Anda di halaman 1dari 15

ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

2.2 Pengumpulan Data Awal

Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sepanjang bulan Februari dan Mac. Hasil daripada

pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati peserta kajian sudah mengenal huruf

konsonan dan huruf vokal. Peserta kajian juga sudah boleh membunyikan suku kata

tunggal KV seperti ba bi bu be be bo. Namun begitu, peserta kajian masih belum

menguasai kemahiran untuk membatangkan dua suku kata KV + KV untuk membentuk

perkataan yang mempunyai maksud.

Pada masa yang sama, peserta kajian juga tidak dapat mengeja perkataan dua suku kata

dengan betul terutamanya perkataan yang mempunyai huruf abjad yang hampir sama bunyi

seperti b dan p, r dan l. Keadaan ini disebabkan peserta kajian sering lupa bunyi suku kata

awal apabila hendak membatangkan perkataan tersebut dan keliru dengan huruf abjad yang

hampir sama bunyi. Kesan daripada kegagalan menguasai kemahiran ini, peserta kajian

gagal menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan yang mempunyai dua suku

kata terbuka KV + KV dengan betul dan tepat.

Dalam pengajaran di bilik darjah, Pengkaji mendapati murid-murid kerap kali melakukan

kesalahan terutamanya dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan kemahiran mengeja dan

menulis. Walaupun terdapat banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh murid

dalam aspek tatabahasa, namun kesalahan yang paling ketara yang dapat pengkaji kenal

pasti adalah murid-murid tidak dapat mengeja, membatang dan menulis perkataan dua suku

kata terbuka KV+KV dengan betul dan kemas.

Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen

untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya dalam aspek

bacaan dan tulisan, pengkaji telah memilih beberapa instrumen untuk mengumpul data

melalui pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Instrumen merupakan alat kajian yang
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

dibina untuk tujuan mengumpul data. antaranya cara pengumpulan data seperti ujian awal,

analisis dokumen, pemerhatian, nota lapangan dan temu bual.

Kelima - lima alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data awal tersebut adalah

seperti yang berikut :

i. Temu bual

ii. Analisis Dokumen ( Hasil Kerja Latihan )

iii. Pemerhatian ( Senarai Semak )

iv. Nota Lapangan

Kelima-lima alat kajian ini telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Pengkaji memilih kelima-lima alat kajian ini disebabkan instrumen ini dapat memberikan

maklumat yang diperlukan terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan dan

penguasaan murid dalam mengeja suku kata terbuka KV+KV.

Temu Bual

Temu bual merupakan salah satu daripada cara mengumpul data yang telah digunakan oleh

pengkaji. Kaedah temu bual ialah kaedah yang memerlukan interaksi bersemuka antara

pengkaji dengan peserta kajian. Terdapat pelbagai jenis temu bual yang boleh digunakan.

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual berstruktur yang turut disokong oleh

pendapat Mahzan Arshad (2013) di mana membantu pengkaji mendapat data yang

diperlukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini. Temu bual jenis ini lebih mudah

digunakan untuk mencungkil maklumat daripada murid kerana murid perlu diberikan

pelbagai jenis soalan untuk memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan. Melalui

temu bual pengkaji dapat melihat dengan lebih menyeluruh lagi tentang punca berlakunya

masalah yang dihadapi oleh 5 orang peserta kajian yang telah dipilih oleh pengkaji.

Temu bual berstruktur melibatkan set soalan yang ditetapkan oleh pengkaji berkaitan

dengan tajuk kajian iaitu kemahiran menulis dan mengeja perkataan dua suku kata dalam

kalangan murid tahun dua. Soalan-soalan yang dibina berdasarkan konstruk-konstruk yang
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

telah disusun supaya terdapat hubungan antara satu sama lain. Soalan yang dikemukakan

kepada semua peserta kajian adalah sama.. Pengkaji telah melaksanakan proses temu bual

berdasarkan skrip soalan yang telah disediakan. Pengkaji memilih temu bual ini kerana

lebih mudah dan jawapan yang diberikan oleh setiap peserta adalah fokus pada isu yang

sama.

Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur ini bagi mendapatkan bukti kesahihan

tanggapan pengkaji bahawa peserta kajian menghadapi masalah mengeja dan menulis

perkataan dua suku kata. Pada masa yang sama, temu bual secara berstruktur ini

dilaksanakan juga bertujuan untuk mengetahui punca permasalan dan sikap mereka

terhadap ejaan. Dapatan daripada temubual tersebut, pengkaji dapati lima orang murid

daripada kelas tahun dua ini lemah dalam kemahiran mengeja suku kata. Berikut

merupakan soalan-soalan temu bual berstruktur yang dikemukakan oleh pengkaji semasa

menjalankan sesi temu bual :

Jadual 2.1 : Transkripsi Soalan dan Jawapan Temu Bual Peserta Kajian

Soalan 1 :

Adakah kamu minat belajar Bahasa Malaysia ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Minat

Peserta Kajian 2 Tidak Minat

Peserta Kajian 3 Tidak Minat

Peserta Kajian 4 Kurang Minat

Peserta Kajian 5 Minat


ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Soalan 2 :

Adakah Bahasa Malaysia susah ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Sedikit susah

Peserta Kajian 2 Ya

Peserta Kajian 3 Ya

Peserta Kajian 4 Susah

Peserta Kajian 5 Ya

Soalan 3 :

Adakah kamu tahu apa itu perkataan dua suku kata ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Tahu

Peserta Kajian 2 Tidak Tahu

Peserta Kajian 3 Tidak Tahu

Peserta Kajian 4 Kurang Tahu

Peserta Kajian 5 Tidak Tahu

Soalan 4 :

Adakah kamu tahu cara membatang dan menulis perkataan dua suku kata ?
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Tahu

Peserta Kajian 2 Tidak

Peserta Kajian 3 Tidak

Peserta Kajian 4 Tidak

Peserta Kajian 5 Tahu

Soalan 5 :

Bolehkah kamu mengeja dengan betul perkataan dua suku kata yang disebut oleh guru

dalam kelas ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Tidak

Peserta Kajian 2 Tidak Boleh

Peserta Kajian 3 Tidak Boleh

Peserta Kajian 4 Tidak Boleh

Peserta Kajian 5 Tidak

Soalan 6 :

Perkataan Baju ini mempunyai berapa suku kata ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian


ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Peserta Kajian 1 1 suku kata

Peserta Kajian 2 1 suku kata

Peserta Kajian 3 4 suku kata

Peserta Kajian 4 4 suku kata

Peserta Kajian 5 2 suku kata

Soalan 7 :

Adakah kamu suka ejaan ?

Peserta Kajian ( PK) Catatan / Jawapan Peserta Kajian

Peserta Kajian 1 Sedikit

Peserta Kajian 2 Tidak

Peserta Kajian 3 Tidak

Peserta Kajian 4 Tidak

Peserta Kajian 5 Sedikit

Berdasarkan jawapan yang diberi dalam sesi temu bual, saya dapati bahawa murid-murid

sudah memahami makna perkataan dua suku kata. Masalah yang didapati melalui sesi temu

bual ini adalah peserta pilihan ini tidak dapat membatangkan suku kata yang pertama

dengan suku kata yang kedua dalam perkataan kv kv dengan betul. Di samping itu, mereka

juga tidak dapat mengeja perkataan dua suku kata KVKV dengan betul dan lancar

disebabkan kekeliruan terhadap bunyi huruf abjad yang hampir sama.


ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Pengkaji juga telah menemu bual pihak yang mempunyai hubungan dengan peserta kajian

terutama sekali guru Bahasa Malaysia di kelas Dua Hijau. Pengkaji memilih untuk

melaksanakan temubual ringkas separa berstruktur dengan guru mata pelajaran Bahasa

Malaysia berkenaan dengan masalah yang dihadapi semasa berdepan dengan peserta

kajian yang belum menguasai kemahiran yang ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk meminta

pendapat tentang sikap dan tahap penguasaan kemahiran lima orang peserta kajian yang

telah dipilih oleh pengkaji.

Rajah 2.1 : Soalan dan Jawapan temu bual bersama guru mata pelajaran Bahasa Malaysia

TMA/GBM/SK/11042017

NO SOALAN PENGKAJI CATATAN JAWAPAN GURU

Berada pada tahap pencapaian yang

Apakah tahap pencapaian murid kurang memuaskan kerana

1. dalam pembelajaran mata pelajaran kebanyakan murid baru sahaja

Bahasa Malaysia ? melepasi ujian pemulihan dalam

subjek Bahasa Malaysia.

Terdapat beberapa orang murid yang

mengikut sesi pengajaran dan


Adakah murid-murid mengikut sesi
pembelajaran dengan penuh perhatian
2. pengajaran dan pembelajaran dengan
dan minat tetapi lebih 60 % murid di
penuh perhatian dan minat ?
kelas ini kuranh berminat mengikuti

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Adakah murid-murid di kelas ini sudah Banyak lagi yang belum menguasai

3. menguasai kemahiran asas 4M ? kemahiran asas 4M.

Sekiranya belum, nyatakan Kemahiran asas yang paling utama


ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

kemahiran yang belum dikuasai. tidak dikuasai oleh murid ialah

kemahiran membaca dan menulis.

Penguasaan kemahiran menulis

adalah kemahiran yang paling kritikal

tidak dikuasai oleh murid.

Kemahiran menulis dalam DSKP Kebanyakan murid dalam kelas ini

Tahun Dua termasuklah menulis tahu maksud perkataan dua suku kata.

perkataan satu suku kata atau lebih Tetapi terdapat beberapa murid yang

4. dengan betul. Adakah murid-murid lemah dalam kemahiran membaca

tahun dua ini sudah mengetahui cara dan menulis masiih tidak faham

pembentukan perkataan dua suku tentang cara pembentukan perkataan

kata ? dua suku kata.

Adakah murid-murid sering Ya. Beberapa orang murid sering

menghadapi masalah ketika mengeja melakukan kesalahan dalam mengeja


5.
dan menulis perkataan dua suku dan menulis perkataan terutamanya

kata ? perkataan dua suku kata.

Murid-murid selalu keliru dengan suku


Apakah masalah yang sering dihadapi
kata yang mempunyai huruf abjad
6. oleh murid-murid semasa membuat
yang hampir sama bunyi seperti b dan
latihan suku kata ?
p, t dan d.

Sebagai seorang guru mata pelajaran Murid-murid sering bermain sesama

Bahasa Malaysia di kelas ini, apakah rakan semasa guru mengajar di dalam

7. punca sebenar masalah penguasaan kelas dan tidak fokus.

kemahiran asas ini tidak dicapai oleh


Murid-murid tidak memahami apa
murid.?
yang disampaikan oleh guru melalui
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

kaedah pengajaran dalam kelas.

Analisis Dokumen ( Hasil Kerja Latihan )

Cara pengumpulan data seterusnya yang digunakan ialah analisis dokumen. Analisis

dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis

kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak,

disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh

dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea,

tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97;

Babbie, 2010: 332).

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan

kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada

pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Melalui

buku kerja ejaan, pengkaji dapat mengesahkan tahap penguasaan peserta kajian dalam

aspek tatabahasa terutamanya pembentukan kata dua suku kata terbuka KV+KV. Dengan

ini, pengkaji dapat mengesahkan masalah tatabahasa yang dihadapi oleh peserta kajian.

Azizi Ahmad (2009) menegaskan bahawa dalam dokumen berbentuk manuskrip yang dapat

menjelaskan makna secara lebih mendalam, teliti dan sistematik. Pengkaji menggunakan

kaedah analisis dokumen dalam bentuk lembaran kerja. Pengkaji membuat semakan buku

latihan murid dan mengenal pasti kelemahan murid dalam mengeja dan menuis perkataan

dua suku kata.Hasil kerja murid sebelum pelaksanaan intervensi dianalisis dengan

mengenal pasti kesalahan-kesalahan ejaan murid. Rentetan itu, pengkaji juga menganalisis

lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji untuk mengukuhkan lagi kesahan datanya.

Berikut merupakan hasil kerja latihan peserta yang menunjukkan masalah dan kesalahan

ejaan suku kata sebelum menjalankan intervensi.


ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Peserta Jenis Kod


Hasil Kerja Latihan Peserta Kajian
Kajian Kesalahan Ejaan

- kesilapan ejaan

- kekeliruan

Peserta Kajian mengeja huruf

1 abjad suku kata

yang hampir sama

bunyi.

- Kesilapan ejaan

- Tidak dapat

Peserta Kajian membatang suku

2 kata yang betul

pada ruang

kosong.
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

- Kesilapan ejaan

- Tidak dapat

Peserta Kajian menulis suku kata

3 yang betul pada

ruang kosong

yang diberi.

- Kesilapan ejaan

- Tidak dapat

membezakan
Peserta Kajian
huruf abjad yang
4
hampir sama bunyi

seperti b dan p, d

dan t.

- Kesilapan ejaan

- Tidak dapat
Peserta Kajian
menulis perkataan
5
suku kata yang

betul.
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Pemerhatian ( Senarai Semak )

Menurut Azam Mahat (2009), kaedah pemerhatian merupakan alternatif yang berkesan bagi

pengkaji untuk memahami tingkah laku dan pemboleh ubah. Pemerhatian merupakan

proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina secara mendalam. Justeru,

pengkaji telah menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan

luar waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian akan dicatatkan dan

diterjemahkan oleh pengkaji dalam bentuk nota lapangan. Hal ini bertujuan untuk mencatat

peristiwa yang berkaitan dengan tingkah laku peserta kajian pengkaji. Senarai semak juga

digunakan dalam proses pengumpulan data pemerhatian. Berikut merupakan boring senarai

semak yang disediakan oleh pengkaji.

Jadual 2.2 : Senarai Semak Borang Pemerhatian

Senarai Semak Borang Pemerhatian

Aspek Kemahiran Mengeja

Perkara Ya Tidak

Peserta sukar mengeja perkataan


1
mudah.

Peserta sering mengeja perkataan


2 yang tiada kaitan makna dengan
perkataan asal.

Peserta sering melakukan kesalahan


3 dalam membatangkan suku kata
dengan tepat.

Peserta tidak dapat mengeja dan


4 perkataan dua suku kata dengan
betul dan kemas.

Peserta keliru untuk membezakan


5. bunyi abjad yang hampir sama dalam
suku kata.
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

Peserta kerap kali melakukan


6. kesalahan menyusun huruf dalam
menulis perkataan.

Aspek Kemahiran Mengeja

Perkara Ya Tidak

Peserta tidak dapat menulis


1. perkataan dua suku kata dengan
betul dan kemas.

Peserta sering menulis suku kata


2. yang salah dan perkataan yang tidak
bermakna.

Peserta tidak dapat menulis


3. perkataan dua suku kata berdasarkan
gambar yang ditunjukkan.

4. Tulisan peserta sukar dibaca

Peserta menulis perkataan suku kata


5.
secara terbalik dan tidak tersusun.

Jadual : Transkripsi Senarai Semak Borang Pemerhatian Peserta Kajian

Senarai Semak Borang Pemerhatian

Aspek Kemahiran Mengeja Dan Menulis

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
Perkara
Y T Y T Y T Y T Y T

Peserta sukar mengeja


1
perkataan mudah.

Peserta sering mengeja


perkataan yang tiada kaitan
2
makna dengan perkataan
asal.

Peserta sering melakukan


3 kesalahan dalam
membatangkan suku kata
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

dengan tepat.

Peserta tidak dapat mengeja


4 dan perkataan dua suku kata
dengan betul dan kemas.

Peserta keliru untuk


membezakan bunyi abjad
5.
yang hampir sama dalam
suku kata.

Peserta kerap kali melakukan


6. kesalahan menyusun huruf
dalam menulis perkataan.

Peserta tidak dapat menulis


7. perkataan dua suku kata
dengan betul dan kemas.

Peserta sering menulis suku


kata yang salah dan
8.
perkataan yang tidak
bermakna.

Peserta tidak dapat menulis


perkataan dua suku kata
9.
berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.


10. Tulisan peserta sukar dibaca

Peserta menulis perkataan


11. suku kata secara terbalik dan
tidak tersusun.

Nota Lapangan

Nota lapangan ialah maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan apa yang

difikirkan serta menjadi imbasan ke atas data yang ada. Maklumat yang diperolehi adalah

seperti idea, strategi dan refleksi yang mempelbagaikan corak maklumat berkenaan.

Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan

tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis
ROZZA PUNG CHAI NYUK / KAJIAN TINDAKAN

sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih

segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang

berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu

pengajaran, tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku.

Pengkaji telah menggunakan nota lapangan untuk mengumpul data awal bagi mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran. Berikut merupakan nota lapangan yang dicatat oleh pengkaji selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran.

NLP/MPK/KEJA/13042017

Anda mungkin juga menyukai