Anda di halaman 1dari 7
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCELE Government Complex Parcel E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Fac: 03-8889 4548 (62604 PUTRAJAYA Laman web: hitp: www.moe.govany. KP(BPSH-SPDK) 201/005/01/ (2%) 17 November 2009 Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, YBhg. Dato/Tuar/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. _/ 2009 PENUBUHAN JAWATANKUASA BENCANA DI PERINGKAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH Bencana alam seperti banjir, ribut , kejadian tanah runtuh dan jerebu kerap berlaku di negara ini, Pada tahun ini dunia telah dilanda dengan wabak penyakit berjangkit selsema babi H1N1. Ini menyedarkan kita dan memberikan pengajaran yang terbaik bahawa kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana. 2. Dalam menangani bencana-bencana ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Keselamatan Negara di peringkat kebangsaan dan negerl. Majlis ini melibatkan semua agensi yang mempunyai kaitan langsung dari aspek sokongan kewangan, kepakaran, kemudahan dan kaki tangan. Agensi yang terlibat termasuklah badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. 3. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam hubungan ini, turut teriibat secara langsung sebagai ahli di kedua-dua peringkat. Penglibatan kementerian dijuruskan dalam hal-hal berkaitan dengan penyediaan pusat penempatan mangsa bencana Dalam kejadian yang melibatkan sekolah, seperti kebakaran dan ribut yang menyebabkan premis dan harta benda sekolah, maka urusannya berfokus kepada pihak pendidikan (sekolah, PPD dan JPN). 4, Arahan ke 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20), telah menetapkan semua kementerian hendaklah menubuhkan jawatankuasa untuk bersedia menghadapi bencana. Setiap kementerian periulah memberikan kepakaran yang ada serta bersedia memberi bantuan untuk memudahkan perlaksanaan dalam menangani bencana yang melanda negara, di setiap peringkat pentadbiran, 5, _ Pengurusan kementerian (Kementerian, JPN dan PPD) di semua peringkat adalah terlibat sebagai ahli kepada MKN20 baik di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Justeru itu bagi memantapkan sokongan Kementerian Pelajaran dan institusi dibawahnya, perlu mewujudkan struktur yang jelas dan fungsi yang nyata. ini membolehkan perolehan dan penggunaan sumber secara optima oleh semua pihak yang terlibat. 6. Pihak kementerian dengan ini mengambil langkeh untuk menubuhkan Jawankuasa Bencana Sekolah. Jawatankuasa ini bemaung dibawah Jawatankuasa 3K, Jawatankuasa ini akan berfungsi dibawah penyelarasan Jawatankuasa Bertindak Keselamatan. Bersesuaian dengan ini YBhg. Dato'/Tuan/Puan diminta pula untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Sepertimana di peringkat kebangsaan, jawatankuasa ini hendaklah bernaung dibawah Jawatankuasa 3K Negeri, Daerah dan Sekolah Pihak Kementerian Pelajaran akan menubuhkan Jawatankuasa Induk Bencana Sekolah, 7. Struktur jawatankuasa adalah seperti di lampiran. Tugas jawatankuasa yang ditubuhkan adalah pelengkap dan menyokong kepada struktur dan fungsi MKN20. Dalam hubungan ini tumpuan bidang tugas jawatankuasa di peringkat KPM ialah: 6.1. Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada MKN 6.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah 6.3 Menggubal dan melaksana panduan dan peraturan_ tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. 6.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. 6.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekoiah. 7. Jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah hendaklah mengawal pelaksanaan dasar dan juga program dan aktiviti yang dirancang oleh kementerian. Manakala di peringkat sekolah pula akan menyediakan segala kemudahan bagi penempatan mangsa bencana. Jawatankuasa mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi merancang dan memantau persediaan disamping menyelaras kerjasama dengan semua pihak yang terlibat. Untuk mengendali pelaksanaan jawatankuasa, maka hendaklah: 7.1 menubuh dan melantik urus setia tetap; dan 7.2 mewujudkan bili gerakan dan kemudahan mengumpul dan perolehan maklumat. 8. Pihak YBhg. Dato’Tuan/Puan dengan ini adalah diminta untuk mengarah dan memantau penubuhan jawatankuasa, serta memastikan pelaksanaannya Sila maklumkan kandungan Surat Pekelling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. TAN SRI DATO’ Ketua Pengarah JI ALIMUDDIN MOHD DOM. lajaran Malaysia sk 1. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran 2. Y.B. Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Y.B. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Pegawal Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia LAMPIRAN JAWATANKUASA BENCANA Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia Penasihat : _ Timbalan Menteri Pelajaran Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timb Pengerusi : ——Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SOP) : Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Naib Pengerusi : ~—Timbalan Pengarah (M) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (SPKD) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Ahli-ahii Setiausaha Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian Pembangunan Setiausaha Bahagian Perolehan dan Aset Pengarah-pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengerusi PKPSM Kebangsaan Pengerusi MGB Kebangsaan YDP MGKK Kebangsaan Urus Setia + Unit Bimbingan dan Kaunseling (SST) Unit Adu Disiplin (Data) Unit Kesihatan JAWATANKUASA BENCANA Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Pengerusi Timb. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Abli-abli Pengarah Pelajaran Negeri Timb. Pengarah Pelajaran Negeti Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Semua Ketua Sektor Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Semua Pengarah IPGM Pengarah Kolej Matrikulasi Ketua Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Semua Pegawai Pelajaran Daerah Ketua Penolong Pengarah BTPN Ketua Penolong Pengarah Penilaian & Peperiksaan Ketua Penolong Pengarah Unit Menengah Ketua Unit Pembangunan (SK2P) Kelua Unit Perolehan & Aset (SK2P) Ketua Unit Sekolah Rendah Ketua Unit Sekolah Menengah Ketua Unit Hal Ehwal Murid Akauntan Pengerusi PKPSM Negeri Pengerusi MGB Negeri Pengerusi MGKK Negeri JAWATANKUASA BENCANA Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Timb.Pengerusi : ——_Timb Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha i Pen. PPD (Pengurusan Sckolah) Pen, Setiausaha : —— Penyelia Kanan Sekolah Rendah Abli > Penyelia HEM Semua Penolong PPD Kaunselor PPD Pegawai Maklumat Penyelia Sekolah Menengah Penyelia Sekolah Rendah Penyelia Penilaian dan Peperiksaan Penyelia Kokurikulum Pen. Akauntan Penyelia Pendidikan slam Penyelia Sukan Penyelia Pembangunan Pengerusi PKPSM Daerah Pengerusi MGB Daerah Pengerusi MGKK Daerah Pengeruei SST Daerah JAWATANKUASA BENCANA Peringkat Sekolah Pengerusi Timb Pengerusi Setiausaha Pen. Setiausaha Abli Pengetua / Guru Besar Pen Kanan Pentadbiran Pen Kanan HEM Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Guru Disiplin Pen Kanan Kokurikulum Pen Kanan Petang (Jika berkenaan) Semua Ketua Bidang Ketua Warden Guru (3K) Guru SPBT Guru Data Penyelaras ICT Penyelia Asrama YDP PIBG Pengusaha Kantin Kawalan Keselamatan Sekolah (Swasta) Syarikat Pembersihan Kawasan & Bangunan Pegawai Perhubungan Sekolah (Polis)

Anda mungkin juga menyukai