Anda di halaman 1dari 9

Biografi Ringkas

Allahyarham Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni


Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990)

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA :


BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

PENGENALAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955, dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari
tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga turut dikenali dengan panggilan
Tunku serta digelar dengan gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan dan
Bapa Malaysia.

KEHIDUPAN PERIBADI
Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat,
Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku
Merupakan anak lelaki yang ke tujuh dan anak yang kedua puluh kepada
Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik
Menjalara, adalah seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara, iaitu anak perempuan Lung Naraborirak (Kleb), seorang pegawai
daerah Thailand.
KRONOLOGI PERKHIDMATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

1931 Berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Kedah


1938 Pegawai daerah Sungai Petani dan kemudiannya di Kulim Kedah
1940 Timbalan Pengarah Pertahanan Awam di Kedah Selatan
1949 Pengerusi UMNO Kedah
1951 Dilantik sebagai Presiden UMNO
1954 Presiden Parti Perikatan
1955 Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
1955 Ketua Menteri Tanah Melayu dan memegang portfolio Menteri Dalam
Negeri
1955 Mengetuai delegasi kemerdekaan ke London
1956 Memegang portfolio tambahan sebagai Menteri Pertahanan dan
Keselamatan Dalam Negeri
1957 Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga Menteri Hubungan Luar
1959 Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah
1959 Ketua Menteri Tanah Melayu (selepas pilihanraya)
1963 Perdana Menteri Malaysia
1964 Selain dari tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku juga
merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
PERMULAAN SEBAGAI TOKOH NEGARA

Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat
melalui cara diplomasi yang digunakan oleh beliau sehingga tidak
menyinggung perasaan antara kaum. Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan
beliau telah berjaya membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan
seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya. Seperti yang kita semua tahu,
penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia sehingga ke hari ini. Tunku
Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan Negara dari
cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau telah
mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh
di kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.

Sebagai ketua, Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat.
Beliau perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping
memastikan masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai
tanahair mereka.

Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era
baru apabila Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden
UMNO yang baru menggantikan Dato Onn Jaafar. Setelah perlantikan
tersebut, Tunku telah berjanji akan berusaha untuk memastikan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial


British untuk mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan
bahawa Malaya ketika itu sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka
membuahkan hasil di mana Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada
52 kerusi yg dipertandingkan. Setelah itu, sebuah jemaah menteri atau
kabinet telah ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan Rundingan Baling yang
melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng bagi pihak Parti
Komunis Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah
pertubuhan yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia)
diwujudkan bagi membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.

SUMBANGAN:

Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke London untuk
berbincang dengan pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan Tanah
Melayu. Rombongan merdeka tersebut telah sampai ke London pada 14
Januari 1956. Tunku telah bekerja keras dengan mendapatkan sokongan dari
semua kaum bagi memberi keyakinan kepada pihak British. Usaha beliau
tersebut telah menampakkan hasil apabila beliau telah menandatangani
perjanjian kemerdekaan di Lancaster House, London pada 8 Februari 1956.
Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan
kemerdekaan dari pihak British. Pengisytiharan kemerdekaan telah
dilaungkan di hadapan dua puluh ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan
Raja-raja serta perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-
negara asing yang lain pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur.
Perpaduan
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau telah menjelajah seluruh pelusuk Negara
untuk bertemu dengan rakyat bagi membangkitkan kesedaran dan semangat
perpaduan. Melalui usaha tersebut, beliau telah mendapat sokongan dan
kerjasama dari semua kaum. Ianya dapat dilihat dengan wujudnya sebuah
Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO dan MCA pada 1952. Perikatan
telah memenangi pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

Keamanan Negara
Dalam usaha Tunku Abdul Rahman Putra untuk mencapai kemerdekaan,
beliau sedar bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dapat dicapai
sekiranya darurat ditamatkan. Justeru itu, Tunku telah melantik dirinya
sendiri sebagai menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Perkara
utama yang menjadi tumpuan beliau pada masa itu adalah ingin menamatkan
tempoh darurat. Ini kerana beliau melihat hanya melalui kemerdekaan sahaja
yang dapat merealisasikannya.

Pada 24 Disember 1955, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak PKM
di Baling, Kedah. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
Putra sendiri dan juga disertai oleh Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden
MCA dan David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura. Manakala pihak
PKM diwakili Chin Peng sebagai ketua perwakilan, Rashid Maidin dan Chen
Tian. Tiga siri perjumpaan telah diadakan dalam masa dua hari itu.

Semasa rundingan tersebut, satu gencatan senjata telah diisytiharkan dan


penarikan balik pasukan keselamatan yang mengawal telah mengurangkan
perasaan bimbang pihak komunis. Tunku Abdul Rahman Putra menyatakan
kesanggupan beliau bekerjasama sekiranya PKM menerima syarat-syarat
penyerahan diri dan turut serta dalam pergerakan politik dengan cara
perlembagaan. Tunku telah mencadangkan kepada Chin Peng supaya
meletak senjata. Rundingan telah ditamatkan pada 29 Disember 1955. Dalam
rundingan itu, Chin Peng bersetuju apabila sebuah kerajaan persekutuan
dipilih sebagai menerajui Tanah Melayu, PKM akan meletak senjata dan
membubarkan PKM. Pada 8 Februari 1956, Tunku telah mengumumkan
penarikan balik tawaran pengampunan. Pada 31 Julai 1960, Sultan Izzuddin
Shah, iaitu Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan tamatnya zaman darurat
di Tanah Melayu.

Perhubungan Antarabangsa
Dasar luar negara adalah penting dalam usaha menjalinkan persahabatan
dan kerjasama serantau dan negara-negara luar.

Tunku Abdul Rahman Putra telah memberi sumbangan yang baik kepada
negara. Beliau telah mula mengamalkan piagam Bangsa-bangsa Bersatu
bagi memelihara keamanan dunia secara bersama. Kerjasama antarabangsa
amat penting untuk perkembangan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan.
Beliau juga telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berkecuali.

Antara kerjasama Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah seperti


Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia), Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Malaysia juga
termasuk dalam negara-negara Komanwel, Pertubuhan bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam dan Pertubuhan Negara-
negara Berkecuali.

Persatuan Asia Tenggara (ASA) merupakan idea Tunku Abdul Rahman


Putra. Idea tersebut telah dikemukakan kepada Presiden Filipina yg pada
masa itu iaitu Carlos P. Garcia dan akhirnya telah ditubuhkan secara
rasminya pada bulan Julai 1961 di Bangkok, Thailand. Objektif penubuhan
adalah untuk menjalin kerjasama dalam bidang perdagangan, pelajaran,
pertanian dan perusahaan.

Penyatuan Tanah Melayu, Sabah, sarawak, Brunei dan Singapura untuk


membentuk Malaysia telah mendapat tentangan daripada Indonesia.bagi
meredakan keadaan, Tunku telah mengadakan satu mesyuarat di Manila,
Filipina. Dengan itu, maka tertubuhnya sebuah pertubuhan yang di panggil
MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia).

ASEAN pula telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di Bangkok,
Thailand. Antara negara-negara yang menyertai ASEAN pada ketika itu
adalah Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Ianya
bermatlamatkan pengembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan serantau.
Malaysia juga menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
pada 17 September 1957 dan merupakan anggota WHO (Pertubuhan
Kesihatan Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), UNESCO
(Pertubuhan Pelajaran, Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu), FAO
(Pertubuhan Makanan dan Pertanian) dan WB (Bank Dunia). Beliau juga
telah mencadangkan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan
telah dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama bagi Pertubuhan
tersebut.
Saat-Saat Akhir

Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal
dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah diberi
penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan
Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Alor Setar. Setibanya di
Kedah, jenazah Allahyarham Tunku Abdul Rahman diberi penghormatan
terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar, sebelum
dikebumikan di Makam Diraja, Alor Setar. Pemergiannya merupakan suatu
kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

Sepanjang hidupnya, Tunku Abdul Rahman telah berkahwin sebanyak tiga


kali. Bersama isteri pertamanya, Meriam Chong, Tunku telah dikurniakan dua
orang anak; Tunku Khadijah dan Tunku Ahmad Nerang. Namun begitu,
perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana Meriam meninggal tidak
lama selepas melahirkan Tunku Ahmad Nerang akibat kecuaian pihak
hospital.

Tunku kemudiannya berkahwin dengan bekas tuan rumahnya di ELondon;


Violet Coulson. Perkahwinan mereka bagaimanapun, ditentang dan tidak
tidak direstui oleh Tunku Ibrahim. Tunku Abdul Rahman dan Violet Coulson
bercerai tidak lama selepas itu. Mereka tidak dikurniakan anak bersama.

Akhirnya, Tunku Abdul Rahman berkahwin dengan Tun Sharifah Rodziah


pada tahun 1939. Tun Sharifah merupakan adik kepada Syed Omar
Barakbah, rakan Tunku ketika belajar di London. Tunku and Tun Sharifah
tidak dikurniakan anak bersama tetapi mereka telah mengambil tiga orang
anak angkat; Faridah, Sulaiman, dan Mariam. Tunku dan Tun Sharifah
bersama-sama menjadi ibu bapa penyanyang kepada kelima-lima anak
mereka.

AL FATIHAH

Anda mungkin juga menyukai