Anda di halaman 1dari 3

Pada pandangan anda, apa tindakan yang perlu diambil untuk menarik lebih ramai

graduan berkualiti tinggi memasuki profesion keguruan?

Menurut Hamdan et al. (2010) dalam artikelnya yang bertajuk Persepsi Guru Terhadap Profesion
Perguruan Masa Kini, profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang
unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh
mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang
berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana
memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan.

Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif.
Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan.
Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya ataupun mengenai guru itu sendiri. Perkembangan
yang berlaku ini telah mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan.
Situasi ini akan memberi kesan kepada pengambilan guru baharu dan sedikit sebanyak akan
melumpuhkan minat para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan
guru.

Dalam usaha untuk mengembalikan minat pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk
memasuki bidang perguruan, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengandungi 11 anjakan dan setiap anjakan mempunyai
pelan transformasinya sendiri. Dalam sebelas anjakan ini kerajaan telah memberikan perhatian
terhadap profesion perguruan melalui anjakan keempat. Melalui anjakan keempat, terkandung
enam transformasi yang ingin dilakukan kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan
antaranya i) mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013, ii) merombak IPG, iii)
meningkatkan kualiti CPD mulai 2013. Di samping itu, iv) melaksanakan laluan kerjaya guru
berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016, dan v) memastikan guru memberikan
tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.

Pada pendapat saya, saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara (i) dan
perkara (iv) iaitu mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dan melaksanakan laluan
kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016. Dalam anjakan ke-4, Pelan
Pembangunan Pelajaran Malaysia ialah Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan,
kerajaan berusaha keras kerana guru yang diambil untuk dilatih hari ini akan membuahkan hasil
empat atau lima tahun lagi. Bagi merealisasikan anjakan ini, Kerajaan telah membuat keputusan
untuk mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya guru yang dilantik adalah
dalam kalangan 30 peratus graduan yang terbaik. Usaha ini cuma satu langkah bagi
meningkatkan profesion keguruan dengan lebih berprestij dan elitis. 30 peratus graduan yang
dipilih akan diserap dalam perkhidmatan pendidikan manakala yang selebihnya akan menjadi
calon simpanan. Graduan-graduan yang terpilih adalah daripada kategori yang terbaik antara
keseluruhan dalam pelbagai bidang . Langkah ini merupakan petanda baik ke arah amalan sistem
berprestasi tinggi seperti Finland, Singapura dan Korea Selatan. Keadaan ini juga pasti dapat
menaikkan daya saing dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan bakal guru. Ini
akan memastikan bahawa guru yang dilantik nanti sudah bersedia dan memiliki segala
kemampuan. Oleh itu, masyarakat akan memandang tinggi terhadap profesionalisme guru. Guru
bukan mengajarkan subjek tertentu sahaja, bahkan guru merupakan ejen perubahan minda
masyarakat (Haziah 2014). Sebenarnya, kementerian pelajaran berusaha menjaga kualiti guru.
Hal ini dapat dilihat dari awal lagi melalui proses pengambilan pelajar yang akan memenuhi
profesion perguruan. Sebanyak 42 peratus pengambilan merupakan pelajar dengan sekurang-
kurangnya 7A dan 70 peratus dengan sekurang-kurangnya 5A sebelum ditawarkan ke bidang
perguruan, ini membuktikan bahawa kerajaan begitu komited dan teliti dalam melahirkan guru
yang terlatih serta berkualiti bagi melahirkan minda murid kelas pertama pada masa hadapan.
Usaha ini penting kerana kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling
signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti
guru.

Selain itu, perkara seterusnya yang diperkenalkan kerajaan adalah pelaksanaan laluan kerjaya
guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016. Oleh hal demikian, guru akan dinilai
secara tahunan oleh pengetua/guru besar mereka dengan input yang diberikan oleh rakan
sejawat. Penilaian ini memberikan tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran
secara berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Guru berprestasi tinggi akan menikmati
kemajuan kerjaya yang lebih pantas. Guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat
daripada gred DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih singkat, iaitu kurang 25 tahun. Guru
yang menghadapi kesukaran dalam mencapai tahap kualiti minimum akan diberi bimbingan
tambahan bagi membantu mereka berada pada landasan yang betul.

Kaedah ini sangat tepat kerana bimbingan yang diberikan mampu menaikkan kualiti guru bagi
mendepani cabaran. Seperti profesion yang lain, bidang keguruan juga tidak terkecuali
mendepani cabaran yang cukup besar(Haziah 2014). Walau bagaimanapun, Guru yang masih
gagal mencapai tahap kualiti minimum, walaupun telah diberi bimbingan tambahan, akan
ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi berasaskan sekolah yang lain seperti membantu
pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan kokurikulum.

Kenaikan pangkat guru merupakan salah satu cara menghargai usaha guru tersebut selama ini
dan juga sebagai ganjaran untuk memotivasikan guru tersebut. Menurut Burns(dalam Noriati A.
Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahyudin & Zakiah Noordin. 2014)Kepimpinan transaksi
memberikan fokus kepada yang asas dan memberikan ganjaran entrinsik sebagai motivasi. Oleh
itu, pendekatan baharu dalam PPPM adalah lebih telus dan saksama. Instrumen baharu ini
memberikan gambaran bahawa tugas utama guru adalah untuk membantu pembelajaran murid.
Transformasi ini juga dapat mengekalkan integriti dalam diri setiap guru selain meningkatkan
kualiti kepimpinan ketelusan kepimpinan dalam organisasi sekolah. Menurut Wan Mohd Zahid
Mohd Nordin(dalam Noriati A Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2014) seperti salah
satu aspek Wawasan Pendidikan Negara iaitu stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti
mencapai tahap tiada kecacatan.

Apakah pandangan anda tentang sistem pengambilan terbuka?

Pada pandangan saya, sistem pengambilan terbuka secara tidak langsung akan mewujudkan
persaingan yang sihat di kalangan pelajar yang memohon untuk menjadi guru. Maka, apabila
persaingan ini berlaku, kualiti guru-guru yang akan dihasilkan nanti juga akan memberi impak
dan manfaat yang besar kepada golongan masyarakat khususnya anak-anak murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai