Anda di halaman 1dari 8

_________________________________________________________________________

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SEKOLAH DATO JAAFAR, JOHOR BAHRU, JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera serta salam 1 Malaysia,


salam Muafakat Johor dan salam SDJ Gemilang kepada semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana yang dihormati.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita warga Sekolah Dato Jaafar dapat
bertemu lagi di sesi persekolahan 2017 ini. Semangat bekerja sebagai sepasukan
hendaklah kita semai untuk memartabatkan Sekolah Dato Jaafar ke peringkat lebih tinggi.
Hala tuju dan budaya kerja juga perlu di pertingkatkan agar lebih berkualiti dan berjaya
melahirkan modal insan yang cemerlang mengikut acuan kita sendiri.

Bersesuaian dengan Slogan sekolah Create History Build Legacy , Sekolah Dato
Jaafar komited kepada usaha untuk membentuk pelajar-pelajarnya menjadi pemimpin masa
depan yang berilmu pengetahuan , berkemahiran, berwibawa tinggi, berintegriti dan
berpegang pada nilai-nilai moral serta mengamalkan akhlak yang terpuji. Dalam hal ini, kita
sebagai tulang utama Sekolah Dato Jaafar berperanan sebagai pencetus dan penggerak
kepada proses tranformasi ini dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang mampu
mencipta sejarah dan membina legasi untuk Sekolah Dato Jaafar.

Tahun 2017 merupakan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (2013-2025) di mana perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menegah (KSSM)
Gelombang Ke-2 diteruskan dengan memasukkan item baharu seperti penggunaan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), perubahan dalam peruntukan masa
mengajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Justeru, saya ingin menyeru semua
warga kerja Sekolah Dato Jaafar untuk mempertingkatkan kompetensi diri, ilmu
pengetahuan dan kepakaran dan peka kepada transformasi dalam bidang pendidikan
supaya dapat bergerak selari dengan perubahan-perubahan ini.

Akhir sekali, saya berharap agar warga Sekolah Dato Jaafar akan terus memberi
komitmen yang optimum kerana saya yakin guru-guru Sekolah Dato Jaafar merupakan
guru-guru yang berdedikasi, berwawasan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
kecemerlangan sekolah ini. Buku Pengurusan Sekolah 2017 ini diharapkan dijadikan
sebagai panduan dalam usaha kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap
dan efisien untuk memastikan Sekolah Dato Jaafar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

...............................................
(MOHD HANAFI BIN SAMAD )
Pengetua
SEKOLAH DATO JAAFAR, JOHOR BAHRU i
LAGU NEGARAKU

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan


Raja kita selamat bertahta

LAGU BANGSA JOHOR


Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur

Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor


Allah selamatkan Sultan

LAGU SEKOLAH

BERILMU DAN BERSASA


Semoga Diberkati Tuhan,
Aman Bahagia, Sepanjang Usia,
Jauhkan Segala Rintangan,
Dato Jaafar Sekolah Putera

Memimpin Anak Bangsa


Jadi Manusia Berjasa
Jayakan Lambang Kita
Berilmu dan Bersasa

Memimpin Anak Bangsa


Jadi Manusia Berjasa
Jayakan Lambang Kita
Berilmu dan Bersasa

(Pencipta : Syed Noh bin Syed Agil , Penulis Lirik : Yunos bin Simin)
SEJARAH SEKOLAH DATO JAAFAR, JOHOR BAHRU
Sekolah Dato Jaafar (SDJ) pada awal penubuhannya, iaitu pada 2 Januari 1961
bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Inggeris. Bangunan asal sekolah yang
digunakan ketika itu ialah bangunan Istana Bukit Senyum yang pernah didiami oleh
Allahyarham Dato Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama dan juga sebuah
bangunan yang terletak berhampiran dengannya. Pada 2 Januari 1964, sekolah ini telah
ditukar nama kepada Sekolah Dato Jaafar.

Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah bengkel
kerja kayu, sebuah bengkel kerja logam dan kantin. Ketika itu sekolah ini dapat menampung
seramai 625 orang pelajar dan 26 orang guru, termasuk pengetuanya, En J.G. Putucheary.
Bilangan pelajar dan guru sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun.

Sejak ditubuhkan, Sekolah Dato Jaafar sehingga kini telah ditadbir oleh dua belas
orang pengetua. Pengetua yang pertama, Encik J.G. Putucheary kemudian digantikan
dengan pengetua seterusnya Encik Austin Hooi Peng Chien pada bulan April 1970 sebagai
pengetua kedua. Pada awal tahun 1973, Encik Harbahjan Singh telah menggantikan tempat
beliau dan berkhidmat sebagai pengetua SDJ sehingga bulan Febuari 1991. Setelah Encik
Harbahjan Singh bersara, Encik Ahmad Atil telah memangku jawatan pengetua sehingga
Tuan Haji Abdullah Idrus mengambil alih pada 16 April 1992 hingga 1995. Pada 2 Disember
1995, jawatan ini telah diambil alih oleh Tuan Haji A. Hamid Abu Hassan yang menjadi
pengetua hingga 15 Mac 1999. Setelah itu, jawatan pengetua telah disandang oleh Encik
Mohd. Sharipudin bin Mahmud hingga 30 Jun 2004, sebagai Pengetua SDJ yang ketujuh.

Mulai 1 Julai 2004 Encik Siow Yee Woo menyandang jawatan Pengetua SDJ kelapan
hingga 11 Jun 2006. Dari 1 Ogos 2006 hingga 16 Oktober 2011 SDJ berada di bawah
pimpinan Encik Goh Chee Kiat selaku Pengetua kesembilan. Encik Jaheni bin Sidek pula
mulai bertugas di sekolah ini mulai 1 Disember 2012 selaku Pengetua yang kesepuluh dan
seterusnya En Juhair bin Jumaat bertugas di SDJ sebagai Pengetua yang kesebelas mulai
15 Jun 2014 sehingga beliau bersara pada 5 Mei 2016. Kini, Sekolah Dato Jaafar diterajui
oleh pengetua yang kedua belas, En Mohd Hanafi bin Samad yang mula bertugas pada
5 September 2016 sehingga sekarang.

Kemudahan infrastruktur di SDJ semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun
2001, dua buah blok tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan bilangan
pelajar dan guru yang dijangkakan akan terus meningkat. Sehingga akhir tahun 2016,
bilangan guru adalah 82 orang dan bilangan pelajar adalah 688 orang.

Pada tahun 2005 SDJ telah melangkah setapak lagi apabila diberikan taraf sebagai
sekolah kawalan/premier. Dengan perkembangan ini, dijangkakan SDJ akan terus maraih
kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini ditambah apabila SDJ
menjadi sekolah satu sesi mulai Jun 2009.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTTO SEKOLAH
Berilmu dan Bersasa

SLOGAN SEKOLAH
Create History Build Legacy

WELCOMING SLOGAN
Begin The Day With Gratitute And Compassions

EXAMINATION SLOGAN
Go Beyond Limitations Exceed Expectations
Education is Our Business

WAR CRY
SDJ Is The Best
SDJ Beat The Rest
LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ENAM CIRI UTAMA ASPIRASI MURID


LENCANA SEKOLAH

LAMBANG :

Lambang sekolah berlatar belakang Bangunan Dato Jaafar Bukit Senyum.

EMPAT BATANG GADING GAJAH melambangkan 4 matlamat sekolah:


1. Kecemerlangan Akademik.
2. Kecemerlangan Perusahaan.
3. Kecemerlangan Kerohanian.
4. Kecemerlangan Jasmani.

PELITA di kepala melambangkan sinar ilmu pengetahuan.

WARNA :
KUNING bermaksud Kepemimpinan,
HITAM bermaksud Kesetiaan,
MERAH bermaksud Keberanian.

COGAN KATA :
BERILMU BERSASA yang membawa maksud Manusia yang Berilmu Itu, Kukuh
Kedudukannya.

ESS :
Singkatan untuk English Secondary School

SDJ :
Singkatan untuk Sekolah Dato Jaafar

1961 :
Tahun penubuhan English Secondary School
DASAR KUALITI

SEKOLAH DATO JAAFAR komited untuk menyediakan dan melaksanakan


pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah
menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-
keperluan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan meningkatkan keberkesanannya
secara berterusan.

OBJEKTIF KUALITI SEKOLAH DATO JAAFAR

Objektif Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Sekolah Dato Jaafar adalah:


1. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran
Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan Sekolah Dato Jaafar.

2. Memastikan 100% murid Sekolah Dato Jaafar mendapat perkhidmatan bimbingan


dalam kemahiran belajar, pembangunan diri murid, motivasi dan kerjaya (melainkan
berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah)

3. 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan
dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan

4. Melaksanakan Pengurusan Kewangan secara berhemah, telus dan berintegriti.

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH DATO JAAFAR


Kami warga SEKOLAH DATO JAAFAR dengan penuh tekad dan iltizam dan dengan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020, berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini serta memenuhi
kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan
negara.

2. Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi , iltizam, bertanggungjawab dan


produktif.

3. Memastikan pelajaran dan pendidikan pelajar-pelajar diberi keutamaan dan tidak


akan melengah-lengahkan atau membuang masa menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajaran.

4. Menentukan sikap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan
cekap dan berkesan sepanjang masa.

5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan
pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, penjaga, masyarakat dan negara.

6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada
setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

7. Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian
dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.

8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan


pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran
yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan akademik.