Anda di halaman 1dari 13

KAEDAH NYANYIAN MEMBANTU MURID MENGINGAT DAN MENGENAL PASTI

HUKUM MAD BADAL

IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Pendidikan Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

OKTOBER 2017
PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan

saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Tandatangan : ..

Nama Penyelia : DR. ABDUL AZIZ BIN MAHAYUDIN

Tarikh : OKTOBER 2017


PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :

Nama Penyelidik : IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI

Tarikh : OKTOBER 2017


DEDIKASI

Penulisan ini didedikasikan untuk

Ayahanda dan Bonda


Mohd Jawali Bin Mamat dan Suriani Binti Yusof

yang telah banyak mencurahkan kasih sayang dan pengorbanan dalam mendidikku
sebagai seorang anak.

Para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam


terutama Dr. Abdul Aziz Bin Mahayudin

yang telah membimbing dan menuntun diriku menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.

Rakan-rakan sekuliah

yang sentiasa bersama dalam susah dan senang perjuangan kita sebagai seorang
bakal pendidik.
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, hanya kepada Allah SWT dipanjatkan segala kesyukuran dan pujian

kerana dengan rahmat, berkat dan pertolongan-Nya saya berjaya menyelesaikan

penulisan kajian tindakan ini. Segala ilham, idea dan cetusan hanyalah kurniaan yang

tidak terhingga daripada Allah kepada hamba-Nya ini. Selawat dan salam yang tidak

terhingga kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Titipan penghargaan ini dikhususkan kepada ibu bapa saya yang telah

memberikan sokongan dan dorongan tanpa berbelah bahagi kepada saya walaupun

berada jauh daripada mata. Kata-kata semangat yang disampaikan sepanjang usaha

penulisan ini dilakukan menjadi sandaran di saat-saat kelelahan dan kebuntuan serta

menjadi azimat dalam meneruskannya sehingga berjaya diselesaikan. Tanpa mereka

berdua, tentulah saya tidak dapat melangkah sehingga sejauh ini.

Ucapan terima kasih yang penuh takzim diucapkan kepada pensyarah

penyelia, Dr. Abdul Aziz Bin Mahayudin kerana tidak pernah jemu memberikan nasihat,

bimbingan dan panduan dalam menyempurnakan laporan penyelidikan ini. Ketulusan

dan kesabaran beliau menyelia saya tidak mampu dibalas dengan apa-apa balasan

sekalipun. Bahkan, hanya Allah SWT sahajalah yang mampu mengganjarkan segala

waktu yang diluangkan dan ilmu yang dicurahkan kepada saya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada para pensyarah di Institut Pendidikan

Guru Kampus Pendidikan Islam, para pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Islam

dan Moral, naqib, naqibah serta rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa

menghulurkan tangan di saat-saat yang diperlukan. Tidak lupa kepada semua yang

terlibat dengan kajian ini secara langsung atau tidak langsung, penghargaan ini juga

didedikasikan sepenuhnya untuk kalian semua yang pernah ada dalam memberikan

pelbagai sumbangan.
ABSTRAK

Semasa proses PdP bidang Al-Quran dalam subjek Pendidikan Islam dijalankan, murid

tidak dapat mengingat definisi dan mengenal pasti Mad Badal dengan tepat. Hasil

tinjauan awal menunjukkan empat orang murid daripada tahun tiga tidak dapat

menyatakan definisi Mad Badal dengan betul selepas ujian lisan dan mengenal pasti

Mad Badal semasa menjawab lembaran kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti punca dan langkah mengatasi yang boleh diambil. Penggunaan kaedah nyanyian

digunakan untuk membantu murid mengingat dan mengenal pasti Mad Badal.

Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen

seperti jurnal refleksi guru dan lembaran kerja. Dapatan kajian menunjukkan

perubahan positif peserta kajian dalam mengingat definisi dan mengenal pasti Mad

Badal di mana murid dapat menyebut definisi dengan betul selepas menggunakan

kaedah nyanyian dan mengenal pasti Mad Badal dengan tepat semasa menjawab

lembaran kerja . Kajian ini juga membantu menambah baik amalan pengajaran guru

dan membantu murid dalam mengingat isi pelajaran.


ABSTRACT

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana kaedah HIMEKU

meningkatkan kemahiran murid menyambung huruf Jawi. Peserta kajian terdiri

daripada 4 orang murid melibatkan 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan di sebuah

sekolah di daerah Dengkil, Selangor. Hasil tinjauan awal menunjukkan 4 orang murid

tidak dapat menyambung huruf Jawi dengan betul, maka kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti punca dan langkah mengatasi yang boleh diambil. Instrumen kajian

terdiri daripada senarai semak, soalan temubual, lembaran kerja dan refleksi

pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif peserta

kajian dalam kemahiran menyambung huruf Jawi. Berdasarkan maklum balas murid

menyatakan kaedah ini lebih bersistematik dan memudahkan murid menguasai

kemahiran menyambung huruf Jawi.


KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN

1.1Pengenalan 1

1.2 Konteks 3

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 3

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1Pemilihan Fokus Kajian 7

2.2 Pengumpulan Data Awal 12

2.3 Tindakan 14

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian 17

3.2 Soalan Kajian 17

4.0 PESERTA KAJIAN 18

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-Langkah Tindakan 21

5.2 Kaedah Mengumpul Data 34


5.3 Cara Menganalisis Data 37

5.4 Cara Menyemak Data 40

6.0 DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1 41

Soalan Kajian 2 47

7.0 REFLEKSI 53

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 56

RUJUKAN 58

LAMPIRAN 61
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1. Markah Lembaran Kerja Murid Sebelum Kajian 16

2. Catatan Nota Lapangan Pemerhatian Tidak Berstruktur 20

3. Lan Keputusan Ujian Lisan Sebelum Kajian 17

4. Ringkasan data peserta kajian 21

5. Langkah Perlaksanaan Kaedah Nyanyian Mad Badal 24

6. Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur 28

7. Temu Bual Berstruktur (Soalan 1) 29

8. Temu Bual Berstruktur (Soalan 2) 30

9. Temu Bual Berstruktur (Soalan 3) 30

10. Temu Bual Berstruktur (Soalan 4) 31

11. Markah Lembaran Kerja Murid Sebelum dan Selepas Kajian 31

12. Catatan Refleksi Guru 33

SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat

1 Slide Powerpoint yang dipaparkan melalui LCD.

2 Mad Badal yang diwarnakan dalam potongan ayat Al-Quran.

3 Lembaran kerja salah seorang peserta kajian.

4 Model Kitaran Penyelidikan Kurt Lewin (1947) dan Laidlaw (1992).


SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat

1. Borang Senarai Semak Pemerhatian 57

2. Soalan Temu Bual 58

3. Lembaran Kerja Murid 59

4. Hasil Lembaran Kerja Murid (Dapatan Awal) 60

5. Hasil Lembaran Kerja Murid (Dapatan Akhir) 61

5. Gambar-Gambar Sepanjang Kajian 62


SENARAI SINGKATAN

SWT Subhanahu Wa Taala

ICT Information and Communications Technology

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PK 1 Peserta Kajian 1

PK 2 Peserta Kajian 2

PK 3 Peserta Kajian 3

PK 4 Peserta Kajian 4