Anda di halaman 1dari 4

6.

2 FORUM PERBINCANGAN (EMPATI)


KES
En. Rahman bin Ali (bukan nama sebenar) ialah seorang Guru Siswazah di sebuah sekolah
menengah. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun. Sepanjang perkhidmatannya beliau
telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap tugasan yang diberikan.
Berdasarkan prestasi tersebut beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong
Kanan Pentadbiran di sekolah dan telah ditempatkan di sekolah yang baharu. Namun
begitu, sejak menjawat jawatan baharu ini beliau dikesan kerap kali datang lewat
ke sekolah, tidak hadir ke mesyuarat penting, rekod tugasan yang tidak dikemas kini dan
selalu mengelak untuk mengambil tanggungjawab yang diberikan. Beliau lebih banyak
menyendiri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti bersama dengan warga sekolah yang
lain.

Adaptasi dari Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib (2009)

Arahan kepasa peserta:

Berdasarkan kes yang dinyatakan, bagaimanakah anda boleh membantu guru ini
menyelesaikan masalah beliau dengan menggunakan kemahiran empati yang sesuai.

PANDUAN PERBINCANGAN FORUM


1. Memahami masalah yang dihadapi:
Penyesuaian dengan tugas dan tempat baharu
Keupayaan dan kesediaan untuk melaksanakan tugas
Hubungan dengan staf
Tahap motivasi
2. Pilihan-pilihan penyelesaian masalah
3. Membuat keputusan
4. Sokongan dan motivasi
Kemahiran Empati Kajian Kes encik Rahman bin Ali
by ZULFIQKAR ABD MUES NPQEL17A1 SRSB1 - Thursday, 1 June 2017, 9:15 PM

Empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP 2006). Menurut Gentry, weber dan Sadri
(2007) menyatakan empati adalah keupayaan mengalami dan memahami pemikiran,
emosi, dapat mengesan perasaan, memahami perspektif orang lain dan berminat untuk
membantu memenuhi keperluan tersebut. Ini selaras dengan pemahaman berkaitan
empati yang dikemukakan oleh Goleman(2006) yang menyatakan empati adalah
kemampuan untuk memahami perasaan dan perspektif orang lain serta melibatkan
pembinaan rapport. Kebolehan empati ini tidak dipamerkan secara nyata tetapi
seseorang yang menerima empati akan dapat merasakan masalahnya dikongsi
bersama. Empati juga selalunya dikatakan sebagai keupayaan seseorang masuk ke
dalam kasut orang lain dan menyelami serta memahami pemikiran dan perasaan yang
dihadapi oleh orang berkenaan.
Empati lebih mendalam berbanding dengan simpati. Simpati adalah perasaan belas
kasihan, timbang rasa terhadap seseorang atau sesuatu terutamanya apabila ditimpa
kesusahan dan penderitaan (PRPM, 2006). Sempati juga merangkumi kemampuan
seseorang untuk memberikan sokongan kepada orang lain melalui belas kasihan atau
perasaan sensitif (Gentry, weber dan Sadri 2007). Manakala empati merupakan elemen
penting dalam kepimpinan. Banyak teori kepimpinan yang mencadangkan bahawa
keupayaan seseorang pemimpin mempunyai dan memaparkan empati adalah
sebahagian daripada cirri-ciri kepimpinan. Bass (1985) menyatakan bahawa kepimpinan
transformasi perlu mempunyai empati bagi membuktikan keprihatinan terhadap
keperluan dan pencapaian pengikut mereka. Oleh itu, seseorang pemimpin organisasi
perlu mempunyai kemahiran empati yang baik bagi mewujudkan keharmonian dalam
organisasi perlu mempunyai kemahiran empati yang baik bagi mewujudkan keharmonian
dalam organisasi, hubungan pemimpin dan pekerja yang dinamik serta peningkatan
motivasi pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.
Dalam kes encik Rahman bin Ali (bukan nama sebenar) merupakan seorang
Guru Siswazah di sebuah sekolah menengah telah berkhidmat selama 15 tahun dan
telah dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan pentadbiran kerana telah berkhidmat
dengan cemerlang. Setelah dipindahkan ke sekolah baharu beliau mula menujukkan
masalah dalam bidang tugas yang baharu dipegangnya seperti:
1. Di sekolah baru sering lambat datang ke sekolah
2. Selalu tidak hadir mesyuarat penting
3. Mengelak daripada tanggungjawab yang diberikan
4. Suka menyendiri.
5. Tidak melibatkan diri dengan aktiviti bersama warga sekolah yang lain.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai empati yang sangat baik akan
sentiasa berfikiran positif terhadap apa juga masalah ahli dalam organisasinya. Oleh itu,
untuk masalah encik Rahman daripada perspektif seorang pemimpin terhadap masalah
beliau seperti berikut ;
1. Sering lambat datang ke sekolah disebabkan oleh masalah peribadi, hantar anak ke
sekolah, perjalanan jauh ke sekolah baru, bajet harian meningkat, melakukan kerja
sampingan, kereta rosak, pengurusan masa yang lemah.
2. Suka menyendiri, mengelak daripada tanggungjawab yang diberikan, tidak
melibatkan aktiviti dengan warga sekolah yang lain disebabkan oleh penyesuaian kerja di
tempat baru, hubungan dengan rakan sekerja tidak mesra dan tiada kesediaan untuk
melaksanakan tugas yang diamanahkan.
3. Tidak hadir mesyuarat penting disebabkan oleh kurang keyakinan melaksanakan
tugas, motivasi kerja menurun atau tahap motivasi rendah.
4. Rekod tugas tidak kemas disebabkan oleh pengurusan masa yang lemah, tiada
senarai semak tugas utama dan menangguh kerja.

Oleh kerana masalah yang dihadapi oleh encik Rahman selaku pemimpin dalam
organisasi sekolah iaitu pengetua hendaklah mengambil langkah untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh staf bawahannya. Ada dua cara penyelesaian yang boleh
diguna oleh pengetua seperti berikut:
1. Mewujudkan hubungan yang positif dengan encik Rahman agar boleh mendapat
kesedaran tentang keperluan beliau disamping memberi peluang untuk mencipta ruang
persekitaran komunikasi terbuka. Melalui komunikasi empatik pengetua mampu
memahami perasaan, situasi atau keadaan encik Rahman tanpa dipengaruhi untuk
mengikut kepentingan orang lain dan mengabaikan kepentingan diri sendiri. Antara
kemahiran utama komunikasi empatik adalah kemahiran mendengar yang merangkumi
penggunaan eye contact yang sesuai, tidak membuat penilaian awal, bersikap tulen
dan tidak berpura-pura dan member tumpuan terhadap komunikasi verbal dan non-
verbal. Di samping itu, Pengetua juga perlu mempunyai kemahiran memberi respon agar
boleh memparafrasa, member refleksi kandungan, pengalaman atau perasaan,
mendorong proses komunikasi secara verbal, bukan verbal dan menggunakan ayat yang
menunjukkan Pengetua memahami situasi encik Rahman.

2. Pengetua juga perlu mewujudkan dan mengukuhkan budaya empati dengan


memainkan peranan bagi memastikan empati ini terus kekal dalam organisasi. Antara
peranan yang boleh dimainkan oleh pengetua untuk membantu encik Rahman adalah:
i. Mewujudkan budaya organisasi yang positif berasaskan keterbukaan dan
pemahaman.
ii. Pengetua memahami kehendak, perasaan dan pemikiran encik Rahman
dan mengarah kepada kejayaan.
iii. Mewujudkan hubungan yang telus antara beliau dengan encik Rahman.
iv. Mencipta suasana sepakat dalam apa jua keadaan.
v. Memotivasikan encik Rahman membuat keputusan yang lebih baik.

Rumusan daripada kes encik Rahman bin Ali boleh di atasi dengan mengunakan
kemahiran empatik merupakan salah satu kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan
diamalkan oleh pemimpin organisasi dan setiap manusia perlu dihargai dan didengari.
Kemahiran empatik yang dikuasai oleh pemimpin membantu mereka mengenali warga
organisasi dengan lebih dekat dan mengenal pasti bentuk bantuan, sokongan dan
tindakan yang boleh dilaksanakan dalam organisasi.