Anda di halaman 1dari 30

LEMBAGA PEPERIKSAAN

FORMAT PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM

ALIRAN KEMAHIRAN

MULAI TAHUN 2011

1
ISI KANDUNGAN HALAMAN

Objektif Pentaksiran 3

Format Instrumen Pentaksiran 4

Bentuk Pelaksanaan Kertas 1224 58

Pentaksiran Berasaskan Sekolah 9

Senarai Semak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 10 12

Contoh Instrumen Lampiran 1

Contoh Peraturan Pemarkahan Lampiran 2

Jadual Spesifikasi Pendidikan Islam SPAK 25 27

Borang Markah Individu (Lampiran A) 28 29

Borang Rumusan Skor (Lampiran B) 30

2
1.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN MODUL PENDIDIKAN ISLAM ALIRAN KEMAHIRAN

Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut adalah objektif pentaksiran Modul


Pendidikan Islam yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam
mempamerkan:
1.1 Pengetahuan berkaitan asas-asas membaca al-Quran, asas-asas akidah, asas-
asas ibadah, adab-adab dalam Islam dan perkara-perkara yang berkaitan
tamadun Islam.

1.2 Memahami perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam.

1.3 Membaca al-Quran dengan fasih dan lancar mengikut hukum tajwid.

1.4 Memahami kaedah melaksanakan ibadah dengan sempurna.

1.5 Memahami adab-adab Islam dalam kehidupan seharian.

1.6 Menghafaz bacaan dalam sembahyang dan doa-doa harian.

1.7 Mengaplikasi ibadah khusus dan ibadah umum dalam kehidupan seharian.

2.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item-item yang dikemukakan mempunyai tiga aras iaitu:

2.1 Aras RENDAH (R)

2.2 Aras SEDERHANA (S)

2.3 Aras TINGGI (T)

3.0 FORMAT PENTAKSIRAN

3.1 Kertas 1 (Kod 1224/1)


Gabungan Ujian Objektif dan Subjektif

3.2 Kertas 2 (Kod 1224/2)


Gabungan Ujian Tilawah, Hafazan dan Amali

3
FORMAT INSTRUMEN PENTAKSIRAN
MATA PELAJARAN 1224 PENDIDIKAN ISLAM MULAI TAHUN 2011

Bil Perkara Kertas 1 Kertas 2

1 Kod Instrumen 1224/1 1224/2


2 Jenis Instrumen Gabungan Ujian Objektif dan Gabungan Ujian Tilawah,
Ujian Subjektif Hafazan dan Amali
3 Jenis Item Bahagian A Bahagian A
Objektif Bukan Aneka Pilihan Tilawah

Bahagian B Bahagian B
Subjektif Respons Terhad Hafazan dan Amali

4 Bilangan Soalan Bahagian A Bahagian A


30 soalan (Jawab semua) Buku Iqra 6

Bahagian B Bahagian B
3 soalan (Jawab semua) Rukun bacaan dalam solat,
bacaan sunat dalam solat,
doa-doa harian dan amali solat

5 Jumlah Markah Bahagian A Bahagian A


30 10

Bahagian B Bahagian B
40 20

JUMLAH : 70 JUMLAH : 30

JUMLAH BESAR : 100

6 Tempoh Ujian 1 jam 30 minit Tingkatan 5 : Mei - Julai


7 Wajaran Konstruk Pengetahuan & Kefahaman Tilawah : 30%
100% Hafazan & Amali : 70%
8 Cakupan Konteks Bidang Pembelajaran Bidang Pembelajaran
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Berdasarkan Modul Berdasarkan Modul
Pembelajaran Pendidikan Pembelajaran Pendidikan
Islam Islam
(BPK) (BPK)
9 Nisbah Aras Kesukaran
Item
Aras Rendah : R
R:S:T=5:3:2
Aras Sederhana : S
Aras Tinggi : T

4
BENTUK PELAKSANAAN KERTAS 1224

1. Panduan dan soalan disediakan oleh LP


LP akan mengeluarkan panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan
Islam Aliran Kemahiran dan akan dihantar ke sekolah sekali sahaja kecuali jika ada
perubahan atau permohonan. Pihak sekolah hendaklah menyimpan dokumen ini.
Manakala instrumen disediakan oleh LP dan akan dihantar ke sekolah pada setiap
tahun.

2. Pentaksiran dilakukan oleh guru sendiri


Pentaksiran ini akan dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut atau
mana-mana guru yang dilantik oleh pihak sekolah atau dilantik oleh Jabatan Pendidikan
Negeri berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh LP.

3. Pemantauan
Untuk melihat dan memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan ketetapan
yang telah dibuat oleh LP, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa. Pegawai
pemantau adalah terdiri daripada sama ada pegawai LP, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah Bahagian dan/atau individu yang dilantik oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.

4. Markah diambil kira dalam menentukan keputusan mata pelajaran


Markah PBS adalah diambil kira dalam menentukan gred keputusan mata pelajaran ini
dan merupakan sebahagian daripada markah keseluruhan mata pelajaran Pendidikan
Islam Aliran Kemahiran.

MAKLUMAT AM
1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah wajib bagi semua calon yang
mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam Aliran Kemahiran.

2. PBS dijalankan kepada calon Tingkatan 5 Aliran Kemahiran sahaja.

3. Markah penuh ujian ini adalah 100 markah.

4. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pemeriksa PBS yang terdiri


darpada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam.

5. Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah merancang dan melaksanakan PBS ini bagi


semua calon.

5
6. Pelaksanaan PBS hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan 5 Aliran Kemahiran.

7. Ujian ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan.

8. Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan PBS ini hendaklah dimaklumkan kepada
calon.

9. Aktiviti penyetaraan akan dilaksanakan oleh pegawai penyetara yang dilantik oleh LP.

10. Tarikh akhir guru pemeriksa menghantar Borang Rumusan Skor ialah pada 30
September tahun semasa.

ARAHAN KEPADA PIHAK SEKOLAH


1. Mematuhi arahan Lembaga Peperiksaan berkaitan pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bagi calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam.

2. Melantik Jawatankuasa Pentaksir PBS.

3. Memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pentaksir PBS.

4. Memastikan bahawa guru-guru penilai faham dan dapat menjalankan penilaian PBS
mengikut panduan pentaksiran yang disediakan.

5. Memberi taklimat dan penerangan berkaitan ujian ini kepada calon.

6. Menyediakan perancangan dan keperluan-keperluan tertentu untuk kemudahan proses


pentaksiran ini.

7. Menghantar Borang Rumusan Skor kepada Lembaga Peperiksaan sebelum atau pada
30 September tahun semasa.

6
ARAHAN KEPADA PENTAKSIR
1. Tiap-tiap guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 Aliran Kemahiran adalah guru pentasir bagi calon.

2. Memahamkan calon berkaitan PBS dari aspek elemen, kriteria dan prosedur
pentaksiran.

3. Memastikan calon sebenar yang mengambil PBS.

4. Memberi markah kepada calon secara adil.

5. Mengambil tindakan segera terhadap sebarang komen atau nasihat daripada pegawai
penyetara yang dilantik oleh LP, pegawai JPN dan pihak sekolah.

6. Menyatu, menyelaras dan memuktamadkan markah yang diperoleh.

7. Merekod markah yang diperoleh dalam borang markah yang disediakan.

BORANG PENTAKSIRAN
1. Guru Pentaksir dikehendaki mengisi Borang Markah Individu.
(Rujuk Lampiran A)

2. Guru Pentaksir dikehendaki melengkapkan Borang Rumusan Skor.


(Rujuk Lampiran B)

3. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah difailkan dan disimpan di tempat
yang selamat.

4. Borang Rumusan Skor mestilah dihantar kepada LP sebelum atau pada 30 September
tahun semasa.

7
ELEMEN YANG DITAKSIR
1. Tilawah
1.1 Membaca al-Quran

2. Hafazan
2.1 Menghafaz bacaan dalam solat
2.2 Doa-doa harian

3. Amali
3.1 Amali solat

8
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MODUL 1224 PENDIDIKAN ISLAM (ALIRAN KEMAHIRAN)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Pelaksanaan pentaksiran tersebut dapat:
1. Membaca al-Quran dengan fasih dan lancar mengikut hukum tajwid.
2. Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
3. Mengamalkan doa-doa dalam kehidupan seharian.
4. Melaksanakan ibadat solat dengan sempurna.

ELEMEN PENTAKSIRAN TILAWAH, HAFAZAN DAN AMALI PENDIDIKAN ISLAM

Aspek diuji
Tempoh Tempat
Tilawah Hafazan/Amali
- Iqra Buku 6 - Bacaan dalam solat Mei Julai Bilik darjah / surau /
- Surah-surah lazim - Doa-doa harian tempat-tempat yang
sesuai.
- Solat

1. Surah-surah Lazim (Tilawah)


1.1 Dalam bahagian ini, enam surah pilihan disediakan. Guru pentaksir hendaklah
menggunakan kesemua petikan.
1.2 Calon dikehendaki membaca petikan tersebut dengan jelas.

2. Iqra Buku 6
2.1 Dalam bahagian ini, pentaksir hendaklah memilih secara rawak mana-mana
petikan dalam buku Iqra.
2.2 Calon dikehendaki membaca petikan dengan jelas.

3. Hafazan
3.1 Tugasan terdiri daripada bacaan-bacaan dalam solat dan doa-doa harian yang
ditetapkan.
3.2 Calon diwajibkan menghafaz keseluruhan tugasan yang telah dikemukakan
kepadanya.

4. Amali
4.1 Dalam bahagian ini, pentaksir akan melihat pelajar melakukan amali solat.
4.2 Calon dikehendaki melaksanakan rukun-rukun solat.

9
SENARAI SEMAK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
MODUL 1224/2 PENDIDIKAN ISLAM (ALIRAN KEMAHIRAN)

1.0 TILAWAH
1.1 Iqra Buku 1 hingga Buku 6

1.2 Bacaan surah-surah lazim


1.2.1 Surah al-Insyirah
1.2.2 Surah al-Fil
1.2.3 Surah al-Kauthar
1.2.4 Surah al-Maun
1.2.5 Surah al-Asr
1.2.6 Ayat Kursi

2.0 HAFAZAN
2.1 Bacaan dalam solat
2.1.1 Niat solat-solat fardu dan solat jenazah
2.1.2 Bacaan al-Fatihah
2.1.3 Bacaan rukuk
2.1.4 Bacaan iktidal
2.1.5 Bacaan sujud
2.1.6 Bacaan duduk di antara dua sujud
2.1.7 Bacaan tahiyat akhir
2.1.8 Bacaan doa qunut
2.1.9 Bacaan dalam solat jenazah

2.2 Doa-doa harian


2.2.1 Doa sebelum makan
2.2.2 Doa selepas makan
2.2.3 Doa sebelum tidur
2.2.4 Doa selepas bangun tidur
2.2.5 Doa sebelum masuk tandas
2.2.6 Doa selepas keluar tandas
2.2.7 Doa untuk ibu bapa
2.2.8 Doa belajar / penerang hati
2.2.9 Doa selepas solat

10
PENENTUAN SKOR ELEMEN TILAWAH

TAHAP KRITERIA SKOR

1 Bacaan kurang lancar. 13


Sebutan kurang jelas.
Membaca tanpa hukum tajwid.
Membaca dengan bantuan guru.
Boleh membaca Iqra.

2 Bacaan kurang lancar. 46


Sebutan kurang jelas.
Terdapat kesalahan hukum tajwid.

3 Membaca dengan fasih dan lancar. 7 10


Membaca dengan jelas (fasahah).
Membaca mengikut hukum tajwid.

11
PENENTUAN SKOR ELEMEN HAFAZAN DAN AMALI

TAHAP KRITERIA SKOR

1 Boleh menghafaz sekurang-kurangnya 1 3 bacaan 16


dalam solat dan doa harian.

Bacaan kurang lancar.

Membaca dengan bantuan guru.

Sebutan kurang jelas.

Boleh melakukan rukun solat sahaja.

2 Boleh menghafaz sekurang-kurangnya 4 6 bacaan 7 13


dalam solat dan doa harian.

Sebutan kurang lancar.

Sebutan kurang jelas.

Boleh melakukan rukun solat dan sebahagian perkara


sunat.

3 Boleh menghafaz sekurang-kurangnya 7 9 bacaan 14 20


dalam solat dan doa harian.

Boleh menghafaz dengan baik.

Sebutan jelas.

Boleh melakukan rukun solat berserta sunat-sunatnya


dengan sempurna.

12
13
1224/1 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
14
SULIT 2 1224/1

Bahagian A
[30 markah]
Jawab semua soalan.

) pada pernyataan yang betul dan tanda (


Tanda ( ) pada pernyataan yang salah.

No.
Pernyataan
Soalan

1 Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Daud a.s.


2 Menyembah berhala adalah satu contoh perbuatan menyekutukan Allah SWT.
3 Penzina yang telah berkahwin dipanggil penzina muhsan.
4 Jika jenazah lelaki, imam akan berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah
semasa solat jenazah.
5 Membaca selawat dalam tahiyat akhir merupakan rukun solat.
6 Ibadah korban dilaksanakan pada tanggal 10 hingga 13 Zulhijah.
7 Tujuan mengadakan kenduri kahwin (walimatulurus) ialah untuk bermegah-
megah.
8 Lelaki dibolehkan memakai jam tangan emas.
9 Islam mengharuskan umatnya memakan makanan yang haram ketika darurat.
10 Al-Quran telah dibukukan pada zaman Sayidina Umar bin al-Khatab.

Pilih jawapan yang betul di dalam kurungan.

11 Antara tanda-tanda kiamat ialah munculnya Imam (Mahdi / Makmum / Mahmud).

12 Hukum menggunakan dadah untuk tujuan perubatan adalah (haram / harus / makruh).

13 Malaikat yang bertugas menjaga neraka ialah (Atid / Malik / Nakir).

14 Ahmad mengadakan kenduri (akikah / walimatulurus / korban) sempena kelahiran


anaknya.

15 Haji ialah mengunjungi (Baitulmal / Baitullah / Baitulmaqdis) di Makkah untuk


mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

1224/1 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15


SULIT
SULIT 3 1224/1

16 Nikah mengandungi (tiga / empat / lima) rukun.

17 Solat sunat (rawatib / hari raya / tahajud) dikerjakan bagi mengiringi solat fardu.

18 Had aurat lelaki yang wajib ditutup ialah dari pusat hingga ke (betis / lutut / buku lali).

19 Dasar pentadbiran Khulafa ar-Rasyidin adalah berdasarkan al-Quran dan (al-Qias /


al-Ijmak / as-Sunnah).

20 Pusat pentadbiran Khulafa ar-Rasyidin di (Madinah / Makkah / Mesir).

Soalan 21 hingga Soalan 30 berdasarkan pilihan jawapan di bawah.

haram liwat Abdullah bin Abi Qahafah marik 40

makruh salam Umar bin al-Khatab sai 25

21 Hukuman ke atas orang Islam yang meminum arak ialah _____________ kali sebatan.

22 Perbuatan ________________ ialah hubungan luar tabii antara lelaki dengan lelaki.

23 Bilangan rasul yang wajib diketahui ialah seramai ________________ orang.

24 Solat ialah ibadah yang bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan
______________.

25 Hukum orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk berkahwin
ialah ________________.

26 Urat halkum dan urat ________________ hendaklah diputuskan semasa menyembelih


binatang.

27 Hukum memakai wangi-wangian secara berlebihan bagi wanita adalah


________________.

28 Selepas menunaika tawaf, jemaah haji akan melakukan ________________.

29 Al-Farouq ialah gelaran kepada ________________.

30 Nama sebenar Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ialah ________________.

1224/1 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


16
SULIT 4 1224/1

Bahagian B
[40 markah]
Jawab semua soalan.

1 (a) (i) Senaraikan tiga rukun Islam selain daripada zakat. [3 markah]
(ii) Nyatakan dua jenis zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam. [2 markah]
(iii) Senaraikan dua perkara yang membatalkan iman. [2 markah]

(b) (i) Apakah maksud zina? [2 markah]


(ii) Nyatakan dua faktor berlakunya zina. [2 markah]
(iii) Jelaskan dua akibat daripada perbuatan zina. [4 markah]

2 (a) (i) Apakah maksud istinjak? [2 markah]


(ii) Senaraikan tiga alat yang boleh digunakan untuk beristinjak. [3 markah]

(b) Nyatakan dua jenis najis berserta dengan contohnya. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan dua perkara sunat sembelihan. [2 markah]


(ii) Apakah maksud korban? [2 markah]
(iii) Antara hikmah korban ialah memperingati peristiwa pengorbanan Nabi
Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Jelaskan hikmah korban selain daripada yang dinyatakan di atas. [2 markah]

3 (a) (i) Senaraikan tiga cara berhias diri yang dilarang oleh Islam. [3 markah]
(ii) Nyatakan dua kebaikan berhias diri menurut Islam. [2 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri makanan yang baik. [3 markah]

(c) Khulafa ar-Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang
jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Senaraikan dua nama lain Khulafa ar-Rasyidin. [2 markah]

1224/1 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


17
SULIT 5 1224/1

KERTAS JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A

NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

1 ................................................................... 21 ...................................................................
2 ................................................................... 22 ...................................................................
3 ................................................................... 23 ...................................................................
4 ................................................................... 24 ...................................................................
5 ................................................................... 25 ...................................................................
6 ................................................................... 26 ...................................................................
7 ................................................................... 27 ...................................................................
8 ................................................................... 28 ...................................................................
9 ................................................................... 29 ...................................................................
10 ................................................................... 30 ...................................................................
11 ...................................................................
12 ...................................................................
13 ...................................................................
14 ...................................................................
15 ...................................................................
16 ...................................................................
17 ...................................................................
18 ...................................................................
19 ...................................................................
20 ...................................................................

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa:
Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh
A 1 hingga 30 30
B 1 15
2 15
3 10
Jumlah 70

1224/1 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


18
19
20
SULIT 2 1224/1(PP)

SKEMA JAWAPAN INSTRUMEN OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM

Bahagian A

) pada pernyataan yang betul dan tanda (


Tanda ( ) pada pernyataan yang salah.

No.
Pernyataan Jawapan
Soalan

1 Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Daud a.s. 


2 Menyembah berhala adalah satu contoh perbuatan menyekutukan 
Allah SWT.
3 Penzina yang telah berkahwin dipanggil penzina muhsan. 
4 Jika jenazah lelaki, imam akan berdiri bertentangan dengan 
pinggang jenazah semasa solat jenazah.
5 Membaca selawat dalam tahiyat akhir merupakan rukun solat. 
6 Ibadah korban dilaksanakan pada tanggal 10 hingga 13 Zulhijah. 
7 Tujuan mengadakan kenduri kahwin (walimatulurus) ialah untuk 
bermegah-megah.
8 Lelaki dibolehkan memakai jam tangan emas. 
9 Islam mengharuskan umatnya memakan makanan yang haram 
ketika darurat.
10 Al-Quran telah dibukukan pada zaman Sayidina Umar bin al- 
Khatab.

11 Mahdi 21 40
12 harus 22 liwat
13 Malik 23 25
14 akikah 24 salam
15 Baitullah 25 makruh
16 lima 26 marik
17 rawatib 27 haram
18 lutut 28 sai
19 as-Sunnah 29 Umar bin al-Khatab
20 Madinah 30 Abdullah bin Abi Qahafah

Lihat halaman sebelah


1224/1(PP) SULIT
21
SULIT 2 1224/1(PP)

Bahagian B

No. Soalan Jawapan Markah

1 (a) (i) Tiga rukun Islam selain daripada zakat: 3 isi 1m


Mengucap dua kalimah syahadah. = 3m
Mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
Berpuasa di bulan Ramadan.
Menunaikan haji di Makkah.

(ii) Dua jenis zakat: 2 isi 1m


Harta = 2m
Fitrah

(iii) Dua perkara yang membatalkan iman: 2 isi 1m


Syirik = 2m
Kufur
Riddah
Khurafat
Sihir
Nifak

(b) (i) Maksud zina: 1 isi 2m


Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah. = 2m

(ii) Dua faktor berlakunya zina: 2 isi 1m


Kurang didikan agama. = 2m
Lemah iman dan penghayatan Islam.
Terpedaya dengan keseronokan dunia.
Menonton bahan-bahan lucah.
Pergaulan bebas
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)

(iii) Dua akibat perbuatan zina: 2 isi 2m


Timbul pergaduhan dan permusuhan menyebabkan = 4m
huru-hara dalam masyarakat.
Menjatuhkan maruah diri dan keluarga kerana
dihina oleh orang lain.
Merebaknya penyakit merbahaya melalui
hubungan seks bebas.
Melahirkan zuriat yang tidak sah menyebabkan
runtuhnya institusi keluarga.

Lihat halaman sebelah


22
1224/1(PP) SULIT
SULIT 3 1224/1(PP)

No. Soalan Jawapan Markah

2 (a) (i) Maksud istinjak: 1 isi 2m


= 2m
Menyucikan qubul dan dubur selepas membuang air
besar atau air kecil.

(ii) Tiga alat untuk beristinjak: 3 isi 1m


= 3m
Air mutlak
Batu
Daun kering
Tisu
Kulit kayu

(b) Dua jenis najis berserta contohnya: 2 isi 2m


= 4m
Najis mukhaffafah: air kencing kanak-kanak lelaki
yang hanya menyusu susu ibunya yang berumur
kurang daripada 2 tahun.
Najis mutawassitah: nanah, bangkai, darah, najis
dan lain-lain.
Najis mughallazah: anjing dan babi.

(c) (i) Dua perkara sunat semasa sembelihan: 2 isi 1m


= 2m
Memutuskan urat wadajan.
Menghadapkan binatang ke arah kiblat.
Menggunakan pisau yang tajam.
Dilakukan pada siang hari.
Membaringkan binatang di atas lambung kiri.

(ii) Maksud korban: 1 isi 2m


= 2m
Menyembelih binatang al-Anam pada hari raya
korban da hari-hari tasyrik dengan syarat-syarat
tertentu.

(iii) Hikmah korban: 1 isi 2m


= 2m
Mengeratkan hubungan silaturahim.
Tanda bersyukur kepada Allah SWT.
Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)

Lihat halaman sebelah


1224/1(PP) SULIT
23
SULIT 4 1224/1(PP)

No. Soalan Jawapan Markah

3 (a) (i) Tiga cara berhias diri yang dilarang oleh Islam: 3 isi 1m
= 3m
Memakai emas bagi lelaki.
Memakai pakaian yang berlawanan jantina.
Pembedahan plastik bertujuan kecantikan.
Membuat tatu.
Memakai susuk.
Menyuntik botox.
Menyambung rambut / cukur kening / rambut
palsu.
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)

(ii) Dua kebaikan berhias diri menurut Islam: 2 isi 1m


= 2m
Mendapat pahala.
Menjaga maruah diri dan Islam.
Dapat mengelak diri daripada fitnah.
(Mana-mana jawapan munasabah diterima)

(b) Tiga ciri makanan yang baik: 3 isi 1m


= 3m
Berkhasiat dan berkualiti.
Bahan yang halal.
Dibuat oleh orang Islam.
Tidak memudaratkan kesihatan.
Datang dari sumber yang halal.

(c) Nama-nama Khulafa ar-Rasyidin: 2 isi 1m


= 2m
Sayidina Abu Bakar bin as-Siddiq
Sayidina Umar bin al-Khatab
Sayidina Uthman bin Affan
Sayidina Ali bin Abi Talib

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Lihat halaman sebelah


1224/1(PP) SULIT
24
JADUAL SPESIFIKASI PENDIDIKAN ISLAM SPAK

KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK


1 2 3 4
KOD TAJUK
Hafazan/
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi
Bacaan/Amali
1.0 ASAS AL-QURAN
1.1 Iqra 1 / /
1.2 Iqra 2 / /
1.3 Iqra 3 / / /
1.4 Iqra 4 / / /
1.5 Iqra 5 / / /
1.6 Iqra 6 / /
1.7 Hukum Nun Mati dan Tanwin / /
1.8 Hukum Mim Mati / / /
1.9 Hukum Mad / / /

2.0 AKIDAH
2.1 RUKUN ISLAM
2.1.1 Mengucap dua kalimah
/
syahadah
2.1.2 Solat lima waktu / /
2.1.3 Puasa di bulan Ramadan / /
2.1.4 Zakat /
2.1.5 Haji /

2.2 RUKUN IMAN


2.2.1 Beriman kepada Allah /
2.2.2 Beriman kepada Malaikat /
2.2.3 Beriman kepada Kitab /
2.2.4 Beriman kepada Rasul /
2.2.5 Beriman kepada Hari Kiamat /
2.2.6 Beriman kepada Qada dan
/
Qadar
2.2.7 Perkara yang membatalkan
/
iman

2.3 DOSA-DOSA BESAR


2.3.1 Pengertian dan jenis-jenis
/ /
dosa
2.3.2 Derhaka kepada ibu bapa / /
2.3.3 Minum arak dan menagih
/ /
dadah
2.3.4 Zina dan menuduh zina / /
2.3.5 Liwat dan musahaqah / /
2.3.6 Membunuh diri / /
2.3.7 Akibat melakukan dosa
/ /
besar
2.3.8 Cara-cara menghindari dosa
/ / /
besar

25
KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK
1 2 3 4
KOD TAJUK
Hafazan/
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi
Bacaan/Amali
3.0 IBADAH
3.1 BERSUCI
3.1.1 Najis / /
3.1.2 Istinjak / /
3.1.3 Wuduk / /
3.1.4 Mandi wajib / /

3.2 SOLAT FARDU


3.2.1 Rukun solat / /
3.2.2 Perkara-perkara sunat dalam
/
solat
3.2.3 Perkara-perkara yang
/ /
membatalkan solat
3.2.4 Amali solat
3.2.5 Solat berjemaah

3.3 SEMBELIHAN, KORBAN


DAN AKIKAH
3.3.1 Sembelihan /
3.3.2 Korban dan Akikah

3.4 SOLAT JENAZAH


3.4.1 Kedudukan imam dan
/
jenazah
3.4.2 Bacaan dalam solat jenazah /
3.4.3 Kaifiat solat jenazah / /
3.4.4 Amali solat jenazah

3.5 AMALAN-AMALAN SUNAT


3.5.1 Doa-doa harian / /
3.5.2 Ayat-ayat lazim /
3.5.3 Zikir / /
3.5.4 Solat-solat sunat / / /

3.6 PERKAHWINAN DALAM


ISLAM
3.6.1 Pengertian dan hukum
/ /
perkahwinan
3.6.2 Kesan dan hikmah
perkahwinan
3.6.3 Kaifiat perkahwinan dalam
/
Islam
3.6.4 Tanggungjawab suami isteri / /
3.6.5 Masalah rumahtangga dan
penyelesaian

26
KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK KONSTRUK
1 2 3 4
KOD TAJUK
Hafazan/
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi
Bacaan/Amali
4.0 ADAB ISLAMIAH
4.1 ADAB BERHIAS DIRI
4.1.1 Panduan adab berhias diri
/
menurut Islam
4.1.2 Berhias diri yang dilarang
/ /
dalam Islam
4.1.3 Kebaikan adab berhias diri / /

4.2 MAKANAN DAN MINUMAN


YANG BAIK
4.2.1 Ciri-ciri makanan yang baik
/ /
dan halal
4.2.2 Contoh makanan yang baik
/ /
dan halal
4.2.3 Kebaikan makanan yang
/ /
baik dan halal

5.0 SIRAH
5.1 KERAJAAN KHULAFA AR-
RASYIDIN
5.1.1 Pengertian Khulafa ar-
/
Rasyidin
5.1.2 Nama-nama dan latar
/
belakang Khulafa ar-Rasyidin
5.1.3 Jasa dan sumbangan
/ /
terhadap tamadun Islam

27
Lampiran A

BORANG MARKAH INDIVIDU


PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
(BAHAGIAN A)

Nama : .........................................................................................................................

No. Kad Pengenalan : .........................................................................................................................

Angka Giliran : .........................................................................................................................

Sekolah : .........................................................................................................................

TILAWAH : 10 markah

Bil Perkara Dinilai Skala Markah Skor Calon Catatan

1 Membaca dengan fasih dan 7 10


lancar.
Membaca dengan jelas (fasahah).
Membaca mengikut hukum tajwid.

2 Bacaan kurang lancar. 46


Sebutan kurang jelas.
Terdapat kesalahan hukum tajwid.

3 Bacaan kurang lancar. 13


Sebutan kurang jelas.
Membaca tanpa hukum tajwid.
Membaca dengan bantuan guru.
Boleh membaca Iqra.

JUMLAH SKOR

Nama Pentaksir : .................................................................

Tandatangan Pentaksir : .................................................................

Pengesahan Pengetua : .................................................................

28
BORANG MARKAH INDIVIDU
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
(BAHAGIAN B)

Nama : .........................................................................................................................

No. Kad Pengenalan : .........................................................................................................................

Angka Giliran : .........................................................................................................................

Sekolah : .........................................................................................................................

HAFAZAN : 20 markah

Bil Perkara Dinilai Skala Markah Skor Calon Catatan

1 Boleh menghafaz sekurang- 14 20


kurangnya 7 9 bacaan dalam
solat dan doa harian.
Boleh menghafaz dengan baik.
Sebutan jelas.
Boleh melakukan rukun solat dan
sunat-sunatnya dengan sempurna.

2 Boleh menghafaz sekurang- 7 13


kurangnya 4 6 bacaan dalam
solat dan doa harian.
Sebutan kurang lancar.
Sebutan kurang jelas.
Boleh melakukan rukun solat dan
sebahagian perkara sunat.

3 Boleh menghafaz sekurang- 16


kurangnya 1 3 bacaan dalam
solat dan doa harian.
Bacaan kurang lancar.
Membaca dengan bantuan guru.
Sebutan kurang jelas.
Boleh melakukan rukun solat
sahaja.

JUMLAH SKOR

Nama Pentaksir : .................................................................

Tandatangan Pentaksir : .................................................................

Pengesahan Pengetua : .................................................................

29
Lampiran B

BORANG RUMUSAN SKOR


PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MODUL PENDIDIKAN ISLAM ALIRAN KEMAHIRAN

Sekolah : .................................................................................................... Nombor Pusat: ........................................................................

Bahagian Markah
Bil Nama Jantina Angka Giliran No. K/P
Tilawah Hafazan/Amali Penuh

Disemak oleh Pentaksir Sekolah: Disahkan oleh Pengetua:

Tandatangan : ................................................................... Tandatangan : ..................................................................

Nama : ................................................................... Nama : ..................................................................

Tarikh : ................................................................... Tarikh : ..................................................................

Cop Sekolah : ..................................................................

30