Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mokhtar Pet (Pengajian Perniagaan Penggal 1) campuran pemasaran


boleh didefinisikan sebagai satu kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang meliputi
produk, harga, pengedaran dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk
digunakan sebagai alat dalam perancangan taktikal pemasaran.

Definisi produk merujuk kepada sesuatu kombinasi barang dan perkhidmatan


yang ditawarkan oleh perniagaan kepada pengguna di pasaran sasaran yang telah
ditetapkan. Produk juga meliputi objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat,
organisasi, idea atau kombinasi unsur-unsur tersebut. Menurut Sumarni (2010, 272),
produk adalah setiap apa yang ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian,
permintaan, dan penggunaan yang dapat memenuhi keinginan.

Definisi harga pula merujuk kepada nilai pertukaran yang diletakkan bagi tujuan
memberikan nilai ke atas sesuatu barang atau perkhidmatan. Penetapan harga ialah
nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh
pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut.

Pengedaran merujuk kepada penglibatan proses pengeluaran produk sehingga


produk tersebut diedarkan dan digunakan oleh pengguna. Pengedaran juga melibatkan
proses pemindahan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan
tempat yang dihendaki. Menurut kamus (Kamus Pelajar Edisi Kedua), pengedaran
didefinisikan sesuatu perbuatan atau hal mengedarkan ke satu tempat ke tempat yang
lain

Promosi pula merujuk cara yang akan digunakan oleh pemasaran untuk
memberitahu, memberi penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk
membeli sesuatu produk. Setiap pemasar akan berusaha untuk mengetengahkan imej

1
produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk melalui promosi. Promosi
mempunyai tujuan dan campuran tertentu.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengkaji tentang perlabelan, klasifikasi produk , pembungkusan, dan lini produk


bagi syarikat Khind Holding Berhad.

ii. Meneliti tentang sistem pengedaran dan agihan yang dilakukan oleh syarikat
Khind Holding Berhad.

iii. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan penentuan


harga yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad.

iv. Menentukan tujuan dan campuran promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind
Holding Berhad.

3
3.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 1961, Cheng King Fa telah memulakan perniagaan sederhana


barangan perdagangan Sekinchan. Didorong oleh wawasannya yang jelas,
perniagaannya telah berkembang dan pada akhir tahun tujuh puluhan, syarikat
tersebut dibangunkan semula dengan memasukkan pembuatan aksesori dan lampu
elektrik. Sedekad seterusnya telah menyaksikan peningkatan usaha Khind ke dalam
peningkatan pasaran eksport.

Pada tahun 1992, perkilangan Khind berkembang termasuk kipas dan alat
aksesori rumah yang lain dan pada abad ke-21, Kumpulan organisasi telah
mengedarkan produk audio-visual dan barangan putih.

Hari ini, Khind Group, yang disenaraikan di BSKL pada 12 Ogos 1998,
pengeluaran dan pengedaran aksesori rumah elektrik bertaraf dunia di seluruh
Malaysia dan mengeksport lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.

4
3.1 LOKASI KAJIAN

5
Gambar 1 : Kawasan kilang syarikat Khind Holdings Berhad

Sumber : Google Maps

Alamat :

No. Seksyen U8, Shah Alam, Malaysia, 2, Jalan Astaka U8/82, Bukit Jelutong
Business And Technology Centre, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

6
4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh saya untuk mendapatkan hasil
kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer mahupun data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara
langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data
baru yang memiliki sifat kemaskini. Untuk mendapatkan data primer, saya harus
mengumpulkannya secara langsung. Selain itu, data primer lebih mementingkan
kebenaran dan bukti yang dilihat. Teknik yang dapat saya gunakan untuk
mengumpulkan data primer antaranya ialah pemerhatian, dan borang soal selidik.
Oleh sebab itu, saya tidak menggunakan data primer dan datanya tidak menepati
dengan kajian saya kerana jarak antara saya dan tempat kajian adalah jauh.

Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan maklumat
dari semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang diperoleh dan
dicatat oleh pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder adalah bahawa
seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama. Data
sekunder biasanya diperolehi dari pelbagai sumber misalnya jurnal, buku, majalah dan
surat khabar.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat


sepanjang menjalankan kajian ini. Data sekunder merupakan data yang diperoleh
daripada internet, buku, keratan akhbar, jurnal dan majalah. Pengkaji telah mengenal
pasti campuran pemasaran syarikat Khind Holding Berhad berdasarkan kedalaman,
kelebaran, klasifikasi dan atribut produk. Pengkaji juga menentukan tujuan dan
campuran promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad. Seterusnya,
pengkaji menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga dan
penentuan harga yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad serta pengkaji

7
meneliti tentang sistem pengedaran dan agihan yang dilakukan oleh syarikat Khind
Holding Berhad.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menjelaskan tentang campuran pemasaran iaitu produk, promosi,
pengedaran, dan penetapan harga yang dilakukan oleh syarikat Khind Holdings
Berhad.

5.1 PRODUK

Produk bermaksud kombinasi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh


perniagaan kepada pengguna di pasaran sasaran yang telah ditetapkan. Produk
meliputi objek fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea atau
kombinasi unsur-unsur tersebut.

5.1.1 Pelabelan

Pelabelan merupakan ringkasan berkaitan dengan produk yang diletakkan pada


bungkusan bagi menerangkan identiti produk yang mengandungi maklumat penting
seperti tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, alamat pengeluar atau
pengimport, cara penggunaan, dan cara penyimpanan.

8
Logo
dan
jenama

2
Saiz
produk

Ciri-ciri

4
Info dan
Perhatian

5 Penyimbas
kod bar

Gambar 2 : Pelabelan yang berada pada kotak kipas Khind

Gambar 2 di atas menunjukkan nombor 1 adalah logo dan jenama kepada syarikat
Khind Holdings Berhad. Nombor 2 pula menunjukkan nama produk dan saiz produk
iaitu kipas meja bersaiz 12 inci. Manakala nombor 3, menunjukkan ciri-ciri produk
kipas seperti voltan, kuasa, saiz, kuantiti, berat kasar, dimensi kotak, dan warna pada
kipas tersebut. Nombor 4 menunjukkan pula info dan perhatian ketika mengendalikan
kotak tersebut. Akhir sekali, pada nombor 5 pula menunjukkan pengimbas kod bar
untuk kegunaan pengeluaran syarikat dan peruncit-peruncit.

5.1.2 Klasifikasi Produk

Klasifikasi produk merupakan pembahagian produk mengikut jenis produk tersebut.


Klasifikasi produk juga terbahagi kepada dua jenis produk iaitu produk pengguna dan
produk industri. Produk pengguna merangkumi barangan mudah beli, barangan asas,
barangan kecemasan, barangan gerak hati, barangan beli-belah, barangan istimewa,
dan barangan tidak dicari manakala produk industri merangkumi bahan dan
komponen, item modal, serta bekalan dan perkhidmatan.
9
Bagi syarikat Khind Holdings Berhad, klasifikasi produk merangkumi jenis
produk pengguna iaitu barangan gerak hati, dan barangan beli-belah sahaja. Lazimnya,
produk pengguna dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi atau keluarga.

a) Barangan gerak hati

Barangan gerak hati ialah barangan yang dibeli tanpa memerlukan perancangan
rapi. Hal ini demikian kerana, pengguna tertarik dengan faktor seperti tawaran
hebat dan hadiah percuma. Barangan tersebut dibeli tanpa ada sebarang
pertimbangan. Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad, memberikan
tawaran hebat melalui potongan harga.

b) Barangan beli-belah

Barangan beli-belah merujuk kepada barangan yang dibeli oleh pengguna


melibatkan proses pemilihan berasaskan kesesuaian, kualiti, harga, dan gaya.
Barangan ini lazimnya ditinjau atau dibuat perbandingan terlebih dahulu oleh
pengguna berdasarkan proses pemilihan tersebut. Imej dan jenama barangan akan
mempengaruhi pemilihan pengguna terutama produk seperti periuk nasi. Sebagai
contoh, jenama Khind biasanya mempamerkan kipas tersebut di sudut kipas di
dalam pasar raya untuk memudahkan tatapan dan mencuba oleh pengguna.

5.1.3 Pembungkusan

Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bungkusan atau


bekas untuk produk yang dikeluarkan ke dalam pasaran. Pembungkusan yang menarik
dapat menambahkan nilai sesuatu produk. Aktiviti pembungkusan mengambil kira
aspek keselamatan bagi mengelakkan kerosakan semasa proses penghantaran.

Menurut laman rasmi syarikat Khind Holdings Berhad, syarikat tersebut


memperkenal pembungkusan wajah baharu sebagai usaha memasarkan Khind sebagai
10
jenama berwibawa dan ciri keselarasan gaya hidup masa kini ke pasaran dalam dan
luar negara. Tambahan pula, pembungkusan baharu tersebut memperkenalkan
sebanyak 216 produk peralatan kediaman yang bertujuan untuk membina imej
tersendiri yang lebih konsisten dan selamat bagi membezakan produk yang terdahulu
yang tampak biasa.

Gambar 3 : Pembungkusan Syarikat Khind Holding Berhad

Gambar 3 di atas menunjukkan pembungkusan di balut dengan plastik bagi


meningkatkan ketahanan ketika berlaku ketelusan cecair seperti hujan. Selain itu,
penggunaan pembungkusan secara berkotak tebal meningkatkan lagi daya ketahanan
dan tahan lebih lasak di samping dilindungi oleh plastik keras di setiap tepi kotak agar
tidak berlaku sebarang ketelusan.

5.1.4 Keputusan Lini Produk

Keputusan lini produk merupakan keputusan barisan produk yang dibuat oleh pihak
pengurusan organisasi yang mngeluarkan beberapa produk jenis produk tetapi
mempunyai fungsi yang sama dengan julat harga yang sama, digunakan oleh
kumpulan pengguna yang sama serta menggunakan saluran pengagihan yang sama.

Keputusan lini produk perlu mengambil kira aspek-aspek kelebaran lini produk
iaitu bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran
11
dan kedalaman produk iaitu merujuk bilangan item produk yang dihasilkan dan
bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut

Jadual 1 : Konsep Lini Produk


KELEBARAN PRODUK SYARIKAT KHIND HOLDINGS BERHAD

Kipas Penyaman udara Periuk Mesin pengisar


KEDALAMAN PRODUK

Biasa Penyejuk udara Penggoreng udara Biasa


mudah alih

Pelembap udara Pelembap udara Dandang dua Ais

Bersalji Pembersih udara Multi periuk Ekstrak jus biasa

Ekzos dapur 3 dalam 1 Periuk nasi Eksrak jus terus

Sumber : Khind.com.my

Berdasarkan jadual diatas menunjukkan kelebaran, kedalam, dan ketekalan


produk yang dijalankan oleh syarikat Khind Holdings Berhad. Secara umunya,
kelebaran produk syarikat tersebut ialah kipas, penyaman udara, periuk, dan mesin
pengisar

Kedalaman produk bagi kipas pula ialah kipas biasa, kipas pelembap udara, kipas
bersalji, dan kipas Ekzos dapur. Kedalaman penyaman udara pula ialah penyejuk
udara mudah alih, pembersih udara, dan 3 dalam 1. Periuk pula mempunyai bilangan
kedalaman produk iaitu penggoreng udara, dendang dua, multi periuk, dan periuk nasi
dan kedalaman mesin pengisar ialah pengisar biasa, pengisar ais, pengisar ekstrak jus
biasa dan pengisar ekstrak jus terus.

12
Ketekalan dikenali sebagai konsistensi campuran produk yang mengehadkan
pengeluaran pengeluaran produk yang pelbagai.

Rajah 1 : Ketekalan barang elektrik syarikat Khind Holdings Berhad

Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad terkenal dengan syarikat yang
mengeluarkan produk elektrik seperti periuk nasi, mesin pengisar, kipas, dan
pendingin hawa untuk kegunaan rumah.

5.2 PENGEDARAN/PENGAGIHAN

Menurut Moktar Pet (Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2016), ada menyatakan


bahawa pengedaran atau pengagihan merujuk kepada proses pemindahan produk dari
pusat pengeluaran kepada pengguna pada masa dan tempat yang dikehendaki.
Lazimnya, pengedaran dikaitkan dengan saluran pengagihan dan setiap organisasi
yang terlibat dalam proses pengedaran untuk memastikan produk selamat tiba kepada
pengguna.

5.2.1 Saluran Agihan

13
Dalam bahagian ini, saya menerangkan saluran agihan yang dilakukan oleh Syarikat
Khind Holdings Berhad. Terdapat dua jenis saluran agihan iaitu saluran agihan
mendatar dan saluran agihan menegak.

5.2.1.1 Saluran Agihan Menegak

Saluran agihan menegak ialah pengedaran melibatkan penggunaan satu atau lebih
orang tengah untuk mengedarkan sesuatu produk. Terdapat 2 jenis saluran menegak
iaitu saluran terus atau langsung dan saluran tidak langsung. Saluran terus atau
langsung ialah pengeluarkan menjual produk terus kepada pengguna tanpa
menggunakan khidmat orang tengah manakala saluran tidak langsung, pengeluar
menggunakan khidmat orang tengah dalam mengedarkan barang kepada pengguna.
Terdapat 4 saluran yang digunakan iaitu saluran 1, saluran 2, saluran 3 dan saluran 4.
Syarikat tersebut mengamalkan agihan saluran 2. Saluran ini merupakan saluran tidak
terus atau tidak langsung kerana ia melibatkan penggunaan orang tengah seperti
peruncit. Jenis saluran ini lazimnya diedarkan melalui saluran 2 ialah barang
beli-belah seperti kipas.

PENGELUAR

PERUNCIT

PENGGUNA

14
Rajah 2 : Saluran agihan produk pengguna yang menggunakan saluran 2

Berdasarkan rajah diatas, syarikat Khind Holdings Berhad merupakan pengeluar


utama dalam mengeluarkan produk kipas yang masih bertapak di Bukit Jelutong,
Shah Alam, Selangor. Syarikat tersebut telah mengagihkan produk tersebut kepada
peruncit-peruncit berdaftar yang terkemuka di seluruh Malaysia seperti AEON, Tesco,
Giant, TF-Value Mart, dan di kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Oleh itu,
pengguna dapat menikmati barangan-barangan tersebut secara langsung oleh penjual.

5.2.1.2 Saluran Agihan Mendatar

Saluran agihan mendatar pula menekankan bilangan ahli yang terlibat dalam sesuatu
saluran pengagihan. Sekiranya bilangan ahli yang terlibat adalah ramai, reka bentuk
saluran pengagihan harus lebar dan luas. Pengedaran ini melibatkan tiga jenis reka
bentuk iaitu pengagihan intensif, pengagihan selektif, dan pengagihan ekslusif.
syarikat Khind Holdings Berhad melibatkan pengagihan secara selektif yang mana
pihak syarikat tersebut memberikan hak untuk memperkenalkan kipas meja kepada
pengguna. Misalnya, syarikat Khind Holdings Berhad memberikan hak kepada
peruncit seperti Aeon, Tesco, dan TF Value-Mart untuk memperkenalkan kipas meja
dan menawarkan potongan harga produk tersebut.

5.2.2 Perantaraan Dalam Saluran Agihan Produk

Definisi perantaraan dalam saluran agihan ialah satu bantuan untuk pengeluar kepada
pengguna melalui pelbagai jenis perantaraan agar berjalan lancar. Antaranya ialah
pemborong, broker dan ejen, dan peruncitan. Syarikat Khind Holdings Berhad
menggunakan perantaraan agihan secara peruncitan sahaja dari kilang ke kedai atau
pasar raya dan terus kepada pengguna.

5.2.2.1 Peruncitan
15
Peruncitan merupakan aktiviti perniagaan yang melibatkan penjualan produk kepada
pengguna akhir secara akhir secara terus dalam kuantiti yang kecil berdasarkan
keperluan dan kehendak pengguna. Peruncitan terbahagi kepada dua, iaitu peruncitan
berkedai dan peruncitan tanpa kedai. Syarikat Khind Holdings Berhad menggunakan
kedua jenis peruncitan tersebut.

5.2.2.1.1 Peruncitan Berkedai

Peruncitan berkedai merupakan perniagaan runcit yang menjalankan operasi


perniagaan dengan menggunakan premis perniagaan secara tetap. Peruncitan berkedai
mempunyai 6 jenis iaitu kedai berjabatan, pasar raya, kedai mudah beli, superstore,
pasar raya hiper, dan kedai istimewa. Syarikat Khind Holdings Berhad hanya
memasarkan produk kipas tersebut melalui pasar raya, dan pasar raya hiper.

1. Pasar raya

Pasar raya merupakan kedai runcit berjabatan bersaiz besar yang menawarkan
pelbagai jenis produk pengguna. Sebagai contoh, syarikat Khind Holdings Berhad
menawarkan produk kipas berjenama tempatan di dalam pasar raya terkemuka
seperti TF Value Mart dan Billion bagi berhubung secara langsung dari peruncit
kepada pengguna akhir.

16
Gambar 3 : Kipas keluaran Khind di Pasar Raya TF Value-Mart

2. Pasar raya hiper

Pasar raya hiper lebih besar daripada superstore dan menawarkan lebih banyak
produk beraneka pilihan. Misalnya, syarikat Khind Holdings Berhad menawarkan
pelbagai pilihan produk bukan sahaja kipas malah produk-produk lain seperti
periuk nasi, ketuhar, dan alatan dapur dalam satu jenama yang sama. Syarikat
tersebut telah berhubung secara langsung menerusi peruncit seperti AEON, Tesco,
dan Giant

17
Gambar 4 : Kipas keluaran Syarikat Khind di Pasar Raya Aeon

Gambar 5 : Kipas keluaran Syarikat Khind di Pasar Raya Tesco

5.2.2.1.2 Peruncitan Tanpa Kedai

Peruncitan tanpa kedai merupakan perniagaan runcit yang menjalankan operasi


perniagaan tanpa menggunakam premis perniagaan secara tetap dan antaranya ialah
pemasaran langsung, jualan langsung, pemasaran elektronik, dan peruncitan
automatik. Syarikat Khind Holding Berhad telah menjalankan pemasaran langsung
18
dan pemasaran elektronik serta mengambil inisiatif dengan memasarkan produk
tersebut ke dalam pasaran internet dan media massa ekoran penggunaan internet dan
televisyen semakin tinggi dari semasa ke semasa.

1. Pemasaran langsung

Pemasaran langsung melibatkan penggunaan pelbagai media pengiklanan seperti


katalog, risalah, dan pos serta peralatan teknologi seperti telefon, televisyen dan
radio untuk memasarkan sesuatu produk. Sebagai contoh, syarikat tersebut
menggunakan aplikasi telefon bimbit yang boleh di muat turun dalam Google
Play Store dan App Store.

Gambar 6 : contoh screenshot pemasaran elektronik melalui Google Play.

2. Pemasaran elektronik

Pemasaran elektonik berhubung secara langsung dengan pemasar melalui Internet.


Melalui teknologi pemasaran ini, pembelian produk boleh dibuat secara dalam

19
talian (online) dan pembayaran akan ditolak secara terus daripada akaun kad
kredit pengguna. Syarikat Khind Holdings Berhad memasarkan produk
menggunakan internet seperti Lazada.

berhubung
secara langsung
dengan pemasar

Gambar 7 : Pemasaran elektronik melalui Lazada

berhubung
secara langsung
dengan pemasar

Gambar 8 : Pemasaran elektronik melalui Facebook

20
berhubung
secara langsung
dengan pemasar

Gambar 9 : Pemasaran elektronik melalui laman rasmi Khind

5.3 PENETAPAN HARGA

Penetapan harga ialah nilai yang ditetapkan bagi tujuan produk dalam pasaran dan
harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk
membeli produk tersebut. Dalam penetapan harga terbahagi kepada dua faktor iaitu
faktor dalaman dan faktor luaran. Berdasarkan kajian saya mendapati bahawa
Syarikat Khind Holding Berhad dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran.

5.3.1 Faktor yang Mempengaruhi Penetapan Harga

Faktor penetapan harga dipengaruhi oleh faktor dalaman iaitu objektif penentuan
harga, objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, kos pengurusan pemasaran,
dan pertimbangan organisasi. Selain itu, dipengaruhi oleh faktor luaran iaitu pasaran
dan permintaan,harga, kos dan tawaran pesaing, serta keadaan ekonomi negara dan
dunia. Syarikat Khind dipengaruhi oleh faktor dalaman iaitu penaakatan atau tumpuan
khusus terhadap operasi dan kepimpinan kualiti produk manakala faktor luaran
dipengaruhi oleh harga, kos, dan tawaran pesaing sahaja.

21
5.3.1.1 Faktor Dalaman

Faktor dalaman merujuk kepada faktor keputusan penentuan harga oleh pemasar.
Faktor dalaman boleh mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat Khind
Holding Berhad melalui objektif penentuan harga, objektif pemasaran, strategi
campuran pemasaran, kos pengurusan pemasaran, dan pertimbangan organisasi.

Menurut kajian saya mendapati syarikat Khind Holding Berhad dipengaruhi oleh
objektif pemasaran iaitu penaakatan atau tumpuan khusus terhadap operasi, dan
pertimbangan organisasi.

a) Penaakatan atau tumpuan khusus terhadap operasi.

Syarikat Khind Holding Berhad akan menetapkan harga produk yang rendah
sesuai dengan peredaran ekonomi semasa dan musim panas yang tidak menentu
serta persaingan hebat pasaran yang lain dalam memasarkan produk yang sama.
Syarikat Khind Holding Berhad terpaksa menetapkan harga yang rendah agar
persaingan antara pasaran dapat dikurangkan ekoran lambakan pasaran produk
kipas dibuka.

b) Kepimpinan kualiti produk

Namun begitu, Syarikat Khind Holding Berhad juga menetapkan harga yang
tinggi bagi sesetengah kipas yang mempunyai kualiti dan struktur
kecanggihannya agar dapat menampung kos yang dilibatkan untuk mengeluarkan
produk baharu dan mendapatkan keuntungan maksimum.

5.3.1.2 Faktor Luaran

22
Faktor luaran merujuk faktor keputusan penetapan harga produk berdasarkan keadaan
persekitaran perniagaan, jumlah permintaan dalam pasaran dan desakan serta tekanan
persaingan. Faktor luaran yang boleh dipengaruhi keputusan penetapan harga seperti
pasaran dan permintaan yang terdiri daripada pasaran persaingan sempurna, pasaran
monopoli, pasaran persaingan monopolistik, pasaran oligopoli. Selain itu, dipengaruhi
oleh harga, kos dan pesaing, dan keadaan ekonomi negara dan dunia.

Syarikat Khind Holdings Berhad hanya berkait pada harga, kos dan pesaing
sahaja berdasarkan kajian lapangan saya. Syarikat Khind Holdings Berhad
menetapkan harga sama ada lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pesaing
seperti syarikat Pensonic Holdings Berhad dan syarikat Deka Marketing Sdn Bhd.
Bagi syarikat tersebut biasanya penetapan harga tidak terlalu tinggi dengan harga
pesaing kerana syarikat tersebut memasarkan produk yang sama. Faktor itu juga
memberikan syarikat tersebut menawarkan potongan harga kepada pengguna.

5.3.2 Pendekatan Harga Secara Umum

Pendekatan harga secara umum boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan yang
digunakan untuk menentukan harga umum sesuatu produk yang dihasilkan oleh
pengeluar, iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan harga berasaskan nilai,
dan penentuan harga berasaskan persaingan.

Menurut syarikat Khind Holdings Berhad, syarikar tersebut telah menggunakan


pendekatan harga berasaskan persaingan yang melibatkan persaingan produk yang
sama dalam sesuatu dunia perniagaan. Penentuan harga berasaskan persaingan juga
boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu kaedah penentuan harga kadar lini dan
penentuan harga bida.

23
a) Penentuan harga kadar lini

Jadual 2 : Harga Produk kipas syarikat khind dan pesaing Pesaing

Pensonic Khind Deka

RM 94 RM 94.35 RM 125

Jadual 2 di atas menunjukkan harga kipas yang ditetapkan oleh syarikat Khind
Holdings Berhad, Pensonic Holdings Berhad, dan Deka Marketing Sdn Bhd dalam
berrsaing untuk memasarkan produk yang sama. Dalam memasarkan produk yang
sama, syarikat masing-masing perlu sentiasa mengambil perhatian dalam menentukan
harga kipas pesaing dengan menetapkan harga yang lebih tinggi, sama, atau lebih
lebih rendah daripada harga kipas pesaing agar pengguna dapat mendeskriptifkan
kualiti produk adalah sama cuma berbeza harga sahaja.

Syarikat Khind Holdings Berhad telah menetapkan harga produk kipas bernilai
RM 94.35 iaitu kedua tertinggi daripada kipas syarikat Deka Marketing Sdn Bhd.

24
Namun begitu, harganya tidak terlalu tinggi dengan harga yang ditetapkan oleh
syarikat pesaing iaitu peningkatan sebanyak RM 0.35 sen sahaja dari harga syarikat
Pensonic Holdings Berhad dan berkurang sebanyak RM 30.65 sahaja dari harga
syarikat Deka Marketing Sdn Bhd. Oleh itu, syarikat Khind Holding Berhad dapat
memasarkan produk kipas dalam pasaran dengan produk pesaing yang sama sambil
memaksimum keuntungan.

5.4 PROMOSI

Pengertian promosi menurut Swastha (2000, 222), promosi dipandang sebagai arus
informasi atau pujukan satu arah yang dibuat untuk mempengaruhi seseorang atau
organisasi kepada tindakan yang mewujudkan pertukaran dalam pemasaran. Hal ini
menjadikan promosi adalah usaha syarikat untuk mewujudkan kesedaran, pujukan dan
mempengaruhi pelanggan untuk melakukan pembelian terhadap produk yang di
tawarkan syarikat. Dalam bahagian ini, saya menentukan tujuan dan campuran
promosi yang dijalankan oleh syarikat Khind Holding Berhad.

5.4.1 Tujuan Promosi

Tujuan promosi dalam pemasaran adalah untuk memastikan pengguna mengetahui


kewujudan sesuatu produk dalam pasaran dan seterusnya membeli produk tersebut
tanpa perlu berfikir panjang. Tujuan promosi diadakan adalah untuk memperkenalkan
produk tersebut, mempengaruhi dan memujuk pengguna, meningkatkan jualan dan
keuntungan, mengekalkan imej produk, serta meluaskan pasaran. Syarikat Khind
Holdings Berhad secara objektifnya adalah untuk memperkenalkan produk baharu
dan mempengaruhi dan memujuk pengguna

a) Memperkenalkan produk baharu

25
Syarikat Khind Holdings Berhad sentiasa berusaha untuk memasarkan produk
baharu yang dikeluarkannya dalam pasaran peruncit berkedai mahupun tidak
berkedai.

Oleh itu, Syarikat Holding Berhad sentiasa bekerjasama dengan


peruncit-peruncit besar seperti AEON, Giant, Tesco, dan TF-Value Mart untuk
mengeluarkan produk baharu yang lebih berkuali dan bermutu tinggi melalui
risalah-risalah. Di samping itu, syarikat Khind Holding Berhad juga bekerjasama
dalam mengiklankan produk baharu menerusi siaran-siaran televisyen, radio,
serta dalam akhbar harian.

Selain itu, syarikat Khind Holdings Berhad memanfaatkan musim panas


dengan memperkenalkan produk baharu ke pasaran dalam talian melalui laman
web beli-belah terkemuka seperti Lazada, Zalora, dan 11street.

b) Mempengaruhi dan memujuk pengguna

Promosi secara amnya memang bertujuan untuk mempengaruhi pengguna dan


memujuk pengguna untuk membeli produk tersebut tanpa berfikir panjang. Oleh
itu, syarikat Khind Holding Berhad bersama-sama dengan peruncit-peruncit dan
pemasar-pemasar dalam talian untuk memberikan potongan harga sempena
perayaaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, dan
Hari Natal. Menurut laman rasmi syarikat Khind Holding Berhad. Sebagai contoh,
syarikat Lazada memberikan potongan harga produk kipas sempena Hari Raya
Aidilfitri sebanyak 23% daripada harga asal iaitu RM 115 kini menjadi RM 89
sahaja.

26
Gambar 10 : Lazada memberikan potongan harga

5.4.2 Campuran Promosi

Menurut Kotler el al (2012) memberi definisi campuran promosi merupakan


gabungan penggunaan pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam, jualan
peribadi dan alat pemasaran langsung yang digunakan oleh firma untuk
mempengaruhi nilai komunikasi pengguna dan membina hubungan baik dengan
pengguna.

5.4.2.1 Promosi Jualan

Promosi jualan merupakan aktiviti-aktiviti memberi insentif kepada pengguna boleh


meningkatkan jualan bagi barang dan perhidmatan yang ditawarkan oleh pemasar
dalam jangka pendek. Promosi jualan mempunyai pelbagai jenis jualan seperti sampel,
kupon, premium, rebat, tawaran istimewa, peraduan, dan potongan harga.

27
Syarikat Holdings Berhad hanya menggunakan promosi jualan berdasarkan
potongan harga atau diskaun harga dan pengiklanan. Potongan harga merupakan suatu
kaedah yang diguna pakai sebagai medium paling berkesan kepada syarikat tersebut.
Hal ini membantu dalam meningkatkan jualan kipas.

5.4.2.1.1 Potongan Harga

Potongan harga merupakan strategi yang sesuai dilaksanakan untuk sesuatu musim
dan berupaya meningkatkan jualan sesuatu produk.

Gambar 11 : Portal Khind Holdings Berhad

Gambar 5 di atas, menunjukkan potongan harga kipas syarikat Khind Holdings


Berhad. Harga asal sebuah kipas diatas ialah RM 111. Namun begitu, syarikat Khind
Holdings Berhad memberikan potongan harga sebanyak 15% dari harga asal. Oleh itu,
harga sebuah kipas tersebut bernilai RM 94.35.

28
5.4.2.2 Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai satu proses komunikasi secara tidak langsung yang
dikenakan bayaran kepada pihak pemasar. Pengiklanan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pengiklanan produk dan pengiklanan institusi. Syarikat Khind Holdings Berhad
telah menggunakan pengiklanan produk iaitu memberi tumpuan terhadap jualan kipas
yang merangkumi barangan dan perkhidmatan selepas jualan. Pihak syarikat juga
bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan selepas jualan iaitu
menggantikan barang tersebut jika berlaku sebarang kerosakkan. Sebagai contoh,
syarikat tersebut pengiklankan produk kipas melalui media massa seperti di laman
facebook dan laman Youtube.

Gambar 12 : Pengiklanan menggunakan media Youtube

29
6.0 RUMUSAN

Syarikat Khind Holdings Berhad telah menggunakan campuran pemasaran dalam


memacu produk ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, penggunaan elemen campuran
pemasaran seperti produk, pengedaran dan pengagihan, penetapan harga, dan promosi
sentiasa dititikberatkan dalam memasarkan produk yang sama dengan produk syarikat
pesaing.

Syarikat Khind Holding Berhad tersebut telah memasukkan campuran produk


seperti pelabelan, pembungkusan, klasifikasi produk, dan keputusan lini produk.
Rangkuman tersebut membantu syarikat tersebut dalam meningkatkan pemasaran di
samping permintaan yang tinggi dalam musim-musim tertentu seperti musim
perayaan dan musim panas. Oleh itu, produk kipas sentiasa menjadi saingan tinggi
dalam dunia pemasaran. Syarikat Khind Holdings Berhad juga sentiasa mengemaskini
reka bentuk agar tampak anggun dengan mempedalamkan lini produk. Sebagai contoh,
syarikat Khind Holdings Berhad telah mengeluarkan produk kipas daripada kipas
biasa kepada kipas pelembap udara, bersalji, dan ekzos dapur.

Pengagihan merupakan keutamaan syarikat Khind Holdings Berhad dalam


memasang strategi untuk bersaing secara sihat dengan produk pesaing. Syarikat
tersebut telah menggunakan kaedah peruncitan berkedai dan tanpa kedai dalam
membantu memasarkan produk kipas kepada pengguna akhir. Syarikat Khind
Holdings Berhad tahu bahawa sesetengah pengguna tidak gemar untuk membeli
produk kipas tersebut di kedai-kedai jalanan. Oleh itu, syarikat Khind Holdings
Berhad telah memasarkan ke pasaraya-pasaraya berdaftar yang terkemuka seperti
AEON, Tesco, Giant, dan TF Value-Mart. Oleh itu, produk tersebut sentiasa menjadi
mata-mata kepada pengguna kerana jenamanya dipasarkan ke pasaraya terkemuka.
30
Penetapan harga juga adalah aktiviti yang sentiasa menjadi strategi penting dalam
meluaskan pasaran. Namun begitu, penetapan harga juga tidak boleh terlalu tinggi dan
terlalu rendah kerana keuntungan daripada itu akan digunakan untuk
memaksimumkan pengeluaran. Oleh itu, syarikat Khind Holdings Berhad menetapkan
harga secara umum dengan harga syarikat pesaing. Secara keseluruhan harga yang
ditetapkan oleh syarikat tersebut adalah bersederhana dengan harga syarikat pesaing.
Dengan itu, pengguna dapat mempercayai produk tersebut disamping harganya yang
hampir sama dengan syarikat pesaing.

Bukan itu sahaja, promosi juga merupakan strategi paling ampuh dalam
memasarkan produk agar pengguna dapat mengetahui kewujudan dalam pasaran.
Oleh itu, syarikat Khind Holdings Berhad menggunakan kaedah promosi jualan
dengan mengenakan potongan harga terhadap produk tersebut sempena musim-musim
perayaan dan permintaannya yang melambung tinggi dalam musim panas. Dengan itu,
pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan dan mendapat kualiti produk yang
bermutu tinggi

Kesimpulannya, syarikat Khind Holdings berhad haruslah sentiasa bersedia


dalam memperluas perniagaan dengan syarikat pesaing. Sejajar dengan moto syarikat
Khind Holdings Berhad iaituDelivery Happiness mereka haruslah komited untuk
meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dengan terus menambah baik rangkaian
barangan elektrik dan saluran agihan. Strategi campuran pemasaran amat penting
untuk syarikat Khind Holdings Berhad dalam membangunkan dan memperluaskan
perniagaan agar jenama Khind dapat direalisisasikan dan mampu berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah di pesada antarabangsa.

31
7.0 RUJUKAN

7.1 Karya Penulis

Mokhtar Pet, 2016 Pengajian Perniagaan Penggal 1. Shah Alam, Selangor : Oxford
Sdn. Bhd

7.2 Kamus

Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.3 Latihan ilmiah

Swastha, 2000. Pengantar Bisnis Modern dalam ekonomi Perusahaan. Latihan


ilmiah. Liberty, Jakarta.

7.4 Bahan Internet


32
Khind (2017). Khind Delivery Happiness 60.0.3112.90. Dicapai pada Julai, 20, 2017,
dari http://www.khind.com.my/

Lazada (2017). Lazada.com.my 60.0.3112.90. Dicapai pada Julai, 28, 2017, dari
http://www.lazada.com.my/catalog/?q=Khind%2012%22%20Table%20Fan%20

Youtube (2017), Khind Official TVC : Fans Series (Full) 60.0.3112.90. Dicapai pada
September, 6, 2017, dari https://www.youtube.com/watch?v=iQEAdj0o52A

8.0 LAMPIRAN

33
Jualan kipas keluaran syarikat Khind Holdings Berhad

Encik Cheng King Fa, CEO Syarikat Khind Holdings Berhad

34

Anda mungkin juga menyukai