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur (Pengubahan) Majlis Perbandaran Seberang Perai

iv. Draf Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, 2000 - 2020

v. Anggaran Pakar Runding PEMM Consultants Sdn Bhd.


PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SEBENAR MPSP TAHUN 2015

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
Hasil Cukai Taksiran 161,858,508 Kebersihan 87,133,669
Keselamatan, Lalulintas, Infrastruktur & Kemudahan
Hasil Lesen / Permit 11,896,919 26,391,387
Awam
Hasil Kompaun 4,870,727 Kawalan Banjir 5,793,686
Hasil Sewaan 10,492,878 Pengindahan & Kehijauan 3,321,389
Lain-lain Hasil 47,154,186 Penglibatan Komuniti 2,073,328
Emolumen 69,443,543
Pembinaan Kapasiti, Pentadbiran & Lain-lain
41,919,509
Perbelanjaan
JUMLAH PENDAPATAN 236,273,218 JUMLAH PERBELANJAAN 236,076,511

JABATAN- JABATAN MPSP


JABATAN BANGUNAN
JABATAN KEJURUTERAAN
JABATAN LANDSKAP
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
JABATAN PELESENAN
JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
DIREKTORAT PENGUATKUASAAN
JABATAN PERBENDAHARAAN
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PESURUHJAYA BANGUNAN

PROGRAM 'UPCYCLE' MPSP


Tarikh Kemaskini Pada Isnin, 28 Ogos 2017 08:23
upcycle
Program Upcycle MPSP adalah untuk mendidik orang ramai untuk menjadikan sisa / bahan buangan
sebagai bahan baru atau produk baru yang kualitinya hampir sama atau lebih baik melalui reka bentuk
yang kreatif.

upcycle
Selain itu, program ini juga merupakan hasil usaha MPSP dalam mempergiatkan usaha untuk
menggalakkan dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula bagi
penjagaan alam sekitar.

upcycle
Secara tidak langsung juga mendidik orang awam bahawa bahan - bahan buangan boleh dijadikan barang
yang mempunyai pasaran jika kita kreatif.

upcycle
Antara kriteria yang penting untuk Upcycle adalah :

a)
Sisa atau bahan buangan

b)
Proses Upcycle

c)
Kualiti Upcycle

d)
Reka bentuk kreatif

e)
Jejak karbon ('carbon footprint')

Pengasingan sisi di punca bermula 1 januari 2016

SEKTOR KUALITI
KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
Tarikh Kemaskini Pada Selasa, 25 Julai 2017 14:34

Nama : YBhg. Dato' Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud


Jawatan : Yang Dipertua MPSP
Email : ydp@mpsp.gov.my
No. Telefon Pejabat : 04 - 5497400
No. Telefon Bimbit : 019 - 4126262

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

1)
Membantu Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan
keselamatan ICT;
2)
Menentukan keperluan keselamatan ICT;
3)
Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti pengurusan
risiko dan pengauditan;
4)
Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT Majlis
Perbandaran Seberang Perai.

Anda mungkin juga menyukai