Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TINDAKAN

KEMAHIRAN MANIPULATIF

1. Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

Untuk memerhati dengan lebih jitu, tepat dan teliti, maka kita gunakan alat-alat pengukuranuntuk
membantu kita dalam mengutip data dan membuat pemerhatian. Oleh itu, penggunaanalat-alat saintifik
dengan betul adalah penting, dan sehubungan ini, pelajar perlu diajar untukmengguna dan
mengendalikan alat-alat pengukuran tersebut dengan tepat dan selamat.

Termometer Celsius

Termometer yang digunakan untuk mengukur suhu adalah mudah pecah dan perlu digunakandengan
cermat dan selamat. Sila baca panduan penggunaan termometer di
bawah.1. Jangan "mengoncang ke bawah" satu termometer untuk set semula.2. Jangan menggunakan t
ermometer untuk mengacau cecair.3. Jangan membenarkan termometer menyentuh dasar bekas yang s
edang dipanaskan.4. Bila menggunakan termometer,(a)

Letak hujung bebuli termometer ke dalam objek yang suhunya tidak diketahui(b)

Tunggu beberapa minit untuk termometer melaras kepada suhu objek(c)

Tanpa mengambil keluar termometer daripada objek tersebut, catat nombor pada hujung lajur cecair
dalam termometer.

Silinder Penyukat

1. Letakkan silinder penyukat pada satu permukaan yang rata.2. Lihat silider dari bahagian tepi pada par
as mata.3. Bahagian atas cecair mesti berada pada paras mata. Bahagian atas cecair akan

kelihatan melengkung, dan lengkungan ini dipanggil meniskus

4. Baca silinder penyukat itu pada bahagian bawah meniscus.

Lengkungan meniskusBacaan yang tepat