Anda di halaman 1dari 2

Pelanduk Memijak Anak Memerang

Sinopsis
Pada zaman Nabi Allah Sulaiman, semua binatang pandai bercakap bahasa
manusia. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima perdana menteri iaitu manusia, jin Afrit,
Unggas, Landak dan Pelanduk. Walau bagaimanapun, pelanduk digelar Syah Alam di
Rimba kerana kebijaksanaannya. Pada suatu hari Syah Alam di Rmba keluar berjalan-
jalan melihat anak-anak buahnya. Dia bertemu dengan tujuh ekor anak memerang yang
ditinggalkan ibu bapanya yang keluar mencari ikan. Kemudian Syah Alam di Rimba
mendengar bunyi burung butbut. Syah Alam di rimba terus membuka langkah silat
gelombang dua belasnya dan terpijak kesemua anak memerang tadi. Ada yang patah
kaki, pecah kepala, dan bersemburan otak. Kesemua anak memerang mati dipijak.
Apabila melihat kesemua anak memerang mati maka Syah Alam di Rimba terus pulang
dan menyembunyikan diri.
Pada waktu petang ibu bapa memerang yang pulang ke sarang terkejut melihat
anak-anak mereka semuanya mati. Setelah diperiksa ibu bapa memerang mendapati
terdapat bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba di kawasan sarangnya. Mereka sangat
berdukacita dan terus berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman untuk mengadu hal
tersebut. Sewaktu berjumpa Nabi Allah Sualaiman ibu bapa memerang menceritakan
segala hal yang berlaku ke atas anak mereka dan mengatakan Syah Alam di Rimba
yang melakukannya.
Nabi Allah Sulaiman sangat terkejut dan hairan atas perlakuan Syah Alam di
Rimba terhadap rakyatnya. Nabi Allah Sulaiman menitahkan kepada belatuk untuk
memanggil Syah Alam di Rimba ke balai penghadapan. Semasa Syah Alam di Rimba
menghadap Nabi Allah Sulaiman maka dia pun menceritakan perkara yang berlaku
berpunca daripada dia terdengar suara Sang bubut telah menyebabkan Syah Alam di
Rimba terpijak anak memerang. Mendengar sahaja cerita Syah Alam di Rimba maka
Nabi Allah Sulaiman pun memerintah Sang Belatuk untuk memanggil Sang Bubut
datang mengadap. Sang Bubut mengatakan dia ternampak Sang Biawak membawa
pedang sambil berlari-lari. Sang Bubut menyangka musuh telah datang menyerang
kerana itulah Sang Bubut memalu gendang perang.
Maka Nabi Allah Sulaiman telah menitahkan Sang Biawak datang menghadap.
Setibanya Sang Biawak maka berceritalah ia bahawa dia ternampak Sang Labi-labi
mudik menyerendeng membawa perisai disangkanya musuh datang meyerang kerana
itulah Sang Biawak mengeluarkan pedang. Nabi Allah menitahkan Sang Labi-labi pula
datang mengadap. Setibanya Sang Labi-labi lalu diceritakan kepada Nabi Allah
Sulaiman bahawa dia ternampak Sang Udang membawa tombak menyebabkan dia
mudik membawa perisai kerana disangkanya musuh datang menyerang. Mendengar
sahaja cerita Sang Labi-labi maka Nabi Allah Sulaiman menitah agar Sang Udang
datang menghadap. Sang Udang pula bercerita bahawa dia ternampak Sang Sebarau
mudik mengikat pinggang melengkung sahaja maka disangkanya musuh akan datang
menyerang. Sang Sebarau dipanggil menghadap. Sang Sebarau menceritakan hal
yang berlaku. Dia bersikap sedemikian kerana dia telah dianiaya oleh memerang yang
telah memakan kesemua anak dan keturunan Sang Sebarau. Mendengar sahaja cerita
Sang Sebarau maka Nabi Allah Sulaiman mengajukan soalan kepada memerang yang
telah melakukan aniaya ke atas Sang Sebarau. Memerang ketakutan lalu memohon
keampunan daripada Nabi Allah Sulaiman. Dia mengaku melakukan perkara tersebut.
Nabi Allah Sulaiman memutuskan Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Perkara itu
berlaku berpunca daripada kesalahan memerang yang memakan anak-anak dan
keturunan Sang Sebarau.

Tema
Setiap perbuatan akan mendapat balasan.
Contoh : Kematian anak-anak Sang Memerang akhirnya terbukti disebabkan oleh
tindakan perbuatan memerang itu sendiri yang memakan anak-anak dan keturunan
Sang Sebarau.

Persoalan:
1. Pemerintah yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
Contoh: Nabi Allah Sulaiman menyelesaikan kes Syah Alam di Rimba yang
dituduh menyebabkan kematian anak-anak memerang dengan memanggil
kesemua haiwan yang terlibat sehingga diketahui punca sebenar.

2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.


Contoh: Sang Memerang sedih kerana kematian anaknya akibat dipijak oleh
Syah Alam. Begitu juga dengan Sang Sebarau yang marah kerana Sang
Memerang telah memakan anak-anak dan keturunannya.

3. Ketaatan rakyat terhadap pemerintah.


Contoh: Haiwan-haiwan taat akan titah Nabi Allah Sulaiman yang menjadi ketua
dan pemerintah untuk datang menghadap baginda.

4. Kejujuran mengakui kesalahan


Contoh: Sang Memerang mengaku kesalahannya yang telah memakan anak-
anak serta keturunan Sang Sebarau.